Nafas lega dilepaskan.
Budak yang seorang ni lah. Buat debar orang sahaja Naufal ni. Suara tu tak
boleh nak saspen lagi ke?
“Ada apa-apa yang tak kena
ke?” Tanya Naqi apabila Nadrah memutuskan talian.
“Oh.. adik akak telefon.
Dia kata adik ipar akak dah bersalin.”
Padanlah ada panggilan dari Nadim. Rupanya untuk memberitahu berita gembira
ini. Anak buah yang pertama dalam keluarga mereka. Hmm, lepas ni mesti semua
berebut nak pegang!
“Adik ipar? Maksudnya adik
awak dah kahwin?”
“Haah... adik saya dua
orang dah kahwin. Sorang lelaki, sorang perempuan. Ini anak buah pertama dalam
keluarga kita orang.”
“Wushh.. tapi kakak dia
tak kahwin-kahwin lagi.” Provok Naqi sengaja.
“Soal jodoh bukan di
tangan manusia.”
“Awak tak rasa apa-apa
ke?”
“Rasa happylah dapat anak
buat. Habis tu nak rasa apa?”
“Ish.. bukan rasa itulah.
Maksud saya, awak tak rasa macam terkilan atau rendah diri ke?”
“Tak.” Jawab Nadrah cepat.
“Betullah awak ni kereta
kebal berjiwa bebal.” Sepupu perempuannya baru berumur dua puluh lima. Itu pun
dah cukup kalut sebab tak kahwin lagi. Takut benar jika digelar andartu. Tapi
Nadrah, dia memang releks sahaja. Macam semua ini tak jadi kudis buatnya. Tapi
itu yang membuatkan dia berada di dalam kelas yang tersendiri.
“Buat apa nak hidup dalam
cengkaman mulut orang lain. Yang mengata tu, bukannya tahu apa yang tersimpan
dalam kazanah hidup kita. Kalau itu yang membahagiakan derang, kenapa kita nak
larang.”
Naqi mengangguk perlahan.
Dalam maksud kata-kata Nadrah itu. “Macam menarik je khazanah hidup awak tuh.
Tak nak kongsi?”
“Dulu akak memang tak suka
subjek sejarah. Nak kena kenang balik zaman dahulu kala. Jadi sejarah hidup
sendiri pun akak tak berminat nak cerita.”
“Yalah mak cik...” Hah,
nak tua sangat! Ambik. Biar Naqi panggil mak cik je senang.
Pemanduan Naqi sampai ke
pejabat. Naufal sudah pun menunggu di bawah. “Itu adik awak ke?”
“Aah...” Naqi turun dari
kereta dan mendapatkan Naufal yang sedang bersandar di tepi kereta.
Muka Naufal berkedut. Eh,
kenapa Naqi boleh ada dengan kakak dia pulak? Silih berganti Naufal memandang
Naqi dan Nadrah. Ini betul-betul Naqi pemain bola sepak tu ke atau pelanduk dua
serupa?
“Jangan nak fikir
bukan-bukan. Ini client akak.” Sound Nadrah cepat. Janganlah mulut lembik
Naufal ni buat cerita pada ahli keluarga dia yang lain pulak. Budak ni kerjanya
bergosip aje.
“Naqi...”
“Ini...” Tak sempat Naufal
nak habiskan soalan, Naqi dah mengangguk. Faham apa yang tersarung di benak
adik Nadrah itu.
“Erk...” Naufal gamam di
situ. Nak mintak sign! Tapi nak sign dekat mana.
“Tunggu apa lagi Naufal..
jom ah gerak!”
“Eh, akak tak naik ofis
dulu ke?”
“Tak.”
Dah kenapa dua orang mamat
ni saling terpaku. Naufal pulak tersengih-sengih. “Akak awak tak tahu siapa
saya.” Bisik Naqi lembut apabila Nadrah masuk ke dalam perut kereta.
“Memanglah! Dia habuk
tengok bola pun tak pernah.”
Naqi ketawa. “Minggu depan
ada first match. Jangan lupa datang tengok.” Pesan Naqi sebelum masuk ke dalam
perut kereta.
“Okay bang... gila tak
tengok. Memanglah nak kena pergi kan. Good luck bang!” Teruja Naufal kembali
bersalaman dengan Naqi. Lebih teruja apabila Naqi muncul bersama kakaknya. Apabila
kereta Naqi berlalu, barulah Naufal masuk ke dalam perut kereta.
“Gila kak, akak kenal tak
dia tu siapa?”
“Lah... dia tu client akak
lah.”
“Ish.. bukan yang tu.”
“Habis tu yang mana? Oh..
dia tu anak saudara bos akak.” Apasal semua orang jumpa Naqi semua akan
bertukar menjadi teruja. Mamat tu pandai manderam ke apa?
“Bukanlah... dia tu pemain
bola sepak! Akak tahu tak fakta yang itu?”
“Hah! Pemain bola sepak?”
Jadi sebab ni ke yang orang duk tersengih-sengih bila terpandang dia? Sebab
ni ke Cik Fareeda tu kemain ramah lagi bercerita. Sebab ni jugaklah Naufal
terkejut masa diperkenalkan tadi?
“Yalah... musim ni dia
main untuk Pahang pulak. Dia tu bagus kak.. Antara striker tempatan yang
rembatan kencang dia memang mantap! Tak rugi Pahang ambik dia. Serius, tak
sabar nak tunggu game minggu depan.” Naufal kalau dapat bercerita pasal sukan
kegemaran dia, memang boleh lupa diri.
“Oh..okay. Boleh kita
gerak sekarang?”
Cis beria dia habis air
liur tersembur bercakap pasal Naqi. Akak dia boleh bagi respon macam gitu je?
Tak memberangsangkan langsung! Tunjuklah muka berminat sikit untuk jaga hati
dia!
Tapi...
“Kak, tunggu apa lagi?”
Suara Naufal melayangkan rasa teruja.
“Tunggu apa lagi apa?”
“Ngoratlah dia. Jadikan
dia calon jodoh akak!”
Hah... datang dah idea tak
semengah dia nih! “Gila ke, dia tu muda dari akak.” Nanti apa kata orang
sekeliling. Dah macam tak ada calon lain! Macamlah dia terdesak sangat.
“So what? Nabi pun muda
lima belas tahun dari Siti Khadijah waktu baginda menikah. Tak ada masalah
pun.”
“Itu nabi...”
“Dah tu ikutlah cara
kehidupan nabi. Itukan tauladan yang terbaik yang boleh kita contohi.”
“Kau muda lagi. Tak tahu
selok belok hati dan perasaan ni.” Naufal ni suka membebel macam orang tualah.
“Sesat dalam mengemudi
hati tu memang sesuatu yang menyakitkan kak. Tapi sesat sekali, tak bermakna
akan sesat selamanya.”
Nadrah mendengus. Tadi
dengar ceramah dari Naqi. Sekarang Naufal pulak? Habislah pecah gegendang
telinga bila berhadapan dengan penceramah bebas yang tak bertauliah ini.
“Hmm...kak...” Naufal
tersengih-sengih lagi semasa memandu.
“Apa lagi?” Ya Allah, nak
rehatkan minda sekejap pun tak boleh. Lain kali kena spare saletip. Senang nak
tutup mulut Naufal nih.
“Akak tipu saya kan?”
“Tipu apa?”
“Akak cakap tadi tu idea gila tapi entah-entah dialah calon suami akak sebab
dia kan kerja yang tak payah pakai pakaian formal. Senanglah akak lepas ni tak
payah gosok baju kemeja.”
Lengan Naufal terus
dicubit. Tak sayang mulut betullah. Karang buat-buat ‘ter’ ada jodoh dengan
budak bawah umur tu, tak ke naya!
“Cepatlah... akak tak
sabar nak jumpa baby nih!” Sebenarnya, dia nak lari topik. Bertekak isu ini
memang tak akan menemui penamatnya. Harap mulut Naufal tak lembik sangat duk
canang cerita ni dekat keluarga yang lain. Haru!
***
Dikucup kulit bayi yang
masih merah itu. Ah, Lutfi sangat comel. Nama pun baby kan? Mana ada yang tak
comel. Nadrah suka bau baby. Orang cakap bau baby ni antara bau Syurga.
“Hah... anak orang tu kak.
Jangan gomol sangat.” Sakat Nadim pulak.
“Ada bakat dah tu kak..
jangan dibiarkan bakat itu terpendam begitu sahaja.” Sampuk Naufal pulak. Dari
tadi berebut untuk memegang si kecil.
“Bakat apa?”
“Blur lah akak nih! Bakat
nak jadi ibulah.” Kadang-kadang nak je cakap yang kakak sulung dia ni bengap!
“Jadi ibu tu bukan bakat..
Tapi tu satu bentuk lahiriah. Secara semula jadinya, semua akan rasa benda tu.”
Sampuk Nayli. Dia dan suami saling bertukar pandangan dan senyuman.
“Hah.. dengar tu kak!
Lahiriah... apa lagi, calon kan dah ada, cepat kahwin!”
Terbuntang mata Nadrah.
Kan dah cakap yang mulut si adik ni memang tak ada insurans.
“Hah, akak dah ada calon
ke?” Tanya Nayli teruja. Saban waktu, dia tak pernah berhenti dari mendoakan kebahagiaan
akak iparnya itu. Bukan dia tak kenal Nadrah tu macam mana. Masa mula-mula
jumpa dulu kemain pasif lagi. Nak saling kenal hingga boleh bergurau bertepuk
tampar tu memang mengambil masa.
Bayangkan jadi adik ipar
pun, ambik masa lebih setahun untuk bermesra seperti sekarang. Kalau nak pilih
calon suami, tak tahulah berapa lama. Dan orang tu mesti power sebab dapat
runtuhkan semua temboh dingin yang Nadrah cipta.
“Percayalah cakap adik tu
hah..”
Kali ini Nadim dan Nayli
melemparkan padangan pada Naufal pulak.
“Ish.. betullah. Ingat
adik tipu ke. Calon jodoh akak tu pemain bola sepak... Hah, sekali dia cari
jodoh selebriti rupanya.”
“Sungguh ke kak?” tanya
Nadim. Dah lama dia nak dengar berita baik seperti ini. Dia pun dah penat
tengok Nadrah hidup sendiri.
“Hei, kau jangan mengarut
boleh tak Naufal.” Eee... rasa macam nak gulai-gulaikan sahaja adik bongsunya
ini.
“Betullah... nama dia
Naqi.”
“Naqi? Naqi sekarang main
untuk Pahang kan?” Nadim dah terangguk-angguk. Sudah dapat mengecam pemain yang
dimaksudkan oleh Naufal.
“Aah...”
“Naqi mana ni?” Nayli
tayang muka blur.
“Alah sayang.. dulu dia
pernah main untuk Selangor. Sayang pernah komen muka dia handsome tu...”
“Oh.. Naqiuddin tu ke? Hei
kak.. dia sangat handsome. Okay Nayli vote untuk dia!” Walaupun baru sahaja
melahirkan Lutfi tapi wajah Nayli nampak ceria sahaja. Makin tumpang bahagia
mendengar berita tentang Nadrah.
Diam. Suasana riuh tadi
mula dihujani serius.
“Please stop it...” Mendengarkan suara serius Nadrah itu, Naufal dah
tak berani nak tokok tambah cerita. Buatnya Nadrah mogok bercakap dengan dia,
tak ke naya!
“Erk... Naqi tu anak
saudara bos Kak Nad. Itu je... tapi jodoh kan di tangan tuhan?” Sempat lagi
Naufal selitkan pengharapan di akhir ayatnya.
“Naufal...” Nada suara
Nadrah dah mula meleret.
“Okay kak. Sorry... Hmm,
kalau tak nak Abang Naqi, Abang Adlee nak tak?”
“Naufal!”
Nadim dan Nayli ketawa
sahaja. Penangan si sulung dan bongsu. Macam anjing dengan kucing tapi kalau
tak ada, sunyi. Lagipun Naufal sahaja yang rajin menyakat kakak sulung mereka
itu. Orang lain memang tak berani nak usik angin kus-kus Nadrah itu.
***
Sejak akhir-akhir ni, Naqi
memang ada sindrom suka tersenyum sorang-sorang. Dan perkara itu mesti terjadi
disebabkan terkenangkan Nadrah.
Nak kata dah jatuh cinta,
macam awal sangat. Nak kata suka tu ada jugak sikit. Tapi apa yang lebih ialah,
dia nak kenal Nadrah. Dia nak selongkar hati Nadrah. Apa yang terjadi sampai
gadis itu berubah tiga ratus enam puluh darjah dahulu?
"Min... kau tahu tak
macam mana nak handle hati perempuan yang terluka?" Sambil panaskan badan,
mulut rajin bertanya pada si kawan baik yang sama-sama berhijrah ke pasukan
Pahang.
"Kenapa kau tanya?
Siapa yang terluka."
Naqi main serkap jarang sahaja tapi dia pasti
yang Nadrah pernah terluka dahulu. Jadi sebab itu dia nak cari jalan terokai
hati Nadrah.
"Jawab jelah... kau
tahu ke tak?"
"Hmm... Complicated jugak. Hati perempuan yang terluka ni macam baju yang
berkedut."
Bersambung kedua belah kening Naqi. Ini yang Naqi malas bila Azmin dah
bukak kamus bagi perumpamaan sarkastik tuh.
"Kau serius sikit boleh tak?" Kaitan pulak hati dengan baju yang
berkedut?
"Yalah... hati perempuan yang terluka tu macam baju yang berkedut.
Kita sebagai sebagai lelaki kena bertindak macam iron untuk hilangkan kedut
tuh. Nak kena gosok berhalus. Dengan penuh hati-hati.Tapi kena jaga-jaga....
kalau kau guna power tinggi sangat, silap hari bulan baju tu boleh hangus.
Rentung. Hilang kau nak pakai, kau kena buang terus baju tuh. Hah, tak ke naya
diri sendiri!"
Whoaa... rasa nak ketawa pun ada. Tapi perumpamaan sarkastik tu boleh pakai
juga kan? Hati, kedut, iron.
"Dah tu nak buat macam mana?" Maksudnya apa? Apa yang dia kena
buat sekarang.
"Kalau kau takut nak iron sendiri, hantar je dobi." Jawab Azmin
mudah.
"Ciss! aku seriuslah mangkuk!" Hah, kan dah kena. Memang sia-sia
kena sekeh free. Ingatkan sungguhlah dia nak membantu. Rupanya hampeh!
“Okay.. langkah pertama untuk tangani perempuan terluka ialah, kau kena
jadi macam air hujan.”
Naqi dah gigit bibir. Tadi iron. Sekarang hujan pulak. Lepas ni apa ke
benda pulak? “Weh.. betul-betul boleh tak?”
“Ish.. aku serius lah ni. Tips aku ialah..kau kena jadi macam air hujan.
Air hujan yang akan membasuh semua luka-luka di hatinya. Buang semua parut kat
hati dia. Sebab kalau kau jadi api, makin terbakar dan melecurlah hati minah
tuh. Maksud air hujan ni, jadi lelaki yang cool babe. Bukan macam api yang
mendesak tu. Perempuan yang terluka ni macam gelas yang dah pecah. Kau cantum
macam mana pun, gelas tu bila letak air tetap bocor jugak. Tapi
sekurang-kurangnya kau boleh buat gelas tu kembali seperti sedia asal. At least itu lebih baik dari terbuang
terus kan?”
Terangguk-agguk kepala Naqi. “Dengan ini, aku melantik kau sebagai
penasihat cinta aku Min! Pergh.. power...” Bahu Azmin ditepuk kuat. Lepas ni
banyak lagi tips yang dia nak mintak.
“Tapi kau memang sungguh-sungguh ke ni? Benda ni bukan senang tau!” Haih,
kemain ramai yang minat, perempuan jenis macam tu jugak yang dapat tempat di
hati Naqi? Sungguhlah soal hati ni unpredictatble!
“Well... you know you have something
good when it was hard to get.” Naqi sengih penuh yakin.
“Yang korang berdua tu dari tadi tak siap-siap panaskan badan! Pergi lari
sekeliling padang sekarang!” Suara jurulatih dan memetir menengking. Pantang
lepa sikit semua displin hancur.
“Kaulah... tak pasal-pasal kena ambush!”
Naqi tayang sengih tak bersalah. Lepas habis training ni, dia nak pergi
jumpa Nadrahlah.
Dia sedar... mimpi ini
kabur.. kelabu tanpa hitam putih. Tapi itu tak bermaksud dia perlu berhenti
bermimpi kan?
P/S: do enjoys and drop ur comment guys.. =)
caiyokkk usaha naqi .. jdi lah iron tp jgn trbakar .. haha
ReplyDeletesemakin menarik cerita ni dik.
ReplyDeletemalam jap gi nak jumpa nadrah la
ReplyDeletehahaha......best2...
ReplyDeleteGara2 cik pnulis suka tgk bola. So hero pun dpt inspirasi dr pmain bola ye. Cayalah Sara....
ReplyDeletemmg payah nak ubati hati yg dah pernah terluka. perlukan masa yg entah sampai bila....
ReplyDeleteadoi nadrah. pasai pa susah sgt nk baca hati dia ni. keras mcm ketoi ais sunggoh. takpe takpe kang lamalama cairlah tu kan kan kan. hehe.
ReplyDeleteChaiyok naqi..chaiiiiiyok cik writer
ReplyDeleteMakin jatuh cinta dgn naqi... Waaaaa....
ReplyDeleteNaqi....nadrah...
ReplyDeleteGo naqi go! Chaiyok!
ReplyDelete-Athirah-
Naqi hendak mulakan misi dia dgn Nadrah...hahahha best3x.
ReplyDelete