Seperti biasa, awal pagi lagi Dato Fahmi akan mendengar briefing dari Nadrah. “Setakat hari ni Dato ada satu appointment sahaja.”
“Hmm...
Nad, awak selalu jugak deal dengan company secretary kan?”
“Ya
Dato. Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?”
“Hmm..
saya nak awak pilihkan beberapa nama kedai yang bagus. Anak saudara saya dia
nak bukak business..”
Terangguk-angguk
kepala Nadrah. “Oh... untuk private
company ataupun enterprise?”
“Awak
rasa mana lebih bagus?”
“Private company limited by share sebab
senang incase nak mintak loan dengan bank ataupun nak masuk
mana-mana lesen dengan kementerian kewangan. Tapi terpulang pada modal tuan
punya kedai jugak.”
“Hmm...
kita bukak private companylah. Boleh
saya melabur dalam company tu. Anyway, tolong dapatkan nama tu petang
ni jugak. Sebab malam karang saya nak jumpa dia.”
“Okay
Dato.. saya akan list kan beberapa nama dan beri pada company secretary.
Nama-nama yang disenarai pendek, saya akan bagi pada Dato petang nanti.”
Tangannya laju menulis di dalam buku nota. Beberapa nama sudah mula muncul di
benaknya.
“Good! Thats why saya tak mahu hilang PA
sebagus awak Nad.”
Nadrah
senyum sahaja. Dato Fahmi memang mewah dengan pujian. “Kalau tak ada apa-apa lagi
saya keluar dulu Dato.”
Duduk
di mejanya, dia mula menulis beberapa nama yang sesuai untuk menubuhkan kedai
Peralatan sukan.
“Hmm...
kenapalah tak tanya nama pemilik tu kan? Senang sikit nak create nama kedai?”
Tapi malas pula dia hendak menganggu Dato Fahmi.
Petangnya
itu sebelum pulang, sempat disisipkan lima nama yang sudah disemak oleh company
secretary. Tinggal pilih dan membuat permohonan sahaja. Dokumen-dokumen akan
disediakan setelah nama syarikat dipilih.
***
Perlahan-lahan
Naqi tolak pintu kaca. Kenapa dada macam tak sedap bila melangkah ke bangunan
CDO ni? Kertas memo di tangannya dipandang tak lepas.
Selain
dari nak tubuhkan perniagaan baru, Naqi nak cari pemilik tulisan ini. Semalam,
hampir terbeliak anak mata bila melihat tulisan tangan yang tertera di atas
memo kecil ini.
“Kenapa
Naqi? Nama-nama tu tak sedap ke? Kalau tak okay, kita boleh pilih yang lain.”
Jelas Dato Fahmi bila mengesan raut wajah anak saudaranya yang bergelombang
itu. Bagai ada yang tidak kena.
Laju
Naqi menggeleng. Bukan itu puncanya.
“Tulisan
siapa ni pak ngah?”
“Oh..
tu tulisan PA pak ngah. Kenapa?”
“Oh...
kemas dan cantik.” Macam dia kenal je
pemilik tulisan ini. Tapi tak kan lah dunia ni kecik sangat?
“Orangnya
pun kemas dan cantik.” Puji Dato Fahmi ikhlas.
“Siapa
yang cantik?” Sampuk Datin Azlina yang sedang menatang dulang minuman di
tangan.
“Tulisan
ni hah mak ngah..” Bukan Naqi tak kenal dengan perangai cemburu buta mak
ngahnya itu. Kadang-kadang dengan saudara mara sendiri pun mak ngah cemburu.
Apa punya penyakit pun dia tak tahulah!
“Tulisan
siapa?”
“Nadrah.”
Jawapan
dari suaminya itu memang membuatkan cuaca mood Datin Azlina berubah.
“Cukuplah
Nadrah tu PA dekat pejabat je... jangan disebut-sebut dekat rumah ni. Karang
abang mengigau pulak sampai ke dalam mimpi.” Sambil menuang minuman sambil itu
mulut Datin Azlina mengadun ayat. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat!
Naqi
ketawa! Adoi.. tak berkesudahan drama swasta mak ngah. Tapi kejap! Nadrah?
Serius macam pernah dengar. Betul ke pemilik tulisan ini adalah orang yang sama
dengan seniornya ketika di sekolah dahulu? Kalau tak silap seniornya dulu pun
bernama Nadrah. Izyan Nadrah.
“Ya
encik... ada apa-apa saya boleh bantu?” Teguran itu membuatkan lamunan Naqi
terhenti.
Mata Hasni terbeliak. Macam kenal je mamat
depan dia nih!
“Erk..”
Naqi angkat topi. Menggaru kulit kepala. “Saya nak jumpa dengan Dato Fahmi.”
Hampir lupa nama pak ngah sendiri.
“Oh
kejap ya..” Pekerja tadi menilaukan pandangan.
“Nad..
ni ada client nak jumpa Dato.”
Nadrah
yang baru keluar dari bilik phtotostat itu menghampiri dan memandang ke arah
tetamu itu.
“Maaf encik. Dato tak ada. Dia ada meeting
dekat luar. Encik ni siapa ya? Ada buat temujanji dengan Dato ke?” Lembut suara
Nadrah bertanya. Dah memang kerja PA macam gini.
Lama Naqi pandang muka PA Dato Fahmi itu.
Dia tak salah orang! Ini memang seniornya. Badan dia masih kecil dan kenit
seperti dahulu.
“Tak ada...”
“Hmm... Encik tinggalkan nombor telefon.
Nanti bila dah ada, saya telefon encik semula.” Dah rasa seram sejuk pun ada.
Dah bakpe lelaki depan dia ni kemain selidik muka dia? Selekeh sangat ke dia
hari ni? Atau ada jerawat baru tumbuh dekat muka dia? Atau yang lebih tragis...
kedut di muka dia dah bertambah ke?
“Boleh tak kalau saya nak tunggu dia?”
“Tapi.. boleh jadi lama...” Pintas Nadrah.
“Tak apa. Saya tunggu.”
Anak mata Naqi memang tidak mampu
dialihkan saat ini. Wajah itu bagai mengalih perhatian Naqi ke dimensi baru.
Lebih sepuluh tahun dah berlalu tapi Nadrah masih sama seperti dahulu. Yang
membezakan dahulu dengan ekarang adalah, Nadrah nampak lebih matang.
“Kalau macam tu, encik boleh duduk di
situ.” Nadrah tunjukkan ruang menunggu yang berhampiran dengan meja kerjanya.
Reaksi Nadrah yang selamba membuatkan Naqi
terpinga sendiri. Nadrah tak ingat dia ke?
Langkah dibawa sofa yang tersedia. Majalah
yang berkonsepkan perniagaan dibelek dengan rasa tidak berminat. Tak ada
majalah lain ke? Majalah bola ke misalnya.
Sambil membelek majalah, sempat lagi anak
mata membuang pandang pada Nadrah yang sedang tekun membuat kerja itu. Tak puas
hati sebab Nadrah tak ingat dia langsung!
Hampir setengah jam menunggu, dia dah mula
rasa bosan. Punggungnya diangkat. Meja Nadrah dihampiri.
“Dah kahwin?”
Argh, sebenarnya bukan itu soalan yang dia
nak tanya. Tapi soalan versi tak disukai ramai itu jugaklah yang keluar. Tapi
senang nak kacau kalau dah dapat pengesahan.
Luruh semangat Nadrah. Tiba-tiba datang
dan hulur soalan cepu cemas. Apa soalan ni memang favorite semua manusia ke? Skop jenis wajib tanya. Macamlah derhaka
kalau tak tanya.
“Belum.”
“Kenapa belum? Bukan ke awak dah masuk
umur dua puluh lapan?”
Dia main kasar pulak sebut-sebut umur ni.
Bukan tak tahu perempuan sensitif bab umur. Tapi kejap. ‘Mana pulak dia tahu
umur aku dua puluh lapan?’ Mamat ni stalker ke apa?
“Mana awak tahu umur saya dua puluh
lapan?”
“Lah.. saya kira kedut kat muka awaklah..”
Terbeliak mata Nadrah. ‘Oh.. kau main
kasar ya.. apa kau ingat kelakar ke?” Mengenangkan client bos, dia malas nak menjawab.
Diam kan aje.
Naqi tersengih.
Nampaknya Nadrah memang tak ingat yang
mereka pernah satu sekolah dulu. Apa dulu zaman sekolah dia tak cukup handsome
ke sampai Nadrah tak kenal dia langsung?
Tapi boleh jadi Nadrah lupa. Siapalah nak
ingatkan junior kelas bawahan macam dia? Lagipun kulit wajahnya sudah tidak
secerah dahulu. Dulu jambu sekarang macam abu!
Tapi yang musykilnya, tak kan Nadrah tak
kenal dia jugak? Ke Nadrah ni spesis tak minat tengok bola? Kalau ya pun tak
minat, beleklah sikit pemain-pemain bola yang handsome macam dia ni. Ehh...
Ya. Mereka pernah satu sekolah dulu. Dia
kenal Nadrah bukan sebab Nadrah pelajar yang glamour tapi sebab mereka pernah
satu rumah sukan dulu. Dia jadi AJK. Nadrah pula jadi setiausaha. Apa yang
pasti, tulisan Nadrah cantik sangat. Buat dia kagum. Malah banyak moral yang Nadrah
buat di dinding sekolah. Sebab tu bila terpandangkan tulisan cantik Nadrah
semalam, terus dia tahu pemilik tulisan itu adalah Nadrah. Dan tekaannya tepat
sekali.
“So bila nak kahwin?”
Mamat ni nak kena tumbuk baru dia diam
gamaknya!
“Kenapa encik tiba-tiba berminat nak tahu
saya ni dah kahwin ke tak? Lagipun perlu ke saya jawab soalan tu?” Suara paling
sopan Nadrah hunus.
Naqi membawa lengan ke tubuh. “Kalau awak
tak jawab hari ni, saya akan tanya esok. Kalau nak hari esok awak aman, baik
bagi tahu saya jawapan hari ni. Lagipun saya ni client bos awak... jadi awak
kenalah layan elok-elok. Nanti saya report yang PA dia ni tak bagi kerjasama
dengan client.”
Berkedut-kedut dahi Nadrah. Oh... jadi dia
nak main ugut ya? Dia tahu ke yang Dato Fahmi tu sayangkan dia. Dia ni pekerja
kesayangan Dato tau!
“Hmm.. bajet kahwin belum cukup. Lagipun
saya masih dalam proses survey calon jodoh.”
Naqi tersenyum menerima jawapan Nadrah!
“Apa kriteria yang kena ada?”
“Cukuplah lelaki tu single. Bukan suami
orang atau bapak orang!” Eh, rajin pulak mulut nak melayan. Sebenarnya dia bukan
orang yang cepat mesra dengan seseorang yang tidak dikenali. Tapi kenapa dengan
mamat ni, senang je dia nak bagi respon?
“Oh itu je ke? Kiranya saya ni kira
memenuhi standard piawaianlah! Sebab saya pun memang single.”
“Siapa tanya.” Lelaki sekarang bukan boleh
percaya. Laki orang pun mengaku single.
“Saya bagi tahu untuk mudahkan kerja
awak.”
“Mudahkan apa ke benda pulak?”
“Masukkan nama saya sebagai calon jodoh
awaklah!”
“Eee... Encik ni tak ada muka ya?”
Naqi raba muka sendiri. “Kan ada nih...”
“Ya ke ada? Macam tak ada je sebab macam tak
malu promote diri sendiri.” Bebel Nadrah.
Naqi ketawa. Kenapa Nadrah nampak lain?
Dulu Nadrah bukan begini. Bukan pesimis dan sinis sebegini. Dia senior yang
sangat mesra. Apa yang dah merubah gadis ini?
“Macam mana awak boleh lepas jadi PA ni?
Memang kelulusan bahagian secretary ke?”
“Kalau saya bukan kelulusan secretary, ada
masalah pada encik ke?” Penatnya nak handle client banyak mulut nih!
“Dulu, awak bukan minat nak jadi akauntan
ke? Macam mana boleh jadi PA pulak?” Bukan ke Nadrah banyak kali menang
anugerah pelajar perakauan terbaik di sekolah. Lagipun, Nadrah memang ambik kos
akaun. Malah Nadrah juga merupakan pengerusi Kelab Keusahawanan. Saban waktu,
ada sahaja benda yang nak dijualnya.
Okay kenapa dia banyak tahu tentang
Nadrah, sebab si Nadrah ni kakak angkat kawan kelasnya. Katanya cita-cita dia
nak jadi akauntan. Tapi anehnya, kenapa dia boleh recall banyak perkara pasal
Nadrah nih? Mereka dah berpisah hampir sepuluh tahun kot!
Dah sudah... mana pulak client ni tahu?
Dia pun dah tak ingat cita-cita dia dahulu kala walaupun memang dia ambik diploma
perakauan dan degree major akaun tapi berhenti sekerat jalan.
Nadrah ketap bibir. “Encik kenal saya ke?”
“Kenapa? Awak tak kenal saya ke?” Sungguh-sungguh
dia mahukan jawapan. Dulu dia pernah je tegur-tegur dengan Nadrah. Tak kan
Nadrah tak ingat dia langsung? Ke Nadrah pernah ada kes hilang ingatan ni.
Nadrah mengeluh. Mencabar betul kewarasan
fikiran layan lelaki ni.
“Encik ni pelakon ke sampai saya kena
kenal encik?”
“Awak tu pun pelakon ke sampai saya kena
kenal dengan awak?” Soalan sengaja dibalas dengan soalan.
“Boleh tak encik jangan buang masa tanya
soalan berulang. Saya memang tak kenal encik. Tak-kenal!” Nadrah dah bangun
dari duduknya. Nak kena bagi pelempang dulu ke baru cukup bukti?
Naqi tayang senyuman bergula.
Bagus jugak Nadrah tak ingat. Sedikit
sebanyak Nadrah tak ingat yang Nadrah lebih tua. Sebab nanti Nadrah mesti sibuk
nak bahasakan diri tu kakak.
Lagipun dulu dia mana ada janggut sejemput
ni. Muka putih jambu sampai kawan-kawan memanggilnya dengan panggilan baby.
Kononnya baby face.
“Anyway nama saya Mohd Naqiuddin..
Sekarang dah kenallah kan? Bila dah kenal ni bolehlah kahwin kan?”
Merona air muka Nadrah. Tak pernah dia
jumpa spesis manusia macam Naqiuddin nih!
Jam tangan ditelek. Sudah melebihi angka
empat petang. Dia kena siap sedia untuk menjalani latihan.
“Okaylah.. Sebelum muka awak bertukar
lebih merah, baik saya balik dulu. Nanti saya akan contact Dato Fahmi
personaly... Jumpa lagi nanti!”
Topi diangkat sedikit. Naqi membawa
langkah ke belakang. Bibir tersenyum herot. Nampaknya dia pun dah boleh
slow-slow survery calon jodoh untuk diri sendiri. Lagipun dia dah penat single.
Ada calon depan mata, tak salah buat pertimbangan kan? Cuma.. calon depan mata
ni macam garang sikit!
Tapi orang cakap, perempuan garang ni bila
dah sayang, dia boleh sayang sampai melayang!
Nadrah melabuhkan duduk. Dasar
lelaki tak waras! Gatal macam Hagemaru nih. Sejak bila bos ada client versi
macam gini? Datang lagi nanti, memang kepala Naqi tu mintak kena ketuk.
p/s: I'm not so sure if cerita begini 'kena' atau x dengan selera korang.. but still... do enjoyz k. =)
Best juga..smbung lagi..
ReplyDelete:TR::
Best. sila sambung sampai habis. hehehe
ReplyDeleteBest
ReplyDeletekalau Ezza Mysara yg tulis saye mesti bace..gd luck
ReplyDeleteSokong 200%!!! Iffah :)
Deletemenarik....nk lg....
ReplyDeletekelakarlah....tapi menarik minat saya untuk terus mengikutinya.
ReplyDeletebest..next entry plezzz!!
ReplyDeleteMenarik~ Dan saya setuju dengan pendapat di atas 'Kalau Ezza Mysara yang tulis, mesti baca' . ;)
ReplyDeleteYess.... Sambung sambung
ReplyDeletebest , sempoi je
ReplyDeletemula2 x berapa menarik... tp lame2 haa baru syok nk baca btw keep on writing ye... ^_^
ReplyDelete-Fina-
yup itu saye sokong
Delete-Najwa-
kan..
Delete-Atiqah-
waaa best laaa .... x sabar laa nk tunggu next entry..... :D
ReplyDelete-T.I.D.-
yup betul tu... x sabar rasenye
Delete-T.M.I.-
yang tu aku sokong bro....
Delete-M.F.A.-
Sweet lar naqi...huhu
ReplyDeletecerita yang menarik..
ReplyDeletetapi cik penulis kena alert dgn perkataan2 ya sebab ada perkataan 'bakpe' tadi
Best sgt cerita ni. Lawak. sengal. haha!
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny