Musim cuti sekolah bermula. Maknanya bermulalah
misi mak yang memaksanya menghadiri majlis kenduri kahwin. Tapi sekarang tak
tunggu cuti sekolah pun bannyak kenduri. Apa orang Malaysia ni kerja dia kahwin
je ke? Tak tak ada benda lain ke yang lebih menarik.
Okay. Istighfar Nad. Istighfar. Buat
tambah dosa je nak merungut padahal orang kahwin tu untuk membina masjid.
Meramaikan umat nabi.
“Nad... tak siap lagi?” Tanya si abah yang
sudah siap mengenakan baju batik itu.
“Hmm....”
“Jangan mengada-ngada tak nak pergi.”
Sound Encik Ismail cepat. Anak sulungnya ini bukan boleh kira! Ikut dan dia
sahaja. Kahwin sepupu sendiri pun tak nak pergi ke? Apa pulak cakap saudara
maranya nanti. Padahal suruh pergi makan je pun. Kerja-kerja kenduri semua dah
diupah orang.
“Siapa cakap tak nak pergi. Nad nak iron
bajulah ni..” Dah dengar arahan mandatori tu, tak sanggup nak ditepis dengan
alasan.
“Baru nak iron baju? Dah mandi ke belum
ni?”
“Erk.. belum!”
Berisighfar panjang Encik Ismail
dibuatnya. Anaknya yang seorang ni memang langsung tak boleh diramal!
“Lambat sangat abah tinggal Nad...”
“Tak apalah... abah dengan mak pergi dulu.
Nanti Nad pergi dengan adik.” Pergi dengan adik cepat sikit dapat balik nanti.
Malaslah dia nak tunggu sampai petang. Lagipun kenduri guna katering, bukan ada
benda nak tolong pun.
“Jangan nak mengada-ngada!” Hah... kan dah
keluar suara veto si abah!
Terdengar tawa senang hati di belakangnya.
Tak lain tak bukan si Naufal. Sukalah tuh dengar dia kena marah dengan abah!
Menonong dia ke bilik air dan mandi ala
kadar sebelum menyarungkan baju kurung kain cotton yang tak perlu digosok.
Selendang dililit ke kepala. Abah, mak dan adik sudah menunggunya di dalam
kereta. Macam tak percaya pun ada sebab dia mengambil masa tak sampai sepuluh
minit!
“Akhirnya siap pun tuan puteri kita...”
Sakat Naufal.
“Diamlah!”
Makin sakit hati Nadrah mendengar Naufal
ketawa. “Nad, muka tu janganlah ketat sangat...” Pujuk Puan Melati. Nak ajak
pergi kenduri kahwin pun, macam nak suruh pergi berperang!
“Entah.. nah playar... longgarkan sikit
skru-skru wajah Kak Nad tuh!” Sampuk Naufal.
“Siapa ajar kau nak longgarkan skru guna
playar hah?”
“Untuk barang luar biasa, kenalah guna
alat yang luar biasa jugak!”
Ciss.. ada je benda yang dia nak bahankan.
Kalau layan budak ni, boleh mental Nadrah jadinya. Mak dan abah hanya mampu
menggeleng. Penangan si sulung dan bongsu. Sikit sebanyak gaduh-gaduh dua
beradik ni mampu jugak buat hilang sunyi rumah mereka.
Sampai sahaja di kenduri, mereka terus
menjamu selera. Ayah dan emak sudah menghilang berjumpa sanak saudaranya yang
lain. Mujur ada Naufal, tak adalah dia sendirian dalam keriuhan orang ramai.
Bosan mengadap muka Naufal yang sibuk
dengan telefonnya, Nadrah keluarkan puisi Langit Vanilla nukilan Wani Ardy dari
beg tangannya.
“Start
dah..”
“What?”
“Your-anti-social-mood.”
“Mana ada akak anti sosial. Akak membaca
je... Salah ke?”
Naufal juling mata ke atas. “Salah tu
tidaklah.. tapi kalau dah memanjang membaca sampai tak hirau sekeliling, itu
dah jadi masalah kak. Anti-social! Sangat tak bagus untuk tumbesaran mental
akak.”
Laju Nadrah mencebik. “Habis tu kalau
duduk semeja tapi mata masing-masing ralit dengan phone, itu satu simpton
kesihatan yang baik ke? Itu lagilah budaya tak sihat okay. At least, membaca
akan luaskan ilmu kita.”
Pelik tapi benar betullah. Akak dia ni
kalau bercakap dengan dia, kemain hujah panjang berjela. Cuba kalau ada orang
lain, jeling bin juling jelah dia pandai. Tak pun senyum tak bergula yang tak
ada cop sirim je dia bagi.
“Dah lah... adik nak jumpa Abang Adlee
jap. Penat jadi bodyguard akak tak berbayar nih.”
“Kalau tak jumpa abang dua pupu kau tu tak
boleh ke?”
“Akak ni.. cukuplah akak sorang je anti
sosial. Jangan nak libatkan adik join kelab akak ya!” Kadang Naufal sendiri tak
faham dengan akak sulungnya ini. Hidupnya memang hanya di rumah dan di tempat
kerja.
Tak pernah dia tengok si kakak keluar dengan
kawan-kawan. Kalau keluar pun dengan dia, mak dan ayah atau ahli keluarga
mereka sahaja. Dengan sepupu pun tak bercampur gaul. Tak bosan ke hidup macam
gitu? Tak kenal dunia luar langsung? Self
confident kurang ke apa? Tapi kalau self
confident kurang, tak kan boleh jadi PA kesayangan Dato Fahmi.
Naufal pun dah penat nak meneka. Kadang-kadang
tu, kakak dia ada dekat rumah pun dia tak sedar. Sibuk kelek buku sahaja.
Patutnya pergilah belajar sampai PHD. Ini tak, degree pun tak nak habiskan.
Pelik jugak orang bijak tiba-tiba ada sindrom malas nak study?
Baru je Naufal nak bangun tapi niatnya
terbantut apabila menangkap kelibat orang yang menghampiri meja mereka.
“Eh Nad... lama tak nampak?” Tegur Mak
long ramah. Dibelakangnya ada Adlee yang rajin tersenyum.
“Mak long sihat?” Tanya Nadrah cuba
beramah mesra sambil bersalam dengan ibu Adlee itu.
“Sihat.. Sibuk sangat ya sampai nak jumpa
anak saudara sendiri pun jenuh!”
Nadrah senyum tawar. Dah biasa berkelambu
dalam rumah buat dia canggung nak beramah mesra dengan orang! Adlee dah mendapatkan
duduk di sebelah Naufal. Dah panjang topik berbualan. Kejap futsal. Kejap bola.
Kejap badminton. Mak long yang duduk di sebelah pun, dia tak tahu nak berbual
apa. Buku puisi tadi dimasukkan semula ke dalam beg tangan.
“Nad bila pulak?”
Kali ini Nadrah senyum pahit. Dah agak
soalan ni akan muncul. Dia dah sumbat peluru-peluru jawapan yang klise.
“Tak ada rezeki lagi mak long..” Macamlah
mak long tanya bila nak ada anak. Heh.. tapi kena fikir jugak. Jodoh ni pun
rezeki. Rezeki yang bukan boleh petik dari tangan manusia. Bukan boleh tarik
ikut dan macam nak pilih baju.
“Hmm.. dah ada ke calon-calon tu?”
“Tengah survey.”
“Hah.. kalau kak long ada calon yang
sesuai, bagi tahu kat kami ya..” Entah dari mana Puan Melati muncul. Terus
menepuk bahu anak perempuannya.
Okay mak tengah promote anak dara dia yang
tak laku ni hah.
“Adlee tu pun single lagi tuh...”
Dah sudah. Kaunter nak kenen-kenen kan
pasangan dah dibukak! Riuh rendah meja dibuatnya.
“Mama...”
Adlee tarik muka. Nadrah tu sikit punya pendiam. Kalau nak kenen dengan dia
yang tak banyak cakap jugak ni, anak dia orang boleh jadi bisu.
Nadrah gigit organ mulutnya. Apa ke hal si
Adlee ni buat perangai macam anak dara! Tahulah pemalu tapi tak payah lah gegirl sangat. Adlee ni pun hanya banyak
cakap dengan dan berbual dengan Naufal sahaja. Lagipun Nadrah tak mahulah
kahwin saudara mara nih. Ada masalah nanti susah. Lagipun apa barang kahwin
sepupu. Bila nak berkembang keluarga mereka?
Tapi kalau macam gini je resepi hidup dia,
pun tak berkembang jugak kan?
***
Lama Dato Fahmi pandang PA dia yang
khusyuk membuat kerja itu. Jam di dinding dah menunjukkan angka enam petang. Tak
reti nak balik ke pekerja dia yang seorang ni?
“Nadrah.. dah pukul enam. Tak balik lagi?”
“Ada kerja sikit Dato. Kejap lagi
baliklah.”
“Hmm... janganlah balik lewat sangat.
Keluarga dekat rumah pun perlukan perhatian awak jugak. Kerja itu penting tapi keluarga
tu lagi penting!” Prinsip dia, cukuplah kalau pekerja fokus bekerja untuk lapan
jam. Tak main game. Tak main facebook. Tak berchit-chat. Itu lagi bagus dari
kerja lapan jam main-main lepas tu gatal buat overtime! Pekerja macam tu memang
mintak kena luku!
Nadrah senyum. Untung ada bos cool macam
Dato Fahmi.
“Alah Dato, balik awal pun bukannya ada
anak dengan suami pun. So, baiklah habiskan kerja yang sedia ada ni. Kat rumah nanti
taklah pening kepala fikir pasal kerja pending.”
Dato Fahmi tergelak. “Sebab itulah awak
kena kahwin Nad...”
“Kalau saya kahwin, mungkin Dato kena cari
PA barulah.” Almaklumlah, kerja PA ni outstesen sana sini. Lelaki mana yang
boleh tahan. Tapi setakat ni perancangan kahwin tak ada lagi dalam schedule.
“Kenapa pulak? Calon suami awak tak bagi
ke awak jadi PA?”
Perlahan Nadrah hambur tawa. Tahun ni dia
dah berumur dua puluh lapan. Kalau kata tak fikir, memang tak logiklah kan.
Tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki lagi.
“Saya mana ada calon lagi.”
“Awak jual mahal sangatlah tuh.”
Nadrah senyum tak bergula. Jual mahal?
Entahlah. Mungkin hati belum terbuka lagi nak buat jualan langsung. Jangan
sampai ke lelong sudahlah. Naya!
Berkedut-kedut dahi Dato Fahmi berfikir.
“Hmm... tapi kan kalau nak cari calon nanti, pastikan dia bagi dan izinkan awak
jadi PA saya ya. Susahlah kalau awak tak ada. Awak jelah PA yang paling lama
bertahan dengan saya. Kalau tak, kerja sebulan je berhenti. Ada tu tak sampai
sebulan pun.”
Nadrah faham apa yang Dato Fahmi
bimbangkan. Tak lain tak bukan tentang Datin Azlina. Cemburu dia tahap langit
ke sepuluh gamaknya. Habis semua jadual Dato dia selongkar. PA nilah tempat dia
menyembur amarah. Sampai sekarang ada je
yang tak kena di hati Datin tentang dirinya. Nasiblah dia jenis tak ambik kisah
sangat.
“Ingat tau! Cari calon yang benarkan awak
jadi PA saya.” Dia dah suka dengan kerja-kerja Nadrah. Tak pernah berkira kalau
kena buat kerja lebih. Kena kerah pergi mana-mana pun, dia ikutkan sahaja.
Bukan senang nak dapat PA yang effisyen ni walaupun Nadrah bukanlah
berkelulusan dalam bidang setiausaha.
Dato Fahmi dah masuk ke dalam perut
kereta. Tapi fikiran tertinggal di opis. Mengenangkan Nadrah. Risaunya kalau
Nadrah tak ada nanti. Tapi macam cun jugak kalau dia tolong Nadrah carikan
calon?
Nadrah tu cantik jugak. Ada karakter.
Senyuman pun manis walau kadang-kadang dengan lelaki lain dia layan endah tak
endah.
Dengan rakan sekerja lelaki yang lain pun
dia kurang bergaul. Dengan perempuan pun jarang-jarang jugak. Gamaknya Nadrah
ni anti sosial kot. Jadi kena cari yang berbeza dengan perangai Nadrah.
Tapi persoalannya siapa?
“Fikir apa tu dato... sampai berkerut-
kerut dahi tuh.” Tegur Pak Rahim. Driver yang sedang memandu.
“Fikir tentang Nadrah.”
Kali ini giliran Pak Rahim pulak yang
kedutkan dahi. “Dato jangan cari pasal...”
Terus Dato Fahmi ketawa bila menyambut
kata-kata pemandunya itu. “Awak ni ke situ pulak. Saya ni setia dengan datin
seorang je. Satu pun tak larat nak handle. Banyak-banyak nanti uban saya ni pun
gugur.”
“Habis tu kenapa dengan Nadrah?”
“Saya ingat nak carikan calon untuk
Nadrah. Awak ada kenal mana-mana pemuda yang okay ke?”
Pemuda? Aik.. sejak bila pulak Dato over
caring ni?
“Bukan apa.. kalau kita kenal bakal calon
suami Nadrah, tak adalah saya hilang PA nanti. Kan bagus kalau anak lelaki saya
ni dah besar. Boleh saya jodohkan. Ini anak lelaki baru lepas SPM.” Bunyinya
klise macam dalam drama pulak.
“Kalau tak ada anak lelaki, mungkin ada
anak saudara lelaki.” Sampuk Pak Rahim cuba memberi idea.
“Eh.. iya tak iya jugak kan?” Tapi...
jenuh pulak nak interview anak-anak saudaranya itu. Kalaupun bujang, belum
tentu lagi masih single.
Telefonnya berdering. Ada panggilan dari
Naqi!
“Assalamualaikum pak ngah..”
“Waalaikumusalam.. hah ada apa Naqi?”
“Pak ngah busy ke? Tak mengganggu ke ni?”
“Ish.. tak adalah. Pak ngah nak balik dah
pun. Ada apa telefon pak ngah?” Jarang betul Naqi ni telefon nak tanya khabar.
“Lepas ni Naqi dah join Pahang...”
“Lah.. ya ke? Lepas ni duduk rumah pak
ngah jelah.” Riuh sikitlah rumah tu kalau ada Naqi. Al-maklum anak saudaranya
ini banyak mulut sikit.
“Ish.. tak apalah. Mama dah bising suruh
duduk dengan dia. Well, you know mama
kan? Susah nak lepaskan anak lelaki dia yang seorang nih.”
Dato Fahmi ketawa. Kakak iparnya itu
dengan si isteri dia sama je! Dia orang ada penyakit risau tahap kronik bila
melibatkan anak lelaki.
“Hmm, Naqi telefon ni sebab nak ajak pak
ngah join Naqi. Naqi ingat nak buat business. Bukak kedai peralatan sukan...
Ingatnya nak bukak syarikatlah tapi Naqi tak faham sangat selok belok business
ni. Tentang modal pak ngah jangan risau, Naqi dah simpan duit siap-siap. Kedai
pun Naqi dah cari. Tunggu nak set up
jeh!”
“Lah.. bagus sangatlah tuh! Lagipun sampai
bila nak mengharap main bola je kan. Pak ngah suka dengan perancangan Naqi tu.
Naqi dah fikirkan nama syarikat tu?”
“Belum lagi..” Bab-bab reka cipta ni otak
dia lembab sikit.
“Okay tak apa. Nanti esok pak ngah suruh
PA pak ngah listkan nama syarikat yang boleh guna.”
“So kira on lah ni ya?” Ah, ni yang best
pasal pak ngah. Dia sentiasa positif dah optimis.
“On! Esok pak ngah call Naqi semula ya?”
“Beres pak ngah. Okay, bye pak ngah. Take care.”
Dato Fahmi menggeleng tak percaya. Oh,
rupanya si anak buah nak main bola untuk Pahang pula. Lepas tu bercadang nak
bukak perniagaan. Hmm.. bagus! Seorang lelaki kena tahu apa yang dia nak kena
buat.
Eh, macam cun jugak kalau nak kenalkan
Naqi dengan Nadrah! Bunyi macam ngam je.
Tapi Naqi single lagi ke?
Lagipun...
Rasanya Naqi lebih muda tiga tahun
daripada Nadrah. Perangai gila-gila Naqi tu boleh handle ke perangai serius
Nadrah itu?
P/S: harapnya konsisten lah menulis SCJ nih... insyaAllah akan habis di belog... santai2 after BCS... sebelum kita mula cite berat nanti... bagi jiwa clear sikit.. nway, thanks coz alwayz support!
Asl mcm krna kt btg hidung sndiri ni...haha..jom nad kita survey calon suami sama2...
ReplyDeleteErk.... Cpt2 smbung ye ......
ReplyDeleteHani
Kak survey kan calon jodoh saye..hihii
ReplyDeletepatut naqi tu letak nama neymar ke.. messi ke.. kaka ke..
ReplyDeleteErkkkk...... Nad.... Survey.....jgn x Survey.....
ReplyDeletehahaha harap berjodoh la depe ni walaupon berbeza umur tu tarak hal la ..kan? hehe
ReplyDelete