Dari luar pintu kaca lagi, mata Naqi tidak lepas dari memandang seniornya
itu. Nampak manis sungguh dengan baju kurung songkek berwarna ungu itu. Macam
nak pergi kenduri.
“Hai.. selamat pagi.”
“Selamat pagi Encik Naqi.
Kalau encik cari Dato, Dato tak ada. Pagi ni dia ada meeting di luar.” Jelas
Nadrah sampai tangannya ligat menari di dada papan kekunci.
“Saya tahu dato tak ada.
Dia dah bagi tahu saya pagi-pagi.”
“Oh... jadi buat apa awak
datang pagi ni?”
"Awak dah
breakfast?" Malas mahu menjawab
soalan Nadrah, Naqi memesongkan soalan.
Nadrah menunjukkan jam
tangannya. "Dah pukul sebelas Naqi. Dah nak lunch pun. Document dah siap
sign ke?" Baru teringat yang Naqi perlu memberikan beberapa dokumen untuk
Dato Fahmi tandatangan.
Kalau tak ada kena
mengena dengan bos, dia pun memang malas nak layan Naqi nih.
"Dah.." Sampul
surat sebesar saiz A4 itu diserahkan pada Nadrah.
"Nah.. Ini untuk brunch." Plastik berisi kuih itu diletakkan di
atas meja Nadrah.
"Saya tak lapar.. Bagilah orang lain." Tolak Nadrah.
"Ishh.. saya beli kuih ni bukan untuk kenyangkan awak tapi untuk buat
muka awak berseri-seri. Sebab saya tengok muka awak malap je dari tadi.”
"Hah?" Terhenti semua kerja-kerja Nadrah tadi.
"Yalah.. Makan kuih Seri Muka ni akan buat muka awak lebih berseri.."
Anak mata Nadrah menjeling ke atas. Jembalang tanah mana yang ajar Naqi
ilmu songsang nih?
"Siapa kata? Makan Kuih Seri Muka ni boleh jadikan kita orang yang
suka bermuka-muka tau!" Balas Nadrah balik. Tak nak kalah.
"Okaylah fine. Kalau tak nak makan kuih Seri Muka ni, makanlah kuih
Seri Ayu nih. For Sure lepas nih awak
akan ayu dan tak garang-garang lagi."
Nadrah dah terduduk. Otak dah macam terbakar. Darah dah mendidih. Like seriously, I'm
going to die!
“Saya rasa awak ni banyak sangat makan kuih yang ada kelapa parut. Itu yang
banyak mengarut tuh! By the way, kenapa awak tak beritahu dekat saya yang awak
ni pemain bola?” Tanya Nadrah. Meneruskan kerja seperti biasa.
“Kenapa? Kalau saya beritahu, awak nak mintak sign ke? Ataupun awak nak
jadi fans saya?” Terjongket kening
Naqi sewaktu menghulurkan pertanyaan.
“Dua-dua pun saya tak nak.”
“So, saya tak nampak alasan kenapa saya kena bagi tahu awak!”
“Memanglah.. tapi adik saya tu peminat bola. Setiap game pun dia pergi
tengok. At least saya boleh beritahu dia.” Lain yang dirangka, lain pulak yang
terkeluar. Apasal pulak dia rajin jual nama Naufal ni? Sebenarnya dia nak
cakap, at least dia bersedia sikit kenapa orang selalu pandang Naqi
tersengih-sengih. Lagipun pemain bola tu dikira public firgure lah jugak.
“Oh.. adik awak yang kita jumpa semalam?”
“Hmm...”
“Dia tu adik kesayangan awak ke?”
“Saya sayang semua adik saya.”
“Oh... jadi awak mesti sayang apa yang adik-adik awak sayang kan?”
Kali ini Nadrah angkat muka. Apasal ayat Naqi tu macam mengandungi makna
yang beracun je.
“Tak adalah... awak sayang adik awak... adik awak sayang saya.. so, bila
awak dah tahu yang saya ni pemain bola, awak tak nak ke hadiahkan saya ni
sebagai abang ipar untuk adik awak? Eh...” Naqi gigit kuku jari terlunjuknya.
“Hmm.. ke macam mana?”
“Abang ipar adik saya? Maksudnya...” Seketika Nadrah tergamam. Hei,
tolonglah! Tak ingin dia bersuamikan loya buruk macam budak Naqi ni. Naik
menyampah pula bila terdengar suara Naqi ketawa bagai nak rak.
Naqi ni kan... Banyak betul modal dia nak mengusik? Tak pernah habis. Tak
pernah tersarung dek rasa basi.
“Tapi... ada satu benda lagi yang awak tak tahu pasal saya.”
Berkedut dahi Nadrah. “Pasal apa?”
“Awak betul-betul tak ingat ke? Sikit pun tak?” Apa memang betul ke rupa
dia lain sangat dari versi sekolah dulu sampai Nadrah tak cam langsung. Mungkin
dulu dia putih sikit berbanding sekarang. Dulu tak ada janggut. Sekarang ada
sejemput.
“Apa benda yang awak merepek ni Naqi. Cuba terus terang... apa yang saya
lupa? Kalau betul saya lupa, ingatkanlah.”
Naqi melepaskan keluhan kecil. Tak nak. Dia tak kan ingatkan Nadrah.
Pandai-pandailah Nadrah ingat sendiri. Kalau sungguh Nadrah tak ingat langsung,
biarlah ia tergantung sendiri tanpa penjelasan darinya.
“Tiba-tiba saya pun lupa apa yang saya nak cakap. Okaylah... Saya pergi
dulu. Lagi satu.. jangan lupa makan kuih tuh. Cukuplah awak bazirkan kasih
sayang saya, tapi jangan bazirkan kuih tuh.”
Nadrah gigit bibir. Rasa macam nak tunjal je kepala Naqi tu. Entah macam
manalah skru-skru dalamnya berfungsi.
Setelah menyudahkan kerja-kerja yang perlu dilakukan, Nadrah mencapai
sampul surat pemberian Naqi tadi.
Dokumen yang berada di dalam sampul surat itu dikeluarkan. Dia ingin
menanda bahagian yang perlu ditandatangan oleh Dato Fahmi untuk diletakkan di
dalam tray di atas meja nanti.
Tapi... Terbeliak biji mata Nadrah. Budak ni dah kenapa? Kenapa dia pergi
sign tempat dato? Kenapa tak sign dekat nama sendiri? Dia ni pandai membaca ke
tidak?
Gangang telefon terus diangkat. di dial nombor Naqi. Tak sampai sepuluh
saat, suara Naqi dah menderu dipeluput telinga.
“Hai Nad.. kenapa saya ada instinct yang awak akan call saya ya?”
“Oh ya ke? Bagus betul instinct awak kan?” Tebakarnya rasa dengar suara tak
bersalah Naqi tu. Macam sengaja jeh!
“Kenapa Nad... awak nak berterima kasih pada saya ke sebab kuih tadi berjaya
buat muka awak berseri? Tak pun buat rasa ayu?”
Nadrah mendengus. Kasar. Tengkorak dia punya terima kasih!
“Kuih tu.. buat saya nak tanya awak satu bendalah.. Awak ni pandai membaca
ke tidak? Atau nama dekat dalam IC awak tu dah tertukar sendiri?”
Naqi yang berada di hujung talian cuba menahan tawa. Ayat sinis Nadrah pun dah
kedengaran merdu di telinganya. Telinga dia yang tak betul atau dia yang dah
tak centre.
“Hmm... nama saya masih sama seperti dulu. Tak berubah sikit pun.”
“Dah tu, kenapa awak sign dekat nama dato? Kalau satu je tak apalah.. Ini
semua awak sign dekat nama dia.”
“Oh.. saja...” Skrip jawapan ni dah lama dia sediakan.
“Saja?” Nadrah betulkan gangang telefon. Dia tak salah dengar kan?
“Yalah... bila saya buat salah tuh, esok adalah alasan saya nak datang
jumpa awak lagi kan?”
Sekarang ni Nadrah rasa macam hantukkan dahi atas meja sendiri. Apa ke biul
sangat Naqi ni? Sengaja sebab nak jumpa dia? Kemaruk nak tempah title arwah ke
apa?
“Naqi.. elok-elok prosedur nak bukak syarikat ambik masa seminggu, mahu
jadi sebulan. Kedai tu kan nak bukak cepat. Banyak lagi proses yang perlu awak
buat..” Suara Nadrah dah kendur. Tak guna tarik picing tinggi-tinggi. Bukan
budak ni kisah pun!
“Tak apalah... saya lagi suka.”
Inilah masalah orang lelaki. Fikir dia mudah je. Nanti dah jadi satu kerja
nak kena telefon company secretary untuk ganti dokumen yang sedia ada. Tak ke
dah menyusahkan ramai orang? Yang penting dah susahkan dia. Dia memang sejenis
manusia yang tak suka buat kerja yang sama berulang kali.
“Nad.. dokumen tu awak suruh je company secretary email pada awak. Nanti
awak print saya sign depan awak ya! Kalau saya nakal-nakal nak sign dekat nama
Dato lagi, awak cubit saya ya?” Naqi dan taruk ayat pujuk. Seram jugak bila
menyambut diam Nadrah.
“Tak pun.. kalau saya ter..sign atas nama dato, awak print je yang lain.
Kan ke senang...” Tambah Naqi lagi.
“Encik Naqiudin, lawak awak langsung tak kelakar!”
“Aik, siapa yang buat kelakar. Bahagian kerja kenalah serius cik kak
oit...”
Balik-balik Nadrah pulak yang terkena balik. Malaslah layan budak nih!
Terus gangang telefon diletak kasar. Geram. Sakit hati. Semua larut menjadi
sebati.
Kalau macam gini gayanya, BP dia akan naik. Silap hari bulan boleh kena
serangan jantung gamaknya.
Matanya terpandang pula kuih-muih yang Naqi belikan tadi. Baik bagi rakan
ofis yang lain. Kalau tak bagi, mahu masuk tong sampah nanti.
Kuih-muih yang diletakkan di dalam pinggan itu diberikan pada Kak Marlia.
Dia tahu kuih ini memang kegemaran kak Marlia.
“Hmm... beli kat mana kuih ni Nad?”
“Erk.. anak saudara dato yang bawak kak.” Baik mengaku awal-awal. Kalau Kak
Marlia tempah nanti, haru pulak nak mencari kedainya.
“Oh.. yang pemain bola sepak tu ya?”
Nadrah mengangguk. Nampaknya Kak Marlia pun tahu Naqi tu pemain bola sepak.
Dia je yang dungu bab-bab macam gini. Susah jugak kalau tak bercampur dengan
dunia luar nih.
“Manis kuih ni.. Macam orang yang bawak tu jugak. Kamu tak nak ke Nad?”
“Tak naklah kak.. saya ni tak boleh makanan manis sangat. Karang kena
kencing manis. Naya! Hmm... kalau tak habis, akak bagilah pada yang lain-lain
ya.”
“Oh ya... nanti kalau dia datang lagi, kirim salam ya. Anak akak minat ke
dia tu. Baguslah kalau musim ni dia dah main untuk Pahang. Kalau anak akak tahu
tu, mahu dia suruh Naqi tu sign jersey dia.”
Nadrah senyum tawar. Tak sangka pulak mamat tu boleh tahan glamournya.
Ingatkan pemain bola taraf cikai cincai je.
Punggung dilabuhkan di
kerusinya. Hmm, esok disaster apa pulak yang Naqi nak bawak ya? Tiba-tiba gerun
nak menunggu hari esok.
***
Keesokan harinya, Naqi
datang lagi. Awal sedikit dari hari semalam. Kali ini pakaiannya sempoi sahaja.
Hanya mengenakan tracksuit dan jersey bola. Mungkin baru lepas berjoging.
Dan di tangannya ada sebungkus
beg plastik.
Lagi?
"Awak dah
mandi?" Soalan pertama dari Naqi.
"Hei budak.. Awak
merepek apa nih? Saya datang kerja kan.. Mestilah dah mandi." Apa lagi
idea jahanam yang Naqi nak bagi nih?
"Heh.. Sebab awak dah mandi jadi saya bawakkan khas untuk tuan
puteri..."
Lama Nadrah pandang kuih yang berada di hadapannya. "Kuih apa tu?" Tekak
Nadrah bukan minat sngat kuih-kuih melayu nih.
"Hah... Inilah kuih puteri mandi." Ini memang salah satu kuih
kegemarannya. Itu yang dia beli lebih untuk Nadrah. Manalah tahu Nadrah
berkongsi citarasa yang sama dengannya.
Berkedut dahi Nadrah. Ada ya nama kuih macam tu? Ke Naqi saja mereka
cerita?
"Jadi kuih ni sesuai untuk orang yang mandi lah yaaa.. Habis tu kalau
orang tak mandi nak makan kuih apa?"
Anak mata Naqi naik ke atas sedikit. Berfikir.
"Hah... Kalau tak mandi, dia kena makan kuih baulu."
"Kenapa baulu pulak yang jadi mangsa?" Budak ni ada sahaja
ideanya.
"Yalah.. 'Bau'..lu" Naqi dah ketawa besar. Seronok dapat kenakan
Nadrah.
Nadrah mendengus! Itu bahulu lah. Bengong!
"Daripada awak
membazir beli kuih-muih yang mengarut nih, baik awak beli cekodok esok. Hah..
Yang itu saya makan!"
Terbeliak biji mata Naqi.
"No! Tak
boleh!"
Nadrah mengerutkan dahi.
"Asal pulak tak boleh?"
"Kalau makan
cekodok, nanti awak akan jadi 'kodok'. Hah, awak nak ke?"
Nadrah ketap bibir. Budak ni kannnn... Tak matang langsung!
Nadrah ketap bibir. Budak ni kannnn... Tak matang langsung!
Naqi makin galak ketawa.
Seronok dapat usik Nadrah.
Malas mahu melayan Naqi,
Nadrah mengeluarkan beberapa helai dokumen yang perlu Naqi tandatangan.
“Sila sign dekat nama
awak!”
“Aik.. kenapa saya tak
nampak nama saya?”
Nadrah dah kepal penumbuk.
Memang ada yang nak kena lesing hari nih! Main-main pulak dia nih! “Ini.. Mohd Naqiudin
bin Nasarudin ni bukan nama encik ke?” Gigi Nadrah dikancing. Mengawal amarah.
“Oh... ini nama buah hati Nadrah
kan?”
Mencerlung mata Nadrah!
“Oh salah ya? Hmm... ini
nama bakal suami Nadrah rasanya.”
“Mohd Naqiudin bin
Nasarudin...”
“Oh sorry.. sorry.. bukan
bakal tapi memang nama suami awak kan?” Tak tunggu lama, terus sahaja bahunya
dihempuk oleh Nadrah. Pergh.. berbisa jugak!
“Nama awak tu, awal-awal
lagi dah blacklist jadi suami saya tau! Jadi jangan nak berangan sangat. Sign
cepat lepas tu pergi balik!” Lantaklah kalau Naqi fikir dia nak menghalau pun.
Lagi lama mamat ni kat sini, tak terbuat kerja-kerjanya yang lain.
“Nanti saya report
perangai awak ni dekat dato. Macam gini rupanya awak layan client kan? Saya ni
anak saudara dato tau.. Anak saudara kesayangan pulak tuh!”
“Reportlah... ada saya
kisah.”
Kali ini Naqi pulak yang
terkena. Idea, mana idea nak kenakan Nadrah ni? Haih.. time ni ke otak ni kena
serang dek buntu?
Sedang elok dia sedang
mencari ayat, pintu kaca ditolak dari luar. Mak ngah!
Tak berkelip anak mata
Datin Azlina memandang kelibat anak saudaranya itu. “Aik... awal pagi dah
datang?” Dia sedia maklum dengan business yang hendak diusahakan oleh Naqi
bersama suaminya. Tapi tak tahulah pulak seawal ni dah menapak di pejabat?
“Business mak ngah.. mana
boleh lambat. Nanti orang rembat mulalah melepas.”
Nadrah mencebik. Iyalah
sangat. Padahal dokumen ni semalam dah boleh selesaikan.
“Takut orang rembat
business ke takut awek kena kebas?”
Oh, nak pengsan Nadrah
dengar usikan Datin Azlina itu. Amboih, sejak bila pandai bergurau ni? Bukan
Datin ni pandai mengamuk je ke?
“Hah.. yang tu pun satu
hal jugak mak ngah.” Dikerling Nadrah yang dah tayang muka nak muntah tuh.
Nampaknya tak payah susah-susah perah otak cari idea sebab isi penting
tiba-tiba muncul depan mata.
“Morning datin.. Dato tak ada
sekarang dia ada..”
Belum habis Nadrah terang,
Datin Azlina dah menyampuk. “Saya tahulah Nad... Awak kan dah print jadual dia
pada saya.”
Okay. Satu perkembangan
yang baik bila dapat dengar Datin Azlina bercakap dengan intonasi yang paling
merdu itu. Tak menengking dan tiada tuduhan melulu seperti biasa?
“Jadi, ada apa-apa yang
boleh saya bantu datin sekarang?” Pelik jugak. Kalau dah tahu Dato tak ada,
buat apa datang ofis?
“Hmm.. sejak saya tahu
korang berdua ada hubungan, saya jadi macam tak sabar pulak nak tunggu wedding
korang. Ialah, nak mengharap ke anak
sendiri, lama lagi nak tunggu. Jadi, saya ingat nak bawak awak pergi
survey-survey butik pengantin. Ada satu tu kawan mak ngah punya. Semua trend
terkini tau. Dia dah cakap akan bagi diskaun lagi pada mak ngah. Lagipun elok
jugak kalau survey awal-awal kan...nanti tak lah terkejar...”
Rahang Naqi terjatuh.
Dahi Nadrah pula dah merenik dengan peluh.
Hanya Datin yang masih
beriak tenang.
Oh damn! Survey calon
jodoh pun belum berkesudahan lagi tapi dah kena survey butik pengantin? Gila! Macam mana dia boleh kenal dengan anak beranak ni? Ppffftt...
p/s: insyaAllah, nanti SCJ ni ada dalam versi cetakkk... excited x? hihi....
Versi cetak maksudnya cerita akan habis dalam blog ke tak??
ReplyDeletehabis dalam belog... tp dekat buku ada versi special... =)
DeleteLawak tul Si naqi ni, nk ngorat gn kuih melayu. Konon ngorat stail br la tu hihihi
ReplyDeleteExcited..yeay!!!!
ReplyDeleteyeaygh.. abis di blog jugak.. terima kasih u
ReplyDelete>>k<<
Yahooo...... Bila? Bila? Versi cetaknya tu?
ReplyDeleteyeayyy!!! x sabar nk bce bab seterusnye ... suka naqi rajin usik nad ..haha
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteHaila...naqi,mcm2 idea die nk kene kn c nadrah ni,bce cite ni xsah klau xglak,hehehe...next n3 pls sara..
ReplyDelete- Fara
Excited sgt adik non oiiii...cpt x sabar nih
ReplyDeleteLawak xhengat la naqi ni.jual lg mahal nadrah. Kita tgk usaha naqi smpy mana.
ReplyDeleteAdoi memang gelak sorang sorang.... Hahaha
ReplyDeletehaha best2. nak tipu tapi makan diri sendii. hehe. I like it.
ReplyDeletehadoiii gelak sampai sakit perut baca n3 yg ni... Mak ngah pun boleh tahan juga bila buat lawak....
ReplyDelete
ReplyDeleteHanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :
Bonus New Member 20%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 300.000,-
* TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Di Berikan Di Depan
* Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw
Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 100.000,-
* TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Diberikan Di Depan
Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!
hubungi kami di :
BBM : e3a9c049
LINE: icg88poker
Whattsapp : 081360618788
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny