Thursday 14 August 2014

SURVEY CALON JODOH [BAB 2]

Seperti biasa, awal pagi lagi Dato  Fahmi akan mendengar briefing dari Nadrah. “Setakat hari ni Dato ada satu appointment sahaja.”
            “Hmm... Nad, awak selalu jugak deal dengan company secretary kan?”
            “Ya Dato. Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?”
            “Hmm.. saya nak awak pilihkan beberapa nama kedai yang bagus. Anak saudara saya dia nak bukak business..”
            Terangguk-angguk kepala Nadrah. “Oh... untuk private company ataupun enterprise?”
            “Awak rasa mana lebih bagus?”
            “Private company limited by share sebab senang incase nak mintak loan dengan bank ataupun nak masuk mana-mana lesen dengan kementerian kewangan. Tapi terpulang pada modal tuan punya kedai jugak.”
            “Hmm... kita bukak private companylah. Boleh saya melabur dalam company tu. Anyway, tolong dapatkan nama tu petang ni jugak. Sebab malam karang saya nak jumpa dia.”
            “Okay Dato.. saya akan list kan beberapa nama dan beri pada company secretary. Nama-nama yang disenarai pendek, saya akan bagi pada Dato petang nanti.” Tangannya laju menulis di dalam buku nota. Beberapa nama sudah mula muncul di benaknya.
            “Good! Thats why saya tak mahu hilang PA sebagus awak Nad.”
            Nadrah senyum sahaja. Dato Fahmi memang mewah dengan pujian. “Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu Dato.”
            Duduk di mejanya, dia mula menulis beberapa nama yang sesuai untuk menubuhkan kedai Peralatan sukan.
            “Hmm... kenapalah tak tanya nama pemilik tu kan? Senang sikit nak create nama kedai?” Tapi malas pula dia hendak menganggu Dato Fahmi.
            Petangnya itu sebelum pulang, sempat disisipkan lima nama yang sudah disemak oleh company secretary. Tinggal pilih dan membuat permohonan sahaja. Dokumen-dokumen akan disediakan setelah nama syarikat dipilih.
***
            Perlahan-lahan Naqi tolak pintu kaca. Kenapa dada macam tak sedap bila melangkah ke bangunan CDO ni? Kertas memo di tangannya dipandang tak lepas.
            Selain dari nak tubuhkan perniagaan baru, Naqi nak cari pemilik tulisan ini. Semalam, hampir terbeliak anak mata bila melihat tulisan tangan yang tertera di atas memo kecil ini.
            “Kenapa Naqi? Nama-nama tu tak sedap ke? Kalau tak okay, kita boleh pilih yang lain.” Jelas Dato Fahmi bila mengesan raut wajah anak saudaranya yang bergelombang itu. Bagai ada yang tidak kena.
            Laju Naqi menggeleng. Bukan itu puncanya.
            “Tulisan siapa ni pak ngah?”
            “Oh.. tu tulisan PA pak ngah. Kenapa?”
            “Oh... kemas dan cantik.”  Macam dia kenal je pemilik tulisan ini. Tapi tak kan lah dunia ni kecik sangat?
            “Orangnya pun kemas dan cantik.” Puji Dato Fahmi ikhlas.
            “Siapa yang cantik?” Sampuk Datin Azlina yang sedang menatang dulang minuman di tangan.
            “Tulisan ni hah mak ngah..” Bukan Naqi tak kenal dengan perangai cemburu buta mak ngahnya itu. Kadang-kadang dengan saudara mara sendiri pun mak ngah cemburu. Apa punya penyakit pun dia tak tahulah!
            “Tulisan siapa?”
            “Nadrah.”
            Jawapan dari suaminya itu memang membuatkan cuaca mood Datin Azlina berubah.
            “Cukuplah Nadrah tu PA dekat pejabat je... jangan disebut-sebut dekat rumah ni. Karang abang mengigau pulak sampai ke dalam mimpi.” Sambil menuang minuman sambil itu mulut Datin Azlina mengadun ayat. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat!
            Naqi ketawa! Adoi.. tak berkesudahan drama swasta mak ngah. Tapi kejap! Nadrah? Serius macam pernah dengar. Betul ke pemilik tulisan ini adalah orang yang sama dengan seniornya ketika di sekolah dahulu? Kalau tak silap seniornya dulu pun bernama Nadrah. Izyan Nadrah.
            “Ya encik... ada apa-apa saya boleh bantu?” Teguran itu membuatkan lamunan Naqi terhenti.
Mata Hasni terbeliak. Macam kenal je mamat depan dia nih!
            “Erk..” Naqi angkat topi. Menggaru kulit kepala. “Saya nak jumpa dengan Dato Fahmi.” Hampir lupa nama pak ngah sendiri.
            “Oh kejap ya..” Pekerja tadi menilaukan pandangan.
            “Nad.. ni ada client nak jumpa Dato.”
            Nadrah yang baru keluar dari bilik phtotostat itu menghampiri dan memandang ke arah tetamu itu.
“Maaf encik. Dato tak ada. Dia ada meeting dekat luar. Encik ni siapa ya? Ada buat temujanji dengan Dato ke?” Lembut suara Nadrah bertanya. Dah memang kerja PA macam gini.
Lama Naqi pandang muka PA Dato Fahmi itu. Dia tak salah orang! Ini memang seniornya. Badan dia masih kecil dan kenit seperti dahulu.
“Tak ada...”
“Hmm... Encik tinggalkan nombor telefon. Nanti bila dah ada, saya telefon encik semula.” Dah rasa seram sejuk pun ada. Dah bakpe lelaki depan dia ni kemain selidik muka dia? Selekeh sangat ke dia hari ni? Atau ada jerawat baru tumbuh dekat muka dia? Atau yang lebih tragis... kedut di muka dia dah bertambah ke?
“Boleh tak kalau saya nak tunggu dia?”
“Tapi.. boleh jadi lama...” Pintas Nadrah.
“Tak apa. Saya tunggu.”
Anak mata Naqi memang tidak mampu dialihkan saat ini. Wajah itu bagai mengalih perhatian Naqi ke dimensi baru. Lebih sepuluh tahun dah berlalu tapi Nadrah masih sama seperti dahulu. Yang membezakan dahulu dengan ekarang adalah, Nadrah nampak lebih matang.
“Kalau macam tu, encik boleh duduk di situ.” Nadrah tunjukkan ruang menunggu yang berhampiran dengan meja kerjanya.
Reaksi Nadrah yang selamba membuatkan Naqi terpinga sendiri. Nadrah tak ingat dia ke?
Langkah dibawa sofa yang tersedia. Majalah yang berkonsepkan perniagaan dibelek dengan rasa tidak berminat. Tak ada majalah lain ke? Majalah bola ke misalnya.
Sambil membelek majalah, sempat lagi anak mata membuang pandang pada Nadrah yang sedang tekun membuat kerja itu. Tak puas hati sebab Nadrah tak ingat dia langsung!
Hampir setengah jam menunggu, dia dah mula rasa bosan. Punggungnya diangkat. Meja Nadrah dihampiri.  
“Dah kahwin?”
Argh, sebenarnya bukan itu soalan yang dia nak tanya. Tapi soalan versi tak disukai ramai itu jugaklah yang keluar. Tapi senang nak kacau kalau dah dapat pengesahan.
Luruh semangat Nadrah. Tiba-tiba datang dan hulur soalan cepu cemas. Apa soalan ni memang favorite semua manusia ke? Skop jenis wajib tanya. Macamlah derhaka kalau tak tanya.
“Belum.”
“Kenapa belum? Bukan ke awak dah masuk umur dua puluh lapan?”
Dia main kasar pulak sebut-sebut umur ni. Bukan tak tahu perempuan sensitif bab umur. Tapi kejap. ‘Mana pulak dia tahu umur aku dua puluh lapan?’ Mamat ni stalker ke apa?
“Mana awak tahu umur saya dua puluh lapan?”
“Lah.. saya kira kedut kat muka awaklah..”
Terbeliak mata Nadrah. ‘Oh.. kau main kasar ya.. apa kau ingat kelakar ke?” Mengenangkan client bos, dia malas nak menjawab. Diam kan aje.
Naqi tersengih.
Nampaknya Nadrah memang tak ingat yang mereka pernah satu sekolah dulu. Apa dulu zaman sekolah dia tak cukup handsome ke sampai Nadrah tak kenal dia langsung?
Tapi boleh jadi Nadrah lupa. Siapalah nak ingatkan junior kelas bawahan macam dia? Lagipun kulit wajahnya sudah tidak secerah dahulu. Dulu jambu sekarang macam abu!
Tapi yang musykilnya, tak kan Nadrah tak kenal dia jugak? Ke Nadrah ni spesis tak minat tengok bola? Kalau ya pun tak minat, beleklah sikit pemain-pemain bola yang handsome macam dia ni. Ehh...
Ya. Mereka pernah satu sekolah dulu. Dia kenal Nadrah bukan sebab Nadrah pelajar yang glamour tapi sebab mereka pernah satu rumah sukan dulu. Dia jadi AJK. Nadrah pula jadi setiausaha. Apa yang pasti, tulisan Nadrah cantik sangat. Buat dia kagum. Malah banyak moral yang Nadrah buat di dinding sekolah. Sebab tu bila terpandangkan tulisan cantik Nadrah semalam, terus dia tahu pemilik tulisan itu adalah Nadrah. Dan tekaannya tepat sekali.
“So bila nak kahwin?”
Mamat ni nak kena tumbuk baru dia diam gamaknya!
“Kenapa encik tiba-tiba berminat nak tahu saya ni dah kahwin ke tak? Lagipun perlu ke saya jawab soalan tu?” Suara paling sopan Nadrah hunus.
Naqi membawa lengan ke tubuh. “Kalau awak tak jawab hari ni, saya akan tanya esok. Kalau nak hari esok awak aman, baik bagi tahu saya jawapan hari ni. Lagipun saya ni client bos awak... jadi awak kenalah layan elok-elok. Nanti saya report yang PA dia ni tak bagi kerjasama dengan client.”
Berkedut-kedut dahi Nadrah. Oh... jadi dia nak main ugut ya? Dia tahu ke yang Dato Fahmi tu sayangkan dia. Dia ni pekerja kesayangan Dato tau!
“Hmm.. bajet kahwin belum cukup. Lagipun saya masih dalam proses survey calon jodoh.”
Naqi tersenyum menerima jawapan Nadrah!
“Apa kriteria yang kena ada?”
“Cukuplah lelaki tu single. Bukan suami orang atau bapak orang!” Eh, rajin pulak mulut nak melayan. Sebenarnya dia bukan orang yang cepat mesra dengan seseorang yang tidak dikenali. Tapi kenapa dengan mamat ni, senang je dia nak bagi respon?
“Oh itu je ke? Kiranya saya ni kira memenuhi standard piawaianlah! Sebab saya pun memang single.”
“Siapa tanya.” Lelaki sekarang bukan boleh percaya. Laki orang pun mengaku single.
“Saya bagi tahu untuk mudahkan kerja awak.”
“Mudahkan apa ke benda pulak?”
“Masukkan nama saya sebagai calon jodoh awaklah!”
“Eee... Encik ni tak ada muka ya?”
Naqi raba muka sendiri. “Kan ada nih...”
“Ya ke ada? Macam tak ada je sebab macam tak malu promote diri sendiri.” Bebel Nadrah.
Naqi ketawa. Kenapa Nadrah nampak lain? Dulu Nadrah bukan begini. Bukan pesimis dan sinis sebegini. Dia senior yang sangat mesra. Apa yang dah merubah gadis ini?
“Macam mana awak boleh lepas jadi PA ni? Memang kelulusan bahagian secretary ke?”
“Kalau saya bukan kelulusan secretary, ada masalah pada encik ke?” Penatnya nak handle client banyak mulut nih!  
“Dulu, awak bukan minat nak jadi akauntan ke? Macam mana boleh jadi PA pulak?” Bukan ke Nadrah banyak kali menang anugerah pelajar perakauan terbaik di sekolah. Lagipun, Nadrah memang ambik kos akaun. Malah Nadrah juga merupakan pengerusi Kelab Keusahawanan. Saban waktu, ada sahaja benda yang nak dijualnya.
Okay kenapa dia banyak tahu tentang Nadrah, sebab si Nadrah ni kakak angkat kawan kelasnya. Katanya cita-cita dia nak jadi akauntan. Tapi anehnya, kenapa dia boleh recall banyak perkara pasal Nadrah nih? Mereka dah berpisah hampir sepuluh tahun kot!
Dah sudah... mana pulak client ni tahu? Dia pun dah tak ingat cita-cita dia dahulu kala walaupun memang dia ambik diploma perakauan dan degree major akaun tapi berhenti sekerat jalan.
Nadrah ketap bibir. “Encik kenal saya ke?”
“Kenapa? Awak tak kenal saya ke?” Sungguh-sungguh dia mahukan jawapan. Dulu dia pernah je tegur-tegur dengan Nadrah. Tak kan Nadrah tak ingat dia langsung? Ke Nadrah pernah ada kes hilang ingatan ni.
Nadrah mengeluh. Mencabar betul kewarasan fikiran layan lelaki ni.
“Encik ni pelakon ke sampai saya kena kenal encik?”
“Awak tu pun pelakon ke sampai saya kena kenal dengan awak?” Soalan sengaja dibalas dengan soalan.
“Boleh tak encik jangan buang masa tanya soalan berulang. Saya memang tak kenal encik. Tak-kenal!” Nadrah dah bangun dari duduknya. Nak kena bagi pelempang dulu ke baru cukup bukti?
Naqi tayang senyuman bergula.
Bagus jugak Nadrah tak ingat. Sedikit sebanyak Nadrah tak ingat yang Nadrah lebih tua. Sebab nanti Nadrah mesti sibuk nak bahasakan diri tu kakak.
Lagipun dulu dia mana ada janggut sejemput ni. Muka putih jambu sampai kawan-kawan memanggilnya dengan panggilan baby. Kononnya baby face.
“Anyway nama saya Mohd Naqiuddin.. Sekarang dah kenallah kan? Bila dah kenal ni bolehlah kahwin kan?”
Merona air muka Nadrah. Tak pernah dia jumpa spesis manusia macam Naqiuddin nih!
Jam tangan ditelek. Sudah melebihi angka empat petang. Dia kena siap sedia untuk menjalani latihan.
“Okaylah.. Sebelum muka awak bertukar lebih merah, baik saya balik dulu. Nanti saya akan contact Dato Fahmi personaly... Jumpa lagi nanti!”
Topi diangkat sedikit. Naqi membawa langkah ke belakang. Bibir tersenyum herot. Nampaknya dia pun dah boleh slow-slow survery calon jodoh untuk diri sendiri. Lagipun dia dah penat single. Ada calon depan mata, tak salah buat pertimbangan kan? Cuma.. calon depan mata ni macam garang sikit!
Tapi orang cakap, perempuan garang ni bila dah sayang, dia boleh sayang sampai melayang!

Nadrah melabuhkan duduk. Dasar lelaki tak waras! Gatal macam Hagemaru nih. Sejak bila bos ada client versi macam gini? Datang lagi nanti, memang kepala Naqi tu mintak kena ketuk.  

p/s: I'm not so sure if cerita begini 'kena' atau x dengan selera korang.. but still... do enjoyz k. =)

21 comments:

  1. Best juga..smbung lagi..

    :TR::

    ReplyDelete
  2. Best. sila sambung sampai habis. hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau Ezza Mysara yg tulis saye mesti bace..gd luck

    ReplyDelete
  4. kelakarlah....tapi menarik minat saya untuk terus mengikutinya.

    ReplyDelete
  5. best..next entry plezzz!!

    ReplyDelete
  6. Menarik~ Dan saya setuju dengan pendapat di atas 'Kalau Ezza Mysara yang tulis, mesti baca' . ;)

    ReplyDelete
  7. mula2 x berapa menarik... tp lame2 haa baru syok nk baca btw keep on writing ye... ^_^



    -Fina-

    ReplyDelete
  8. waaa best laaa .... x sabar laa nk tunggu next entry..... :D






    -T.I.D.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu... x sabar rasenye



      -T.M.I.-

      Delete
    2. yang tu aku sokong bro....



      -M.F.A.-

      Delete
  9. cerita yang menarik..
    tapi cik penulis kena alert dgn perkataan2 ya sebab ada perkataan 'bakpe' tadi

    ReplyDelete
  10. Best sgt cerita ni. Lawak. sengal. haha!

    ReplyDelete
  11. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete