Tuesday 9 April 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [17]

“Kau ni memang tak faham bahasa melayu kan? Berapa kali aku nak cakap dengan kau hah?” Marah Puan Rozita dengan kemarahan yang meluap-luap.
            Aminah mula menoleh ke arah kiri dan kanan. Tak senang bila diserang hendap sebegini. Nak-nak pula dihadapan kawasan rumah sendiri. Apa pula kata jiran-jirannya nanti.
            “Mak... kita masuk rumah dulu. Benda ni boleh bawa berbincang.”
            “Berbincang apa lagi? Aku tak kira... Aku nak rumah nih! Kau tak faham bahasa melayu ke? Rumah ni untuk anak aku, jadi bila anak aku dah tak ada, buat apa aku nak bagi pada kau?” Kata-kata Puan Rozita itu penuh angkuh dan langsung tak punya rasa kasihan pada menantu sendiri.
            “Mak...”
            “Jangan panggil aku mak! Aku bukan mak kau..!”
            Hati siapa yang tak sedih bila diperlakukan semua ini oleh mertua sendiri. Jiwa mana yang tak melara bila tiap-tiap malam mimpi lenanya diragut dengan ugutan Puan Rozita yang seakan-akan tidak menemui penyudah yang membahagiakan.
            “Oh.... bila mak cik tak dapat telefon kak long, mak cik datang serang hendap pulak ya!” Sampuk Amna separa perli. Dalam hal begini, dia memang terpaksa turun padang. Sungguh, mata ni langsung tak dapat menahan apabila melihat kakaknya dibuli.
            “Kau orang luar, kau jangan masuk campur.” Amar yang merupakan adik ipar kak long itu mula memberi amaran. Dia ingat Amna takut dengan ugutan separa pondan itu?
            “Eh, bila melibatkan kakak aku.. Tak ada makna aku nak berdiam diri.” Amna sudah mula mendekat. Berdiri betul-betul disebelah kakaknya. Tak dipeduli pada kaki yang masih sakit sebab hatinya lagi bernanah melihat kakaknya diperlakukan sebegini rupa oleh mertua sendiri. Puan Rozita memang boleh dapat award mertua paling kejam!
            “Eh, kau ni memang kurang ajar! Apa mak kau tak ajar kau ke?” Puan Rozita memang pantang kalau Amna masuk campur hal mereka anak beranak. Adik Aminah ini memang payah untuk dijinakkan.
            “Ya... memang saya kurang ajar pun! Dah tu mak cik nak buat apa? Baik mak cik balik sekarang sebelum saya buat laporan polis yang mengatakan mak cik sekeluarga ganggu ketenteraman kakak saya!” Ugut Amna lantang.
Berubah air muka Redza tatkala mendengar suara Amna yang agak keras dan penuh keberanian itu. Namun, terselit tindakan terburu-buru yang sedikit membabi buta. Walaupun dia tidak mengetahui hujung pangkal cerita, tapi dia boleh komen yang bahasa Amna sangat kasar di peluput telinganya. Bukan begitu caranya untuk bertoleransi dengan orang tua.
Muka Puan Rozita penuh rasa tidak puas hati. Bibirnya mula digigit geram. Tanda sedang menahan marah yang bukan sedikit. Matanya beralih pada Aminah. “Ingat Aminah... Aku nak rumah ni semula! Pulangkan rumah anak aku!”
“Hahaha... sila jangan berangan mak cik. Selagi saya hidup, saya tak akan benarkan! Apa mak cik dah jatuh miskin sangat ke? Rumah buruk macam ni pun nak berebut?” Ayat puaka Amna dan keluar.
Rumah yang Aminah duduki sekarang ini tak sampai pun dua ratus ribu. Yang Puan Rozita nak kecoh macam rumah ni harga berjuta tu kenapa? Lagipun, dah termaktub di dalam wasiat yang rumah ini diwasiatkan ke atas nama kakaknya. Dasar orang tua tak faham bahasa!
“Adik...” Tersepit Aminah jadinya. Payah betul dapat adik yang terlebih berani nih!
“Jangan nak bela orang tua tak ada hati dan perut macam orang tua ni kak...” Kemarahan Amna kali ini ditujukan pula buat si kakak. Dia tahu, kakaknya yang hati macam tisu itu pasti akan mudah beralah dengan perangai tak sedar diri macam mak cik Rozita ini.
“Mulut kau ni memang kurang ajar kan!” Jari terlunjuk sudah bermain di wajah Amna.
“Ya...  saya memang kurang ajar! Tapi mak cik tak payahlah susah-susah nak sekolahkan saya. Lagi satu, buat apa mak cik nak sangat rumah buruk ni? Bukan boleh kebumikan jasad mak cik dalam rumah ni pun....” Tatkala hati dilanda angin kemarahan, jangan harap otak akan menjirus dengan kesabaran.
Huh! Puan Rozita terus berlalu dengan dengusan yang kasar. Dia pasti akan membalas dendam pada kelancangan mulut Amna. Amar yang berada di belakang hanya mengekor. Tapi dalam diam, takut juga melihat wajah Amna yang membahang kemarahan itu.
“Adik... tak baiklah cakap macam tuh!”
Pening kepala Aminah jadinya. Sejahat-jahat mertuanya pun, dia tetap ibu kepada arwah suaminya. Seorang perempuan yang wajib dia hormat sampai bila-bila. Kalaulah arwah suaminya dapat melihat semua ini, pasti dia akan merasa kecewa.
“Habis tu nak guna bahasa macam mana lagi kak? Bahasa sasterawan atau bahasa negarawan?”
Kepala Aminah digeleng perlahan.
“Tindakan adik ni hanya akan buat keadaan makin kronik... Tolonglah kak long dik.. kak long tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.”
“Habis tu adik ke yang salah sekarang? Adik ke yang letakkan akan dalam persimpangan macam ni?” Dah sudah... Dapat pula dikesan radar perubahan intonasi Amna yang berjauh hati.
“Bukan macam tu maksud kakak awak Amna..” Redza jadi terpanggil untuk mencelah setelah penat menjadi penonton.
“Awak senyap Redza! Awak tu orang luar.....” Tengking Amna berang. Siapa lelaki ni nak menyampuk perbualannya dengan kak long?
“Adik! Dengar sini....” Suara Aminah dah naik satu oktaf. Sempat dikerling pada Redza yang menjadi mangsa kemarahan adiknya.
“Ini masalah kak long.. Jadi biar kak long settlekan sendiri.”
Settlekan macam mana? Dengan menyerahkan rumah ni pada orang tua tu?”
            “Kalau itu penyudah yang membahagiakan, apa salahnya akak beralah!” Amna mendengus kasar tatkala mendengar jawapan kakaknya itu. Dia dah agak sangat! Hati kak long yang macam tisu itu pasti akan cepat koyak dan rabak.
Amna mula menarik Dania dan Darwish.
            “Kak long, rumah ni bukan hak kak long seorang. Ia milik anak-anak saudara adik jugak! Pertahankan apa yang sepatutnya jadi hak akak.... Jangan mengalah membabi buta. Hari ni mungkin dia mintak rumah, nanti esok lusa... siapa tahu dia mintak hak untuk membela dua orang cucunya bila akak dah tak mampu nak bagi keselesaan pada Dania dan Darwish!”
            Tak ada makna Amna rajin nak buat Aminah berfikiran buruk tentang mertuanya. Dia hanya membentangkan kewajaran dari kata-katanya. Adat manusia memang tak pernah puas dan tamak! Amna terus angkat kaki. Penat berbalah bila semangatnya hampir kalah.
            Tanpa ditahan, air mata Aminah mengalir di birai pipi. Namun pantas sahaja diseka. Apalah daya untuk berlawan dengan mertua yang sudah dianggap seperti ibu sendiri! Perlahan-lahan dia berkalih ke arah Redza.
            “Maaf ya Redza. Tak pasal-pasal je kamu kena marah dengan Amna.”
            “Tak apa kak... saya dah biasa kena marah dengan dia. Hmm, akak nak lantik lawyer tak? Sebab saya ada kawan yang boleh uruskan?” Tawar Redza perlahan. Dia bukannya hendak memandai-mandai, tapi apa yang Amna cakap tadi memang ada betulnya. Cuma Amna terlalu terbawa-bawa dek emosi.
            “Kalau boleh akak nak settlekan tanpa melibatkan pihak ketiga. Akak tak mahu keruhkan apa yang dah keruh Redza. Apa yang ada pada harta ni Redza... lambat laun akan punah jugak. Akak cuma nak hubungan kami anak beranak baik macam dulu... Itu je...”
            Terdiam Redza dibuatnya. Inilah nilai kasih sayang yang tak terhitung harganya. Kagum dengan ketabahan seorang isteri yang telah kehilangan suami. Malah tegar mengalah demi merampas kembali kebahagian yang mula hilang.
            Tapi tidak juga Redza menyalahkan Amna. Keberanian itu harus dipuji. Namun tindakan yang membabi buta tu memang mintak kena ketuk dengan sepanar jeh!
***
            Awsam dapat melihat wajah Amna yang agak monyok pagi ini. Mood apa yang telah melanggar sahabatnya ini? Karipap sardin yang diberi tadi pun masih belum terusik. Biasanya bukan main teruja lagi dapat makan karipap sardin. Macam dunia ni dia yang punya! Dari cerita Najmah kelmarin... si Redza itu ada menyibuk di kampung? Sebab tu ke muka Amna macam tak siap je pagi ni?
            “Amna, adakah kau sedang berada di jalan yang lurus?”
            Pantas Amna berkalih. Apa punya skop soalanlah si Awsam nih! “Kau ni dah kenapa? Tanya soalan skop penilaian SPM jeh gayanya. Topik agama pulak tuh!” Tangannya mula dilarikan di atas keybord komputer. Menyiapkan report untuk dihantar ke Ahfan sebentar lagi.
            “Tak lah... Aku tengok mood kau macam tak disusun dengan sempurna. Siapa yang bagi masalah dekat kau? Cuba bagi tahu aku? Ahfan ke Redza? Biar aku belasah mereka berdua.”
            “Redza? Mana kau tahu pasal Redza? Sah... ini mesti Naj ceritakan... Ini yang aku tak suka kau bercinta dengan Najmah ni. Mesti banyak cerita-cerita korang berkisarkan pasal aku kan?”
            Awsam ketawa besar. Amna memang suka bersikap prejudis!
            “Kau jangan nak perasan sangatlah Amna oit... Daripada cerita pasal kau, baik aku cerita pasal masa depan aku dengan Najmah.. Berapa hantaran dia nanti... Apa tema majlis perkahwinan kami... or berapa anak yang kami nak!” Sengaja je Awsam nak bagi ayat panas. Untung jugak bila dah kantoi dengan Amna. Senang sikit nak luahkan perasaan kan.
            Awesomenya gaya kau berfikir. Weh, tolonglah jangan bagi ayat geli sangat! Karang ada jugak aku muntah pelangi.” Salah satu terapi nak pulihkan mood yang tidak sempurna ialah dengan bertekak dengan Awsam. Heaven je rasanya! Tiba-tiba Amna rasa yang Najmah beruntung gila kalau betul-betul dapat bersuamikan Awsam biul tapi berada di landasan yang betul.
            “Eh, Naj cakap kau ada bawak buah-buahan dekat aku. Mananya? Jangan kau lupa pada janji-janji manismu... Anak tekak aku ni dah mengidam benar nak makan buah!”
            “Oh.. ada.. ada... Dalam kereta. Tak kan nak bawak naik ofis pulak. Karang orang fikir aku menjaja pulak. Nanti masa balik, kau follow aku pergi bassement. Aku dah simpankan bahagian kau dengan Ima.”
            “Oh thank your dear. That why I love you so much tau!” Gurau Awsam dengan tangan ala-ala mak nyah! Buruk betul rupanya.
            “Ehem...”
            Suara orang berdehem itu membuatkan Amna dan Awsam berpaling. Apabila Amna dapat menangkap wajah Ahfan, terus Amna buat-buat tak perasan. Mogok! Angkat sepanduk merajuk!
            ‘Awal pulak mamat ni masuk hari ni?’
            “Hmm, aku nak bancuh airlah.. Kau nak tak Amna?” Tanya Awsam sambil angkat punggung. Sebenarnya dia nak bagi peluang untuk Amna dan Ahfan pulihkan keadaan. Heh, gaya dia berfikir, macamlah Amna dan Ahfan tu bercinta sakan.
            “Boleh.. Buatkan milo kaw kaw okay.” Jawab Amna mesra. Dia perasan yang Ahfan masih belum berganjak dari tempatnya berdiri tadi. Tapi dia sengaja buat bodoh.
            Rasa cemburu makin meluap-luap saat melihat kemesraan Amna dan Awsam. Nak je Ahfan berundur ke belakang. Malas nak ganggu kebahagian mereka. Tapi nak tak nak, dia tetap kena ambil step memujuk Amna yang nampak sangat tengah merajuk. Aduh, nasib baik comel!
            “Amna...” Panggil Ahfan dengan dada yang hendak pecah. Berdebar!
            “Ya Afhan.. Kalau awak nak tanya pasal report, report tu saya akan bagi tengah hari nanti. Ada beberapa perkara yang perlu dikemaskini lagi.” Skema gila jawapan!
            “Oh bukan... Bukan pasal report.” Bersungguh-sungguh Ahfan menggeleng.
            “Habis tu pasal apa?”
            “Hmm.. saya nak minta maaf.”
            What for?” Berpura-pura tak faham sedangkan rasa nak meloncat tinggi-tinggi je sebab macam dah dapat bau ucapan maaf itu dari kesilapan yang mana.
            “Sepatutnya minggu lepas saya breakfast dengan awak kan.. I’m so sorry Amna... Pagi tu saya ada hal sikit.”
            It’s okay. It’s not a big deal!” Jawab Amna acuh tak acuh. Sengaja tunjuk muka tak kisah sangat sedangkan hati sangat peduli pada kesalahan Ahfan itu.
            Ahfan ketap bibir. Dari intonasi Amna tadi, dia dapat rasa yang Amna langsung ‘tak kisah’. Sebenarnya skop tak kisah ni membawa makna yang buruk dalam sesuatu keadaan. Itu tandanya kita bukanlah keperluan terpenting dalam hidup orang tu. Oh, sedihnya...
            ‘Jangan mengalah Ahfan... Try sekali lagi. Kalau error, baru kau menangis okay!’
            “Hmm, dah sarapan ke? Kalau belum, boleh kita sarapan sama-sama.” Sebenarnya inilah motif dia datang awal hari ni. Selalunya sebagai adik bos, dia memang suka ambil kesempatan datang lewat. Oh, buruknya perangai!
            “Alah... Awsam dah belikan karipap sardin ni. Awak nak?” Sengaja Amna menolak. Hatinya teringin nak balas dendam walaupun separuh dari hatinya teringin benar nak memenuhi permintaan Ahfan itu.
            Dia teringat kata-kata nasihat Najmah tempoh hari. “If you love someone so much and you don’t want to lose them, never ever show them the  feeling too much. Everbody takes advantage whenever it’s available!” 
            Betul sangatlah hipotesis Najmah itu. Jadi, jual-jual mahal sikit. Sayang itu tidak bermakna kita harus menjatuhkan maruah diri sendiri dengan terhegeh-hegeh membabi buta.
            Ahfan gigit bibir. Balik-balik Awsam! Bosan pulak mendengar nama lelaki itu sentiasa basah di bibir Amna. Apa yang hebat sangat pasal Awsam tu?
            “Kalau macam tu, how about lunch? Saya belanja...” Ajak Ahfan dengan dada yang bagai hendak terburai. Berharap agar tawarannya tidak ditolak lagi.
            “Hmm.. tak boleh nak janjilah. Nanti saya double confirm dululah sebab saya nak tanya Awsam free ke tak lunch hour ni.”
            Dahi Ahfan mula mengerut. “Kenapa nak tanya Awsam? Saya nak lunch berdua je dengan awak...”
            Oh... sungguh Amna rasa nak mintak nyawa extra. Rasa terbang melayang seperti layang-layang. Gembiranya hati macamlah Ahfan melamar dia. Padahal ajak lunch berdua je pun!
***
            Berdebar-debar Ahfan hendak menunggu waktu makan tengah hari. Inilah pertama kali dia nak makan berdua je dengan Amna. Selama ni, pernah je makan bersama. Tapi bukanlah berdua.
            “Kita nak pergi mana kat mana?” Tanya Amna tak sabar. Bila tahu yang Ahfan akan membawa dia makan tengah hari, terus dia tak sentuh karipap yang diberikan oleh Awsam tadi. Konon nak simpan space  untuk makan tengah hari ler..
            “Hmm.. saya nak pergi awak makan sushi. Makanan jepun. It is okay for you?”
            Sushi? Oh sepanjang hayatnya memang tak pernah pulak dia nak telan benda pelik-pelik tu. Tapi nak menolak rasa tak sedap pulak. Nanti dilabel sebagai tak berfikiran terbuka atau otak kampung pulak. Sushi pun tak pernah makan ke? Kalau Ahfan tanya soalan versi macam tu, mahu dia rasa nak menyorok dalam selimut.
            “Okay jugak tuh...”
            “Pernah makan ke?”
            “Erk... pernah... tapi tak lah selalu.” Oh, kenapa penipuan yang dia berikan sebagai jawapan. Amna sendiri naik pelik dengan dirinya. Bila bersama Ahfan, dia jadi macam burung belatuk. Semua pun okay! Semua pun angguk!
            Tak jauh pun restoren yang menempatkan makanan sushi ini. Masuk sahaja ke dalam restoren, Amna dah mula rasa kembang tekak. Sungguh dia rasa macam tak boleh dan move on je! Tapi nak menolak, dia memang fikir banyak kali. Bukan mudah nak dapat peluang macam ni.. Takut juga kalau dilabel mengada-ngada nanti.
            “Awak memang selalu ke makan dekat sini?” Tanya Amna sambil menilaukan pandangan. Benda pertama pastilah nak cari logo halal!
            “Yup! Sushi is my favourite food!” Ujar Ahfan teruja. Dia nak Amna belajar kegemaran dan kesukaannya.
Sushi ialah salah satu makanan tradisional yang popular di Jepun dan kini turut digemari di seluruh pelusuk dunia. Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut boleh jadi mentah, dimasak ataupun diperam. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam'.
Tapi cara penyediaan sushi di Malaysia agak berbeza dengan cara Jepun. Selain dari memenuhi citarasa orang melayu, adalah penting untuk memastikan hidangan yang dihidang adalah daripada hasil yang halal.
            “Oh...” Itu je respon yang mampu Amna berikan.
            “Kalau awak makan sushi, awak suka suhsi yang mana?” Tanya Ahfan apabila pelayan meletakkan menu.
Amna tarik nafas. Soalan itu benar-benar tergolong dalam skop soalan maut! Dibelek menu yang berada dihadapannya. Satu benda pun memang dia tak pernah makan.
‘Tulah, padan muka kau! Siapa suruh kau gebang tadi?’
Sekarang, sepatah haram pun dia tak tahu! Sudahlah nak sebut pun kemain payah! Amna tarik nafas.
“Erk.. orang selalu cakap yang sushi ni banyak yang tak halal. Jadi, better kalau home made kan..” Menyusul pembohongan kedua yang bakal meragut nyawa! Oh Tuhan, kenapa dia bijak sangat pergi menipu!
Oh really.. Awak pandai buat sendiri?”
Macam halilintar yang memanah telinga dan bebelah dada! Sungguh kejam soalan itu.
“Tak pandai pun.. Just redah jelah. Tu pun sushi yang versi melayulah. Yang boleh anak tekan ni telan. Itupun belajar dari encik google.” Boleh terima atau tak skop jawapan ni, itu belakang kira. Yang penting ada jawapan yang tak memalukan diri sendiri.
Awesome! Nanti bolehlah buatkan untuk saya ya?” Pinta Ahfan dengan muka  yang teruja.
“Yeah... why not!” Sumpah rasa macam nak ketuk kepala sendiri dengan sepanar pabila mendengar jawapan sendiri.
Akhirnya Amna hanya mengarahkan agar Ahfan membuat order bagi pihak dirinya. Alasannya mudah sahaja. ‘Nak try sushi baru yang sedap dekat sini.’ Hari ini sahaja, dah berpuluh-puluh penipuan dia lakukan.
“Kenapa awak minat makan sushi?” Melihat pada suasana yang mula kekok, Amna mula bertanya. Apa yang sedap sangat pada sushi?
            “Masa dekat syarikat lama, saya kena hantar khursus ke Jepun selama enam bulan. Kat sana, yang paling mudah nak  dapat makanan halal adalah sushi. Sushi yang paling sedap masa tu di daerah Shinkawa, satu tempat di pinggiran Tokyo. Apa yang best masa kat sana ialah, kedai makan mereka specialized  untuk satu menu masakan. Kalau nak cari sushi, dia akan jual sushi sahaja. Nak cari tempura, ada kedai yang jual tempura. So, kita tak payah nak pening pasal isu sushi kita bercampur dengan daging-daging yang tidak halal. So, dari situlah saya minat makan sushi.”
Amna hanya mengangguk. Tak pandai nak tolak tambah apa-apa cerita berkaitan dengan Sushi. Dia sushi pun tak makan... Ini kan pulak nak ke Jepun!
            Pelayan mula menghantar tempahan mereka. Terbuntang mata Amna apabila melihat hidangan yang bermacam-macam jenis warna di atas meja. Sungguh colourful tapi serius, langsung tak membangkitkan seleranya.
“Banyaknya!” Komen Amna. Sememangnya sushi ni memang tersangat banyak untuk makan berdua.
“Banyak? Saya biasa makan lebih banyak dari ini tau. Okay, ni one of my favorite.. Sushi tahu campur isi ketam. Cubalah rasa.” Sushi itu mula diletakkan ke dalam pinggan Amna.
Dengan sedikit teragak-agak, Amna mula mencapai chopstik. Nasib baik dia memang selalu makan Yee Mee dekat Food Court Giant. So tak lah tergeliat sangat nak guna chopstik. Cuma ialah... takut tekaknya buat perangai untuk menelan sesuatu yang tak pernah ditelan.
“Kejap.. lap dulu..” Tahan Ahfan sambil mengelap dahulu chopstik besi itu. Kemudian baru dihulurkan pada Amna.
Cerewet jugak mamat ni rupanya! ‘Oh tekak, please be nice... Tolonglah terima benda alah ni.’ Amna mula mengunyah perlahan-lahan.
“Sedap kan?”  Seronok rasanya melihat wajah Amna yang teruja menjamah makanan kegemarannya. Tangannya mula mencapai Salmon Sashimi lalu dicicah  dengan kicap dan ikan tersebut terus disua ke mulut Amna.
Terus tertelan semua sushi yang berada di dalam mulut Amna. Perlahan-lahan Amna nganga dengan keluasan yang sederhana. Haruslah jaga imej di depan Ahfan. Sememangnya dia rasa terkejut dengan layanan Ahfan yang agak luar biasa hari ini. Kenapa macam sweet sangat ni? Kalau cair tak beku-beku nanti naya jeh.
Sungguh, makanan yang berada di dalam mulut Amna sekarang memang mampu membuatkan Amna termuntah. ‘Apasal ikan ni mentah? Memang tak masak ke?’ Ringan sahaja mulut Amna nak bertanya. Tapi serius dia malu! Lalu, terus Amna menolak makanan-makanan tersebut dengan air.
“Makanlah lagi Amna...” Laju sahaja tangan Ahfan meletakkan beberapa jenis sushi di dalam pinggan Amna.
Layanan baik Ahfan buat hati Amna rasa kembang setaman. Tak mampu nak menolak apatah lagi hendak menepis. ‘Sabar Amna... bertahanlah!’
Dengan pipi yang dah rasa kembang dek rasa loya, Amna mula mengagahkan diri untuk makan sushi yang terakhir. Sushi yang disalut dengan buah avacoda. Tak dapat bayang rasanya. Mungkin rasa macam anakonda kot..  fuh! seram..seram..
Namun tangannya tiba-tiba gatal untuk mencecah wasabi. Sedari tadi dia tengok Ahfan duk cicah wasabi tu. ‘Mungkin mampu mengenakkan makanan kot..’ Fikir Amna memandai-mandai.
Namun sejurus sahaja si tekak terima sushi tersebut, serius rasa kembang tekak. Rasa wasabi itu sangat teruk! Dah macam kunyah getah tayar. Boleh bayang tak macam mana teruknya benda alah tu!
‘Oh tekak... tolong... tolong jangan muntah sekarang!’
So yummy kan...” Komen Ahfan tanpa sempat memandang wajah Amna. Dia sibuk menghabiskan saki baki sushi yang masih ada.
“Yeah...” Ucap Amna sambil tayang muka teruja.
“Errk.. Ahfan, saya nak pergi restroom sekejap ya!” Tanpa menunggu lagi, terus Amna angkat punggung. Inilah bahana kerana menipu! Tak jujur dengan diri sendiri. Sekarang, rasakan!


p/s: maaf kalu tak besttt... x tahu penilaian korang pasal BASS ni lagu mana.. sy hnya mencuba sehabis daya n maaf kalu x memenuhi piawaian.. kih kih kih (perlu ke buat statment mengada nihh.. adooiii..)

17 comments:

  1. amna dgn redza tonton reaksi jujur perasaan.. dgn ahfan menipu..

    ReplyDelete
  2. itulah... be urself. nak org sayang, biar dia sayang kita seada diri kita. jgn jd orang lain. tak jujur namanya. btw, akak pun x penah makan sushi... Erm... Aj mungkin suka. kihkihkih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ,, dgn muka x malu saya nk nk bg tau sy rindu aj.. heheh.. nk sepak along laju laju.. boleh x?

      -athirah-

      Delete
  3. amna nape nk jadik org lain ngan ahfan,jadik diri sndri kn lg baik!

    ReplyDelete
  4. Zara Zuyyin. Akak suke part gebang sushi..may Redza be the one..hehe

    ReplyDelete
  5. alalala... sian amna.. terlalu sukakan ahfan smpai tkut ahfan x boleh terima perangai dia.. omaiii... amna... mn blh mcm tuh

    ReplyDelete
  6. Amna xbaik lh mbohong..kan dh tkena..hehe..tp lbh ska klau bc ksh Redza&Amna lh..herm..
    ^_^
    #Schariedah Schalus

    ReplyDelete
  7. aiseh amna.. tahap kronik sukakan si ahfan tuh.. nmpaknya ahfan mcm nk bertindak meluahkan perasaan dia je.. oh tidak

    ReplyDelete
  8. next plez kak sara

    ReplyDelete
  9. apalah amna ni.. x salah pun kalu mengaku tak suka.. control ayu sngat tu..

    kak zila

    ReplyDelete
  10. adesss amna... kalau xmakan benda alah tu cuba la ckp terus terang... kan dah nak muntah... naseb baek xmuntah kt depan ahfan...

    ReplyDelete
  11. cite akak best ler....semangat akak chaiyouk2 ^_^

    ReplyDelete
  12. salam. saya selalu ikut senyap-senyap je. minat menulis juga. baru buat blog. pernah buat tapi tak dapat bukak jadi buat baru. minta izin follow ya. penulisan EM best3! sebelum ni ikut kat p2u.

    ReplyDelete
  13. Amna, pls be urself bila dgn Ahfan, mesti Ahfan sedih bila dpt tau Amna tak terus terang dgn dia. Ahfan ni pun, tak sensitif langsung, takkan la tak perasan muka Amna macam mana bila mkn sushi tu.

    Kesian dgn Aminah. Setuju kalau aminah dpt cari rumah lain. Gaduh2 psl harta ni, tak best la. Yg gaduh kan tu pun, mak mertua, Mak kpd lelaki yg dia cinta, nenek kpd anak2 dia. Amna patut lebih memahami.

    P/s: tetiba rasa nk pegi mkn sushi plak!!

    ReplyDelete
  14. amna lagi sesuai dengan redza kerana bersifat semulajadi sdgkan menipu dgn ahfan,..menipu tukan tak jujur,..kalau betu lada perasaan cinta untk apa menipu,..hmm,..

    ReplyDelete
  15. amna jadi diri sendiri bila dgn redza.. tp,, dia x jadi diri sendiri depan ahfan,, asyik menipu je.. payah kot.. conclusion dia.. amna sesuai dgn redza.. yeah ! (bila baca nama redza,, terbayang muka suami kak irma,, haruslah hensem kn.. :D ) kihkih.. best !

    -athirah-

    ReplyDelete
  16. menipu lagi..rasakan..hahaha

    ReplyDelete