Sunday 7 April 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [16]

            Jam di dinding sudah menunjukkan angka sebelas malam. Tekak Redza mula terasa haus. Perlahan-lahan, dia mula membawa langkah ke dapur. Baru sahaja tangan kanannya mencapai botol air di dalam peti, terdengar suara seorang perempuan yang mengerang kesakitan.
            “Aduh...” Dengan bersusah payah Amna keluar dari bilik air. Memang susah nak bergerak bila kaki dah sakit.
            “Amna, awak tak apa-apa?” Redza jadi terpanggil nak membantu walaupun dia tahu, Amna langsung tak mengharapkan bantuannya.
            “Saya belum rasa nak mati lagi.”
            “Awak dah makan ubat belum?” Tanpa menghiraukan kemarahan Amna, soalannya mula melencong ke arah lain.
            Amna medengus geram. Memang dia nak makan ubat pun. Macam tahu-tahu pulak mamat disaster nih. “Nak makanlah ni..”
            “Ubat dekat mana?” Ditarik kerusi agar memudahkan pergerakan Amna yang perlahan itu. Matanya terus mencari tempat dari tunjuk arah Amna.
            “Nah.. makan ubat. Awak nak saya bancuh air panas ke?” Tawar Redza prihatin.
            “Tak payah.. Air sejuk pun dah okay.”
            Tanpa banyak cakap, terus Redza menuangkan air minuman ke dalam cawan yang digunakan sebentar tadi. Alah, bukan kotor pun!
            Terbeliak mata Amna dibuatnya. Dia tak akan guna cawan yang digunakan oleh Redza tadi. Matanya mula mendarat pada botol air F&N yang berada di atas meja. ‘Tak kan nak togok botol besar ni kot? Tapi aku kan nak tunjukkan perangai tak sopan... Hmm..’
            Tanpa menghiraukan pandangan Redza, terus tangan kiri mencapai botol minuman itu. Usai menyuakan ubat ke mulut, dia mula menogok botol minuman itu. Sungguh, sepanjang hayatnya, tak pernah dia buat perangai macam nih!
            “Ish.. kan ada cawan... Kenapa tak senonoh sangat ni?” Terbeliak mata Redza melihat perangai Amna yang tak semenggah nih.
            “Alah.. saya dah biasalah minum air macam ni.” Amna tersenyum dalam hati. Nampaknya strategi kali ini telah berjaya.
            Strategi 3 : dilaksanakan dengan sempurna..
            “Kan ada cawan.. Gunalah cawan.” Tegur Redza geram dengan kedegilan tahap dewa Amna ini. Terfikir-fikir Redza dibuatnya, kalau Amna betul kahwin dengan dirinya nanti, mampu ke dia meluruskan sikap keras kepala Amna itu?
            Bila memikirkan tentang jodoh... memang berat untuk mencari penyelesaiannya. Tersekat dengan kehendak hati yang bertopengkan nafsu. Betul ke keputusan nak mengorat Amna ini? Sangat bertentangan dengan citarasa hatinya. Siang tadi panjat pokok, malam pulak teguk air dalam botol besar. Macam ni ke nak tunjuk contoh pada anak-anak mereka?
            “Suka hati sayalah nak minum togok ke, terlentang ke, kuak dada ke.. Awak jangan banyak komplen sangat boleh tak?”
            Amna dah nampak tanda-tanda yang Redza tak berpuas hati dengan sikapnya. Kalau tak mengenangkan kaki yang sakit. Mahu dia meloncat sekarang jugak sambil menjerit Hooreey... Hooreey...
            “Dah lah, pergi tidur... Dah lewat.”
Redza mula bangun dari duduk. Botol air tadi mula dimasukkan semula ke dalam peti. Rasa macam tak sopan pulak nak masukkan botol minuman ini ke dalam peti semula. Nanti bakal digunakan oleh ahli keluarga yang lain. Tapi untuk membuang air ini di dalam singki, dia bimbang Amna terasa hati pula.
Tapi Redza terfikir juga. Mungkin ini salah satu taktik untuk membuatkan dirinya tak tertarik dengan Amna. Amna nak buat dia rasa membenci. Must do something right now!
            Baru sahaja beberapa langkah Amna menapak, panggilan Redza mula mematikan langkahnya.
            “Tak cukup lagi ke bukti kesungguhan saya? Saya sanggup datang ke kampung ni untuk jumpa dengan family awak. Saya nak jadikan awak isteri saya yang sah, susah sangat ke awak nak terima saya?”
            Nada suara Redza itu tidaklah kedengaran seperti mengalah. Tapi lebih kepada menduga hati dan perasaan Amna. Apa yang Amna nak sebenarnya?
            “Jawapannya bukan susah. Tapi saya memang tak boleh terima awak Redza... Saya dah ada seseorang yang saya suka!” Alang palang Redza dah bukak cerita pasal soal hati, baiklah dia bertindak untuk berterus terang jugak.
            “Siapa?”
            No need to know.”
            “Jangan beralasan Amna... Awak sebenarnya tak ada sesiapa kan? Awak sengaja nak buat saya tarik diri?” Soal Redza penuh menduga. Tak payahlah Amna susah-susah nak buat skrip drama sangat!
            Amna mula mengalihkan badannya mengadap Redza yang sedang berdiri di sebelah peti itu.  “Saya memang sayangkan dia Redza...”
            Hati Redza mula terasa kebas saat mendengar pengakuan Amna. Tak payah tanyalah rasa kebas tu macam mana. Yang penting rasa itu mengilukan. Tapi kenapa Syakira tak cerita yang Amna ada sayangkan seseorang?
“Dia pun sayangkan awak jugak ke?”
Kali ini Amna terdiam. Kalau dia menipu sekarang, Redza pasti akan mengesan air wajahnya. Akhirnya Amna terus diam dan menapak ke biliknya. Soalan tentang perasaan Ahfan, dia memang tak punya jawapan untuk mengisi tempat kosong itu.
***
            Badannya yang terasa berat mula dihempas ke atas katil. Tangan kanan mula menekan lembut permukaan perutnya. Terasa pedih dan ngilu! Ini semua penangan dari hidangan yang Amna buatkan.
Tangannya mula mencari iPhone yang berada di bawah bantal. Nombor telefon Syakira terus dicari. Dia tak suka hidup dalam keadaan tanda soal. Diam Amna tadi telah membuktikan yang dia tidak menipu.
“Salam bro.. amboih, baru sekarang nak call aku ya!” Serkap Syakira apabila talian bersambung.
“Kira, aku nak tanya kau something ni. Tadi... tadi.. Amna cakap yang dia ada sayangkan seseorang! Betul ke?” Hati memang tak mampu nak bergurau dengan Syakira lagi. Jadi, dia terus ke main course! Segala perbualan yang berunsurkan desert terus ditolak tepi. Redza betul-betul laparkan jawapan!
“Sayangkan seseorang? Hmm.. setahu aku adik aku single je. Dia saja nak perangkap kaulah tuh!”
No... I don’t thing so... Aku dapat rasakan yang dia memang sayangkan seseorang!”
Syakira ketawa sahaja. Aduh, gawat rupanya bila lelaki dah tangkap cintan. Dia ingat perasaan perempuan je gundah gulana.
“So, what your plan right now?”
“Biarkan dia cari kebahagian dia sendiri.” Oh, jawapan itu sungguh berbau tak yakin. Syakira ketawa. Semudah itu Redza beralah?
“Salah! Kau patut pimpin tangan dia dan cari jalan bahagia korang...”
“Kau cakap senanglah Kira... Dia tak cintakan akulah!” Dengus Redza tak puas hati. Malam ini dia rasa down tak semena. Macam dah hilang bini sedangkan Amna belum lagi menjadi miliknya.
“So, buatlah dia jatuh suka pada kau. As simple as that!”
Redza menggarukan tengkuk yang terasa gatal. Tapi sebenarnya tangan rasa ringan nak menampar mulut Syakira. Simple as that? Dia ingat senang ke nak buat orang jatuh cinta! Nak-nak pulak perempuan macam Amna. Jiwa macam simen!
“You must hang on... Sometimes the right things doesn’t always give us the right feelings. Kau kena cuba pikat Amna? Mungkin jugak kau kena ubah strategi suka bergaduh dengan Amna tu..” Nasihat Syakira lagi. Dia kenal Amna dengan baik! Adiknya itu memang keras kepala tapi bukan keras hati.
“Apa yang kau fikir Redza?” Tanya Syakira lagi. macam bercakap sorang-sorang pulak bila tak ada respon.
“How else to explain the curious feeling that goes around feeling like missing somebody we’re never even had?” belum pun bercinta dengan Amna, perasaan dah macam diserang taufan katrina.
“Aku dulu yang rasa perasaan tu Redza... Apa-apa pun, milik manusia hanyalah usaha. Selebihnya kena berdoa dan tawakal pada Allah.”
Redza pejam mata rapat-rapat. Kata-kata nasihat Syakira tadi terus diserap dan dijadikan sebagai gumpalan semangat. Dia mungkin tak boleh halang perasaan Amna pada sesiapa pun, jadi Amna pun tak boleh halang perasaan sayangnya pada Amna.
Siapa pun saingan dia nanti, dia akan bersaing secara sihat. Tapi sihat ke kalau dia mempunyai Syakira sebagai kabel untuk mendekatkan diri pada Amna?
***
            Selepas makan tengah hari, Amna mula mengemas pakaiannya. Sedang elok dia melipat pakaian, matanya terpandangkan cincin yang menghiasi jari manisnya. Inilah kesilapan terbesar yang dia lakukan!
            Dia cuba menarik cincin tersebut. Namun cincin itu memang terletat kemas! “Tak payahlah buang dik... Dah sesuai sangat dengan jari kamu tuh.” Suara Aminah mula menampan telinganya.
            Diam! Tak ada modal nak dibahaskan kalau topiknya ialah Redza Khusyairi.
            “Akak nampak usaha dia untuk buat adik sukakan dia. Tak kan adik tak rasa apa-apa lagi?”
            “Akak.. please... adik tak berminat nak berbincang topik nih.” Semalam, dia sudah menceritakan semuanya kepada si emak. Jawapan yang diterima dari mak memang betul-betul mengancam.
            “Tak payahlah susah-susah jadi tunang olok-olok... Jadi je tunang betul-betul!” Pengsan dengan jawapan mak!
            “Mak ni... adik serius tahap langit ke tujuh ni...”
            Puan Hayati tarik nafas dalam-dalam.  “Kadang-kadang, yang kita tolak dan tepis tu yang akan kita cari satu hari nanti!”
Amna mendengus! Kenapa semua orang macam back up Redza sangat?
            "Dah habis kemas dah? Jom... Biar kak long drive je. Kaki kamu tu tak baik mana lagi.” Ujar Aminah sambil membantu mengangkat beg adiknya itu. Amna hanya mengangguk setuju. Dia pun tak larat nak drive walaupun Keratong ke Kuantan bukanlah jauh mana.
            “Adik, adik balik naik kereta Redza ya?” Arahan Encik Awang itu membuatkan darah Amna menyelirap! Dah ni kenapa pulak?
            “Kenapa?”
            “Bapak letak buah-buahan dalam boot kereta Kelisa tu. Adik cakap nak bawak untuk budak ofis. Jadi bapak letaklah buat durian, rambutan, manggis tu dalam kereta. Tak muat nak sumbat semua dalam boot jadi bapak letak kat seat belakang. Nanti nak masuk Najmah lagi, jadi adik naik jelah dengan Redza.”
            “Ini yang adik tak puas hati ni. Kelisa tu kereta adik tapi adik yang kena halau?” Diketap giginya sedikit. Mengawal rasa marah yang meletup-letup.
            “Ish.. Najmah tu kan tak kenal Redza. Tak kan nak bagi Najmah naik dengan Redza. Lagipun, tak kan nak tumpang buah-buah tu dalam kereta Redza. Nanti habislah berbau kereta lawa dia tu.” Terang Encik Awang satu persatu.
            “Bapak... adik tak mahu..”
            “Kalau macam tu, tak payah bawak balik buah-buahan.” Encik Awang mula memberi idea yang langsung tak membantu.
            Amna mula gigit bibir. Macam tak sedap pulak kalau tak bawak balik sementelah dia telah berjanji dengan Awsam dan Ima. Karang, tak pasal-pasal telinga kena dengar ayat sedih dari pagi sampai petang!
            “Okaylah... Tapi adik nak Dania dan Darwish naik sekali dengan Adik.”           
            “Memang awal-awal lagi Redza dah ajak..”
            Amna mencebik. Nampaknya nama Redza dah menjadi sebutan si bapak. Nampak sangat yang semua ini tak baik untuk kesihatan hati yang mengalami kerosakan semenjak dua menjak ini.
            Sesudah bersalam dengan keluarganya, dia mula menapak ke kereta Redza. Mamat itu hilang entah ke mana. Sempat dia memberi arahan pada anak-anak buahnya supaya duduk diam-diam dalam kereta mahal yang serba tak kena ini. Canggung betul rasa hati bila terpaksa menumpang!
            Tangan Amna mula memegang pergelangan kaki yang masih belum hilang sakitnya tu. Pintu keretanya terbuka dari arah luar. Terpancul wajah Redza sambil menghulurkan sebuah bungkusan.
            “Apa ni?”
            “Stokin!”
            What for?”
            “Untuk kaki awak yang terseliuh tu. Ini bukan stokin biasa. Dia stokin D’NIFI. Stokin bertenaga Bio Teknologi dari Jepun.” Terang Redza ringkas.
            No Need!” Wah Amna, sakit-sakit pun nak buat perangai kerek lagi ke?
            “Awak pilih, nak pakai sendiri ke orang nak saya pakaikan?” Redza dah mula bagi arahan keras. Ini sahaja jalan nak bagi Amna beralah. Sebab bab aurat, bab agama... Amna tak akan bagi muka.
            Amna mendengus! Langsung tak suka dipaksa buat itu dan ini. Terus dirampas stokin yang diperbuat daripada kain kapas berkualiit premium dengan reka bentuk yang sangat selesa. Dia pernah baca pasal stokin ini. Ia mengandungi Bio-seramik yang mengeluarkan pancaran infra merah jarak jauh dan menghasilkan ion negatif yang dapat menembusi ke dalam pori-pori kulit kaki dan bekerja pada saraf kaki seterusnya akan memberi kesan ketenangan dan melegakan kekejangan otot. Dan sememangnya sangat sesuai digunakan oleh orang yang terseliuh kaki macam dirinya sekarang.
            Entah bila pulak Redza beli. Amna malas nak ambil peduli!
            “Much better?” Tanya Redza apabila masuk ke dalam perut kereta. Seat belt mula ditarik. Cermin mata mula disarungkan ke mata.
            “Baru pakai tak sampai satu minit! Awak fikir kaki saya akan terus sembuh ke? Kalau terus sihat, itu namanya magik ataupun sihir.” Rasa hati hendak memberontak apabila dipaksa naik bersama Redza tak habis lagi rupanya.
Tak suka! Tak suka! Tak suka! Alangkah bestnya kalau boleh hentak kaki tanda protes!
“Amna... tak boleh ke kalau awak tak sinis tak pesimis?” Terasa tercabar pulak bila melayan kedegilan Amna kali ini.
“Awak yang ajar saya jadi macam ni Redza.”
“Okay... I’m sorry. Dulu saya salah. Tapi sekarang tak boleh ke kalau kita berkawan baik? Selagi kita tak kenal each other, selagi tu hubungan kita tak boleh move on!”
Move on? Oh please... jangan nak bagi ayat geli sangat! Hubungan kita memang tak boleh pergi mana-mana Redza? Hubungan ni langsung tak boleh nak bawak pergi bersiar-siar mahupun bawak pergi melancong... Hubungan kita ni boleh bawak pergi kubur je!”
Agak kasar bunyinya, tapi Amna sengaja nak smash dengan ayat menyengat. Bukankah perempuan yang bercakap kasar pun termasuk dalam golongan jenayah tak sopan?
Strategi ke empat: keluarkan kata-kata kesat!
“Bagus jugak tuh! Hidup sama-sama... Mati pun sama-sama!” Tipu kalau dia tak sentap dengan kata-kata Amna tadi. Tapi bila mengingatkan kata-kata Syakira, dia kembali mentabahkan diri. Nasib diri bila hati dah suka.
Wajah Amna ditoleh ke kanan. “Redza, saya ingat semalam kita dah berbincang pasal hal ni. Saya sukakan orang lain....”
“For me, itu bukan digelar sebagai disccusion. Itu lebih kepada luahan je. Okay, saya hormat perasaan awak pada si dia tuh. Tapi awak pun kena hormat perasaan saya pada awak!”
Amna berpaling ke arah seat belakang. Tak mahu kalau-kalau anak saudaranya menangkap pertelingkahan orang dewasa. Sungguhlah tak baik untuk tumbesaran mereka.
“Keep pushing me away and one day I will be so far away that you won’t be able to find me anymore...” Ini memang dah termasuk dalam skop ugut! Tapi apa Amna peduli. Kalau dia perlu pergi jauh, dia akan pergi.
Kan dalam novel selalu macam tu. Pergi luar negara sambung belajar. Tapi yang tak bestnya ending dalam novel, hero biasanya akan dapat jumpa heroin balik. Tapi dalam kisah mereka, Redza tak memenuhi piawaian sebagai seorang hero pun! Oh, jauhnya dia berfikir.
“Pernah tak dengar cerita pasal Cinderella?”
Amna menggaru pipinya. Pulak dah... storry telling pulak ke?
“Apa kaitan dengan cerita kita sekarang?”
“Jawab jelah... Pernah ke tak?”
Menipu sangatlah kalau tak pernah dengar pasal kisah cinta Cinderella tu. Cinderella yang pergi ke jamuan istana hasil daripada bantuan pari-pari. Kemudian kasut yang dipakai telah tercicir dan membuatkan Putera Raja ingin mencarinya dan bla bla bla...
“Pernah...”
“Okay... bayangkan kalau Cinderella tak lari pada malam dia berjumpa dengan putera raja tu. Awak ingat apa yang akan terjadi?”
“Entah..” Jawapan orang malas berfikir.
Sportinglah sikit Amna...”
“Mungkin putera raja tu terima je Cinderella tu. Putera raja tu kan baik hati!”
“Yup... Boleh jadi macam tu. Tapi princess tak akan tahu kesungguhan putera raja untuk memilikinya.”
Okay stop! Sungguh saya betul-betul tak faham dengan bahasa kiasan ni.” Blur otaknya nak faham maksud kata-kata Redza itu.
“Kalaulah malam tu Cinderella tak lari, mungkin putera raja tu terima dia. Tapi Cinderella tak akan tahu kesungguhan putera raja untuk memiliki dirinya. Kesimpulannya, awak tak akan tahu kesungguhan saya untuk memiliki awak jika awak tak tinggalkan saya... Macam yang saya cakap sebelum ni, larilah ke pelusuk mana sekalipun, saya akan tetap cari awak hingga ke hujung nyawa saya!”
Otak Amna benar-benar tak mampu nak mengawal kata-kata Redza yang berlegar di benaknya. Apa yang dia boleh simpulkan ialah, Redza ni banyak tengok sinetronlah!
Akhirnya Amna senyap. Malas hendak memanjangkan hujah lagi. Stokin yang tersarung benar-benar memberi kelesaan padai kakinya. Terus membuatkan mata Amna layu dan kuyu. Tanpa sedar, dia mula tertidur.
***
            Amna hanya tersedar saat kereta Redza sudah memasuki kawasan perumahan kakaknya. Dia mula sedar pada jaket kulit yang tersarung ke badannya. Patutlah lenanya makin menjadi-jadi.
            “Lena tidur?”
            “Hmm...” Amna meraut wajahnya. Mengenal pasti kalau-kalau ada air liur basi ke. Seketika dia tersedar, patutnya dia tidur keluar air liur basi. Senang biar Redza tengok perangainya yang tidak senonoh dan menjengkelkan ini.
Dengan sengaja, Amna mula mengeliat sambil mulutnya menguap. Tidak seperti kebiasaan, Amna sengaja tak tutup mulut yang menguap. Malah sengaja mengeluarkan bunyi. Kan tak sopan gaya macam tuh!
“Menguap tutup mulutlah..” Tegur Redza sambil menggelengkan kepalanya. Tak senonoh!
“Suka hati sayalah...” Protes Amna keras padahal dalam hati dah kemain teruja sebab Redza nak menampakkan tanda-tanda tak berkenan. Kerjanya akan menjadi lebih mudah selepas ini.
            “Menguap tu digelar tatha’ub atau dalam bahasa melayunya digelar layu dan malas. Menguap ni berlaku disebabkan kurangnya oksigen dalam tubuh. Biasanya orang yang menguap apabila tubuh lelah, penat, malas, bosan ataupun mengantuk. Sesungguhnya menguap itu adalah daripada syaitan. Jadi bila menguap, tahanlah sedaya mungkin sebab jika orang menguap hingga terucap ‘ha’, syaitan akan ketawa melihatnya.”
            Tergamam Amna apabila mendengar hujah Redza yang sangat lancar itu! Erk, kerana terlalu leka untuk mengikut kata hati, dia telah melakukan sesuatu yang ditegah agama!
            ‘Ya Allah, ampunkan dosaku. Sungguh, aku tak sengaja!’ Semalam bukan main lagi berjanji dengan Najmah, tak akan melanggar hukum agama dan peraturan negara. Ini apa kes? Belum apa-apa lagi dah terbabas!
Cepat-cepat Amna beristigfar. Sesungguhnya isighfar itu mampu membuka pintu rahmat. Melapangkan hati dan fikiran serta menghilangkan kesempitan. Ia adalah kunci untuk mencapai redha sekaligus mencari hidayah Allah.
            “Erk... sorry Amna. Saya bukan nak tunjuk saya bagus! Tapi tak salah kan kalau kita saling beringat.” Sungguh, Redza tak ada niat nak tunjuk lagak. Bimbang juga kalau Amna hendak menuduhnya perasan bagus pula.
            “Tak apa.” Tiba-tiba otak jammed nak menjana sebarang jawapan. Dah memang salah sendiri!
            “Bukan apa, dulu abang saya selalu pesan, syaitan memang suka kalau manusia menguap tak tutup mulut. Malah, bila kita menguap, ada virus yang kan keluar dari mulut seseorang dan boleh menyebarkan penyakit. Sememangnya, syaitan menyukai sikap malas dan dungu sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan dan menganjurkan umatnya untuk giat bekerja dan beramal.”
            Amna gigit bibir. Tak pasal-pasal je kena ceramah percuma dari Redza. Rasa kagum mula menyelinap dalam hati Amna. Bagus jugak mamat nih! Namun cepat-cepat dipadam pujian itu. Perkara basic je kan....
            Anyway thanks..” Lepas ni, Amna akan fikir panjang sebelum melakukan sesuatu. Ini tak, mamai-mamai bangun tidur, terus nak buat drama! Memang harulah jadinya...
            Redza tersenyum dalam hati. Rasa senang bila Amna tak banyak menjawab hujahnya. Kereta yang dipandu olehnya mula melewati sebuah lorong dan berhenti betul-betul dibelakang kereta Kelisa yang dipandu oleh Aminah.
            Namun baru sahaja dia mencabut tali pinggang keledar, tiba-tiba dia melihat Aminah telah diserang oleh seseorang. Redza berkalih ke arah Amna yang juga nampak terkejut.
            “Kurang ajar betullah orang tua ni.” Tanpa sedar, ayat ituu terus terkeluar dari mulut Amna. Tangannya terus membuka pintu kereta. Apa nak jadi, jadilah!
p/s: hip hip hooreeyy... manuskrip penuh sudah pun siap.. now masa untuk mengedit.. nom nom nom.. editing memang boleh buat penulis muntah ijooo.. kih kih.. thanks coz alwayz support k.. doakan y baik2 untuk BASS.. percaya pada KUASA ALLAH YANG MAHA BESAR... =)

15 comments:

  1. wah... bestnya mss dah siap. kesian si redza. sungguh, akak jatuh kesian dekat redza. rasa macam si amna ni jahat sangat lah. suatu masa nanti akan dibalas, bak kata keluarga dia... yg ditepis ditolak itulah yang akan dicari akhirnya nanti.

    ReplyDelete
  2. hati simen,macam simen bila dah beku memang mcm batu,.perumpamaan baru tu,.;)

    ReplyDelete
  3. adoiii.. kesian redza kot... amna ni mmg nekad gilalahh.. keras kepala.. dan memang betul2 jiwa simen kot.. bertabahlah redza.. jangan mengalah tauu

    ReplyDelete
  4. makin best kak sara... hope x lama nk tunggu untuk ke versi cetak..hehehe

    ReplyDelete
  5. Xpe Redza,sbr jelh melayan skp Amna tu..lama2 lembut lh hti dia kn..herm..tp sp pulak yg mengerang Aminah tu kan..Alaaa,akak memang kan,pndai je stop stakat tu..lama lgi nk tgu smbgan nya ni,alahai.,xsbr pulak nk tau sp yg mengerang tu lah.. Plz akak,smbg mgu ni jugak ya..^_^
    #Schariedah Schalus

    ReplyDelete
  6. best sara.. nak lagi...

    ReplyDelete
  7. tahniah akak dah siap manuskrip....x sabar nk peluk versi cetak...huhu ..BASS kasi sweet sweet ea.. ^_^

    ReplyDelete
  8. rasanya bekas mertua aminah yg serang,.betul tak?

    ReplyDelete
  9. cntek la redza... jgn putus asa utk memenangi hati amna k... nmpknye hati amna da terpaut sket mase redza bg ceramah percuma... xsabar nk bce next n3... BTW tahniah sara coz da berjaya siapkan mss... selamat menjalani proses edit mengedit...

    ReplyDelete
  10. best best best

    ReplyDelete
  11. waaa...best best best..nak ag

    >>k<<

    ReplyDelete
  12. redza,, jgn putus asa!!!!!!!! yeah.. best!

    -athirah-

    ReplyDelete
  13. Yeay, dh blk bandar! Tak sabar nk tunggu Ahfan ni (walaupun tahu watak Ahfan tu skejap timbul skejap tenggelam). Akak rasa Amna ni mcm Dayana dlm Dialah driver tercipta untukku, kalau dh sayang sorang tuh, tak pndi sayang yg lain dh. Tp, mmg kesian dgn Redza. Belajar kenal cinta dgn mencintai Amna. Semoga Redza bertemu dgn sebelah jiwanya..aminah kena serang?! Hope takde sape2 yg tercedera

    ReplyDelete
  14. Sapa pulak yg serang kak amna tu... suspen2

    ReplyDelete
  15. uits..amna, lupe ke kaki tu sakit?

    ReplyDelete