Buah mangga yang sudah dipotong itu dibawa ke
depan. Menghidangkan pada si emak yang ralit menonton televisyen tu.
"Bulan depan kawan
adik nak tumpang rumah kita.. Dia orang nak praktikal sama-sama kat sini."
"Oh baguslah."
Jawab Nadrah. Mata tekun memandang ke skrin tv.
"Hmm.. Tapi kamu tak
rasa ke rumah kita akan jadi ramai." Tanya Puan Melati. Sempat dikerling
si anak yang duduk disebelahnya.
"Tak baik mak nih.
Nanti jatuh tak ikhlas." Sela si anak.
"Ish kamu ni.. Bukan
itu maksud mak.." Tepis si emak pula. Naya kalau tersalah faham.
"Habis tu mak ada
perancangan nak besarkan rumah? Atau nak beli rumah
baru?"
"Ish kamu ni lembab sangatlah! Mak bukan bercakap pasal nak besarkan
rumah ke nak beli rumah ke.. Maksud mak, Kamu tu bila nak keluar dari rumah
ni?"
Perghh... Ni dah tahap sentap nih. Terlondeh hati ni hah!
"Mak nak halau Nad?"
"Mak bukan halau.. Mak nak suruh kamu kahwinlah!" Puan Melati pun tak faham kenapa anak sulungnya ini liat sangat nak
kahwin. Nak kata tak ada orang nak, ada je orang yang bertanya. Tapi sikit pun
tak dilayan. Ketegaq sangat!
Adik-adik dia pun dah kahwin. Tunggu Si Nadrah ini sahaja yang seronok
sangat hidup single. Nak kata anak manja, tak manja mana pun.
"Boleh tak mak sabar.. Kan Nad kata Nad tengah survey calon
jodoh!" Sana sini orang bercakap pasal kahwin. Bosan bin boring betul!
"Alang palang kamu tengah survey tu, boleh tak mak nak survey sekali?
Kot-kot ada yang mak berkenan nak buat menantu ke..."
“Makk….” Nadrah dah mula
naIk angin. Dia dah terbukak hati nak kahwin pun dah cukup baik. Nak carikan
calon pulak! Karang dia lari sungguh-sungguh dari rumah baru tahu!
“Adlee tu pun okay jugak
kan?”
“Mak... jangan mula boleh
tak?”
“Lah.. dah kalau kamu
susah sangat nak jumpa calon, mak tolong jelah carikan. Kan senang? Lepas tu
bercintalah lepas nikah. Lebih halal lebih mulia di sisi Allah.”
“Mak.. kalau kenal
bertahun pun belum tentu akan kahwin. Dah kahwin pun belum tentu boleh setia
sampai hujung nyawa. Sebab tu Nad nak kenal dulu siapa bakal suami Nad. Nad
kalau nak kahwin, Nad nak kahwin untuk seumur hidup. Sebab kalau Nad kecewa
lagi, belum tentu Nad akan percaya kat orang lagi. Jadi, tolonglah faham
keadaan Nad ni mak...”
Habis je ayat, terus
Nadrah angkat punggung. Masuk bilik. Cuaca emosi haru biru.
Si emak tercengang
sendiri. Ayat ‘kalau Nad kecewa lagi’ bergema di peluput telinga. Nadrah pernah
kecewa ke? Sebab tu ke dia berubah tiga ratus enam puluh darjah jadi pendiam
macam gini?
Tapi kenapa mereka
sekeluarga tak pernah tahu?
Ya Allah... peningnya nak
selami perasaan anak sulungnya ini!
***
Pen
bermain di tangannya. Terasa menyesal sebab macam dah tertinggikan suara pada
emaknya semalam.
“Apalah
kau ni Izyan Nadrah... kau tak boleh ke jadi anak yang baik sikit?” Hati
terbang mencari duduknya.
Pintu
kaca yang dirempuh kasar itu membuatkan Nadrah bangun dari duduknya.
“Dato
ada?”
Nadrah
menggeleng.
"Mana dato pergi
sebenarnya? Saya call dia tak angkat. Saya datang sini dia tak ada. Mana dia
pergi sebenarnya?" Sergah Datin Azlina kasar.
Berkeliaran lari
organ-organ dalaman Nadrah. Terkejut
dengan kedatangan tak diundang itu.
"Erk.. dato kan ada
meeting dekat luar." Datin ni dah kenapa? Kan ke dia dah print jadual
dato. Refer jelah jadual tuh. Rabun nak
baca ke apa?
Datin Azlina merengus!
"Meeting ke dating?
Nak jumpa suami sendiri pun sikit punya susah. Dan satu lagi saya tak
puas hati.. Kenapa banyak sangat korang kena outstation ke Penang? Bulan ni je
sampai tiga kali!" Marah datin lagi.
"Sebab company kan baru dapat projek dekat sana datin.." Angin
kus-kus mana yang sampuk datin nih. Lama dah dia tak buat perangai nih. Adalah tu yang tak kena!
"Projek company ke atau awak dah jadi bini kedua dia!"
Terbeliak mata Nadrah. Mulut datin ni memang tahap derhaka betul. Dalam
hati beristighfar panjang. Tanamkan sabar yang dah terhakis. Kalau tak
mengenangkan isteri bos... dah lama dia cincang dengan blender buat bergedel!
"Datin.. Datin dah salah faham nih. Saya ni PA dato je. Bukan
bini..."
Kedua belah kening Datin Azlina terangkat.
"Saya bukan apa.. Peliklah sebab awak ni pun tak kahwin-kahwin. Mana
tahu kalau-kalau awak ni sebenarnya madu saya!"
Nadrah menggeleng. Sebab dia tak kahwin, semua tu jadi masalah besar di
pihak Datin Azlina. Tapi sebenarnya tahap prejudis datin ni yang memang boleh
menang award.
Bila terpandangkan si jejaka yang baru menolak pintu kaca di belakang datin
itu, otak Nadrah laju merangka idea.
"Saya memang nak kahwin.. Tu bakal suami saya ada kat belakang
datin." Terpaksalah guna helah ni. Pinjam client yang datang semalam. Nanti dia upah client tu belanja
makan tengah hari.
Sembilan puluh darjah Datin Azlina berpaling.
“Hah! Naqi!"
Tiga pasang mata saling berpandangan.
"Awak bercinta dengan anak saudara saya Nadrah?"
Alamak? Naqi ni anak saudara datin? Maknanya anak saudara bos jugaklah ya? Budak tak waras ni anak
saudara bos? Nadrah rasa jantung dia hilang saat ini.
"Hai mak ngah.." Naqi yang ikut turut terkejut tu cuba simpan
gabra. Masaklah.. Nadrah akan dibahan habis habis.
“Naqi
dengan Nadrah bercinta ke?”
Naqi
memandang ke arah Nadrah yang nampak pucat itu. Sengaja dia mendiamkan diri.
Biar gadis itu yang menjawab. Dia pun masih terkejut dengan tindakan spontan
gadis itu.
Telefon
bimbit Nadrah yang berdering membuatkan perhatian mereka teralih. “Excuse me.” Dibawa langkah jauh sedikit
dari tempat mereka berdiri. Skrin telefon bimbit terus disentuh.
“Assalamualaikum
dato..”
“Waalaikumusalam. Nad... anak
saudara saya nak datang nanti. Nanti awak tolong bawak dia jumpa company
secretary untuk bincangkan pasal incorporation
new company. Jangan lupa bagi copy IC saya dan dia nanti. Selebihnya dia
tahu.”
“Baik Dato.”
“Okay good! Datin ada dekat situ
ke?”
“Ada Dato...”
“Oh.. Saya dah agak dia mesti pergi cari awak. Sebenarnya saya sengaja tak
angkat phone dia tadi. Awak dah booking kan untuk dinner malam ni? Hari ni kan anniversary saya yang ke dua puluh dua.
Sebab tu Datin mengamuk sebab saya buat-buat lupa! Dia mesti marah awak kan?”
Nadrah gigit bibir. Sebab Dato tak wish dia datang ofis secara mengejut dan
tuduh dirinya jadi bini nombor dua dato.
“Tak adalah. Datin macam okay je. Hotel tu saya dah booking.”
Dato Fahmi yang berada di hujung talian tersenyum. Nadrah memang tak suka
mengadu yang bukan-bukan. Banyak benda dia suka settle down sendiri.
“Okay. I will call datin sendiri. Thanks Nad.”
Datin Azlina pandang Nadrah dan Naqi tak lepas. Masih belum berpuas hati. Sorang
duduk KL, sorang duduk Kuantan, macam mana dia orang boleh jumpa? Macam mana
boleh bercinta pulak? Lagipun dia tak dengar pulak ura-ura yang mengatakan Naqi
nak kahwin dari kakaknya!
“Naqi, baik terus terang dengan mak ngah. Betul ke korang bercinta dan nak
kahwin?”
Melihatkan respon Nadrah yang masih mendiamkan diri. Naqi ambik keputusan
untuk membantu.
“Betullah.. kenapa tak betul pulak.”
“Macam mana korang boleh bercinta pulak?”
“Oh.. kita orang satu sekolah dulu. Jumpa balik dalam FB.”
Bulat mata Nadrah. Kalau ya pun nak menipu, agak-agaklah sikit! Siap cakap
satu sekolah. Kalau polis pencen tu tanya lebih-lebih nanti nak kelentong apa
lagi?
“Satu sekolah? Dulu kan Naqi sekolah dekat KL.”
“Ya.. Nad pun sekolah dekat KL jugak dulu.” Mesti Nadrah ingat yang dia
betul-betul buat cerita. Bilalah gamaknya gadis itu hendak ingat yang mereka
berdua memang pernah satu sekolah dahulu.
Dahi Datin Azlina kembali berlapis. “Tapi... bukan ke Naqi lebih muda dari
Nad ke?”
Kali ini Nadrah pula yang terkejut. Erk, betul ke Naqi lagi muda dari dia?
Manalah dia tahu. Jumpa pun baru sekali.
Naqi garu kening. Aduh.. Mak ngah pergi bocorkan rahsia pulak!
“Alah.. beza tiga tahun je mak ngah. Apa ada pada umur? Lagipun kalau suami
muda dari isteri pun, buat anak pun jadi jugak apa! Kan sayang kan?”
Mata Datin Azlina terbeliak. “Naqi!” Ya Allah, nasib baik anak saudara
sendiri. Yang sudah kenal kenalakannya. Tapi tak beragak betul bagi jawapan
macam gitu.
Okay. Darah tinggi Nadrah memang dah mencecah syiling. Muhamad Naqiuddin ni
memang over acting sangat!
***
Jari jemari Nadrah ligat
bermain di dahi sendiri. Betul-betul cari pasal! Pelayan datang dan meletakkan dua gelas
minuman di hadapannya.
Naqi tersenyum mesra.
Nadrah pulak naik menyampah bila melihat Naqi tersenyum itu. Dengan semua
orang dia nak senyum! Penyakit apa entah. Itu yang sampai orang pandang pelik
pada mereka gamaknya.
"Wahai bakal
isteriku.. Kenapa ni? Pening ke? Nak bakal suami tolong suapkan ubat ke?"
Mood membahan dah mari. Naqi sengih jahat!
"Diam!"
Ah, makin Nadrah marah,
makin Naqi gian hendak mengusik.
"Tak baik tau marah
bakal suami.." Sungguh Naqi rasa nak berguling tengok muka Nadrah
sekarang. Itulah, siapa suruh
pandai-pandai nak gunakan dia jadi bakal suami. Karang ada jugak jadi suami
sungguh-sungguh!
"Sebelum saya
stapler mulut awak, baik awak diam!" Benda ni
tak kelakarlah. Langsung tak.
“Okay saya diam.” Tapi bibir itu makin herot tersenyum.
“Stop do that!”
“What?” Dia tak bunyi pun kena marah lagi ke?
“Smilling like that!”
“senyuman saya ni membunuh awak ke?”
Oh tuhan. Tak sangka dia akan dengar soalan macam gitu. “Awak ingat awak
handsome ke? Awak tak perasan ke semua orang tengok awak semacam. Agaknya dia
orang fikir, saya tengah keluar dengan orang gila mana yang dari tadi tak henti-henti
tersenyum.”
Kali ini tawa Naqi makin kuat. Kenapa dalam fikiran Nadrah hanya ada benda
yang buruk-buruk sahaja. Dia ni orang kenal. Kalau tak senyum karang dicop
sombong pulak.
“Normallah kalau kita asyik senyum. Itu lebih baik dari muka masam mencuka
kan?” Agaknya kalau ada orang mintak bergambar dengan dia, Nadrah pengsan ke
tak?
Ah, malas Nadrah nak layan. Ini pun dia turun ke kedai sebab tak mahu rakan
opis menangkap perbualan mereka.
"Macam mana nih.." Naqi hantar suara cemas secara tiba-tiba.
"Macam mana apa?"
"Mak ngah mesti dah bagi tahu mama saya.. Jadi apa-apa pun, saya tetap
kena kahwin dengan awak jugak!"
"Ishh.. Kenapa pulak? Cakap jelah kita dah clash!"
"Tak boleh.. Mama saya kata, kalau saya dah ada awek, saya kena kahwin
dengan awek saya jeh! Mama saya marah kalau saya tak setia tau!" Bila lagi
nak kenakan Nadrah kan? Ini jelah masanya. Kalau tak Nadrah duk tayang muka
ketat dia jeh.
Sekarang Nadrah rasa macam nak demam.
“Macam mana awak boleh jadi anak saudara dato?” Jadi dia nilah anak saudara
dato yang nak bukak business tu? Aduhh.. sakit jiwa dengan kebetulan nih.
“Dah takdir... Macam takdir awak yang jadi PA dato. Hmm, saya rasa ini
memang perancangan tuhan. Dia nak temukan kita dan boleh jadi dia nak satukan
kita!”
“Nonsense!”
Naqi tayang muka tak bersalah.
“Okay saya dah telefon dato tadi. Dato nak pinjamkan PA dia pada saya
sekejap... Awak kena teman saya pergi company secretary. Sebab saya tak tahu
prosedur plus tak tahu pun kat mana tempat dia! Bawak PA senang sikit!”
“Nasib baik awak anak
saudara dato. Kalau tak jangan harap saya nak tolong!”
Naqi letakkan tangan di
atas meja.
“Hmm.. padanlah Datin
cemburu sangat dengan awak. Sebab awak ni kalau melibatkan dato memang on jeh!
Ke memang awak ni bini kedua dato?”
Nak terkeluar biji mata
Nadrah.
“Awak memang tak sayang
mulut ya?”
“Eh.. mestilah sayang.
Marah isteri saya nanti kalau saya kahwin dengan dia tak ada mulut.”
Okay. Sungguh jawapan tu
sangat tak senonoh! Dasar lelaki. Mata Nadrah dah juling ke atas. Tiba-tiba ada
idea nak kenakan Naqi.
“Okay akak rasa...”
“Don’t use that word!” Pintas Naqi tak semena.
“What? Word ‘akak’ tu ke?” Jari Nadrah membuat kurungan apabila
perkataan ‘akak’ disebut.
“Yes! Don’t ever think to use that word!”
Nadrah dah jumpa kelemahan
Naqi. “Hmm.. akak rasa hari ni dah tak sempat nak jumpa Company Secretary. Kita
pergi pagi esoklah.”
Kali ini muka Naqi serius.
Badannya makin mendekat di meja mereka. “Sekali lagi kalau awak guna perkataan
tu.... saya mintak alamat rumah awak dekat pak ngah dan...”
“....and what?” Cakap penuh jeda ni yang buat Nadrah saspen nih.
“Saya masuk meminang awak.
Saya rasa dengan keadaan awak sekarang, family awak mesti terima je kan
mana-mana pinangan kan?”
Oh... budak kecik ni
memang keji! Macamlah dia terdesak sangat!
“Dear budak, please listen
carefully... awak ingat family akak ni tipikal orang dulu kala ke? Yang
anak lewat kahwin je dah risau dan malu dengan orang sekeliling. Tak senang
duduk sebab simpan anak dara sendiri. C’mon... dunia dah merentasi masa. Kita
bukan di zaman kolot tu lagi. So, jangan pernah fikir macam tu ya budak?” Ah,
tak pasal-pasal dia terpaksa layan budak tak cukup umur nih!
Naqi mendengus. Serius,
telinga dia benci gila dengar perkataan akak tuh! Dia pun tak tahu kenapa.
“Orang yang awak gelar
budak nih... dah boleh jadi bapak budak. So, jangan cabar saya Izyan Nadrah! I don’t like it anny provocation!”
Terus Naqi bangun dan
meninggalkan dirinya. Lagipun dia kena siap-siap pergi training!
Hek eleh budak ni... Yang
nak emo lebih-lebih kenapa?
P/S: buku dah bertemu ruas? kekekeke... as always, do enjoy guys..
BTW pesanan DIRAJA... please tinggalkan nama anda di ruang komen k. let me know who u r.. =)
BTW pesanan DIRAJA... please tinggalkan nama anda di ruang komen k. let me know who u r.. =)
Ha...ha...ha..... Akakkk la sanggatt..... Ok.... Calon dah ada..... So.....apa kata surveyyyyy........... Nikah je la dgn Naqi tue Nad... Kah... Kah...Kah
ReplyDeleteSerious.... I like like like... x sabar laks tunggu next entry.
Bestttt !
ReplyDeletebudak lah sgt... yg budak tu lahhh karang jd bapak budak anak2 awak, Izyan Nadrah
ReplyDeleteLikeee byk2 cerita nyh ! ^^ kawen kan jlaa naqi Dan nad nyh hahahaha -aina-
ReplyDeletehaha. memang ngam dah diorang berdua ni. can't wait to read ur next entry :D
ReplyDeletekeep it up sis!
Best2...:)
ReplyDeletehaha... nadrah jangan garang2 tau... nanti jadi sayang pulak...
ReplyDeleteteruskan kak sara.... bagi entry hari2 ye... ;-)
best 3x.
ReplyDeleteYes akak akak ni yang syiokkkkk nih hehehehehehe 😈😈😈
ReplyDeletewooiittt.. best!
ReplyDeleteOsem...huhu
ReplyDeleteX sabar nk tunggu Si Budak tu masuk meminang Hakak tu betul2.haha
ReplyDeleteBudak....lah agt
ReplyDeleteBestt!!!! Nk lg... Cpat2 publish n3 bru... Hehehehrhehe
ReplyDeleteHaha. Kelakar pulak akak dgn budak ni. Cute..
ReplyDeleteAkak duit raye saye dah cukup ni nak beli novel-novel akak..cepat lah amik order... Stress saye tengok buku akak tersusun dekat kedai buku ni...hihii
ReplyDeleteAlaaa Nad.. beza 3 taun je kot..
ReplyDeleteItula ang xsyg mulut pasaipa..dan dan ang habaq kt datin si Naqi tu bkl suami ang..kn sndri dh pning kaple..kikiki!
So..inilah pluang ' budak ' g minang ' akak '.. hihihi!
Best best best ... nak lagi x sabar nak tunggu n3 baru
ReplyDeletesuka..suka..
ReplyDeleteSekarang pn ramai yg akak jadi pilihan. Go Naqi
ReplyDeleteKmas
maaf ya, akak ni nak betulkan ayat ezzah sikit
ReplyDelete1. pen bermain ditangannya - pen dimainkan ditangannya
2. mood membahan dah mari - mood mengenakan/menyakat nadrah
telah terlintas difikirannya
Assalamu'alaikum. =D
ReplyDeleteHehe memang buku bertemu ruas dah Nadrah & Naqi. Pegilah Naqi hantar rombongan. Tak apa klu Nadrah marah. Lama2 cair jugak bila Naqi usha dia as lover bila dah kahwin nanti. ;)
hahaha .. bagus2 elok sgt bertemu biar kebabom ,, naqi cpt pi pinang nadrah biar nad tahu awak betol2 bersungguh ckp ..hehe
ReplyDeleteHeheehhe...so sweeet...comel je dua org ni...excited nak tahu plan naqi sterusnya nak knekan si nad ni :D
ReplyDelete-fatin afifah :)
Alahai, sweetnya.... Naqi... Nadrah ;)
ReplyDeletebest sangat2x ...
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny
hai,my name is iera..at perlis now..
ReplyDelete