Dato Fahmi yang mendengar penjelasan dari Naqi itu sudah ketawa besar. Dia
sendiri pelik bila pagi tadi isterinya meminta izin untuk meminjam PAnya itu.
Biasanya Datin Azlina cukup pantang mendengar nama Nadrah.
“Awak nak pinjam bawak
pergi mana?” Haih, janganlah isterinya ini macam-macam. Berapa kali dia nak
terang yang dia dan Nadrah itu hanyak sekadar hubungan majikan dan pekerja.
“Adalah...”
“Lina... Nadrah tu saya
dah anggap macam anak. Awak cuba kurangkan sikit sikap cemburu awak tuh.”
“Ish abang ni.. Ke situ
pulak. Saya tahulah dia tu pekerja abang je. Abang jangan takut, tak adanya
saya nak gulaikan PA kesayangan abang tuh..” Briefcase Dato Fahmi dicapai dan
dihulur pada suaminya.
“Hmm... kalau macam tu tak
apalah. Nanti saya update pada Nad.”
“Eh jangan... biar saya
datang ofis dan buat surprise sendiri.”
“Hmm...ikut suka awaklah.”
“Pak ngah patut tengok
muka Nad tadi... Kalau hantu tengok muka Nad tadi tuh, hantu pun lari. Gerun!”
Dia tak dapat menahan diri dari bercerita dengan pak ngahnya tentang hal siang
tadi.
Tak pasal-pasal dengan
dia-dia sekali terheret ke butik pengantin. Tiba-tiba kisah dongeng mereka dah
jadi drama sinetron dah.
“Jadi sebab inilah Datin
jadi baik dengan Nadrah ya? Sebab dia ingat Nadrah bakal isteri Naqi? Macam
manalah dia boleh fikir macam tu.”
“Sebab.. hari tu masa mak
ngah datang serang Nad, Naqi ada kat situ. Dia pinjam Naqi dan jadikan Naqi ni pak
sanggup untuk belakon jadi bakal suami dialah. Masa tu dia tak tahu lagi yang Naqi
ni anak saudara pak ngah.”
Kepala Dato Fahmi sudah
menggeleng. Masih tak percaya. Kronik!
“Kesian Nadrah. tak cukup
kena buli dengan datin, kena buli pulak dengan kamu. Jangan esok dia letak
surat resign sudahlah...” Risau jugak minah tu fed up walaupun dia tahu Nadrah
bukan jenis orang yang begitu. Tapi kolam hati manusia, siapalah yang dapat
menerokanya.
“Naqi tak rasa yang dia
akan resign... pak ngah jangan risau ya.” Sebenarnya perkara ni dah lama
berkampung di benaknya. Janganlah Nadrah resign. Nanti susah nak cipta scene
baru.
“Tapi.. ada satu benda
yang pak ngah nak tanya.” Dato Fahmi betulkan duduknya. “Hmm.. Naqi memang
betul-betul suka ke kat Nadrah tu? Bukan apa.. tak elok kita nak permainkan
hati orang.”
Naqi senyum. kopi
dihadapnnya diteguk. Hmm.. enak walau pahit. Macam Nadrah. Pahit tapi... muka
penuh berang itu tetap enak dinikmati.
***
Hidup dia sebelum ni
landai je. Walaupun suram, kelam dan muram. Dia dah biasa menelannya.
Tapi sejak mamat tu muncul, dah macam naik roller coaster. Teringat scene
semasa dipaksa mengikuti Datin Azlina ke butik kenalannya itu. Dah lah mamat tu
pun diangkut sama. Siap jadi driver! Tapi apakan daya, arahan datin mana boleh
ditolak.
“Hah.. ambiklah katelog
tu. Semua tu trend terbaru tau!”
Memanglah bagus bila dapat
layanan baik macam ni dari Datin Azlina. Tapi yang tak best sebab dia ingat
yang anak saudaranya akan berkahwin dengan dirinya. Sedangkan benda tu sebesar
zarah pun tak ada dalam kamus hidupnya.
“Nanti Naqi dengan Nad nak
pilih warna apa?”
“Gold!” Laju orang
sebelahnya menjawab. Lepas tu berani pulak tayang senyuman tak bersalah.
“Hmm.. cantik. High taste.”
“Kalau saya.. krim lagi
cantik.” Sengaja Nadrah cantas idea Naqi. Hei.. penatlah belakon. Macam mana
nak hentikan drama ni? Buat-buat kena kahwin sungguh-sungguh macam mana? Oh..
sungguh tak hingin!
“Yeah... warna-warna
pastle macam tu memang nampak elegant dan mewah. Alah, nanti kan ada tiga
majlis. Majlis nikah, majlis belah Nad dan belah Naqi. So tak payah pening-pening nak berebut.” Datin
Azlina bertindak sebagai penyelesai masalah.
Tiga majlis? Oh...
mengigau duit-duit dalam bank tu hah. Bakpe nak membazir? Buat yang wajib
sudahlah...
“Oh.. korang bincang dulu
ya. Mak ngah nak cari restroom.”
Baru je tiga langkah Datin
Azlina angkat kaki, terus Nadrah mendapatkan Naqi yang khuysuk sangat membelek
album itu.
“Awak kena hentikan semua
ni?”
“What? Kenapa saya? Bukan
saya yang mulakan.” Tangannya masih laju membelek. Matanya tah henti mencari
mana-mana patent yang dia suka.
Argh.. bencinya dengar
jawapan Naqi tu. Jadi nak kutip dan campak semua masalah ni kat bahu dia
seoranglah ya? Banyak sedap mamat ni?
“Okay lepas ni saya akan
mengaku je yang saya memang tak ada apa-apa dengan awak. Hari tu saya sengaja
bohong datin.”
Mendengarkan suara Nadrah
yang serius itu, baru Naqi letakkan album kahwin itu. “Hmm.. it may be a good idea but.. it could be a
worst idea too.. sebab lepas tu mak ngah tak akan percayakan awak lagi.
Lepas tu, makin kuatlah andaian dia yang awak ni bini nombor dua bos.”
What? Dia main ugut pulak sekarang.
“Awak ugut saya?”
“Mana ada. Saya bentangkan
kemungkinan-kemungkinan yang mungkin akan terjadi.” Jawab Naqi mudah.
“Habis tu apa yang kita
kena buat sekarang?”
“Lah.. kita kahwin jelah.
Bukan tak boleh bahagia pun kalau awak kahwin dengan saya kan? Lagipun semua
pihak akan bahagia apa. Family awak pun mesti happy sebab akhirnya awak nak
jugak habiskan zaman single awak tuh. Kahwin dengan pemain bola sepak pulak
tuh! Pergh.. masuk paper dan majalah kot. Siapa tak nak dapat menantu macam
saya ni.”
“Awak ni kan.. kalau saya
sepak, rasanya boleh masuk gawang gol!”
Naqi ketawa besar.
“Silap hari bulan, awak
yang masuk dalam gawang cinta saya.”
“Awak ingat awak hensem
sangat ke?”
“Sangat tu tak lah... tapi
hensemlah jugak. Alah, kalau duduk sebelah awak kira stabil lah... Seimbang.
Jangan risaulah.. pelamin kita tak kan senget sebelah punya.”
Nadrah julingkan mata ke
atas. Bercakap dengan budak tak cukup umur ni memang banyak menyakitkan hati
je.
“Tapi.. kalau awak terus
buat muka kedut tuh, silap hari bulan imbangan tu dah jadi tak sama.” Naqi mula
membeli respon dari Nadrah.
“Asal pulak?”
“Ialah.. elok-elok orang
ingat kita sebaya, terus tak jadi bila dia tengok kedut awak yang makin banyak
tu. Eh Naqi, kau kahwin dengan tok nenek mana ni... Euww... C’mon lah Nad,
kerutan tu akan membuatkan awak tua sebelum umur tau!”
“Habis tu, dengan apa yang
tengah jadi sekarang, awak nak saya berjoget ke?”
“Hmmm tak pernah pulak
terfikir sampai ke tahap tu. But it just
a good idea. Hah, tunggu apa lagi.. jogetlah cepat!”
Kali ini hilang nak maki,
terus Nadrah rasa nak bagi kaki!
Okay. Fikir lagi Nadrah!
“Kejap... awak tak takut
ke girlfriend awak marah bila tahu hal ni?”
Naqi ketawa lepas. “I’m
still single.”
“Tak percayalah...” Nadrah
pandang Naqi atas bawah. Poyo sangat kalau mamat mulut macam dia ni single.
“Lah.. betullah. Tak
percaya, tanya Datin jap lagi.”
"Hmm
saya pelik.. Apasal mamat sweet talker macam awak masih single? Bukan ke orang
selalu cakap pemain bola ni
biasanya playboy? Perempuan keliling pinggang? Ke dah ada yang special one tapi
sengaja cari lauk tambah?" Ah, bila melibatkan Naqi, dia tak mampu nak
husnuzon.
"Amboih... Sesedap perencah je cakap
saya nak cari lauk tambah ya? Awak ingat saya anggap perempuan macam desert
ke?" Penatnya nak fahamkan masyarakat nih... Bukan semua pemain bola macam
tu lah!
"Yalah.. Pelik jugak kan ? Asal single? Masih survey calon jodoh?"
"Ishhh... X mainlah survey-survey
nih..."
Berkedut dahi
Nadrah. Naqi ni nak perlekehkan dia ke apa? "Habis tu kalau tak buat survey, nak buat apa?"
"Saya tak survey tapi saya Order
siang malam dari Tuhan." Nadrah
mencebik. "Awak ingat jodoh ni boleh drive thru macam mcd?"
"Ishh... Tak payah susah-susah drive
thru, dia dah hantar jodoh tu secara delivery. Ni depan mata saya buktinya..
Tak sia-sia saya order siang malam."
Tercengang
Nadrah dua minit. Depan mata Naqi sekarang kan... dia?
Okay. Kelakarlah sangat Naqi oit!
Okay. Kelakarlah sangat Naqi oit!
“Oit...!” Sergahan itu
membuatkan lamunan Nadrah tersentak. Beristighfar panjang Nadrah dibuatnya.
Naufal ni pun dah satu hal. Buat terkejut orang sahajalah.
“Kau memang tak reti nak
bersopan dan beretika sikit ke? Suka hati terjah orang kan?”
Naufal sengih tak
bersalah. “Bukan salah Fal.. Fal dah panggil akak banyak kali tapi tak ada
reaksi. Jauh sangat melancong kak.. fikirkan apa gak?” Sejak dua tiga menjak ni
dia tengok si akak dah makin banyak mulut. Dah macam hidup. Sebelum ni tak ubah
macam mayat hidup. Tak ada perasaaan sungguh.
“Tak ada apa. Yang kau
pegang teko air tu kenapa? Dah habis ke?” Cepat-cepat dia sudahkan
pinggan-pinggan yang memang sudah siap dicuci itu.
“Habis ke bendanya. Tak
luak pun lagi. Kak, cukuplah senyuman akak je yang tak bergula. Tak kan kami
dalam rumah ni pun tak boleh minum air bergula kak oit...”
Aik, air teh yang
disedikaan tadi tak ada gula ke? Naya.. naya! Ni nasib kantoi melencong
perasaan dengan Naufal. Kalau kantoi dengan abah guana? Sorokkan muka dalam
baldilah jawabnya.
“Hmm.. fikirkan apalah kau
ni kak oit. Sampai gula pun lupa nak taruk. Orang dalam rumah ni tak ada lagi
kena kencing manis. Tapi kalau hati yang dah tempias dengan rasa manis tu
adalah kot..” Provok Naufal lagi.
Nadrah malas hendak
melayan. Cepat-cepat ditambah gula dengan sukatan yang sepatutnya.
“Kak.. abang Naqi tu macam
mana? Okay tak?”
“Kenapa tiba-tiba tanya
pasal dia pulak?”
“Lah.. sajalah nak ambik
tahu perkembangan akak sendiri.”
Nadrah diam. Tak berminat
nak melayan Naufal sekarang.
“Kak... releks ah. Take it easy. Mula-mula memang rasa
pelik bila kita baru kenal dengan orang.”
Terhenti semua kerja-kerja
Nadrah. Penatnya otak layan budak bawah umur macam Naqi dan Naufal ni?
“Jangan mengarut boleh
tak?”
Naufal langsung tak makan
saman. “Kak, air mineral yang baru kita masukkan dalam peti ais, akak ingat air
tu boleh terus sejuk ke? Mestilah ambik masa kan? So sama jelah perumpamaan
antara akak dengan Naqi tuh.” Dia dah berkobar sungguh nak tahu perkembangan
Naqi dan Nadrah. Hei, siapa tak nak berabang-iparkan pemain bola sepak.
“Buat pengetahuan kau..
akak dengan dia tak ada apa-apa. Lagipun terlebih layan dia, hati boleh jadi
melecet.”
Naufal anggukkan kepala. Setuju.
“Eh.. standardlah tu kak.. Kadang-kadang kasut baru memang akan buat kaki
melecet pada mulanya. Tapi tunggulah dah selesa nanti, akak tak nak dah cari
kasut lain. Silap hari bulan, kasut tu rosak, akak yang menangis tak berlagu.
So, pakailah sementara boleh pakai ni kak oit...”
“Susahlah bercakap dengan kamu di Fal..”
Naufal ketawa. Teko air itu dicapai untuk dibawa ke depan tapi....
langkahnya terhenti lagi.
“Sister... love is unexplainable. You have to be in love
to know what it feels like.”
Kena lagi Nadrah. Naufal
ni pun dah macam Naqi. Banyak sangat perumpamaan sarkastik. Kejap air dalam botol, kejap kasut. Kenapa
semua orang sekeliling dia dah jadi tak waras ni?
***
Sambil menurunkan
tandatangan, Dato Fahmi tarik senyum. Apatah lagi bila melihat wajah Nadrah
yang kelat semacam tuh. Jarang PA dia ni nak buat muka. Ini mesti pasal kes
semalam nih. Diluah mati mak, ditelan mati bapak.
“Apa status incorporation
company anak saudara saya tu? Dah dapat Form 9 dari SSM?” Dato Fahmi cuba
mengalih perhatian Nadrah.
“Dah dapat. Baru petang
semalam. Nanti akan ada dokumen post-incorporation yang perlu dato dan Naqi
sign. Lepas tu saya dah suruh company secretary sediakan resolusi untuk buka
akaun bank terus. Jointly sign kan Dato?”
“Either one pun boleh.
Lagipun syarikat tu akan diuruskan oleh Naqi nanti. Saya cuma pantau apa yang
patut jeh.”
“Baik Dato.”
“Nad...”
“Ya dato..”
“Awak ada apa-apa nak bagi
tahu saya ke?”
Jari terlunjuk Nadrah
menggaru kening milik sendiri. Bingung. “Erk... saya...” Adoi, macam nak mula
entah?
“Ni pasal kerja ke atau
pasal personal?”
“Hmm.. bukan pasal kerja.”
“Jadi pasal Naqi ke?”
Serkap Dato Fahmi. Tengok air muka Nadrah pun, dia dah jumpa jawapannya.
“Naqi ada bagi tahu dato
ke?”
“Dia kena bagi tahu saya
apa-apa ke?”
Dah sudah. Dato Fahmi ni
pun dah jadi macam Naqi. Suka balas soalan dengan solaan. Sekarang otak dia pun
dah kejung nak membina ayat. “Nanti Dato tanyalah Naqi sendiri. Saya pun tak
reti nak cerita macam mana.”
Dato Fahmi tutup fail di
hadapannya. Kali ini dia fokus dengan Nadrah. “Pasal apa yang awak runsingkan?
Pasal datin yang ingat awak ada hubungan dengan Naqi tu ke?”
“Jadi dato dah tahu?”
“Satu family saya dah tahu
Nad. Family Naqi pun dah tahu.” Dia bukan nak tambahkan beban pekerjanya itu,
tapi dah benda betul. Memang si isteri dah jaja kisah ini pada ahli keluarga
yang lain. Fikir logiklah, kalau dia berani bawak Nadrah sampai ke butik
pengantin, mestilah dia berani nak sebarkan berita ini ke ahli keluarga yang
lain.
“Sebenarnya... benda tu
bukan macam yang datin sangka.”
“Saya tahu Nad. Tapi at
least saya lega. Datin tak syak awak bini nombor dua saya lagi. Nama awak bukan
lagi nama blacklist dihadapan dia. Malah, dia yang rajin sebut-sebut nama awak.
Dia siap suruh saya hati-hati lagi sebab lepas ni, awak akan jadi mata-mata
dia.”
Tak tertelan liur Nadrah
bila dengar cerita dari bosnya itu. Sampai begitu ke kronik penyakit isteri
Dato ni?
“Can you do me a favor Nad?” Pinta Dato Fahmi serius.
“Sure!”
“Sementara ni.. awak
berlakon jelah jadi girlfriend Naqi. Bukan apa, kalau saya terang benda betul
pada dia, prejudis dia pada awak akan menyerang balik. Lepas ni kita ada banyak
projek yang kena handle. Banyak nak pergi Penang dan Kl. Kalau prejudis dia
meningkat, susah kita nak buat kerja. Silap hari bulan boleh lingkup semua ni.
Jadi... awak boleh tak tolong saya? Tolong-belakon-jadi-girlfriend-Naqi?”
Kali ini Nadrah dah
melopong!
Nak jawab tak boleh, macam
tak sanggup. Tapi kalau jawab boleh, itu macam mencekik diri namanya.
Kelmarin, Naqi yang sewel.
Semalam berjangkit pada Datin Azlina.
Hari ni Dato Fahmi pulak?
Esok apa?
p/s: Nadrah rasa pipi dia macam kena lempang... hahahaha... please do enjoys!
Hahaha.... esok - semua sewel gitu.... peace
ReplyDeletesemakin menarik<3<3
ReplyDeletechaiyokk!!
tp..nk tau sgt bila si nadrah k ingat balik si naqi tu
Assalamu'alaikum warahmatullah. =)
ReplyDeleteKak Ezzah~saya baca perlahan2 tau supaya x cepat habis. (^_^). Byk analogi kisah ni. thumbs up. Dah nama kluarga tu sama perangai jugak Dato, Datin & Naqi hehe.
Best... Sorang nak, sorang lg tarik2 tali plak... Tp best
ReplyDeleteAmboi dato igt ni kje part time ke... ahahaa kesian nad...saye dpt rase dorang bakal berkahwin hahahah
ReplyDeleteMakin lama makin best cerita dalam blog ni..
ReplyDeletep.s:bestnye kalau awak balas komen-komen kami..rase mcm nak lompat bintang hahaha
ngeeee... sorry2 dear.. bkn x mahu balas tp xda kesempatan.. hihi... busy nk kejar dateline siapkan SCJ ni
DeleteBikin Nad tambah fenin.......
ReplyDeletecian Nad, x terlayan ngn kerenah Naqi + Dato' n Datin...
ReplyDeleteOhsem2.. Adoii makin sewel lah nad nak layan kerenah tiga manusia nih.. Hahaha
ReplyDeleteadoiii pening kpala ngan kerenah diorang ni...
ReplyDeleteHahahahahaha...I like...
ReplyDeleteX sabaq tggu naqi n nadrah kahwin! Haha *confident ja yg depa kena kawin* kehkeh
ReplyDelete-Athirah
I like .. :)
ReplyDelete8 please. .
ReplyDeleteAsyik tergelak je baca....
ReplyDeletehehe. makin best cite nie....
ReplyDeleteBestnya. So funny and sempoi. Ke versi cetak lagi cepat lagi bagus. Tak sabar tunggu bab seterusnya
ReplyDeleteSyokye!!!! Versi cetak jangka kluar bile
ReplyDeletehahahahaha...semua orang dah sewel mcm Naqi.... Cik writer citer ni mmg best...
ReplyDelete
ReplyDeleteHanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :
Bonus New Member 20%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 300.000,-
* TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Di Berikan Di Depan
* Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw
Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 100.000,-
* TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Diberikan Di Depan
Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!
hubungi kami di :
BBM : e3a9c049
LINE: icg88poker
Whattsapp : 081360618788