Monday 11 August 2014

SURVEY CALON JODOH [BAB 1]


Musim cuti sekolah bermula. Maknanya bermulalah misi mak yang memaksanya menghadiri majlis kenduri kahwin. Tapi sekarang tak tunggu cuti sekolah pun bannyak kenduri. Apa orang Malaysia ni kerja dia kahwin je ke? Tak tak ada benda lain ke yang lebih menarik.
Okay. Istighfar Nad. Istighfar. Buat tambah dosa je nak merungut padahal orang kahwin tu untuk membina masjid. Meramaikan umat nabi.
“Nad... tak siap lagi?” Tanya si abah yang sudah siap mengenakan baju batik itu.
“Hmm....”
“Jangan mengada-ngada tak nak pergi.” Sound Encik Ismail cepat. Anak sulungnya ini bukan boleh kira! Ikut dan dia sahaja. Kahwin sepupu sendiri pun tak nak pergi ke? Apa pulak cakap saudara maranya nanti. Padahal suruh pergi makan je pun. Kerja-kerja kenduri semua dah diupah orang.
“Siapa cakap tak nak pergi. Nad nak iron bajulah ni..” Dah dengar arahan mandatori tu, tak sanggup nak ditepis dengan alasan.
“Baru nak iron baju? Dah mandi ke belum ni?”
“Erk.. belum!”
Berisighfar panjang Encik Ismail dibuatnya. Anaknya yang seorang ni memang langsung tak boleh diramal!
“Lambat sangat abah tinggal Nad...”
“Tak apalah... abah dengan mak pergi dulu. Nanti Nad pergi dengan adik.” Pergi dengan adik cepat sikit dapat balik nanti. Malaslah dia nak tunggu sampai petang. Lagipun kenduri guna katering, bukan ada benda nak tolong pun.
“Jangan nak mengada-ngada!” Hah... kan dah keluar suara veto si abah!
Terdengar tawa senang hati di belakangnya. Tak lain tak bukan si Naufal. Sukalah tuh dengar dia kena marah dengan abah!
Menonong dia ke bilik air dan mandi ala kadar sebelum menyarungkan baju kurung kain cotton yang tak perlu digosok. Selendang dililit ke kepala. Abah, mak dan adik sudah menunggunya di dalam kereta. Macam tak percaya pun ada sebab dia mengambil masa tak sampai sepuluh minit!
“Akhirnya siap pun tuan puteri kita...” Sakat Naufal.
“Diamlah!”
 Makin sakit hati Nadrah mendengar Naufal ketawa. “Nad, muka tu janganlah ketat sangat...” Pujuk Puan Melati. Nak ajak pergi kenduri kahwin pun, macam nak suruh pergi berperang!
“Entah.. nah playar... longgarkan sikit skru-skru wajah Kak Nad tuh!” Sampuk Naufal.
“Siapa ajar kau nak longgarkan skru guna playar hah?”
“Untuk barang luar biasa, kenalah guna alat yang luar biasa jugak!”
Ciss.. ada je benda yang dia nak bahankan. Kalau layan budak ni, boleh mental Nadrah jadinya. Mak dan abah hanya mampu menggeleng. Penangan si sulung dan bongsu. Sikit sebanyak gaduh-gaduh dua beradik ni mampu jugak buat hilang sunyi rumah mereka.
Sampai sahaja di kenduri, mereka terus menjamu selera. Ayah dan emak sudah menghilang berjumpa sanak saudaranya yang lain. Mujur ada Naufal, tak adalah dia sendirian dalam keriuhan orang ramai.
Bosan mengadap muka Naufal yang sibuk dengan telefonnya, Nadrah keluarkan puisi Langit Vanilla nukilan Wani Ardy dari beg tangannya.
Start dah..”
What?”
“Your-anti-social-mood.”
“Mana ada akak anti sosial. Akak membaca je... Salah ke?”
Naufal juling mata ke atas. “Salah tu tidaklah.. tapi kalau dah memanjang membaca sampai tak hirau sekeliling, itu dah jadi masalah kak. Anti-social! Sangat tak bagus untuk tumbesaran mental akak.”
Laju Nadrah mencebik. “Habis tu kalau duduk semeja tapi mata masing-masing ralit dengan phone, itu satu simpton kesihatan yang baik ke? Itu lagilah budaya tak sihat okay. At least, membaca akan luaskan ilmu kita.”
Pelik tapi benar betullah. Akak dia ni kalau bercakap dengan dia, kemain hujah panjang berjela. Cuba kalau ada orang lain, jeling bin juling jelah dia pandai. Tak pun senyum tak bergula yang tak ada cop sirim je dia bagi.
“Dah lah... adik nak jumpa Abang Adlee jap. Penat jadi bodyguard akak tak berbayar nih.”
“Kalau tak jumpa abang dua pupu kau tu tak boleh ke?”
“Akak ni.. cukuplah akak sorang je anti sosial. Jangan nak libatkan adik join kelab akak ya!” Kadang Naufal sendiri tak faham dengan akak sulungnya ini. Hidupnya memang hanya di rumah dan di tempat kerja.
Tak pernah dia tengok si kakak keluar dengan kawan-kawan. Kalau keluar pun dengan dia, mak dan ayah atau ahli keluarga mereka sahaja. Dengan sepupu pun tak bercampur gaul. Tak bosan ke hidup macam gitu? Tak kenal dunia luar langsung? Self confident kurang ke apa? Tapi kalau self confident kurang, tak kan boleh jadi PA kesayangan Dato Fahmi.
 Naufal pun dah penat nak meneka. Kadang-kadang tu, kakak dia ada dekat rumah pun dia tak sedar. Sibuk kelek buku sahaja. Patutnya pergilah belajar sampai PHD. Ini tak, degree pun tak nak habiskan. Pelik jugak orang bijak tiba-tiba ada sindrom malas nak study?
Baru je Naufal nak bangun tapi niatnya terbantut apabila menangkap kelibat orang yang menghampiri meja mereka.
“Eh Nad... lama tak nampak?” Tegur Mak long ramah. Dibelakangnya ada Adlee yang rajin tersenyum.
“Mak long sihat?” Tanya Nadrah cuba beramah mesra sambil bersalam dengan ibu Adlee itu.
“Sihat.. Sibuk sangat ya sampai nak jumpa anak saudara sendiri pun jenuh!”
Nadrah senyum tawar. Dah biasa berkelambu dalam rumah buat dia canggung nak beramah mesra dengan orang! Adlee dah mendapatkan duduk di sebelah Naufal. Dah panjang topik berbualan. Kejap futsal. Kejap bola. Kejap badminton. Mak long yang duduk di sebelah pun, dia tak tahu nak berbual apa. Buku puisi tadi dimasukkan semula ke dalam beg tangan.
“Nad bila pulak?”
Kali ini Nadrah senyum pahit. Dah agak soalan ni akan muncul. Dia dah sumbat peluru-peluru jawapan yang klise.
“Tak ada rezeki lagi mak long..” Macamlah mak long tanya bila nak ada anak. Heh.. tapi kena fikir jugak. Jodoh ni pun rezeki. Rezeki yang bukan boleh petik dari tangan manusia. Bukan boleh tarik ikut dan macam nak pilih baju.
“Hmm.. dah ada ke calon-calon tu?”
“Tengah survey.”
“Hah.. kalau kak long ada calon yang sesuai, bagi tahu kat kami ya..” Entah dari mana Puan Melati muncul. Terus menepuk bahu anak perempuannya.
Okay mak tengah promote anak dara dia yang tak laku ni hah.
“Adlee tu pun single lagi tuh...”
Dah sudah. Kaunter nak kenen-kenen kan pasangan dah dibukak! Riuh rendah meja dibuatnya.
            “Mama...” Adlee tarik muka. Nadrah tu sikit punya pendiam. Kalau nak kenen dengan dia yang tak banyak cakap jugak ni, anak dia orang boleh jadi bisu.
Nadrah gigit organ mulutnya. Apa ke hal si Adlee ni buat perangai macam anak dara! Tahulah pemalu tapi tak payah lah gegirl sangat. Adlee ni pun hanya banyak cakap dengan dan berbual dengan Naufal sahaja. Lagipun Nadrah tak mahulah kahwin saudara mara nih. Ada masalah nanti susah. Lagipun apa barang kahwin sepupu. Bila nak berkembang keluarga mereka?
Tapi kalau macam gini je resepi hidup dia, pun tak berkembang jugak kan?
***
Lama Dato Fahmi pandang PA dia yang khusyuk membuat kerja itu. Jam di dinding dah menunjukkan angka enam petang. Tak reti nak balik ke pekerja dia yang seorang ni?
“Nadrah.. dah pukul enam. Tak balik lagi?”
“Ada kerja sikit Dato. Kejap lagi baliklah.”
“Hmm... janganlah balik lewat sangat. Keluarga dekat rumah pun perlukan perhatian awak jugak. Kerja itu penting tapi keluarga tu lagi penting!” Prinsip dia, cukuplah kalau pekerja fokus bekerja untuk lapan jam. Tak main game. Tak main facebook. Tak berchit-chat. Itu lagi bagus dari kerja lapan jam main-main lepas tu gatal buat overtime! Pekerja macam tu memang mintak kena luku!
Nadrah senyum. Untung ada bos cool macam Dato Fahmi.
“Alah Dato, balik awal pun bukannya ada anak dengan suami pun. So, baiklah habiskan kerja yang sedia ada ni. Kat rumah nanti taklah pening kepala fikir pasal kerja pending.”
Dato Fahmi tergelak. “Sebab itulah awak kena kahwin Nad...”
“Kalau saya kahwin, mungkin Dato kena cari PA barulah.” Almaklumlah, kerja PA ni outstesen sana sini. Lelaki mana yang boleh tahan. Tapi setakat ni perancangan kahwin tak ada lagi dalam schedule.
“Kenapa pulak? Calon suami awak tak bagi ke awak jadi PA?”
Perlahan Nadrah hambur tawa. Tahun ni dia dah berumur dua puluh lapan. Kalau kata tak fikir, memang tak logiklah kan. Tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki lagi.
“Saya mana ada calon lagi.”
“Awak jual mahal sangatlah tuh.”
Nadrah senyum tak bergula. Jual mahal? Entahlah. Mungkin hati belum terbuka lagi nak buat jualan langsung. Jangan sampai ke lelong sudahlah. Naya!
Berkedut-kedut dahi Dato Fahmi berfikir. “Hmm... tapi kan kalau nak cari calon nanti, pastikan dia bagi dan izinkan awak jadi PA saya ya. Susahlah kalau awak tak ada. Awak jelah PA yang paling lama bertahan dengan saya. Kalau tak, kerja sebulan je berhenti. Ada tu tak sampai sebulan pun.”
Nadrah faham apa yang Dato Fahmi bimbangkan. Tak lain tak bukan tentang Datin Azlina. Cemburu dia tahap langit ke sepuluh gamaknya. Habis semua jadual Dato dia selongkar. PA nilah tempat dia menyembur amarah.  Sampai sekarang ada je yang tak kena di hati Datin tentang dirinya. Nasiblah dia jenis tak ambik kisah sangat.
“Ingat tau! Cari calon yang benarkan awak jadi PA saya.” Dia dah suka dengan kerja-kerja Nadrah. Tak pernah berkira kalau kena buat kerja lebih. Kena kerah pergi mana-mana pun, dia ikutkan sahaja. Bukan senang nak dapat PA yang effisyen ni walaupun Nadrah bukanlah berkelulusan dalam bidang setiausaha.
Dato Fahmi dah masuk ke dalam perut kereta. Tapi fikiran tertinggal di opis. Mengenangkan Nadrah. Risaunya kalau Nadrah tak ada nanti. Tapi macam cun jugak kalau dia tolong Nadrah carikan calon?
Nadrah tu cantik jugak. Ada karakter. Senyuman pun manis walau kadang-kadang dengan lelaki lain dia layan endah tak endah.
Dengan rakan sekerja lelaki yang lain pun dia kurang bergaul. Dengan perempuan pun jarang-jarang jugak. Gamaknya Nadrah ni anti sosial kot. Jadi kena cari yang berbeza dengan perangai Nadrah.
Tapi persoalannya siapa?
“Fikir apa tu dato... sampai berkerut- kerut dahi tuh.” Tegur Pak Rahim. Driver yang sedang memandu.
“Fikir tentang Nadrah.”
Kali ini giliran Pak Rahim pulak yang kedutkan dahi. “Dato jangan cari pasal...”
Terus Dato Fahmi ketawa bila menyambut kata-kata pemandunya itu. “Awak ni ke situ pulak. Saya ni setia dengan datin seorang je. Satu pun tak larat nak handle. Banyak-banyak nanti uban saya ni pun gugur.”
“Habis tu kenapa dengan Nadrah?”
“Saya ingat nak carikan calon untuk Nadrah. Awak ada kenal mana-mana pemuda yang okay ke?”
Pemuda? Aik.. sejak bila pulak Dato over caring ni?
“Bukan apa.. kalau kita kenal bakal calon suami Nadrah, tak adalah saya hilang PA nanti. Kan bagus kalau anak lelaki saya ni dah besar. Boleh saya jodohkan. Ini anak lelaki baru lepas SPM.” Bunyinya klise macam dalam drama pulak.
“Kalau tak ada anak lelaki, mungkin ada anak saudara lelaki.” Sampuk Pak Rahim cuba memberi idea.
“Eh.. iya tak iya jugak kan?” Tapi... jenuh pulak nak interview anak-anak saudaranya itu. Kalaupun bujang, belum tentu lagi masih single.
Telefonnya berdering. Ada panggilan dari Naqi!
“Assalamualaikum pak ngah..”
“Waalaikumusalam.. hah ada apa Naqi?”
“Pak ngah busy ke? Tak mengganggu ke ni?”
“Ish.. tak adalah. Pak ngah nak balik dah pun. Ada apa telefon pak ngah?” Jarang betul Naqi ni telefon nak tanya khabar.
“Lepas ni Naqi dah join Pahang...”
“Lah.. ya ke? Lepas ni duduk rumah pak ngah jelah.” Riuh sikitlah rumah tu kalau ada Naqi. Al-maklum anak saudaranya ini banyak mulut sikit.
“Ish.. tak apalah. Mama dah bising suruh duduk dengan dia. Well, you know mama kan? Susah nak lepaskan anak lelaki dia yang seorang nih.”
Dato Fahmi ketawa. Kakak iparnya itu dengan si isteri dia sama je! Dia orang ada penyakit risau tahap kronik bila melibatkan anak lelaki.
“Hmm, Naqi telefon ni sebab nak ajak pak ngah join Naqi. Naqi ingat nak buat business. Bukak kedai peralatan sukan... Ingatnya nak bukak syarikatlah tapi Naqi tak faham sangat selok belok business ni. Tentang modal pak ngah jangan risau, Naqi dah simpan duit siap-siap. Kedai pun Naqi dah cari. Tunggu nak set up jeh!”
“Lah.. bagus sangatlah tuh! Lagipun sampai bila nak mengharap main bola je kan. Pak ngah suka dengan perancangan Naqi tu. Naqi dah fikirkan nama syarikat tu?”
“Belum lagi..” Bab-bab reka cipta ni otak dia lembab sikit.
“Okay tak apa. Nanti esok pak ngah suruh PA pak ngah listkan nama syarikat yang boleh guna.”
“So kira on lah ni ya?” Ah, ni yang best pasal pak ngah. Dia sentiasa positif dah optimis.
“On! Esok pak ngah call Naqi semula ya?”
“Beres pak ngah. Okay, bye pak ngah. Take care.”
Dato Fahmi menggeleng tak percaya. Oh, rupanya si anak buah nak main bola untuk Pahang pula. Lepas tu bercadang nak bukak perniagaan. Hmm.. bagus! Seorang lelaki kena tahu apa yang dia nak kena buat.
Eh, macam cun jugak kalau nak kenalkan Naqi dengan Nadrah! Bunyi macam ngam je.
Tapi Naqi single lagi ke?
Lagipun...


Rasanya Naqi lebih muda tiga tahun daripada Nadrah. Perangai gila-gila Naqi tu boleh handle ke perangai serius Nadrah itu?

P/S: harapnya konsisten lah menulis SCJ nih... insyaAllah akan habis di belog... santai2 after BCS... sebelum kita mula cite berat nanti... bagi jiwa clear sikit.. nway, thanks coz alwayz support!

6 comments:

  1. Asl mcm krna kt btg hidung sndiri ni...haha..jom nad kita survey calon suami sama2...

    ReplyDelete
  2. Erk.... Cpt2 smbung ye ......

    Hani

    ReplyDelete
  3. Kak survey kan calon jodoh saye..hihii

    ReplyDelete
  4. patut naqi tu letak nama neymar ke.. messi ke.. kaka ke..

    ReplyDelete
  5. Erkkkk...... Nad.... Survey.....jgn x Survey.....

    ReplyDelete
  6. hahaha harap berjodoh la depe ni walaupon berbeza umur tu tarak hal la ..kan? hehe

    ReplyDelete