Sunday 17 August 2014

SURVEY CALON JODOH [BAB 3]

Buah mangga yang sudah dipotong itu dibawa ke depan. Menghidangkan pada si emak yang ralit menonton televisyen tu.
"Bulan depan kawan adik nak tumpang rumah kita.. Dia orang nak praktikal sama-sama kat sini."
"Oh baguslah." Jawab Nadrah. Mata tekun memandang ke skrin tv.
"Hmm.. Tapi kamu tak rasa ke rumah kita akan jadi ramai." Tanya Puan Melati. Sempat dikerling si anak yang duduk disebelahnya.
"Tak baik mak nih. Nanti jatuh tak ikhlas." Sela si anak.
"Ish kamu ni.. Bukan itu maksud mak.." Tepis si emak pula. Naya kalau tersalah faham. 
"Habis tu mak ada perancangan nak besarkan rumah? Atau nak beli rumah baru?" 
"Ish kamu ni lembab sangatlah! Mak bukan bercakap pasal nak besarkan rumah ke nak beli rumah ke.. Maksud mak, Kamu tu bila nak keluar dari rumah ni?"
Perghh... Ni dah tahap sentap nih. Terlondeh hati ni hah!
"Mak nak halau Nad?"
"Mak bukan halau.. Mak nak suruh kamu kahwinlah!" Puan Melati pun tak faham kenapa anak sulungnya ini liat sangat nak kahwin. Nak kata tak ada orang nak, ada je orang yang bertanya. Tapi sikit pun tak dilayan. Ketegaq sangat!
Adik-adik dia pun dah kahwin. Tunggu Si Nadrah ini sahaja yang seronok sangat hidup single. Nak kata anak manja, tak manja mana pun.
"Boleh tak mak sabar.. Kan Nad kata Nad tengah survey calon jodoh!" Sana sini orang bercakap pasal kahwin. Bosan bin boring betul! 
"Alang palang kamu tengah survey tu, boleh tak mak nak survey sekali? Kot-kot ada yang mak berkenan nak buat menantu ke..." 
“Makk….” Nadrah dah mula naIk angin. Dia dah terbukak hati nak kahwin pun dah cukup baik. Nak carikan calon pulak! Karang dia lari sungguh-sungguh dari rumah baru tahu!
“Adlee tu pun okay jugak kan?”
“Mak... jangan mula boleh tak?”
“Lah.. dah kalau kamu susah sangat nak jumpa calon, mak tolong jelah carikan. Kan senang? Lepas tu bercintalah lepas nikah. Lebih halal lebih mulia di sisi Allah.”
“Mak.. kalau kenal bertahun pun belum tentu akan kahwin. Dah kahwin pun belum tentu boleh setia sampai hujung nyawa. Sebab tu Nad nak kenal dulu siapa bakal suami Nad. Nad kalau nak kahwin, Nad nak kahwin untuk seumur hidup. Sebab kalau Nad kecewa lagi, belum tentu Nad akan percaya kat orang lagi. Jadi, tolonglah faham keadaan Nad ni mak...”
Habis je ayat, terus Nadrah angkat punggung. Masuk bilik. Cuaca emosi haru biru.
Si emak tercengang sendiri. Ayat ‘kalau Nad kecewa lagi’ bergema di peluput telinga. Nadrah pernah kecewa ke? Sebab tu ke dia berubah tiga ratus enam puluh darjah jadi pendiam macam gini?
Tapi kenapa mereka sekeluarga tak pernah tahu?
Ya Allah... peningnya nak selami perasaan anak sulungnya ini!
***
            Pen bermain di tangannya. Terasa menyesal sebab macam dah tertinggikan suara pada emaknya semalam.
            “Apalah kau ni Izyan Nadrah... kau tak boleh ke jadi anak yang baik sikit?” Hati terbang mencari duduknya.
            Pintu kaca yang dirempuh kasar itu membuatkan Nadrah bangun dari duduknya.
            “Dato ada?”
            Nadrah menggeleng.
"Mana dato pergi sebenarnya? Saya call dia tak angkat. Saya datang sini dia tak ada. Mana dia pergi sebenarnya?" Sergah Datin Azlina kasar. 
Berkeliaran lari organ-organ dalaman Nadrah. Terkejut dengan kedatangan tak diundang itu.
"Erk.. dato kan ada meeting dekat luar." Datin ni dah kenapa? Kan ke dia dah print jadual dato. Refer jelah jadual tuh. Rabun nak baca ke apa?
Datin Azlina merengus!
"Meeting ke dating? Nak jumpa suami sendiri pun sikit punya susah. Dan satu lagi saya tak puas hati.. Kenapa banyak sangat korang kena outstation ke Penang? Bulan ni je sampai tiga kali!" Marah datin lagi.
"Sebab company kan baru dapat projek dekat sana datin.." Angin kus-kus mana yang sampuk datin nih. Lama dah dia tak buat perangai nih. Adalah tu yang tak kena!
"Projek company ke atau awak dah jadi bini kedua dia!"
Terbeliak mata Nadrah. Mulut datin ni memang tahap derhaka betul. Dalam hati beristighfar panjang. Tanamkan sabar yang dah terhakis. Kalau tak mengenangkan isteri bos... dah lama dia cincang dengan blender buat bergedel!
"Datin.. Datin dah salah faham nih. Saya ni PA dato je. Bukan bini..." 
Kedua belah kening Datin Azlina terangkat.
"Saya bukan apa.. Peliklah sebab awak ni pun tak kahwin-kahwin. Mana tahu kalau-kalau awak ni sebenarnya madu saya!" 
Nadrah menggeleng. Sebab dia tak kahwin, semua tu jadi masalah besar di pihak Datin Azlina. Tapi sebenarnya tahap prejudis datin ni yang memang boleh menang award.
Bila terpandangkan si jejaka yang baru menolak pintu kaca di belakang datin itu, otak Nadrah laju merangka idea.
"Saya memang nak kahwin.. Tu bakal suami saya ada kat belakang datin." Terpaksalah guna helah ni. Pinjam client yang datang semalam. Nanti dia upah client tu belanja makan tengah hari.
Sembilan puluh darjah Datin Azlina berpaling.
“Hah! Naqi!"
Tiga pasang mata saling berpandangan. 
"Awak bercinta dengan anak saudara saya Nadrah?" 
Alamak? Naqi ni anak saudara datin? Maknanya anak saudara bos jugaklah ya? Budak tak waras ni anak saudara bos? Nadrah rasa jantung dia hilang saat ini.
"Hai mak ngah.." Naqi yang ikut turut terkejut tu cuba simpan gabra. Masaklah.. Nadrah akan dibahan habis habis. 
            “Naqi dengan Nadrah bercinta ke?”
            Naqi memandang ke arah Nadrah yang nampak pucat itu. Sengaja dia mendiamkan diri. Biar gadis itu yang menjawab. Dia pun masih terkejut dengan tindakan spontan gadis itu.
            Telefon bimbit Nadrah yang berdering membuatkan perhatian mereka teralih. “Excuse me.” Dibawa langkah jauh sedikit dari tempat mereka berdiri. Skrin telefon bimbit terus disentuh.
            “Assalamualaikum dato..”
 “Waalaikumusalam. Nad... anak saudara saya nak datang nanti. Nanti awak tolong bawak dia jumpa company secretary untuk bincangkan pasal incorporation new company. Jangan lupa bagi copy IC saya dan dia nanti. Selebihnya dia tahu.”
“Baik Dato.”
Okay good! Datin ada dekat situ ke?”
“Ada Dato...”
“Oh.. Saya dah agak dia mesti pergi cari awak. Sebenarnya saya sengaja tak angkat phone dia tadi. Awak dah booking kan untuk dinner malam ni? Hari ni kan anniversary saya yang ke dua puluh dua. Sebab tu Datin mengamuk sebab saya buat-buat lupa! Dia mesti marah awak kan?”
Nadrah gigit bibir. Sebab Dato tak wish dia datang ofis secara mengejut dan tuduh dirinya jadi bini nombor dua dato.
“Tak adalah. Datin macam okay je. Hotel tu saya dah booking.”
Dato Fahmi yang berada di hujung talian tersenyum. Nadrah memang tak suka mengadu yang bukan-bukan. Banyak benda dia suka settle down sendiri.
“Okay. I will call datin sendiri. Thanks Nad.”
Datin Azlina pandang Nadrah dan Naqi tak lepas. Masih belum berpuas hati. Sorang duduk KL, sorang duduk Kuantan, macam mana dia orang boleh jumpa? Macam mana boleh bercinta pulak? Lagipun dia tak dengar pulak ura-ura yang mengatakan Naqi nak kahwin dari kakaknya!
“Naqi, baik terus terang dengan mak ngah. Betul ke korang bercinta dan nak kahwin?”
Melihatkan respon Nadrah yang masih mendiamkan diri. Naqi ambik keputusan untuk membantu.
“Betullah.. kenapa tak betul pulak.”
“Macam mana korang boleh bercinta pulak?”
“Oh.. kita orang satu sekolah dulu. Jumpa balik dalam FB.”
Bulat mata Nadrah. Kalau ya pun nak menipu, agak-agaklah sikit! Siap cakap satu sekolah. Kalau polis pencen tu tanya lebih-lebih nanti nak kelentong apa lagi?
“Satu sekolah? Dulu kan Naqi sekolah dekat KL.”
“Ya.. Nad pun sekolah dekat KL jugak dulu.” Mesti Nadrah ingat yang dia betul-betul buat cerita. Bilalah gamaknya gadis itu hendak ingat yang mereka berdua memang pernah satu sekolah dahulu.
Dahi Datin Azlina kembali berlapis. “Tapi... bukan ke Naqi lebih muda dari Nad ke?”
Kali ini Nadrah pula yang terkejut. Erk, betul ke Naqi lagi muda dari dia? Manalah dia tahu. Jumpa pun baru sekali.
Naqi garu kening. Aduh.. Mak ngah pergi bocorkan rahsia pulak!
“Alah.. beza tiga tahun je mak ngah. Apa ada pada umur? Lagipun kalau suami muda dari isteri pun, buat anak pun jadi jugak apa! Kan sayang kan?”
Mata Datin Azlina terbeliak. “Naqi!” Ya Allah, nasib baik anak saudara sendiri. Yang sudah kenal kenalakannya. Tapi tak beragak betul bagi jawapan macam gitu.
Okay. Darah tinggi Nadrah memang dah mencecah syiling. Muhamad Naqiuddin ni memang over acting sangat!
***
Jari jemari Nadrah ligat bermain di dahi sendiri. Betul-betul cari pasal! Pelayan datang dan meletakkan dua gelas minuman di hadapannya.
Naqi tersenyum mesra.
Nadrah pulak naik menyampah bila melihat Naqi tersenyum itu. Dengan semua orang dia nak senyum! Penyakit apa entah. Itu yang sampai orang pandang pelik pada mereka gamaknya.
"Wahai bakal isteriku.. Kenapa ni? Pening ke? Nak bakal suami tolong suapkan ubat ke?" Mood membahan dah mari. Naqi sengih jahat!
"Diam!"
Ah, makin Nadrah marah, makin Naqi gian hendak mengusik. 
"Tak baik tau marah bakal suami.." Sungguh Naqi rasa nak berguling tengok muka Nadrah sekarang. Itulah, siapa suruh pandai-pandai nak gunakan dia jadi bakal suami. Karang ada jugak jadi suami sungguh-sungguh!
"Sebelum saya stapler mulut awak, baik awak diam!" Benda ni tak kelakarlah. Langsung tak.
“Okay saya diam.” Tapi bibir itu makin herot tersenyum.
“Stop do that!”
“What?” Dia tak bunyi pun kena marah lagi ke?
Smilling like that!
“senyuman saya ni membunuh awak ke?”
Oh tuhan. Tak sangka dia akan dengar soalan macam gitu. “Awak ingat awak handsome ke? Awak tak perasan ke semua orang tengok awak semacam. Agaknya dia orang fikir, saya tengah keluar dengan orang gila mana yang dari tadi tak henti-henti tersenyum.”
Kali ini tawa Naqi makin kuat. Kenapa dalam fikiran Nadrah hanya ada benda yang buruk-buruk sahaja. Dia ni orang kenal. Kalau tak senyum karang dicop sombong pulak.
“Normallah kalau kita asyik senyum. Itu lebih baik dari muka masam mencuka kan?” Agaknya kalau ada orang mintak bergambar dengan dia, Nadrah pengsan ke tak?
Ah, malas Nadrah nak layan. Ini pun dia turun ke kedai sebab tak mahu rakan opis menangkap perbualan mereka.
"Macam mana nih.." Naqi hantar suara cemas secara tiba-tiba.
"Macam mana apa?"
"Mak ngah mesti dah bagi tahu mama saya.. Jadi apa-apa pun, saya tetap kena kahwin dengan awak jugak!"
"Ishh.. Kenapa pulak? Cakap jelah kita dah clash!"
"Tak boleh.. Mama saya kata, kalau saya dah ada awek, saya kena kahwin dengan awek saya jeh! Mama saya marah kalau saya tak setia tau!" Bila lagi nak kenakan Nadrah kan? Ini jelah masanya. Kalau tak Nadrah duk tayang muka ketat dia jeh. 
Sekarang Nadrah rasa macam nak demam. 
“Macam mana awak boleh jadi anak saudara dato?” Jadi dia nilah anak saudara dato yang nak bukak business tu? Aduhh.. sakit jiwa dengan kebetulan nih.
“Dah takdir... Macam takdir awak yang jadi PA dato. Hmm, saya rasa ini memang perancangan tuhan. Dia nak temukan kita dan boleh jadi dia nak satukan kita!”
“Nonsense!”
Naqi tayang muka tak bersalah.
“Okay saya dah telefon dato tadi. Dato nak pinjamkan PA dia pada saya sekejap... Awak kena teman saya pergi company secretary. Sebab saya tak tahu prosedur plus tak tahu pun kat mana tempat dia! Bawak PA senang sikit!”
            “Nasib baik awak anak saudara dato. Kalau tak jangan harap saya nak tolong!”
            Naqi letakkan tangan di atas meja.
            “Hmm.. padanlah Datin cemburu sangat dengan awak. Sebab awak ni kalau melibatkan dato memang on jeh! Ke memang awak ni bini kedua dato?”
            Nak terkeluar biji mata Nadrah.
            “Awak memang tak sayang mulut ya?”
            “Eh.. mestilah sayang. Marah isteri saya nanti kalau saya kahwin dengan dia tak ada mulut.”
            Okay. Sungguh jawapan tu sangat tak senonoh! Dasar lelaki. Mata Nadrah dah juling ke atas. Tiba-tiba ada idea nak kenakan Naqi.
            “Okay akak rasa...”
            “Don’t use that word!” Pintas Naqi tak semena.
            “What? Word ‘akak’ tu ke?” Jari Nadrah membuat kurungan apabila perkataan ‘akak’ disebut.
            “Yes! Don’t ever think to use that word!”
            Nadrah dah jumpa kelemahan Naqi. “Hmm.. akak rasa hari ni dah tak sempat nak jumpa Company Secretary. Kita pergi pagi esoklah.”
            Kali ini muka Naqi serius. Badannya makin mendekat di meja mereka. “Sekali lagi kalau awak guna perkataan tu.... saya mintak alamat rumah awak dekat pak ngah dan...”
            “....and what?” Cakap penuh jeda ni yang buat Nadrah saspen nih.
            “Saya masuk meminang awak. Saya rasa dengan keadaan awak sekarang, family awak mesti terima je kan mana-mana pinangan kan?”
            Oh... budak kecik ni memang keji! Macamlah dia terdesak sangat!
            “Dear budak, please listen carefully... awak ingat family akak ni tipikal orang dulu kala ke? Yang anak lewat kahwin je dah risau dan malu dengan orang sekeliling. Tak senang duduk sebab simpan anak dara sendiri. C’mon... dunia dah merentasi masa. Kita bukan di zaman kolot tu lagi. So, jangan pernah fikir macam tu ya budak?” Ah, tak pasal-pasal dia terpaksa layan budak tak cukup umur nih!
            Naqi mendengus. Serius, telinga dia benci gila dengar perkataan akak tuh! Dia pun tak tahu kenapa.
            “Orang yang awak gelar budak nih... dah boleh jadi bapak budak. So, jangan cabar saya Izyan Nadrah! I don’t like it anny provocation!”
            Terus Naqi bangun dan meninggalkan dirinya. Lagipun dia kena siap-siap pergi training!


            Hek eleh budak ni... Yang nak emo lebih-lebih kenapa?

P/S: buku dah bertemu ruas? kekekeke... as always, do enjoy guys.. 

BTW pesanan DIRAJA... please tinggalkan nama anda di ruang komen k. let me know who u r.. =)

28 comments:

  1. Ha...ha...ha..... Akakkk la sanggatt..... Ok.... Calon dah ada..... So.....apa kata surveyyyyy........... Nikah je la dgn Naqi tue Nad... Kah... Kah...Kah
    Serious.... I like like like... x sabar laks tunggu next entry.

    ReplyDelete
  2. budak lah sgt... yg budak tu lahhh karang jd bapak budak anak2 awak, Izyan Nadrah

    ReplyDelete
  3. Likeee byk2 cerita nyh ! ^^ kawen kan jlaa naqi Dan nad nyh hahahaha -aina-

    ReplyDelete
  4. haha. memang ngam dah diorang berdua ni. can't wait to read ur next entry :D
    keep it up sis!

    ReplyDelete
  5. haha... nadrah jangan garang2 tau... nanti jadi sayang pulak...
    teruskan kak sara.... bagi entry hari2 ye... ;-)

    ReplyDelete
  6. Yes akak akak ni yang syiokkkkk nih hehehehehehe 😈😈😈

    ReplyDelete
  7. X sabar nk tunggu Si Budak tu masuk meminang Hakak tu betul2.haha

    ReplyDelete
  8. Bestt!!!! Nk lg... Cpat2 publish n3 bru... Hehehehrhehe

    ReplyDelete
  9. Haha. Kelakar pulak akak dgn budak ni. Cute..

    ReplyDelete
  10. Akak duit raye saye dah cukup ni nak beli novel-novel akak..cepat lah amik order... Stress saye tengok buku akak tersusun dekat kedai buku ni...hihii

    ReplyDelete
  11. Alaaa Nad.. beza 3 taun je kot..
    Itula ang xsyg mulut pasaipa..dan dan ang habaq kt datin si Naqi tu bkl suami ang..kn sndri dh pning kaple..kikiki!
    So..inilah pluang ' budak ' g minang ' akak '.. hihihi!

    ReplyDelete
  12. Best best best ... nak lagi x sabar nak tunggu n3 baru

    ReplyDelete
  13. Sekarang pn ramai yg akak jadi pilihan. Go Naqi

    Kmas

    ReplyDelete
  14. maaf ya, akak ni nak betulkan ayat ezzah sikit
    1. pen bermain ditangannya - pen dimainkan ditangannya
    2. mood membahan dah mari - mood mengenakan/menyakat nadrah
    telah terlintas difikirannya

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum. =D

    Hehe memang buku bertemu ruas dah Nadrah & Naqi. Pegilah Naqi hantar rombongan. Tak apa klu Nadrah marah. Lama2 cair jugak bila Naqi usha dia as lover bila dah kahwin nanti. ;)

    ReplyDelete
  16. hahaha .. bagus2 elok sgt bertemu biar kebabom ,, naqi cpt pi pinang nadrah biar nad tahu awak betol2 bersungguh ckp ..hehe

    ReplyDelete
  17. Heheehhe...so sweeet...comel je dua org ni...excited nak tahu plan naqi sterusnya nak knekan si nad ni :D

    -fatin afifah :)

    ReplyDelete
  18. Alahai, sweetnya.... Naqi... Nadrah ;)

    ReplyDelete
  19. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete
  20. hai,my name is iera..at perlis now..

    ReplyDelete