Monday 22 April 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [20]

Redza mula menutup telefon bimbitnya yang sedari tadi menderu-deru dengan mesej. Dia dah tak lalu nak baca luahan hati Dayang yang pelbagai rentak itu. Kejap merintih, kejap merayu, kejap mengarah! Dia tak punya jiwa untuk melayan Dayang lagi. Apa yang berlaku dahulu.... biarkan ianya tidak berulang lagi.
            “Awak kenapa?” Soalan berbau prihatin itu terkeluar dari mulut Amna. Dia perasan yang kepingan Pizza Redza  langung tak terluak.
            “Tak apa apa.”
            Amna angkat bahu dan meneruskan suapan. Sudu dan garpu berlaga sesama sendiri. Kadang-kadang sengaja dia lagakan dengan kuat! Malah spageti yang dimakan juga bersepah di sekitar pinggannya. Sengaja makan tak senonoh!
            “Amna.... pinggan awak tu tak cukup besar ke?”
            “Oh...” Yes! Redza dah perasan. “Hmm... kat rumah, saya dah biasa makan dalam talam!” 
            Redza hanya membiarkan. Malas nak layan karenah Amna lagi. Dalam hatinya sedang merangka sesuatu untuk buat Dayang pergi dari hidupnya secara sukarela. Nak buat macam mana ya? Nampaknya cara kasar memang tak membantu!
            Namun tiba-tiba Meatball Spageti Amna tercampak di dihadapannya. Terus Redza angkat muka! Memandang Amna yang nyata sedang terkejut.
            Meatball hidup lagi. Ish, sayangnya... peraturan lima saat belum habis.” Cepat-cepat Amna kutip Meatball yang tercampak tadi. Kemudian disumbat masuk ke dalam mulutnya. Nasiblah... idea spontan pasal perangai tak senonoh ni tiba-tiba menjalar di minda.
            “Awak tahu pasal peraturan lima saat tu?”
            Kening kiri dan kanan Amna mula bercantum. “Aah.. baca dari komik cerita korea. Kenapa awak tanya?”
            “Sebab saya pun pernah baca.. Kiranya kalau makanan tu terjatuh tak sampai lima saat, maknanya kuman belum ada lagi. Tapi kesahihannya tak tahulah pulak. Tapi kalau makanan jatuh sekejap macam tadi, memang saya sebat jeh!”
            Melopong Amna mendengar kata-kata Redza. Jadi usahanya tadi hanya sia-sia? Aduh... apalah nasibnya hari ini. Semua rancangan tak menjadi!
            Spageti yang tidak habis itu mula ditolak ke tepi. Dia mula mencapai Seafood Lasagna. Salah satu favourite dia di Pizza Hut!
            Ketang! Sudu dah pinggan berlaga lagi. Dan Amna memang berada dalam kondisi yang sengaja. Dia lagi suka walaupun banyak mata-mata dah memandang.
            Redza hanya membiarkan. Malas nak komplen lebih-lebih. Amna bukan banyak makan tapi banyak membazir.
            “Amna.. boleh saya tanya sikit?”
            “Hmm.. tanyalah.”
            “Baju yang awak pakai ni ada sentimental value ke?” Berhati-hati Redza bertanya.
            “Erk... sentimental value? Tak adalah.. mana ada! Kenapa awak tanya macam tu?” Amna tunggu jugak bila Redza nak smash dia pasal baju yang dia pakai. Tapi soalan Redza kemain sopan lagi. Tak kan agenda yang satu ni pun tak menjadi?
            “Tak lah.. biasanya bila sesuatu tu ada nilai tersendiri, kita akan pakai di hari istimewa kita.”
            Mata Amna terbuntang mendengar telahan Redza. “Oh tidak... hari ni tak termasuk dalam hari istimewa pun!” Jawab Amna kasar.
            “Amna... hari ni memang biasa. Tapi mula jadi luar biasa bila saya bersama awak..” Ujar Redza sambil mengambil potongan pizza dan dibawa ke mulut.
Amna yang agak terlopong dengan pujian yang berbau ikhlas itu mula bergerak dan lengannya tertempuh gelas minumannya dan....
“Amna behave!”
Cepat-cepat Redza menahan air yang tumpah dengan menggunakan tisu. Amna yang terkejut itu  terus melebarkan pandang ke arah sekeliling! Malu gila dengan perangai tak berjaga dia tadi. Tapi bukan ke ini yang dia nak sangat?
“Saya baru puji sikit.. Awak dah menggelabah!” Sakat Redza. Aduh, tak boleh nak agak perangai tak senonoh Amna yang satu ini. Bukan tak senonoh, tapi lebih kepada clumsy!  Kalau Dayang dahulu, pasti dia akan bangun meninggalkan gadis itu terkulat sendiri. Tapi kenapa dia tak mampu untuk melakukan semua ini pada Amna?
“Mana ada gelabah?”
Watch your action.they become a habits!”
So?” Amna bagi ayat orang tak bersalah.
Watch you habits.. they become a character!”
So?” Sebab tak tahu nak jawab apa jadi Amna ulang ayat yang sama.
            Watch you character.... it become your destiny!”
            Kenapa macam mendalam sangat kata-kata Redza ini?
            Abaikan... Tak payah cara!
***
            Sesudah makan, mereka menuju ke bahagian Parkson pula. Redza memohon diri untuk mendapatkan baranganya. Di kesempatan itu, Amna mula membelek-belek deretan barangan kosmetik yang terhidang. Fuh, harga memang tak payah cakaplah! Tersangatlah mahal... Tapi ramai je yang mampu untuk memilikinya.
            “Ada apa-apa yang awak nak beli?” Tegur Redza apabila Amna tak habis-habis melirik ke arah barang-barang kosmetik yang terpamir.
            “Erk... tak ada... Saya tak pakai barang-barang mahal ni.” Tolak Amna separa menyindir. Dia pun pakai jugak barang kosmetik. Tapi ikut kemampuan diri sendirilah. Kalau nak pakai SKII, memang kopaklah jawabnya.
            “Hmm, saya pun pelik dengan sesetengah orang ni. Buat apalah nak pakai barang-barang kosmetik ni semua. Produk kecantikan hanya akan mencerahkan. Bukannya mencantikkan.” Hujah Redza tak semena.
            “Oh, macam tu ke? Habis tu kalau saya rasa nak cantik, nak buat macam mana?” Duga Amna.
            “Ada jalannya... Mudah, simple dan effesion.”
            “Oh.. macam mana?” Teruja pula si gadis nak teroka jawapan Redza.
            “Kahwin dengan saya!”
            Amna mendengus. Kesitu pulak Redza ni. “Apa kena mengena antara nak cantik dengan kahwin dengan awak? Kaitan pulak kan...”
            “Amna... bila awak kahwin dengan saya, awak akan sentiasa nampak cantik di mata saya... Untuk saat ini.. esok atau sampai bila-bila...” Jawab Redza dengan renungan yang buat jiwa simen Amna ditoreh dan dicairkan berulang kali.
            Amna mengambil langkah untuk kedepan. Meninggalkan Redza ke belakang. Oh tidak.. Oh tidak... kenapa hati macam cair je dengar ayat Redza tu? ‘Tak boleh jadi nih.. Balik ni kena masukkan balik hati ni dalam peti ais. Jiwa yang cair ini perlu dibekukan semula!’
***
            Bila isnin memunculkan diri, semua orang buat kerja macam terpaksa je. Kerja pending hari jumaat pun tak mampu disempurnakan dengan baik. Ialah, hari jumaat mood dah enjoy nak cuti.
            Mood Amna makin jadi teruk apabila melihat Ahfan awal-awal lagi dah keluar dengan perempuan seksi yang pernah dia lihat dahulu. Sejak akhir-akhir ini makin kerap pula perempuan tu datang!
            “Relekslah Amna... Cik Ayyu tu datang sebab Ahfan uruskan problem anai-anai dialah.. Bukan Ahfan curang dengan kau!”
            Kata-kata Ahfan tu memang skop mintak pelempang betullah! Perlu ke nak mention kuat-kuat dan nak umum satu pejabat.
            “Awsam.. aku toreh mulut kau tu dengan kulit durian.”
            “Amna... kau kena belajar jadi matang untuk kawal rasa cemburu kau tu.” Nasihat Awsam sambil ketawa. Alahai, comel je bila tengok Amna cemburu. Agaknya kalau Najmah cemburu, comel macam ni jugak ke?
            “Masalahnya sekarang.. Aku tak boleh! Kau tengoklah perempuan tadi. Bukan main seksi lagi. Tak ke naya Ahfan nak tanggung dosa.”
            “Alah, Ahfan pun syok dapat cuci mata tu.” Seloroh Awsam lagi.
            “Kau... jangan nak over ya!” Orang tengah geram, Awsam lagi suka nak tambahkan garam!
            Bunyi telefon bimbitnya mula menarik perhatian Amna. Melihat nama Redza naik, dia dah mula rasa tak sedap hati. Apa lagi yang Redza nak?

Malam ni ada jamuan ringkas birthday mama.. mama kata awak no excuse!

            Amna mendengus baca araha Redza itu. Laju sahaja tangannya gigih hendak membalas TAK NAK. Tapi tiba-tiba dia terpandangkan bilik Ahfan. Ingatan pada pertemuan mereka yang lepas mula bangkit.
            “Redza tu bukan ke yang masuk meminang awak dulu?” Tanya Ahfan berhati-hati. Tak mahu menunjukkan sikap gelojoh sangat.
            “Yup.”
            “Oh.. awak contact lagi dengan dia?”
            “Tak jugak... Kadang-kadang..”
            “Awak tak jatuh hati pada dia ke? Pada pandangan saya, dia lulus dan lengkap serba serbi.” Komen Ahfan sambil mata membelah jalan raya.
            “Bagi saya dia tu tak ada apa yang luar biasa pun!” Dalam hati mula diserang tanda tanya. Kenapa banyak sangat soalan pasal Redza? Entah-entah Ahfan  cemburu? Oh... tolonglah cemburu..
            “Jadi awak tak rasa menyesal sebab tolak dia dulu?” Tanya Ahfan lagi.
            “Tak.... Dia tu air gula, Manis! Saya pulak ni air laut, Masin! Kalau digaul bersama, tak boleh sebati tapi boleh bawak mati!” Ayat selamba dah keluar. Dan Ahfan tersenyum. Seolah-olah merasai yang kemenangan berpihak padanya.
            Sekarang Amna rasa bodoh pulak kerana tak berfikir panjang ketika menjawab soalan Ahfan dulu. Patutnya dia jawab dia sengaja tolak Redza sebab nak tengok kesungguhan Redza untuk pikat dia. Masa itu, barulah dia akan dapat tahu rahsia hati Ahfan kan?
            Dengan penuh rela, Amna mula menaip YA sebagai tanda setuju untuk ikut turut serta. Sakit hatinya bila Ahfan sibuk bergedik-gedik dengan perempuan lain. Dia pun boleh buat jugak!
***
            Sungguh Amna rasa tak selesa memakai kebaya pemberian Redza ini. Kalau ikutkan, bukan nak pakai sangat! Tapi entah macam mana dia terhasut dengan karenah Syakira yang tiba-tiba dalam mencemar duli di rumah kakaknya tadi. Siap tolong lilitkan selendang lagi.
            “You don’t have to be perfect to be  in this  place. Yor don’t have to have all the answer or always know the right thing to say. Just be yourself Amna...” Redza dapat kesan riak tak selesa Amna apabila mereka turun dari kereta.
            “Siapa takut nak jumpa mama awak! Saya just tak selesa dengan baju yang awak bagi nih!” Komplen Amna lagi. Sebenarnya dia rasa menyesal kerana gatal-gatal bersetuju datang ke majlis ini. Dia bimbang Redza akan bertindak di luar kawalannya. Mamat disaster ni bukan boleh kira!
            “Awak macam bulan... yang bersinar di sebalik bintang!”
            “Oh... tolonglah jangan bagi ayat geli Redza. Karang muntah pelangi saya kat sini! Bulan tu kalau diperhatikan betul-betul, permukaan dia berkawah kot...”
            Redza ketawa sahaja. Walaupun Amna masih kasar dan garang seperti biasa, namun semua itu tak akan mampu menjauhkan rasa yang menular di hati. Menyintanya menyempurnakan hidup Redza.
            “Makin kita berperang... makin awak garang, makinlah saya bertambah sayang dan gila bayang!”
            Amna gigit bibir. Makin lama, hati dia makin kebas dengan panahan ayat yang puitisnya kedengaran lain macam itu.
            “Eh, Amna dah sampai...” Tegur Hajah Zubaidah sambil memeluk Amna yang kelihatan comel itu. Makan malam kali ini lebih bermakna dengan kehadiran bakal menantu.
            “Cantiknya menantu mama...” Ringan sahaja mulut Hajah Zubaidah memuji. Amna telan liur yang kesat. Ayat menantu itu memang ber‘hantu’ sungguh!
            “Mama, inilah hadiah untuk hari jadi mama..”
            Terjatuh rahang Amna mendengar pengakuan Redza. ‘Aku ke hadiah istimewa yang dia cakap dia dah sediakan? Cina beng punya Squirdward!
            Amna menjeling tajam ke arah Redza. Tajam hingga mampu membelah hati Redza.
            “Ish.. tak habis-habis main-mainlah kamu ni Redza. Jom Amna, semua orang dah menunggu di meja makan.”
            Ketika berpamitan bersama Hajah Zubaidah, sempat Amna berpaling ke belakang dan menunjukkan penumbuknya. Dia tak sangka yang drama sebabak yang lepas masih berjalan.
            Dalam kekusutan, sempat jugaAmna sudah tersenyum jahat! Nampaknya dia boleh guna keadaan ini untuk berlakon tak sopan! Boleh buat Redza dah ahli keluarganya membeci dirinya. Tapi sanggup ke menjatuhkan maruah sendiri dihadapan keluarga yang penuh protokal ini.
Tengok rumah tadi pun Amna dah nak pengsan! Bukan main besar lagi tapi dekorasinya sangat simple dan kemas. Tak terlalu kusut dengan perabot mewah. Konsep moden kotemporari benar-benar meragut hati Amna.
Amna mula diperkenalkan dengan ahli keluarga Redza. Redza merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik rupanya. Ada si kakak yang manis rupawan. Mulut pun boleh tahan banyak! Ada si adik perempuan yang tak banyak cakap tapi rajin tersenyum! Dan Redza ada seorang ayah yang muka nampak serius tapi sangat humble orangnya. Memang tak gaya orang kaya sebab makan pun pakai tangan! Okay serius jauh dari drama melayu semua.
“So bila korang berdua nak kahwin?”
Tersembur makanan yang ada dalam mulut Amna sekarang. Betul-betul tindakan spontan bila mendengar soalan dari Ruzaifah. Kakak si Redza.
“Ish Zai ni... Tersedak budak tu dibuatnya!” Tegur Hajah Zubaidah.
“Tak payah tunggu. Nanti kami layangkan kad okay!” Sampuk Redza dengan muka kagum. Amna pandang Redza dengan muka tak puas hati.
“Jangan lama-lama. Nanti lemau!” Sakat Ruzaifah lagi. Kali ini muka Amna memang macam udang bakar. Tapi Redza boleh gelak besar.
Makan malam diselang seli dengan perbualan yang merangkumi semua aspek. Dari sekecil-kecil hal membeli barang di Pasaraya hinggalah ke perihal dunia. Fuh, otak memang mencabar bila berada dikalangan orang yang berfikiran jauh ini.
Redza tersenyum sahaja melihat gelagat Amna yang kadang-kadang nampak canggung itu. Teserlah keayuan disebalik rasa malu seorang gadis yang tak pernah Redza dapat tengok. Sebenarnya semua ahli keluarganya sudah mengetahui garisan hubungannya dengan Amna. Sengaja Redza memporak-perandakan emosi Amna.
Usai makan, mereka melepak di tepi kolam renang. Gazebo yang terhias indah menjadi tempat untuk mereka berkumpul. Amna yang tadinya rasa canggung mula dapat menyesuaikan diri dalam keluarga Redza ini. Sangat meriah!
Rania mula memetik gitar kapaknya dan serentak semua orang menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk Hajah Zubaidah. Tambah pula tiga orang  anak Ruzaifah yang masih kecil ikut turut menyanyi sama. Simple tapi meriah. Kakak Redza muncul sambil menatang sebiji  kek.
“Terima kasih semua... Mama tak mintak banyak, mama hanya nak anak-anak mama hidup bahagia. Tu je doa mama siang dan malam.” Ruzaifah, Rania dan Hajah Zubaidah berpelukan erat. Group hugs!
“Selamat hari lahir mama....Terima kasih sebab menumpangkan Redza dalam rahim mama. Mendidik Redza dan sentiasa bersabar dengan karenah Redza. Love you so much!” Dicium pipi mamanya tulus. Menggambarkan kasih yang tak sudah-sudah.
Lama Amna merenung perlakuan kedua beranak itu. Memang bagus bila seorang lelaki bersikap anak emak. Sebab dia jaga Syurga dia. Lelaki seperti inilah yang akan membimbing seorang isteri mencari jalan ke Syurga.
“Sama-sama sayang... Redza memang anak lelaki yang baik.” Mata si mama mula terhala pada geranagan si suami. “Terima kasih jugak bang... sebab sudi jadi teman hidup dan teman kehidupan Idah.” Lengan Haji Risyam mula dipaut. Menggambarkan rasa kasih yang tak putus.
Tercengang sedikit Amna mendengar ucapan itu. Apa maksudnya? Teman hidup dan teman kehidupan? Bukankah keduanya membawa maksud yang sama? Nak tanya, tapi macam tak kena pulak!
Selepas upacara memotong kek, Redza mula berjalang ke hujung kolam renang. Jauh dari ahli keluarga yang lain. Hatinya rasa kosong! Hatinya rasa hilang! Kosong dan hilang tanpa kehadiran abangnya di hari lahir mama. Kebiasaannya, hari inilah yang paling membahagiakan Radzi.
‘Bang... moga kau bahagia di sana..’ Mata mula dipejam seerat mungkin. Bacaan Al-fatihah mula dikirim. Jika ada pahala pada bacaannya, harap sampai pada arwah abangnya.
“Kenapa duduk jauh sangat?” Tegur Amna sambil menghulurkan sepiring kek. Nampak Redza macam culas hendak tersenyum. Malah memilih untuk duduk bersila mengadap kolam renang. Dah macam tak ada kerja lain.
“Saya jauh dari mata awak... tapi dekat di hati awak kan!”
Amna mendengus keras! Kalau tak diarah oleh Ruzaifah tadi, dia pun tak ingin hendak mendekati Redza yang sedang melayan jiwa itu. “Tak payah nak bagi ayat gelilah... Nah, ambik kek awak nih!”
“Alah, temanlah saya makan sekali.”     
“Tak ada faedah... Baik saya join dia orang berborak kat sana!”
“Awak duduklah kat sana, kakak saya tu dah lah mulut murai. Nanti dia tanya macam-macam baru padan muka awak!” Ugut Redza sambil tersenyum sini. Dia mula menyuakan kek ke dalam mulutnya.
Hendak tak hendak, terpaksalah Amna duduk di sebelah Redza. Serius macam kerja orang bodoh mengadap kolam renang memalam macam nih! Namun tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Hajah Zuraidah tadi.    
“Redza... saya dengar mak awak cakap tadi. Apa maksud teman hidup dan teman kehidupan? Bukan dua-dua tu ke membawa maksud yang sama?” Dasar otak yang memang nak tahu semua benda, jadi terpaksalah tanya. Tak tanya nanti, sesat jalan pulak!
“Awak rasa macam mana? Life and living bunyinya hampir sama tapi maknanya terlalu besar...”
“Entah.. lain ke? Bukan sama je ke?”
“Kita sedang membina hidup dan kehidupan. Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih sayang, cinta dan kemesraan. Nampak tak bezanya?”
Tercengang Amna dibuatnya. Sungguh dia tak pernah tahu. Ke memang sebab dia pun malas nak ambik tau?
“Seorang isteri itu adalah teman hidup dalam kehidupan. Kehidupan yang bukan semata-mata hidup. Kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi membina kehidupan dengan apa yang kita beri.”
Berbelit ayat Redza namun cuba dianalisa oleh akal fikiran Amna sendiri.
“Bagi saya, konteks teman hidup dan teman kehidupan ini ibarat macam tuntutan zahir dan batinlah. Rohani dan jasmani. Dimana seorang suami perlu menyediakan nafkah zahir seperti makan pakai, tempat tinggal dan seangkatan dengannya. Dan nafkah batin seperti hubungan kasih sayang, kemesraan dan cinta...”
Rasa perejudis, rasa sinis, rasa menyampah bagai hilang sekelip mata apabila mendengar tutur kata Redza yang serius itu.
“Mana awak tahu semua ni?”
“Dari membaca dan... mendengar ceramah. Input yang kita terima perlulah dicerna dengan baik kan... Bukan ke orang yang mendengar akan mudah belajar dalam hidup ini? Bukan sahaja akan meluaskan ilmu pengetahuan bahkan menunjukkan bahawa individu itu lembut hatinya. Kerana orang yang keras hati sahaja yang tidak dapat mendengar dan menerima nasihat.”
Fuh, panjang pulak ulasan ustaz tak bertauliah ini.
Amna tersenyum sedikit. “Awak memang pendengar yang baik.” Puji Amna tanpa sedar.
“Awak tahu, ada kata bijak pandai yang berbunyi... tugas cinta yang pertama ialah mendengar.”
Pulak dah...
Kata-kata Redza itu menambahkan kerutan di dahi Amna. “Dah... dah... jangan nak mula.” Pantang kena puji. Mulalah nak bangga. Lagipun, bukan boleh kira sangat mamat ni, kalau dah mula berfalsampah, bukan boleh berhenti.
“Betullah... ini fakta.”
“Okay, kalau betul-betul fakta... apa bukti peranannya?”
Redza mula meletakkan piring kek yang sudah kosong ke atas lantai.
“Kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Maka cinta akan lebih subur dan harum... Bukan mudah tau nak jadi pendengar yang setia.”
Amna terdiam. Entah macam mana boleh terlebih teruja untuk mendengar bait demi bait kata-kata yang dituturkan oleh Redza. Terasa sejuk...dingin... hingga boleh menanamkan musim bunga dalam taman hati.
“Amna...” Seru Redza perlahan.
Tanpa dipaksa, kepala Amna terus berpaling ke arah Redza.
“Ketika di musim panas yang terik, saya akan selalu menjadi tempat untuk awak berteduh. Ketika langit memuntahkan hujannya, saya akan menjadi payung untuk awak. Ketika awak lelah berjalan... saya akan menjadi kerusi kecil untuk awak melepaskan penat. Ketika awak ketawa, saya akan memberikan seluruh kebahagiaan saya untuk awak terus ketawa. Saya akan jadikan pipi awak kering daripada air mata. Tapi kalau awak menangis jugak, tangan saya akan menyerap semua air mata awak...”
Mata mereka saling beradu.
Spring comes, into this way....
Spring comes, into my heart...
Spring comes, between us...
Dup dup...dap dap... Hati Amna dah bergelombang! Bergelora menghempas iramanya. Perlabuhan mana yang ada untuk dilabuhkan rasa ngilu ini. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Mata Redza seperti matahari manakala hatinya pula seperti aiskrim. Kehangatan pesonanya mampu mencairkan hatinya ini.
“Dah lah Redza....awak akan penat.”
Ya ke Redza akan penat? Nampaknya sekarang seolah-olah hati Amna yang dah mula penat. Lebih tepat lagi adalah TENAT!
Redza hanya tersenyum.
            “Makin lama awak ni makin pelik? Pelik tau tak!” Bidas Amna lagi.
            Redza ketawa sinis. “What to do... We do strange things for the people we love. It’s going to be hard, but nothing worth the fight is easy.”
            Amna mencebik. Bencinya!
            Smile a little more.. With a happy smile. So that you can comfort my heart that keeps looking for you…”
            Hati yang keras seperti simen seperti mula lembut..
            Hati yang berdawai besi mula longgar dengan sendirinya.
            Tak boleh jadi nih! Amna mula angkat punggung. Rentung hati dengan jantung bila dimasak dengan ayat manis itu.
Sewaktu hendak berdiri, tanpa sedar tapak kakinya terpijak kain baju kebayanya sendiri. Akhirnya badan yang tak mampu diimbanginya itu mula... gedebush!.... menjunam ke dalam kolam renang.
“Amna!” Jerit Redza kuat. ‘Ya Allah, clumsy betul minah nih!’

p/s: sampai disini sahaja pertemuan kita kali niii... hope semuanya dipermudahkan ke versi cetak nanti... THANK YOU SO MUCH pada korang2 yang x serik menyokong every chapter... oh myyy... x mampu nak balas jasa korang... kalu ad y x balas komen tu sorry keyhh.. sbb been busy lately nih... harapnya, kalau keluar versi cetak nanti, x serik nak dapatkan BASS keyhhh.. hope jangan fed up sokong saya... seriously talk... lebiu korang much much...

bab akhir di blog... nak komen.. sila komen... kalu x mahu.. sy x paksa... hehehe... ampun salah silap kalu ada typing error.... harapnya versi cetak lebih smooth.. n mungkin akn ada pertukaran time editing nanti.. (panjangnya aku berangannnnn.. hahahaha)

oh my panjangnya aku membebel... gggrrrr... ambik mood... tq tq tq again again n again.. insyaALLAH ada teaser2 buat sakit hati.. tp rasanya di group ajelahh... sayang korang muchooooo... kbaiii

xoxo - Ezza Mysara

23 comments:

  1. memang amna so clumsy!... hahaha...

    ReplyDelete
  2. adoii.. baru nak masuk gear 4 dah kena stop..haiyoo..

    ReplyDelete
  3. kak sara.. sy doakan moga2 cepat keluar novel akak nih! x sabar nk sambung baca kisah mamat disaster dgn minah clumsy nih.. amna ni buta la.. redza sikit pny baik ddk depat mata,, sibuk je nk kat ahfan tuh.. adeyyyhhyh.. best !!!!!!! :D

    -athirah-

    ReplyDelete
  4. abes da?
    cepat2 jd mss,xsbr tunggu
    Redza dgn Amna kan?....ya la kotttt

    ReplyDelete
  5. Ada versi cetak nanti?? Wahhhhhhh... akak tunggu!

    ReplyDelete
  6. Erkk bak lagi satu entry boley? Pleaseeee

    ReplyDelete
  7. oh2 tidakk..memang cayaq nie, x sabar tgu edisi buku punya..btw gud luck to you dear writers~

    ReplyDelete
  8. hahaha sume yg amna wat mst xmenjadi... macm syok je mse bce part yg redza bmadah tu... rase mcm hati amna mula nk berbunga-bunga...

    gud luck eh sara... xsabar nk pegang BASS...

    ReplyDelete
  9. sara.. can't wait untuk ke versi cetak nanti.. serius sy rasa walaupun bass ni cite sntai tapi msih ada kekuatan y tersendiri... nway doakan y terbaik untuk awak sara.. ttp sokong smpai bila2.. hope berjaya edit bass n submit to publisher secepat mungkin sebab sy x ada kesabaran nk tunggu lama2.. hehe

    ReplyDelete
  10. sy yakin redza dengan amna nanti.. good luck kak sara

    ReplyDelete
  11. Redza dan Amna. Tahniah, moga dapat berjumpa dalam versi cetak... :)

    ReplyDelete

  12. masok list....nak beli dr tuan tanah ni hhihi..gud luck akak..may ALLAH bless ^_^

    ReplyDelete
  13. x sabar nak dapatkan redza dan amna.. tahniah sara.. hope terus succes... bila nak keluarkan cerpen pulak?

    kak zila

    ReplyDelete
  14. mcm tak sabar plak nak tau kesudahannya,.

    ReplyDelete
  15. Aisehman....bukan Amna sorang je makin cair, dgn akak2 skali cair ni...nmpk gaya, sepanduk nama Redza naik la nih...maybe akak pun dh sokong Redza kot sbb bila bc bab Redza romantic ni, akak dh tak rasa geli dh..

    ReplyDelete
  16. kat mane bole beli buku akak..? buku benci amat sayang sangat

    ReplyDelete
  17. kak waiting ..cptla kluar bass

    ReplyDelete
  18. Waitinggggggggggggg

    ReplyDelete
  19. alorh.............. x sabo den nk nggu nie.... :D
    hahaha :)
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  20. mudah mudah cepat la keluar edisi cetaknya..

    ReplyDelete
  21. baru baca...yes, it is so interesting stories. keep it up dear. :)
    waiting for print version.

    ReplyDelete
  22. BASS da dicetak ke?

    ArandaAzima

    ReplyDelete
  23. Bass da kuar versi cetak ke?

    ReplyDelete