Mata merenung syiling kosong. Tangan disangkut di dahi sendiri. Kipas
berpusing. Penghawa dingin menjalankan kerjanya. Tapi kenapa Naqi rasa panas?
Ah.. rasa tak betul kejap lepas balik dari berjumpa Nadrah tadi.
Masa training pun sampai
kena ambush sebab tak fokus. Hah, Nadrah punya pasallah nih!
Tiada siapa tahu kenapa
hilang ketenangan... mungkin....
Sesuatu berlaku dalam hati
saya. Radar hati mula diserang tak keruan. Oh damn! Jangan Kuch Kuch Hota Hai
sangatlah Naqi oit?
Pintu yang diketuk buat
Naqi bangunkan badan. Hayunkan langkah mendekati pintu. Pasti mama yang
memanggil dia untuk makan malam.
“Yes ma..”
“Makan...”
“Hmm.. jap lagi Naqi
turun.”
Seronok dapat pulang ke negeri
halaman sendiri. Satu sebab dia tak payah sakit otak fikir nak makan apa sebab
mama dah ada boleh masak. Dua, tak fikir hal rumah tangga sebab mama ada. Hmm..
tiga? Apa dia ya? Banyaklah kelebihan yang lain.
Cuma ada satu masalah iaitu dia tak boleh balik lambat sebab mama pantang
bab nih kecuali dia balik lambat lepas habis game.
“Naqi.. mak ngah ada tanya
mama. Dia kata kamu nak kahwin? Dengan PA pak ngah. Kamu serius ke?” Mama yang
sedang mencedok nasi mula bukak mulut. Haih, anak lelaki yang seorang ni, tak
terjangkau dek otaknya.
Bulan lepas tiba-tiba
muncul depan rumah dengan semua barang-barangnya. Lepas peluk terus cakap “Naqi
akan duduk bawah ketiak ma lepas nih! So lepas ni ma dah tak boleh bising bila
Naqi balik sini.”
“Maksud Naqi apa?”
“Naqi dah main untuk Pahang..”
Mahu tak terkejut.
Langsung tak bagi signal. Tiba-tiba muncul buat kejutan.
“Sebenarnya bukan macam
gitu.. Naqi cuma nak selamatkan PA pak ngah je. Mak ngah tu cemburu sangat! Ada
ke dia tuduh PA pak ngah tu bini nombor dua. Tak ke haru minah tuh.”
“Oh.. ma ingatkan
sungguh-sungguh kamu nak kahwin. Ma dah beli dah majalah pengantin nak buat survey trend terkini.”
“Uhuk!” Tersedak terus
Naqi yang sedang menyuap nasi itu. Beria betul mama!
“Hmm.. PA pak ngah tu
cantik ke?” Soalan tipical perempuan. Jenuh nak hadap. Puan Asmidar dah
tersengih. Menanti.
“Cantik di mata lelaki kan
lain dengan cantik di mata perempuan.” Entah, dia banyak kali dengar ayat ni.
Kata orang kalau perempuan tu puji perempuan tu cantik, di mata lelaki,
perempuan itu biasa sahaja dan begitulah sebaliknya.
“Dah tu di mata lelaki seorang
Naqi, dia cantik tak?” Soalan lagi.
“Hmm...”
Terpandangkan alis mata
Nadrah. Tak melambangkan usianya yang sudah dua puluh lapan pun. Masih
kelihatan seperti awal dua puluhan. Cuma Nadrah sangat kedekut untuk tersenyum.
Mana perginya Nadrah yang
ramah tamah dulu? Hmm.. sesuatu yang menarik untuk dikupas dan diselidik.
“Naqi..” Haih, geram pulak
dengan anaknya yang seorang nih.
“Apa?”
“Soalan ma tadi kamu tak
jawab lagi.”
“Hmm... biasa je.” Biasa
dimatanya. Tapi di hatinya rasa sesuatu.
“Ma.... nak tanya sikit.”
“Hmm... apa dia?”
“Salah ke kalau lelaki kahwin dengan perempuan yang lebih berusia?” Tanya
pendapat mamalah senang.
“Kenapa? Naqi nak kahwin dengan
perempuan yang lebih berusia ke? Tua berapa tahun? Kalau sampai sepuluh tahun
beza, nampak peliklah... Sebenarnya Naqi ni sungguh-sungguh ke nak kahwin?
Dengan siapa ni?” Tak duduk diam si mama melontar soalan.
“Releks ah ma... Naqi
tanya je. Hmm, kalau tua dalam dua tiga tahun macam gitu, ada masalah ke? Kalau
katakan anak mama yang nak kahwin, ada halangan tak di pihak ma?” Ah, Naqi
dapat rasa soalannya berbelit-belit.
Terdiam Puan Asmidar
dibuatnya. Anak lelakinya yang seorang ni macam serius sahaja? Suaranya tak
dengar macam main-main.
“Kalau setakat dua tiga
tahun ma tak kisah pun... Sesiapa pun pilihan anak ma, ma tak kisah. Asalkan
dia dapat bahagiakan anak ma.”
Wajah Naqi terus merekah
dengan senyuman. Nasi dikunyah laju.
“Naqi ada sukakan
seseorang ke? Siapa?”
“Belum suka lagi...”
“Hah...” Pelik benor
jawapan anak dia ni. “Dah tu macam mana?”
“Baru nak suka.” Ditambah
beberapa lauk di dalam pingannya. Berselera pulak dia rasa.
“Siapa?”
Soalan mama dibiarkan tak
berjawab. Cukuplah mama tahu dia dah mula sukakan seseorang. Tak adalah mama
sibuk nak carikan dia calon jodoh pulak! Lagipun sekarang, dia nak fokus pada
karier dan kedainya yang baru hendak dibuka itu.
***
Benci!
Habis baju kemeja Naufal
dispray. Esok hari pertama Naufal dah start praktikal. Lepas tu apa lagi,
memanglah si adik tu nak buli dia untuk menggosok baju kemejanya. Dah lah nak
gosok kemeja ni kemain leceh!
“Releks ah kak.. anggap je
ni practis.. Nanti-nanti akak memang akan gosok baju suami akak jugak kan?
Lagipun kan kita dah deal...”
“Suami akak nanti kerja
biasa-biasa je. So, dia tak perlu nak pakai kemeja pergi kerja!”
“Wah.. perkembangan yang
baik ni. Dah jumpa calon yang sesuai ya?”
Anak mata menjeling si
adik yang ralit menguyah apple itu. Akhirnya Nadrah diam. Malas nak berbahas dengan
Naufal yang banyak sangat mulutnya.
“Kak... berapa kali kau
nak spray ni? Habis lecun dah baju aku tu hah..”
“Hish.. boleh tak jangan
banyak songeh. Ikut suka akaklah nak spray banyak mana. Asal siap sudahlah!”
Geram dengan tindak tanduk adiknya, laju dia spray muka Naufal. Hah, rasakan!
“Hooi.... main kasar! Esok
jemput lambat baru tahu.” Giliran Naufal pulak yang hulurkan ugutan.
“Don’t you dare!”
Terus Naufal tarik senyum.
“Kak.. dari dulu dah nak tanya. Kenapa akak tak nak drive dah? Dulu kan akak
boleh drive?”
Diam. Nadrah anggap je dia
tak dengar soalan dari Naufal itu. Memang selepas peristiwa itu, dia dah tak
mampu nak bawak kereta sendiri. Tak tahu kenapa. Tapi memang tak boleh. Jadi
sebab itu, pergi dan balik kerja dihantar dan diambil oleh abah. Kalau abah tak
ada, mak yang ambik. Kalau dua-dua tak ada, Naufal ambik. Bukan dia tak mahu
naik pengangkutan awam tapi ditegah oleh si abah.
“Afiq mana?”
“Tidur.” Naufal dah agak,
Nadrah mesti nak melencong dari menjawab soalannya. Akak dia ni misteri
nusantara betullah. Tak boleh nak predict apa yang termaktub dalam otak dia.
“Dah tu kau bila nak
tidur?”
“Hmm.. adik nak pastikan
yang akak gosok baju adik betul-betul. Tapi dari segi gaya gosok akak tuh,
nampaknya memang adik kena gosok semula.” Komplen Naufal. Apa punya gaya gosok
baju pun Naufal tak pasti.
“Susahlah gosok baju
kemeja ni... Gosok atas, bawah kedut. Gosok lengan kanan, lengan kiri kedut.
Hantar dobi jelah nanti. Akak bayar.”
“Wahhh..... dah nampak dah
simpton-simpton isteri pemalas nih!”
Laju je tangan Nadrah
meluku kepala adiknya.
“Tak payah nak membazirlah
kak. Benda bukan susah pun. Karang bayar dobi tu kurang pulak duit akak nak
buat kenduri.”
Mata Nadrah mencerun.
Haihlah. Nasib kau ni adik. Kalau tak, memang dah lama buat ayam golek.
“Dah.. pergi tidur. Esok
jangan lambat.” Nadrah tutup suis iron.
“Kalau lambat pun, tak ada
orang tinggal...” Bidas Naufal kembali.
Cis! Nak mengenakan dialah
tuh!
***
Satu persatu perkara
diterangkan oleh Company Secretary kepada Naqi. Nadrah tak tahulah Naqi ni
faham ke tidak. Kejap angguk. Kejap geleng. Dia pula hanya menyampuk apa-apa
yang patut sahaja.
“Naqi, akak pergi tandas
sekejap.”
Setiap kali dia
membahasakan diri ‘akak’ pasti mata lelaki itu akan mencerun. Biarkan. Lagipun
adik-adik tu buatlah cara macam adik-adik. Jangan nak nakal sangat. Cepuk
karang baru tahu.
Balik dari tandas, dia
melihat Naqi tersenyum sambil tangannya bergerak menandatangi sesuatu. Bukan
main mesra lagi Naqi dengan Fareeda. Agaknya dia dengan perempuan memang macam
gitu. Macam magnet. Cepat sahaja caj negatif dan positif berfungsi.
Sewaktu dia menghampiri,
“So macam nilah.. saya akan prepare
document secepat yang mungkin. Dah siap nanti saya call Encik Naqi untuk sign document.”
“Okay boleh.” Naqi
menyebut nombor telefon bimbitnya. “Jangan jual tau!” Sempat lagi dia berpesan.
Fareeda ketawa kecil.
“Jangan risau Encik Naqi. Saya tak jual punya.”
Mulut Nadrah mencebik.
Mata ke atas. Hagemaru ni sangat menjengkelkan. Bajet dia handsome sangat ke
sampai orang nak jual nombor dia?
“Alah.. tak payah nak
encik-encik sangatlah! Panggil saya Naqi je..” Bukan dia biasa dengan bahasa
formal dunia korporat nih.
“Oh okay.. Naqi, nanti
tolong sampaikan salam pada Hafiz kamal ya. By
the way, best of luck for your first
game!”
Naqi ketawa. “Thank you.
Nanti saya sampaikan salam awak tuh.”
Dahi Nadrah dah berlapik.
Mereka berdua ni saling kenal ke? Macam mesra sangat je. Ke memang penyakit
mereka berdua ni cepat mesra? Ah lantaklah. Tak kuasa Nadrah nak cara!
Masuk ke dalam perut
kereta. Nadrah masih lagi tak banyak bunyi.
“Awak suka tak tengok bola
Nad?”
“Tak suka.”
Naqi senyum. Padanlah. “Tapi
saya ada dua tiket bola ke stadium untuk match pertama minggu depan. Awak nak?”
“Akak tak suka tempat crowded!
Lagipun akak tak minat bola.” Jawab Nadrah entah tak endah.
Kepala Naqi menggeleng.
“Saya ingatkan awak ni tak
mesra dengan saya je. Tak pun dengan lelaki. Tapi rupanya dengan semua orang
awak tak mesra sangat.” Komen Naqi memulakan pemanduan.
“Jangan suka judge orang!”
Komen-komen macam gini yang Nadrah tak larat nak dengar.
“Betullah. Dengan saya
awak tak banyak cakap. Dengan Fareeda pun sama. Datin pun. Hanya dengan
dato...”
“So awak pun nak jadi
macam mak ngah awak lah? Assume yang akak ni bini kedua dato? Please lah jangan
buat perangai budak-budak. Nak bercakap ke, nak senyap atau nak menangis pun,
ikut suka akaklah! Awak budak-budak jangan banyak soal.” Kan suara dia dah
meninggi.
Naqi senyum tipis.
“Mesti dalam kan?”
“Apa yang dalam?”
“Luka tuh.”
Dahi Nadrah berkerut lagi.
“Hei budak kecik, apa yang awak merepek ni hah?”
“Mesti dalam kan luka yang
awak rasa tu sampai awak hilang percaya pada orang di sekeliling awak. Mesti
rasa sakit tu macam tak terubat kan? Sebab tu awak macam prejudis dengan
semua.”
Nadrah telan liur. Cepat
matanya bertukar posisi. Merenung ke luar
tingkap kereta. Kisah silam dia tak perlu dicanangkan pada semua orang. Biarlah
dia simpan sendiri.
“Nad... kenapa diam.”
“Akak tak perlu nak jawab
soalan awak.”
“Tolonglah jangan nak
tuakan diri awak boleh tak? Saya ni muda tiga tahun je pun!” Dari tadi lagi
sibuk nak bahasakan diri ‘akak’.
“Apa pun.. awak tetap kena
hormat akak jugak.”
Naqi mendengus. Hilang nak
psycho Nadrah, dia pulak yang kena psycho! Ciskek betul. Ini semua mak ngah
punya pasal. Kan dah kantoi dia lagi muda.
“Nad... boleh saya cakap
sikit.”
“Dari tadi awak bercakap
tak mintak kebenaran akak pun Naqi. Kenapa tiba-tiba mintak kebenaran pulak?”
Naqi gigit organ bibir. Tahan
jelah bila kena perli.
“Saya tak tahu apa yang
awak alami dulu... Sampai awak jadi macam gini.” Sebab setahu saya, awak bukan
begini orangnya. Sambung Naqi dalam hati.
“Saya membayangkan awak
dalam lautan luas Nad. Awak penat sebenarnya. Kalau awak terus berenang, boleh
jadi kaki dan tangan awak akan cramp tapi kalau awak berhenti berenang, boleh
jadi awak akan tenggelam dalam lautan tuh.”
Tangan Nadrah picit kepala
sendiri. Apa benda yang Naqi merepek nih! Budak ni kalau diam rasanya lebih
aman!
“Hei budak kecik, apa yang
awak merepek ni?”
“Diam dulu boleh tak.
Tahulah tua tapi jangan menyampuk cakap budak kecik macam saya ya!”
Tercengang sekejap Nadrah
bila disergah oleh Naqi yang khusyuk memandu itu.
“Hmm... hidup ni
kadang-kadang macam pergi parti hiburan. Tapi tak semua parti tu akan mainkan
lagu yang rancak. Yang boleh enjoy dengan rentak muzik pop rock. Boleh jadi,
dia akan mainkan lagu sentimental jugak yang penuh melodrama. Apa pun muzik
yang kita dengar, kita tak sepatutnya berhenti menari. Tak kiralah.. lagu rancak
ke, lagu balada ke, Kpop atau dikir barat sekalipun, jangan berhenti. Hidup pun
macam gitu ah. Apa pun, kena teruskan jugak. Bukan pilih mana-mana lagu yang
kita suka dan bila datang sesuatu yang kita tak suka, kita memilih untuk
berhenti.”
Diam. Kata-kata budak
kecik di sebelahnya ini sangat terkesan di hatinya. Panggil je budak kecik tapi
badan Naqi lebih besar darinya. Dan pastilah budak tu lagi tinggi dari dia.
“Akak tak faham apa yang
awak merepek nih.”
Banyak-banyak yang dia
membebel tu, satu pun tak masuk dalam kepala otak Nadrah ke? Ya Allah, sabar
jelah.
“Okaylah...” Akhirnya Naqi
mengalah. Penat lah main pyscho dengan Nadrah nih. Tak lut langsung!
“Lepas ni saya akan mintak
tolong dengan awak banyak benda. Lagipun, pak ngah pun mintak awak tolong saya
kan.. Jadi apa kata kita jadi kawan!”
Kawan?
Entahlah. Dia tak percaya
dah dengan fasa ayat tu lagi.
“Akak tak berminat. Cukuplah
hubungan kita sekadar melibatkan bahagian kerja sahaja.”
Mujurlah Naqi tak tekan break secara mengejut.
Macam manalah dia nak bancuh otak Nadrah nih. Makin dia nak terokai, makin
misteri. Apa yang dah membelit hidup Nadrah sebenarnya?
Untuk menghilangkan kekok,
Nadah mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan. Eh, banyaknya miscall
dari Naufal dan Nadim adiknya yang kedua. Cepat dia membuat panggilan balik.
“Hello... akak ada kat
mana?”
“Akak ada kat luar. On the
way nak balik dah ni. Kamu dah sampai ke?” Sempat mata mengerling ke jam di
dashboard kereta Honda Civic milik Naqi. Oh, dah melewati jam lima petang
rupanya.
“Dah sampai...kita nak
kena pergi hospital nih.”
“Hah kenapa? Siapa yang
sakit.” Tanya Nadrah cuak!
Pembuluh darah bagai
berhenti berfungsi. Trauma betul kalau ada dalam keluarganya yang sakit.
Mak?
Abah?
Adik-adik?
Atau..
Siapa?
Naqi yang sedang memandu itu
sempat mencuri dengar. Dari nada suara Nadrah, bagai ada sesuatu yang berlaku. Ada
apa-apa yang tak kena ke?
P/S: lama tak pos bab baru kan? do enjoyz ya.... nway, ramai ke yang dah khatamkan BCS n BASS? hihi....
best 3x.
ReplyDeleteLama dh x komen2 kt blog sara ni...hehe
ReplyDeleteMakin teringin nk tau apa masa silam nadrah ni sara, napa dia jd gtu..
Ni habis kt blog x?
Betul2.baru nk tnye abis kt blog or nk cetak means hantar ke mana2 publisher?apa pun teruskan menulis.
ReplyDeleteBest ^^
ReplyDelete-athirah
nadrah si misteri nusantara ...
ReplyDeletemissed naqi ngan nadrah
ReplyDelete
ReplyDeleteHanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :
Bonus New Member 20%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 300.000,-
* TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Di Berikan Di Depan
* Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw
Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 100.000,-
* TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Diberikan Di Depan
Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!
hubungi kami di :
BBM : e3a9c049
LINE: icg88poker
Whattsapp : 081360618788
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny