Sunday 21 September 2014

SURVEY CALON JODOH [6]


Dari luar pintu kaca lagi, mata Naqi tidak lepas dari memandang seniornya itu. Nampak manis sungguh dengan baju kurung songkek berwarna ungu itu. Macam nak pergi kenduri.
            “Hai.. selamat pagi.”
            “Selamat pagi Encik Naqi. Kalau encik cari Dato, Dato tak ada. Pagi ni dia ada meeting di luar.” Jelas Nadrah sampai tangannya ligat menari di dada papan kekunci.
            “Saya tahu dato tak ada. Dia dah bagi tahu saya pagi-pagi.”
            “Oh... jadi buat apa awak datang pagi ni?”
"Awak dah breakfast?" Malas mahu menjawab soalan Nadrah, Naqi memesongkan soalan.
Nadrah menunjukkan jam tangannya. "Dah pukul sebelas Naqi. Dah nak lunch pun. Document dah siap sign ke?" Baru teringat yang Naqi perlu memberikan beberapa dokumen untuk Dato Fahmi tandatangan.
Kalau tak ada kena mengena dengan bos, dia pun memang malas nak layan Naqi nih. 
"Dah.." Sampul surat sebesar saiz A4 itu diserahkan pada Nadrah.
"Nah.. Ini untuk brunch." Plastik berisi kuih itu diletakkan di atas meja Nadrah. 
"Saya tak lapar.. Bagilah orang lain." Tolak Nadrah.
"Ishh.. saya beli kuih ni bukan untuk kenyangkan awak tapi untuk buat muka awak berseri-seri. Sebab saya tengok muka awak malap je dari tadi.”
"Hah?" Terhenti semua kerja-kerja Nadrah tadi.
"Yalah.. Makan kuih Seri Muka ni akan buat muka awak lebih berseri.."
Anak mata Nadrah menjeling ke atas. Jembalang tanah mana yang ajar Naqi ilmu songsang nih?
"Siapa kata? Makan Kuih Seri Muka ni boleh jadikan kita orang yang suka bermuka-muka tau!" Balas Nadrah balik. Tak nak kalah.
"Okaylah fine. Kalau tak nak makan kuih Seri Muka ni, makanlah kuih Seri Ayu nih. For Sure lepas nih awak akan ayu dan tak garang-garang lagi." 
Nadrah dah terduduk. Otak dah macam terbakar. Darah dah mendidih. Like seriously,  I'm going to die!
“Saya rasa awak ni banyak sangat makan kuih yang ada kelapa parut. Itu yang banyak mengarut tuh! By the way, kenapa awak tak beritahu dekat saya yang awak ni pemain bola?” Tanya Nadrah. Meneruskan kerja seperti biasa.
“Kenapa? Kalau saya beritahu, awak nak mintak sign ke? Ataupun awak nak jadi fans saya?” Terjongket kening Naqi sewaktu menghulurkan pertanyaan.
“Dua-dua pun saya tak nak.”
“So, saya tak nampak alasan kenapa saya kena bagi tahu awak!”
“Memanglah.. tapi adik saya tu peminat bola. Setiap game pun dia pergi tengok. At least saya boleh beritahu dia.” Lain yang dirangka, lain pulak yang terkeluar. Apasal pulak dia rajin jual nama Naufal ni? Sebenarnya dia nak cakap, at least dia bersedia sikit kenapa orang selalu pandang Naqi tersengih-sengih. Lagipun pemain bola tu dikira public firgure lah jugak.
“Oh.. adik awak yang kita jumpa semalam?”
“Hmm...”
“Dia tu adik kesayangan awak ke?”
“Saya sayang semua adik saya.”
“Oh... jadi awak mesti sayang apa yang adik-adik awak sayang kan?”
Kali ini Nadrah angkat muka. Apasal ayat Naqi tu macam mengandungi makna yang beracun je.
“Tak adalah... awak sayang adik awak... adik awak sayang saya.. so, bila awak dah tahu yang saya ni pemain bola, awak tak nak ke hadiahkan saya ni sebagai abang ipar untuk adik awak? Eh...” Naqi gigit kuku jari terlunjuknya. “Hmm.. ke macam mana?”
“Abang ipar adik saya? Maksudnya...” Seketika Nadrah tergamam. Hei, tolonglah! Tak ingin dia bersuamikan loya buruk macam budak Naqi ni. Naik menyampah pula bila terdengar suara Naqi ketawa bagai nak rak.
Naqi ni kan... Banyak betul modal dia nak mengusik? Tak pernah habis. Tak pernah tersarung dek rasa basi.
“Tapi... ada satu benda lagi yang awak tak tahu pasal saya.”
Berkedut dahi Nadrah. “Pasal apa?”
“Awak betul-betul tak ingat ke? Sikit pun tak?” Apa memang betul ke rupa dia lain sangat dari versi sekolah dulu sampai Nadrah tak cam langsung. Mungkin dulu dia putih sikit berbanding sekarang. Dulu tak ada janggut. Sekarang ada sejemput.
“Apa benda yang awak merepek ni Naqi. Cuba terus terang... apa yang saya lupa? Kalau betul saya lupa, ingatkanlah.”
Naqi melepaskan keluhan kecil. Tak nak. Dia tak kan ingatkan Nadrah. Pandai-pandailah Nadrah ingat sendiri. Kalau sungguh Nadrah tak ingat langsung, biarlah ia tergantung sendiri tanpa penjelasan darinya.
“Tiba-tiba saya pun lupa apa yang saya nak cakap. Okaylah... Saya pergi dulu. Lagi satu.. jangan lupa makan kuih tuh. Cukuplah awak bazirkan kasih sayang saya, tapi jangan bazirkan kuih tuh.”
Nadrah gigit bibir. Rasa macam nak tunjal je kepala Naqi tu. Entah macam manalah skru-skru dalamnya berfungsi.
Setelah menyudahkan kerja-kerja yang perlu dilakukan, Nadrah mencapai sampul surat pemberian Naqi tadi.
Dokumen yang berada di dalam sampul surat itu dikeluarkan. Dia ingin menanda bahagian yang perlu ditandatangan oleh Dato Fahmi untuk diletakkan di dalam tray di atas meja nanti.
Tapi... Terbeliak biji mata Nadrah. Budak ni dah kenapa? Kenapa dia pergi sign tempat dato? Kenapa tak sign dekat nama sendiri? Dia ni pandai membaca ke tidak?
Gangang telefon terus diangkat. di dial nombor Naqi. Tak sampai sepuluh saat, suara Naqi dah menderu dipeluput telinga.
“Hai Nad.. kenapa saya ada instinct yang awak akan call saya ya?”
“Oh ya ke? Bagus betul instinct awak kan?” Tebakarnya rasa dengar suara tak bersalah Naqi tu. Macam sengaja jeh!
“Kenapa Nad... awak nak berterima kasih pada saya ke sebab kuih tadi berjaya buat muka awak berseri? Tak pun buat rasa ayu?”
Nadrah mendengus. Kasar. Tengkorak dia punya terima kasih!
“Kuih tu.. buat saya nak tanya awak satu bendalah.. Awak ni pandai membaca ke tidak? Atau nama dekat dalam IC awak tu dah tertukar sendiri?”
Naqi yang berada di hujung talian cuba menahan tawa. Ayat sinis Nadrah pun dah kedengaran merdu di telinganya. Telinga dia yang tak betul atau dia yang dah tak centre.
“Hmm... nama saya masih sama seperti dulu. Tak berubah sikit pun.”
“Dah tu, kenapa awak sign dekat nama dato? Kalau satu je tak apalah.. Ini semua awak sign dekat nama dia.”
“Oh.. saja...” Skrip jawapan ni dah lama dia sediakan.
“Saja?” Nadrah betulkan gangang telefon. Dia tak salah dengar kan?
“Yalah... bila saya buat salah tuh, esok adalah alasan saya nak datang jumpa awak lagi kan?”
Sekarang ni Nadrah rasa macam hantukkan dahi atas meja sendiri. Apa ke biul sangat Naqi ni? Sengaja sebab nak jumpa dia? Kemaruk nak tempah title arwah ke apa?
“Naqi.. elok-elok prosedur nak bukak syarikat ambik masa seminggu, mahu jadi sebulan. Kedai tu kan nak bukak cepat. Banyak lagi proses yang perlu awak buat..” Suara Nadrah dah kendur. Tak guna tarik picing tinggi-tinggi. Bukan budak ni kisah pun!
“Tak apalah... saya lagi suka.”
Inilah masalah orang lelaki. Fikir dia mudah je. Nanti dah jadi satu kerja nak kena telefon company secretary untuk ganti dokumen yang sedia ada. Tak ke dah menyusahkan ramai orang? Yang penting dah susahkan dia. Dia memang sejenis manusia yang tak suka buat kerja yang sama berulang kali.
“Nad.. dokumen tu awak suruh je company secretary email pada awak. Nanti awak print saya sign depan awak ya! Kalau saya nakal-nakal nak sign dekat nama Dato lagi, awak cubit saya ya?” Naqi dan taruk ayat pujuk. Seram jugak bila menyambut diam Nadrah.
“Tak pun.. kalau saya ter..sign atas nama dato, awak print je yang lain. Kan ke senang...” Tambah Naqi lagi.
“Encik Naqiudin, lawak awak langsung tak kelakar!”
“Aik, siapa yang buat kelakar. Bahagian kerja kenalah serius cik kak oit...”
Balik-balik Nadrah pulak yang terkena balik. Malaslah layan budak nih! Terus gangang telefon diletak kasar. Geram. Sakit hati. Semua larut menjadi sebati.
Kalau macam gini gayanya, BP dia akan naik. Silap hari bulan boleh kena serangan jantung gamaknya.
Matanya terpandang pula kuih-muih yang Naqi belikan tadi. Baik bagi rakan ofis yang lain. Kalau tak bagi, mahu masuk tong sampah nanti.
Kuih-muih yang diletakkan di dalam pinggan itu diberikan pada Kak Marlia. Dia tahu kuih ini memang kegemaran kak Marlia.
“Hmm... beli kat mana kuih ni Nad?”
“Erk.. anak saudara dato yang bawak kak.” Baik mengaku awal-awal. Kalau Kak Marlia tempah nanti, haru pulak nak mencari kedainya.
“Oh.. yang pemain bola sepak tu ya?”
Nadrah mengangguk. Nampaknya Kak Marlia pun tahu Naqi tu pemain bola sepak. Dia je yang dungu bab-bab macam gini. Susah jugak kalau tak bercampur dengan dunia luar nih.
“Manis kuih ni.. Macam orang yang bawak tu jugak. Kamu tak nak ke Nad?”
“Tak naklah kak.. saya ni tak boleh makanan manis sangat. Karang kena kencing manis. Naya! Hmm... kalau tak habis, akak bagilah pada yang lain-lain ya.”
“Oh ya... nanti kalau dia datang lagi, kirim salam ya. Anak akak minat ke dia tu. Baguslah kalau musim ni dia dah main untuk Pahang. Kalau anak akak tahu tu, mahu dia suruh Naqi tu sign jersey dia.”
Nadrah senyum tawar. Tak sangka pulak mamat tu boleh tahan glamournya. Ingatkan pemain bola taraf cikai cincai je.
            Punggung dilabuhkan di kerusinya. Hmm, esok disaster apa pulak yang Naqi nak bawak ya? Tiba-tiba gerun nak menunggu hari esok.
***
Keesokan harinya, Naqi datang lagi. Awal sedikit dari hari semalam. Kali ini pakaiannya sempoi sahaja. Hanya mengenakan tracksuit dan jersey bola. Mungkin baru lepas berjoging.
Dan di tangannya ada sebungkus beg plastik. 
Lagi?
"Awak dah mandi?" Soalan pertama dari Naqi.
"Hei budak.. Awak merepek apa nih? Saya datang kerja kan.. Mestilah dah mandi." Apa lagi idea jahanam yang Naqi nak bagi nih?
"Heh.. Sebab awak dah mandi jadi saya bawakkan khas untuk tuan puteri..." 
Lama Nadrah pandang kuih yang berada di hadapannya. "Kuih apa tu?" Tekak Nadrah bukan minat sngat kuih-kuih melayu nih.
"Hah... Inilah kuih puteri mandi." Ini memang salah satu kuih kegemarannya. Itu yang dia beli lebih untuk Nadrah. Manalah tahu Nadrah berkongsi citarasa yang sama dengannya.
Berkedut dahi Nadrah. Ada ya nama kuih macam tu? Ke Naqi saja mereka cerita?
"Jadi kuih ni sesuai untuk orang yang mandi lah yaaa.. Habis tu kalau orang tak mandi nak makan kuih apa?" 
Anak mata Naqi naik ke atas sedikit. Berfikir.
"Hah... Kalau tak mandi, dia kena makan kuih baulu."
"Kenapa baulu pulak yang jadi mangsa?" Budak ni ada sahaja ideanya.
"Yalah.. 'Bau'..lu" Naqi dah ketawa besar. Seronok dapat kenakan Nadrah. 
Nadrah mendengus! Itu bahulu lah. Bengong! 
"Daripada awak membazir beli kuih-muih yang mengarut nih, baik awak beli cekodok esok. Hah.. Yang itu saya makan!" 
Terbeliak biji mata Naqi. 
"No! Tak boleh!" 
Nadrah mengerutkan dahi. "Asal pulak tak boleh?" 
"Kalau makan cekodok, nanti awak akan jadi 'kodok'. Hah, awak nak ke?"
Nadrah ketap bibir. Budak ni kannnn... Tak matang langsung! 
Naqi makin galak ketawa. Seronok dapat usik Nadrah. 
            Malas mahu melayan Naqi, Nadrah mengeluarkan beberapa helai dokumen yang perlu Naqi tandatangan.
            “Sila sign dekat nama awak!”
            “Aik.. kenapa saya tak nampak nama saya?”
            Nadrah dah kepal penumbuk. Memang ada yang nak kena lesing hari nih! Main-main pulak dia nih! “Ini.. Mohd Naqiudin bin Nasarudin ni bukan nama encik ke?” Gigi Nadrah dikancing. Mengawal amarah.
            “Oh... ini nama buah hati Nadrah kan?”
            Mencerlung mata Nadrah!
            “Oh salah ya? Hmm... ini nama bakal suami Nadrah rasanya.”
            “Mohd Naqiudin bin Nasarudin...”
            “Oh sorry.. sorry.. bukan bakal tapi memang nama suami awak kan?” Tak tunggu lama, terus sahaja bahunya dihempuk oleh Nadrah. Pergh.. berbisa jugak!
            “Nama awak tu, awal-awal lagi dah blacklist jadi suami saya tau! Jadi jangan nak berangan sangat. Sign cepat lepas tu pergi balik!” Lantaklah kalau Naqi fikir dia nak menghalau pun. Lagi lama mamat ni kat sini, tak terbuat kerja-kerjanya yang lain.
            “Nanti saya report perangai awak ni dekat dato. Macam gini rupanya awak layan client kan? Saya ni anak saudara dato tau.. Anak saudara kesayangan pulak tuh!”
            “Reportlah... ada saya kisah.”
            Kali ini Naqi pulak yang terkena. Idea, mana idea nak kenakan Nadrah ni? Haih.. time ni ke otak ni kena serang dek buntu?
            Sedang elok dia sedang mencari ayat, pintu kaca ditolak dari luar. Mak ngah!
            Tak berkelip anak mata Datin Azlina memandang kelibat anak saudaranya itu. “Aik... awal pagi dah datang?” Dia sedia maklum dengan business yang hendak diusahakan oleh Naqi bersama suaminya. Tapi tak tahulah pulak seawal ni dah menapak di pejabat?
            “Business mak ngah.. mana boleh lambat. Nanti orang rembat mulalah melepas.”
            Nadrah mencebik. Iyalah sangat. Padahal dokumen ni semalam dah boleh selesaikan.
            “Takut orang rembat business ke takut awek kena kebas?”
            Oh, nak pengsan Nadrah dengar usikan Datin Azlina itu. Amboih, sejak bila pandai bergurau ni? Bukan Datin ni pandai mengamuk je ke?
            “Hah.. yang tu pun satu hal jugak mak ngah.” Dikerling Nadrah yang dah tayang muka nak muntah tuh. Nampaknya tak payah susah-susah perah otak cari idea sebab isi penting tiba-tiba muncul depan mata.
            “Morning datin.. Dato tak ada sekarang dia ada..”
            Belum habis Nadrah terang, Datin Azlina dah menyampuk. “Saya tahulah Nad... Awak kan dah print jadual dia pada saya.”
            Okay. Satu perkembangan yang baik bila dapat dengar Datin Azlina bercakap dengan intonasi yang paling merdu itu. Tak menengking dan tiada tuduhan melulu seperti biasa?
            “Jadi, ada apa-apa yang boleh saya bantu datin sekarang?” Pelik jugak. Kalau dah tahu Dato tak ada, buat apa datang ofis?
            “Hmm.. sejak saya tahu korang berdua ada hubungan, saya jadi macam tak sabar pulak nak tunggu wedding korang.  Ialah, nak mengharap ke anak sendiri, lama lagi nak tunggu. Jadi, saya ingat nak bawak awak pergi survey-survey butik pengantin. Ada satu tu kawan mak ngah punya. Semua trend terkini tau. Dia dah cakap akan bagi diskaun lagi pada mak ngah. Lagipun elok jugak kalau survey awal-awal kan...nanti tak lah terkejar...”
            Rahang Naqi terjatuh.
            Dahi Nadrah pula dah merenik dengan peluh.
            Hanya Datin yang masih beriak tenang.

          Oh damn! Survey calon jodoh pun belum berkesudahan lagi tapi dah kena survey butik pengantin? Gila! Macam mana dia boleh kenal dengan anak beranak ni? Ppffftt...

p/s: insyaAllah, nanti SCJ ni ada dalam versi cetakkk... excited x? hihi.... 

16 comments:

  1. Versi cetak maksudnya cerita akan habis dalam blog ke tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis dalam belog... tp dekat buku ada versi special... =)

      Delete
  2. Lawak tul Si naqi ni, nk ngorat gn kuih melayu. Konon ngorat stail br la tu hihihi

    ReplyDelete
  3. Excited..yeay!!!!

    ReplyDelete
  4. yeaygh.. abis di blog jugak.. terima kasih u

    >>k<<

    ReplyDelete
  5. Yahooo...... Bila? Bila? Versi cetaknya tu?

    ReplyDelete
  6. yeayyy!!! x sabar nk bce bab seterusnye ... suka naqi rajin usik nad ..haha

    ReplyDelete
  7. Haila...naqi,mcm2 idea die nk kene kn c nadrah ni,bce cite ni xsah klau xglak,hehehe...next n3 pls sara..

    - Fara

    ReplyDelete
  8. Excited sgt adik non oiiii...cpt x sabar nih

    ReplyDelete
  9. Lawak xhengat la naqi ni.jual lg mahal nadrah. Kita tgk usaha naqi smpy mana.

    ReplyDelete
  10. Adoi memang gelak sorang sorang.... Hahaha

    ReplyDelete
  11. haha best2. nak tipu tapi makan diri sendii. hehe. I like it.

    ReplyDelete
  12. hadoiii gelak sampai sakit perut baca n3 yg ni... Mak ngah pun boleh tahan juga bila buat lawak....

    ReplyDelete

  13. Hanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :

    Bonus New Member 20%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 300.000,-
    * TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Di Berikan Di Depan
    * Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw

    Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 100.000,-
    * TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Diberikan Di Depan

    Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!

    hubungi kami di :
    BBM : e3a9c049
    LINE: icg88poker
    Whattsapp : 081360618788

    ReplyDelete
  14. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete