Monday 15 April 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [18]

Kepala Amna terasa berbalam-balam. Perutnya sebu. Tekaknya dah penat memuntahkan segala isi perut. Sekali pandang, dah macam kena morning sickness! Apalah nasib, semalam terseliuh, hari ni perut terkena culture shock! Semua ni kerana sushi!
            Amna memandang stoking yang diberikan kepada Redza semalam. Tak sampai semalaman, kakinya yang terseliuh itu sembuh dengan sendirinya. Tak perlu diurut ataupun dipicit-picit.  Pagi tadi pergi kerja dah boleh pakai kasut tinggi!
            ‘Kan bagus kalau stokin tu boleh sarung dekat perut nih! Mesti dapat hilangkan rasa sebu.’ Fikiran Amna mula kelaut.
            “Adik” Seru Aminah sambil menolak lembut pintu bilik adiknya.
            “Ada apa kak long?”
            Walaupun dia masih rasa tak puas hati dengan Aminah, namun Amna memang mengelak untuk bermasam muka dengan kakak sendiri. Isu yang satu itu tidak perlulah dipanjang-panjangkan.
            “Redza... Redza datang.”
            “Squirdward tu nak apa lagi?” Tanya Amna sambil bangun dari pembaringan. Dia tak ada tenaga yang cukup untuk bertekak dengan Redza.
            “Nak adiklah kot..” Seloroh Aminah sambil ketawa.
            “Cakap kat dia yang  adik tak sihat!”
            “Eh lupa nak cakap, Redza kata kalau adik tak turun jumpa dia, dia akan datang bilik adik sendiri!” Bukan niat Aminah nak temberang bagai, tapi memang Redza sempat berpesan. Agaknya sudah mengagak akan kedegilan Amna yang satu ini.
            Hei, mamat disaster ni memang nak kena luku dengan sepanar!
***
            Ditilik jam yang berada di pergelangan tangannya. Menanti Amna turun dengan penuh rasa sabar. Balik semalam, terus dia geledah dari Syakira. Perkara apa yang mampu mencuri hati Amna Safiya?
Apa yang Amna suka, apa yang Amna tak suka malah setiap perkara yang berkaitan dengan Amna telah Redza kaji dari Syakira. Perangai sinis dan pesimis itu ‘wajib’ ditinggalkan. Serius dia memang angkat tangan bab memikat dan mengurat!
 Dahulu, perempuan sudah sedia ada terpikat dengan dirinya. Tak perlu susah-susah sampai nak mengorat! Tapi Amna lain macam sikit. Ialah, kata perempuan berjiwa simen! Berhati dawai besi! Perasaan macam konkrit!
Mungkin... Mungkin dia boleh masuk meminang terus. Tapi dia tak mahu gunakan cara paksaan. Dia kena belajar untuk mengenali perangai Amna dan jiwa Amna. Lagipun, dia nak didik jiwanya untuk lebih bersabar. Kalau sekarang tak bersabar, ingat lepas kahwin boleh ke nak sabar?
“Awak ni dah tak ada kerja lain ya?”
Terus Redza angkat punggung. Suara Amna kedengaran lain macam. Macam orang tak sihat sahaja.
“Are you okay?”
Amna mendengus kasar. “Bila mata saya tengok muka awak, automatik mood saya akan jadi tak okay. Get it?”
“Nampak sangat yang saya bagi kesan mendalam dalam hidup awak kan? Hmm, by the way kedatangan saya hari ni sebab nak bagi awak hadiah... Hope so  you will  like it!”
Kotak sederhana kecil itu mula dihulurkan pada Amna. Dia harap sangat yang Amna akan meloncat-loncat apabila melihat hadiah yang diberi itu. Jangan Amna buang sudahlah!
Tangan kanan menyambut huluran yang diberi manakala tangan kiri pula menutup mulutnya. Tekak Amna mula buat hal lagi!
“Amna... are you okay?” Tanya Redza sedikit cuak. Muka Amna nampak merah dan mata gadis itu kelihatan berair. Ringan sahaja tangannya hendak singgah di dahi Amna. Tapi agama membataskan hubungan mereka.
Ikan salmon yang mentah tadi bagai masih berkampung di dalam tekak Amna. Tanpa sebarang signal, terus Amna menunduk ke bawah. “Bweeekk...”
“Amna... are you okay?” Soalan yang sama tapi nada sudah berbeza.
Bweekkkkk..” Rasa loya yang itu tidak mampu ditahan lagi. Lalu terus Amna termuntah di atas kaki Redza. Kepala Amna terasa berpusing-pusing. Sememangnya dia tak larat dan tak sempat nak pergi berlari ke tandas.
Redza terpempam! Hampir seminit dia terkaku sendiri.
“Amna... dalam banyak-banyak tempat, kenapa kaki saya jugak yang awak pilih?” Nada suara Redza mendatar sahaja. Tidak marah mahupun merungut. Tapi melihat muntah hijau yang tumpah di kakinya, Redza mula garu kepala.
Nak buat macam mana sekarang?
***
            Matanya sedari tadi hanya dibawa merenung ke luar tingkap. Kalau ikutkan, memang tak ada apa yang menarik tapi dalam kereta ni lagilah ada wajah yang menyakitkan hati. Bila mengenangkan peristiwa tadi, Amna mula dijengah rasa malu. Macam mana dia boleh termuntah atas kaki Redza?
            Tapi malu itu hanya pada permulaannya, sebab lama-lama dia mula tersenyum dalam hati. Mungkin scene muntah yang tidak dirancang itu akan membuatkan Redza bertambah bencikan dirinya. ‘Hip hip hoorey... seronoknya...’
            Strategi keenam: muntah di kaki Redza.
            Tapi yang tak best adalah, Redza terus memaksa dirinya untuk ke klinik. Kata Redza, mungkin dia mengalami alahan makanan ataupun keracunan makanan. Bila ditanya makanan yang dimakan siang tadi, membuntang mata Redza dibuatnya.
            “Makan Sushi... dah tahu perut orang melayu, yang pergi makan makanan Jepun yang mentah tu kenapa?” Protes Redza garang! Naik bernanah telinga bila mendengar Redza Khusyairi membebel. Bebelan yang mampu buat orang mengigau!
            “Awak tak makan sushi ke?” Tanya Amna polos.
            “Buat apa nak makan makanan Jepun segala bagai tu... Makan makanan melayu sudahlah!”
            Amna gigit bibir. ‘Redza yang nampak kelas pun tak makan sushi. Jadi dia tak adalah kampung sangat pun kalau tak makan sushi kan?’ Tebak Amna sendiri.
            “Balik ni rehat... Kalau esok tak sembuh lagi, saya pergi bawak pergi klinik lain pulak.” Kali ini pemanduan Redza betul-betul sampai di hadapan pintu pagar rumah Aminah.
            Klinik lain? Minggu ni sahaja dah dua kali pergi klinik. Dia sendiri dah naik pitam tengok muka doktor. Apatah lagi nak menelan ubat! Seliuh sikit kena pergi klinik... Muntah sikit pun pergi klinik. Gila! Redza ni pernah bercita-cita nak jadi doktor ke apa?
            Amna berkalih ke kanan. “Awak nampak tak ni apa?” Amna menunjukkan kedua belah tangannya yang diangkat separa dada.
            “Tangan.”
            “Ya... saya ada tangan.. saya ada pun kaki...” Tanpa segan silu, Amna mengangkat tinggi kakinya ke atas dashbord. Air muka Redza jelas terkejut dengan tindakan spontan Amna! Apa hal minah ni?
“...Kalau saya tak sihat atau apa-apa pun yang menimpa saya, pandai-pandailah saya jaga diri. Awak tak payah sibuk-sibuk jadi driver saya atau jadi doktor peribadi saya! Fed up tahu tak!”
Redza dah mula tarik muka. “Salah ke kalau saya nak caring?” Bukan ke perempuan mudah jatuh hati dengan lelaki yang caring nih! Ini petua Syakira, Redza tolong laksanakan sahaja.
“Ya.. salah! Sebab bila lelaki terlampau caring, dia akan nampak annouying! Get it?”
Redza melepaskan nafas yang seakan-akan bersimpul.
“Apa yang saya buat, tak akan pernah nampak betul di mata awak kan?” Terhenti pergerakan Amna yang baru hendak keluar dari kereta.
            Perlahan-lahan Amna berpaling ke arah Redza. Nada suara Redza berbau rajuk! Hati Amna dah kembang setaman. Strateginya untuk buat Redza mengalah dan bosan seperti menemui titik penyudahnya.
            “Terus terang, saya tak pandai jaga hati awak Redza! Tapi awak... awak berhak untuk jaga hati dan perasaan awak sendiri. Kalau kata-kata saya telah melukakan awak, perbuatan saya pun melukakan awak... awak berhak untuk pergi jauh dari hidup saya. Sebab saya tak mahu bertanggungjawab di atas rasa sakit yang awak alami! Jika menyintai saya membuatkan awak sakit, sila tinggalkan saya!”
            Nada suara Amna kedengaran lembut. Tapi menghiris dalam diam!
            Lama Redza terdiam. Matanya hanya memandang ke depan. Sakit telinga yang mendengar, sakit lagi hati yang menanggung! Kejam! Itu satu perkataan yang menggambarkan sikap Amna pada dirinya.
            Setelah mencuri sedikit nafas, Redza keluar dari perut kereta lalu mendapatkan Amna yang sedang mengunci pintu pagar rumah.
            “I could fill a thousand page telling you how I felt... and I know you still would not understand. I don’t know how many times I’ve said this before, but let me say again.. I will try my best to make you love me...” Tutur Redza dengan wajah yang keras.
            Never give up! There is no such thing as an ending. It’s just a new beginning!’ Prinsip baru hidup Redza!
            Sejurus kemudian, terus dia pecut laju keretanya. Membelah jalan seperti mana terbelahnya sekeping hati lelakinya.
***
            Amna merenung pokok kaktus kecil yang dihadiahkan oleh Redza. Sebenarnya dia hampir-hampir terlupa dengan hadiah Redza semalam. Tapi Aminah yang sempat menghulurkan padanya sewaktu dia berkejar ke ofis tadi.
Kaktus ni macam awak.. cantik... tapi menyakitkan..
            Berulang kali dibaca ayat Redza Khusyairi itu. Ini tak lain tak bukan mesti nak perli dirinya. Akhirnya pokok kaktus itu dicampakkan ke tepi meja. Dulu bunga ros.. sekarang kaktus pulak?
            “Wah... sejak bila kau ada sentimental value nak bela pokok nih!” Sergah Ahfan sambil mengambil kaktus kecil di tepi komputer Amna itu.
            “Banyaklah kau punya sentimental. Mental adalah!”
            Awsam ketawa. Ada-ada sahajalah Amna ini. “Sakit kau macam mana? Muntah lagi?” Awsam sendiri menjadi saksi betapa merananya Amna selepas makan sushi semalam. Itulah, siapa suruh bodoh sangat sebab mengaku sukakan sushi?
            “Okay dah.. Redza bawak aku pergi jumpa doktor.”
            “Redza? Wah... berita baik ke ni?” Pen yang berada di tangannya mula diketuk di bahu Amna. Ala-ala bapok pun ada! Tanpa mereka sedari, perlakuan mereka cukup menghiris hati Ahfan yang sedang memerhatikan Amna.
            “Awsam... Report yang saya mintak dah siap belum?” Sergah Ahfan kasar dari arah belakang. Matanya dah naik kematu melihat kemesraan Amna dan Awsam.
            “Erk... report yang mana ni?” Awsam menggarukan kepalanya. Rasanya tak ada pulak kena siapkan apa-apa report?
            “Ada... cuba kau check balik kerja kau! Bahagian mana lagi yang pending?”
            Muka Amna dan Awsam mula terpinga-pinga dan terkedu sendiri. “Kalau dah siap nanti, hantar bilik aku!” Sejurus selepas itu, terus Ahfan angkat kaki masuk biliknya.
            Tali leher yang terasa ketat mula dilonggarkan. Peluh yang tiba-tiba merenik itu segera dilap. Tak boleh jadi macam nih! Dia kena lakukan sesuatu untuk memikat hati Amna. Berdiam diri sebegini rupa, memang tak akan membantu apa-apa. Haihlah hati, baru sekarang ke rasa tercabar?
***
            Sewaktu balik dari melihat kawasan rumah clientnya, Ahfan sempat singgah di warung yang menjual rojak. Sememangnya rojak-rojak di situ memang menjadi igauan orang ramai. Siapa yang makan sekali, mesti nak lagi. Jadi, sempat juga dia bungkus kepada Amna.
            Apabila melihat Awsam tiada di tempatnya, terus Ahfan melangkah dan meletakkan bekas polistrin di atas meja kerja Amna yang sedang sibuk mengadap skrin komputer.
            “Eh... apa ni Fan?”
            “Rojak... Awak makan rojak tak?”
            Amna tersenyum kerana tak perlu susah-susah menipu. Memang dia suka pun makan rojak! “Makan... Untuk saya ke?”
            “Yup... rojak ni sedap. Harap-harap kenalah dengan selera awak.” Ayat di susun sentiasa kemas dan sopan saje. Kata perempuan suka lelaki sopan kan..
            “Oh.. by the way saya ada tiket wayang. Cerita seram... Awak free tak malam ni?” Segala rasa gabra dan gelabah, terus ditolak ke tepi. Ya, dia perlu berani meluahkan perasaan milik sendiri. Kalau dia terus diam, hubungan mereka memang tak akan bergerak.
            “Wah... cerita seram? Cerita apa?” Bab-bab cerita seram, memang kesukaan Amna pun. Itu lebih baik dari menonton drama-drama cinta yang romantiknya dah boleh diagak. Stretrotaip betul!
            “Mama...”
            “Oh.. kebetulan memang nak tengok pun cerita tuh!” Tanpa sedar, Amna mula menunjukkan rasa teruja yang agak luar biasa.  Oh, control Amna... Control yourself! Sekali tengok macamlah jakun sangat nak masuk panggung wayang!
            Oh I see.. Jadi malam ni kita jumpa dekat ECM lah. Ke awak nak saya ambil dari rumah?”
            “Oh tak apa... saya drive sendiri je nanti.” Amna simpan senyum yang sudah tidak mampu ditahan-tahan. Rasa nak meloncat hip hip hoorey dekat sini jugak. Siapa yang tak bahagia bila orang yang kita suka dan sayang, mula menunjukkan minat untuk mendekati diri kita kan... It’s awesome okay!
            Okay.. Jumpa pukul lapan nanti!”
            Dalam otak Amna dah mula pening nak fikir satu benda yang sering menjadi masalah kaum Hawa. Nak pakai apa ya malam nanti?
***
            Akhirnya, setelah habis satu bilik bersepah dengan percubaan demi percubaan baju miliknya sendiri, dia memutuskan untuk memakai sehelai puplum paras peha berwarna kuning dan dikenakan dengan sehelai jeans Lady Light. Kepalanya pula dibelit dengan selendang yang baru dibeli dari Radius Site.
            Ditelek, dibelek, ditatap wajahnya yang sudah sempurna disolek itu dihadapan cermin! Cuba menampal lagi mana-mana bahagian yang nampak cacat!
            “Ya Allah dik.. habis bersepai bilik adik ni kenapa?” Aminah geleng kepala. Ahfan punya pasal, sampai menggelabah! Bilik pun dah macam sarang labah-labah!
            “Tak tahulah nak pakai baju apalah kak.. Tu yang selongkar satu almari.”
            “Haih, begitu banyak baju kamu pun confuse jugak?”
            “Bila melibatkan someone yang kita sayang... Kita akan lebih nak tampak sempurna kak long.” Dipegang bahu kakaknya. Mohon pengertian untuk orang excited sepertinya. First datelah katakan...
            “Dik... bila kita sayangkan seseorang, sila tampil seadanya. Sebab cinta itu memang mampu menerima kelemahan dan kelebihan.”
            Amna terdiam sahaja. Memang kata-kata kakaknya tidak mampu untuk ditegah. “Kak, I love him so much...”  Seronoknya kalau luahan hati ini mampu diluahkan pada Ahfan sendiri.
            “Dik.. dalam apa jua perkara, milik manusia itu hanyalah usaha. Selebihnya berbaliklah pada qada’ dan qadar. Cuma satu pesan akak, renunglah dengan mata hati... InsyaAllah pasti terbuka kunci jiwa tu.”
            Ayat Aminah yang terakhir itu tidak dapat dijana oleh otak Amna sebaiknya tatkala menangkap jarum jam yang sudah menghampiri angka lapan malam.
            “Dah lambat... Got to go..”
            Aminah menggelengkan kepalanya melihat Amna yang terkocoh-kocoh meninggalkan bilik yang masih bersepah. Tiba-tiba ingatannya tergarit pada Redza. Salah siapa kalau Amna tak sukakan Redza?
***
            Anak mata mula menjeling Amna yang nampak khusyuk menonton itu. Nampak bersungguh betul gayanya. Tak ada gaya takut langsung. Sebenarnya Ahfan sengaja pilih cerita seram. Dia berharap agar Amna seorang yang penakut. Jadi Amna tak akan fokus pada skrin besar itu. Mungkin juga akan merayu padanya supaya meninggalkan panggung. Tapi sangkaannya jatuh meleset apalah wajah Amna langsung tak berkalih memandang skrin.
            Popcorn yang berada di tangan mula dihulur pada Amna. Khusyuk betul tengok sampai langsung tak disentuh popcorn ini.
            Baru sahaja Ahfan memandang ke depan, tiba-tiba muncul wajah hantu yang bernama MAMA itu. Tersentak Ahfan sehingga membuatkan dia terjerit kecil. Apa yang membuatkan dia malu ialah, Amna boleh ketawa.
            “Awak okay?” Tanya Amna.
            “Okay...” Kalau jawab tak okay, nampak sangat tak cukup jantan kan!
            Aman mula memeluk tubuh. Terasa menyesal kerana mengenakan puplum yang kainya agak nipis dan tidak mampu untuk menanggung kesejukan di dalam panggung. Dalam fikiran tadi hanya fikirkan tentang cantik! Keselesaan langsung tak diambil kira.
            Tapi sekurang-kurangnya berbaloi juga apabila pemakaiannya mendapat pujian daripada Ahfan tadi. “You look so great Amna!” Puji Ahfan tadi. Fuh, mujur sahaja Amna tak pitam tengah-tengah East Coast Mall tadi.
            “Awak sejuk ke?”
            “Eh.. taklah...” Amna begitu bimbang jika Ahfan berfikir yang dia sengaja mengada-ngada nak bermanja. ‘Tak boleh ke kau berlaku jujur Amna?’ Soalan itu ditujukan pada diri sendiri.
            Tanpa berfikir panjang, terus Ahfan mencabut Jaket yang tersarung di badan dan dilebarkan di atas badan Amna. Dia memang cukup perasan pada keadaan Amna yang sejuk menggigil itu.
            “Eh, susah-susah je... Awak macam mana?”
            “Tak apa... saya tak sejuk sangat!” Dia sejuk sebenarnya. Tapi apa salahnya kalau berkorban untuk seseorang yang kita sayang kan?
            Selepas itu, mereka sama-sama merenung ke skrin besar. Menonton hingga ke garisan penamat. Secara keseluruhannya, Amna berpuas hati dengan filem MAMA ini. Sebuah cerita yang mempunyai tema yang seram, saspen, dendam dan berakhir dengan kasih sayang. Tapi Amna benci sebab sad ending! Huh!
            “Kenapalah Lily pergi ikut mama tuh?” Komen ini keluar dari mulut Amna untuk yang keberapa kali. Dia masih lagi terkilan. Oh, sangat terbawa dengan mood setelah habis menonton.
            It’s just a movie Amna...”
            “Tapi memberi kesan yang mendalam.. Deep down...”
            Ahfan angkat bahu. Baginya Amna agak beremosi melayan cerita panggung itu. Nak tengok boleh, tapi kalau sampai beremosi macam ni, baik bawak pergi jalan-jalan sahaja. Tak baik untuk penghadaman jiwa Amna nanti.
            Maybe Cool Blog boleh redakan awak sikit. Awak nak perisa apa?”
            “Honeydew please.” Salah satu minuman kesukaannya. Pandai pulak Ahfan teka. Nampaknya ada telepati antara mereka.
            Sementara menunggu Ahfan mendapatkan minuman, sempat Amna berlegar-legar di bahagian baju. Membelek jika terdapat baju yang mencuri perhatiannya.
            “Keluar dating ke?” Tegur satu suara. Macam kenal pulak suara ni? Terus Amna berkalih ke belakang.
            Redza Khusyairi!
            Sungguhlah mamat Squidrward ni. Mana-mana pergi pun ada muka dia! “Oh yeah... silalah jelous!” Sengaja Amna bagi ayat maut sambil tayang muka selamba.
            It’s not working Amna...” Baju kurung moden yang berada di tangan Amna mula dicapai. Dibelek baju itu. Tindakannya hanya semata-mata untuk mengalihkan perhatian Amna. Dia dah tengok dengan mata kepala sendiri. Siapa lelaki yang menjadi pujaan Amna itu! Good looking... tapi macam ada yang kurang!
            What do you mean?” Apahal Redza ni? Cakap berbelit-belit macam orang kena sembelit!
            “Setakat calon macam tu.. Dia tak akan berjaya buat saya cemburu Amna dan saya tak rasa tempat saya untuk menjadi Imam awak bakal tergugat! Oh please darling, carilah calon yang lebih gorgeous dari saya! Setakat versi macam tu, tepi jalan pun boleh jumpa.”
            Redza tersenyum senget! Dah janji tak mahu sinis-sinis tapi perangai yang dah jadi habit ini memang sukar untuk ditepis dan dihakis walaupun sudah sedaya upaya ditapis agar tidak nampak keterlaluan.
            “Awak memang dah lebih Redza...” Amna kancing gigi. Geramnya...geramnya... Celupar gila mulut mamat disaster nih!
            “Ya... saya memang dah terlebih menyintai awak Amna. Dan saya dah tak jumpa jalan untuk berpatah balik!” Penuh yakin Redza meluahkan rasa.
            “Awak akan sesat bersama perasaan awak Redza...” Mamat ni apahal? Asyik nak cari gaduh dengan ayat jiwang keparat tuh? Sungguhlah Amna tak boleh pergi.
            “Saya rela je kalau perasaan saya sesat bersama awak!”Mereka saling bertatapan. Redza dengan keyakinannya yang tak habis-habis manakala Amna dengan kemarahan yang bakal meletup!
            “Kat sini awak rupanya... Puas cari saya!” Muncul pula Ahfan dengan dua Cool Blog di tangannya.
            “Siapa ni?” Dapat dikesan perubahan Amna setelah melihat dirinya. Siapa pulak lelaki yang sedang berbual dengan Amna ini.
            “Saya Redza Khusyairi...” Tanpa perlu menunggu Amna memperkenalkan dirinya, Redza terlebih dahulu menyampuk dan menghulurkan tangan berserta dengan senyuman simpul.
            “Ahfan.. Amirul Ahfan...” Kenapa nama Redza Khusyairi ini seperti seakan-akan pernah didengar? Dengar dekat mana ya? Fikir Ahfan... fikir..
            “Macam familiar je nama ni?” Tanya Ahfan tanpa mampu berfikir lagi. Riak wajah Amna sudah memerah. Janganlah Ahfan ingat yang nama inilah yang disebut sewaktu orang merisiknya di pejabat dahulu.
            Mata Amna rajin menjeling Redza sambil menitipkan amaran keras! ‘Tolonglah mulut jangan cabul sangat!’
            I handle company construction dan timber.. By the way, this is my card.”
            Ahfan tersenyum sahaja. Mana tahu ada cabang untuk dia luaskan lagi perniagaan abangnya itu. Untung apa bila menambah kawan. Namun setelah ditenung dan direnung, dia mula teringatkan sesuatu.
            Redza Khusyairi? Bukan nama ini ke yang pernah masuk meminang Amna dahulu? Oh Tuhan.... betul-betul mintak nyawa extra!

p/s: do enjoy semua... 3 bab je lagi sebelum habis kat beloggg... nom nom nom...

13 comments:

  1. aik... asal bab 17? supposedly bab 18 kan sara.. pape pun.. x sabar nak tnggu next bab... redza mmg bestt everrrr

    ReplyDelete
  2. nak lagi entry...

    ReplyDelete
  3. yeah..ada n3 tbru dh..best sgt2.. Redza the best..sgup brtahan a.k.a bsbr melayan skp Amna kan..kekal kan sifat tu Redza,mg akhr nanti mbuahkan kebagiaAn..usaha tangga kejayaAn kan.. Herm..bla next n3 kak?
    #Schariedah Schalus

    ReplyDelete
  4. makin lama makin best... x sbar nak tunggu next entry.. hope banyak pasal amna n redza.. ahfan sila nyah jauh2

    kak zila

    ReplyDelete
  5. nak komen skit.. psal 'sentimentl vlue' 2 yg ckp sbnrnya awsam kn bkn ahfan pa pun nice story.. <3 :)

    ReplyDelete
  6. YA KE KIRA TAMATLAH KAT BLOG.

    ReplyDelete
  7. akak update kat blog ni sampai ending cerita ni ke separuh je ? ohh pleaselah jangan separuh2, merana saya nanti tau :(

    ReplyDelete
  8. hahaha... salah besar la ahfan kalau dia fikir amna takut tgk cite seram... tgk2 dia yg tkejut... wakakaka... lawak je...

    ReplyDelete
  9. sara x sabar nak baca versi cetak punya woooo

    ReplyDelete
  10. hehe...ahfan leh plak ingat sape redza tuh...so pikir2 lh ahfan ape nk wat pasnih....

    ReplyDelete
  11. Berani Redza kutuk Ahfan akak?! Marah ni!! Amna, once again, please be yourself bila bersama dgn Ahfan. Ahfan dh tercabar nmpk nya. Mula2 Awsam, ni dh jumpa Redza depan2, pandai2 ko la Ahfan nk ngorat Amna.

    ReplyDelete
  12. saingan dh bertemu saingan..aja2 fighting

    voteforredza

    ReplyDelete