Dari tadi diperhatikan anaknya yang seorang ini. Dari tadi tak henti
tersenyum sorang diri. Tengok bola je pun. Nampaknya Naqi dah kemaruk sangat
gayanya.
“Kamu tak penat ke Naqi
senyum sorang-sorang? Tak gol pun senyum ke?” Tanya Puan Asmidar sambil
meletakkan segelas minuman di atas meja kopi.
“Eh ma...” Kepala yang
tidak gatal digaru. Segan pulak ditegur begitu. Bukan mama dia dah tidur ke
tadi?
“Hmm... sekarang semua
orang dah kecoh yang kamu nak kahwin dengan PA pak ngah.” Risau jugak Puan
Asmidar dibuatnya. Si adik pun bukan main beria lagi bercerita. Macam dia pulak
yang terima menantu padahal Naqi tak berbunyi sedikit pun.
“Ma doa-doalah yang gosip
tu betul-betul jadi. Manalah tahu ada jodoh betul-betul.”
Puan Asmidar ketap bibir.
“Bercakap tu memang mudah Naqi... Kamu tu lelaki lain. Perempuan yang nak
tanggung tu lain pulak. Jangan main-main hati orang. Kalau tak nak, cakap je
lah tak nak.”
“Kalau nak?” Tebak Naqi
serius. Membetulkan duduknya.
“Kamu ni sungguh-sungguh
ke? Kamu kenal dia berapa lama sangat?” Anak bongsu yang sorang ni bukan boleh
percaya sangat. Pemain bola dah biasa disogokkan dengan label playboy tu.
Lagipun dulu ada jugaklah dengar dia berkawan dengan perempuan. Kena gosip
dengan artis pun pernah. Mujurlah tak lama. Kalau tak jenuh nak menjawab dengan
sanak saudara.
“Ma.. buat pengetahuan
ma... dia tu senior Naqi masa kat sekolah dulu.”
“Hah? Sungguh ke?”
“Sungguhlah. Dia senior
Naqi masa sekolah lama kita dekat KL tuh. Tapi...” Jeda seketika. Payah dia nak
bukak cerita ni tapi dah alang ke palang mama dia tanya dia dah tanya, apa
salahnya bukak buku cerita lama tu kan?
“Tapi apa?”
“Dia tak ingat Naqi.”
“Tapi kamu ingat ke dia?”
Naqi mengangguk.
Puan Asmidar mengeluh.
Naik pelik pun ada. “Jadi kamu memang sungguh-sungguh nak ke dialah ni? Dah
pasti? Dah tanya pemilik hati tu? Jangan main serbu je... karang tak jadi
mulalah frust menonggeng.”
Naqi sengih. Itu belum
buat.
“Buatlah istiharah dulu.
Tanya Dia. Dia yang gengam hati-hati kita. Hmm.. jangan ikut dan langgar lepas
tu accident.. hati tu koma siapa nak tanggung? Ma bukan nak menakut-nakutkan
kamu, tapi nak bagi jelas dulu.” Nasihat Puan Asmidar sungguh-sungguh. Nak
bercakap dengan kaum adam ni tak boleh nak kias-kias sangat. Tak makan dek otak
dia orang. Karang orang belok kiri, dia kona ikut kanan! Haru.
Naqi pegang kedua belah
tangan mamanya. “Thanks ma.. Naqi cuba.”
“Ma dulu.. setahun buat
istiharah dengan solat hajat masa nak pilih arwah ayah kamu.”
“Setahun ma? Lama betul?”
Oh tidak.. kalau Nadrah ambik masa selama itu, pengsanlah dia. Dia kalau boleh,
tak nak lah kenal lama-lama. Kenal lepas kahwin kan lebih indah ceritanya.
Lagipun, dia tak mahulah digosok dengan gosip-gosip lagi. Dah penat.
Nanti bola tak setara
mana. Gosip je lebih. Banyak dah contoh sekeliling.
“Perempuan lain.. Bukan
macam lelaki. Kaum hawa ni banyak benda nak fikir. Lagipun bukan senang nak
pasti dengan sesuatu.. selalu je hati tu goyah waima keputusan rasmi dah dibuat.
Biasalah perempuan ni takut.. takut tak disayang. Takut kena tinggal. Takut
segala bendalah..”
Berkali-kali Naqi
mengangguk. Mengiakan. Nak handle perempuan macam Nadrah lagi parah sebab dia
ada sindrom patah hati terlampau walaupun fakta ni tak dapat cop sirim lagi.
“Ma... kita buat
sama-samalah. Bukan apa, kalau Naqi buat sendiri takut hati ni tak adil pada
tuan badan sendiri. Kalau ma buat sekali... bolehlah kita rangkum jawapan
sekali.”
Puan Asmidar senyum.
“Kalau kamu tak suruh pun, memang ma nak buat.Tapi yang penting tuan punya
badan pun kena usaha sekali.”
“InsyaAllah ma.. kita
sama-sama ikhtiar..”
“Okaylah.. ma nak masuk
tidur. Kamu tu jangan tidur lambat. Esok ada game kan?”
“Yup.. selamat malam
ma..Doakan Naqi menang untuk game esok tau!”
Anak mata kembali
difokuskan pada game bola sepak yang sedang ditayangkan. Tapi tumpuannya bukan
disitu. Telefon bimbit dicapai. Nombor Nadrah didial.
“Hello...
Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.. awak
nak apa Naqi? Dah pukul sebelas malam ni. Hal kerja cerita esoklah..”
“Oh.. saya bukan nak
cerita hal kerja. Saya nak cerita hal hati. Jadi bolehlah cakap malam ni kan?”
“Awak salah nombor ni..”
Tak cukup waktu siang, waktu malam pun nak diganggunya.
“Taklah. Betullah. Saya
tengah bercakap dengan orang yang betul. Izyan Nadrah.”
Nadrah yang berada di
hujung talian dah mendengus. “ Naqi.. awak ni patutnya kena jumpa doktor. Biar
dia bagi ubat untuk hati awak yang mabuk tuh!”
Ketawa besar Naqi
mendengarnya. “Oh ya ke? Hmm... awak pulak kena jumpa mekanik. Biar dia repair
hati awak yang rosak tuh.” Balas Naqi tak mahu kalah.
“Selain dari bawak pergi
jumpa doktor, hati awak tu kena bawak pergi jumpa polis. Biar polis masukkan
hati awak tu dalam lokap. Nanti tak lah dia rajin lagi nak mengada dan mengacau
orang malam-malam nih!”
“Hmm... hati awak tu lepas
mekanik repair bagi pulih, bolehlah bagi dekat saya supaya saya boleh sumbat
masuk gawang gol! Ngam kan?”
Kalau bertekak dengan
budak ni, tak ada maknanya Nadrah boleh menang. Sebab idealogi Naqi yang
terakhir mesti nak smash dia balik. Tahulah dia tu pemain bola.
“Naqi.. kalau awak sekadar
telefon untuk cari gaduh, memang babai. Saya nak tidur!”
“Eh kejap...”
“Apa lagi?”
“Esok first game saya
dengan team Pahang. Saya bagi tiket awak datang tau!”
“Satu.. saya tak suka
tempat sesak. Dua.. saya tak suka tengok bola. Tiga.. awak menang ke kalah ke,
tak ada kena mengena dalam hidup saya! Clear tak? Okay nite Naqi. Selamat
malam.”
Lama Naqi terdiam sendiri.
Hampa dengan penolakan Nadrah. Adoilah hati. Jangan merajuk dan putus asa dulu.
Macam lah tak biasa bila Nadrah layan dia endah tak endah macam nih! Relaks ah
Naqi. Bagus kan jumpa perempuan garang-garang ni. Ini tanda dia tak mudah
melayan orang lain. In case dia jatuh cinta, cinta dia jenis bercop sirim
setia.
Sabarlah.. tak kan lari
gunung dikejar! Tapi Nadrah bukan gunung. Dan lebih haru, Nadrah ada kaki nak
lari.
***
Usai memasak makan malam,
terus Nadrah menyambung mengemas dapur. Bunyi sorakan di ruang tamu itu
langsung tidak membuatkan Nadrah menghentikan kerja-kerjanya.
Naufal muncul di muka
pintu dapur. “Kak, kau tak payahlah tunjuk solehah kau tu sangat. Makanlah
dulu. Kemas dapur tu kejap-kejap lagi pun boleh buat.” Ditarik tangan kakaknya
itu.
“Ish... kau ni kenapa Fal?
Akak nak kemas dapurlah. Kalau kau offer diri nak tolong kemas kejap lagi
baguslah jugak.”
“Okay fine! Kejap lagi Fal
dengan Afiq settlekan dapur tuh. Jom tengok tv.”
Nadrah tarik tangannya.
Ingat dia tak kenal ke dengan taktik adiknya itu?
“Malaslah. Korang tengok bola. Bukan akak minat pun.” Dia rasa orang gila
pun tak main bola. Apa ke aneh sangat dua puluh dua pemain berebutkan sebiji
bola tuh? Lepas sibuk kejar, ditendang-tendang pulak. Siapalah yang cipta
permainan bola sepak ni?
Naufal tidak terus mengalah.
Ditolak bahu akaknya supaya menurut langkahnya.
“Fal tak suruh tengok
bola. Fal suruh tengok pemain bola. Boleh survey calon jodoh. Lagipun ada pakwe
hensem beraksi hari ni.” Sebenarnya Naufal memang bercadang nak tengok bola di
Stadium. Tapi rasanya, lebih baik tengok di rumah. Boleh menyakat kakaknya.
“Kau jangan mengarut boleh
tak?” Pergaduhan mereka berdua teralih bila mendengar soalan yang keluar dari
mulut Puan Melati.
“Eh... pemain bola nombor
sembilan tu pemain baru ke? Mak tak pernah nampak pun.”
Hati Naufal dah berjoget
riang. Cun jugak soalan mak dia tuh. Untung jugak dapat mak kaki bola nih.
“Oh.. nama dia Naqi mak. Dulu main untuk Selangor. Baru je join team Pahang
tuh!”
“Oh.. macam okay je main.”
Anak mata Nadrah menjeling
ke syiling rumah. Game baru je start sepuluh minit, si emak dah boleh bagi
komen macam tuh? Itu berdasarkan statistik permainan ke atau statistik paras
rupa? Tapi... Naqi tu bukannya kacak mana pun.
Nadrah angkat punggung.
Tapi cepat je tangannya ditarik balik oleh Naufal. Eh budak ni, kacau kesabaran
sungguhlah.
“Fal... akak nak buat
kerjalah.”
“Baik akak duduk sebelum
Fal bocorkan rahsia akak.” Bisik Naufal berani.
Mencerun mata Nadrah.
Rahsia apa pulak ni? Ni tak lain tak bukan, dah start lah tuh nak buat mulut
lembik dia tuh.
“Tak ada apa yang akak nak
takut. Sebab akak bukan buat apa-apa pun.”
Oh.. Naufal anggukkan
kepala. Si kakak ni memang kuat mencabar! “Mak.. buat pengetahuan mak, Naqi tu
anak saudara bos kak Nadrah. Baru ni Fal nampak dia dua orang berdating.”
“Hah!” Si emak dan ayah
yang sedang menonton perlawanan itu terus menghalakan pandangan ke arah anak
sulung mereka. Serius, berita gempak nih!
“Haha... percayalah sangat
cakap Fal ni mak.” Dicubit kuat bahu Naufal. Kepochi betullah mamat nih!
Sambil mengaduh kesakitan.
Naufal meneruskan ceritanya.
“Iya mak.. Fal nampak akak
keluar dari kereta Honda Civic warna biru. Lepas ni mak dan abah jangan
risaulah. Akak dalam proses survey...” Belum sempat disudahkan ayatnya,
penyepit ketam dan mendarat pula di lengannya.
“Auuuww... sakitlah!”
Puan Melati bangun dari
duduknya dan mengambil tempat di sebelah Nadrah.
“Nad nak kahwin ke? Dengan
dia tu?”
“Ish... merepeklah mak.
Jangan percaya dekat Fal ni. Dia tu anak saudara Dato. Hari tu memanglah kita orang
keluar sama tapi nak settle hal kerja je. Tak kan lah asal keluar dengan lelaki
terus assume nak kahwin. Habis tu kalau keluar dengan Dato Fahmi tu, kiranya
nak kahwin jugak ke?”
Rasa nak ambik je senduk
kat dapur dan ketuk-ketuk mulut adiknya yang seorang ni. Suka sangat cari
pasal.
“Oh...”
“Tak apalah mak. Tak dapat
jadi menantu pun, mak boleh buat dia jadi anak angkat kan?” Si Naufal memberi
cadangan.
“Aah kan.. Nanti pelawalah
dia datang rumah. Boleh kenal-kenal.”
Darah macam turun dari
muka. Naufal ni nak kena nih! Berani dia bagi cadangan macam gitu dekat mak?
“Dia busy mak.. Manalah sempat nak datang rumah kita ni.”
“Alah... bukan mak suruh
datang tiap-tiap hari pun. Lagipun mak tengok dia tu cute lah. Berapa umur dia
eh?”
“Dua puluh lima.” Afiq
tolong bantu menjawab. Orang selangorlah katakan.
“Oh... muda dari Nad lah
ya.”
“Ya mak. Jadi janganlah
harap nak buat jadi menantu ya mak...” Dia dengan Naqi tu kalau duduk satu
pelamin, mahu senget benget. Silap hari bulan roboh terus.
“Alah. zaman sekarang tak
ada masalah pun kalau suami lagi muda. Asalkan bertanggungjawab. Kamu ni
rugilah Nad. Kalau mak jadi kamu, mak mengorat dah. Dia comellah..”
Jari jemari Nadrah dan
picit kepala sendiri. Pening-pening. Comel ke benda taraf muka macam gitu.
“Awak ni Mela... dari muda
sampai ke tua. Orang tengok bola, awak tengok pemain bola.” Si abah yang sedari
tadi diam mula menyampuk. Nak tengok bola pun tak senang. Inilah masalah kalau
tengok kaum hawa ni. Mulut tuh tak reti berhenti nak pot-pet.
Puan Melati mencemik.
“Ish.. abang ni. Saya tengok bolalah. Pandai-pandai je cakap saya tengok pemain
bola.”
“Hah.. kalau dari muda
tengok bola, cuba bagitahu abang macam mana boleh jadi off side?”
“Aaaa... Aaa...macam mana
eh? Hari tu dah ingat tapi lupa pulak.”
Serentak dengan itu mereka
sekeluarga ketawa. Apatah lagi bila melihat si emak yang menggarukan kepala
yang tersarung dengan anak tudung itu. Nadrah pun ikut turut ketawa sama.
Dalam diam, dia dengki dia dengan emaknya sebab mak dapat lelaki macam
abah. Walau kadang-kadang serius tapi abah cool dan pandai berjenaka bila kena
gayanya. Yang penting abah setia dan tak pernah buat perangai.
Mana lelaki zaman sekarang
yang ada style macam abah ni? Mana dia menyorok hah? Kalau ada, calon macam
tulah yang dia nak survey.
Dia mula terfikirkan nasib
dia nanti macam mana? Ke dia memang ditakdirkan hidup sendiri sampai ke tua?
Sakit pening dia nanti sendiri-sendiri? Ke dia akan duduk rumah orang tua?
Oh.. sadis!
Sedang dia tertanya-tanya
dengan kehidupan dia... tiba-tiba terdengar jeritan Gooall!
“Eh.. menantu mak skor
lah!” Skor je terus bagi taraf menantu. Beretika sangatlah perangai mak dia
nih.
“Mak..”
“Bila mak sebut menantu,
bukan semestinya untuk kamu. Mungkin untuk Nurin ke. Anak perempuan mak ada dua
orang lagi tak kahwin kan?” Balas si emak pandai. Merujuk kepada anaknya keempatnya yang masih menuntut di UPM. Baru
berumur dua puluh tiga tahun.
Naufal ketawa. Siap buat
high five dengan si emak.
Abah menggeleng. “Afiq,
pak cik harap kamu tak sewel duduk dengan kami.” Segan jugak dia dengan kawan
anaknya ini. Janganlah serik dengan gurauan kasar mereka anak beranak.
“Eh.. macam ni baru rasa
meriah pak cik. Saya ni dua beradik je. Dapat tumpang meriah keluarga pak cik
boleh buat hilang rindu dekat keluarga sendiri.”
“Tengok replay tu.. serius
cun gila gol dia. Rembatan kaki kiri 240km perjam gamaknya. Betullah dia ni
power sumbat gol.” Komen Naufal serius. Gila tak puji gol macam gitu. Taraf EPL
kot!
Mendengarkan ulasan
adiknya itu, teringat pulak ayat Naqi semalam.
“Hmm... hati awak tu lepas
mekanik repair bagi pulih, bolehlah bagi dekat saya supaya saya boleh sumbat
masuk gawang gol! Ngam kan?”
Persoalannya sekarang,
hati dia ni masih relevan ke untuk direpair?
Dan... soalan tambahannya
ialah, mampu ke si Naqi tu sumbatkan cintanya dalam gawang hati dia?
P/S: yeahhh i know. dah lama x update story ni. berkurun dah kan... korang pun gamaknya dah kelupaan. keke.. maaf sebab kebisian gilaaa... insyaAllah lepas ni entry macam biasa k. ingatkan saya incase kalau2 sy ni terlupa.. =p do enjoy guys...
Oh dia lah yang golkan penalti waktu lawan haritu ye ikikiki
ReplyDeleteAssalamu'alaikum kak Ezzah. <3 <3 <3
ReplyDeleteBerkurang rindu baca kisah diorang. Curious nak tau apalah yang akan jadi lepasni. X dpt agak flow cerita.(^_^)
pahang menng ters dpt idea..hehe...
ReplyDeletelme tgu entry bru, igat2 lupe cite..kne flskback bce...
Tahniah pahang
ReplyDeleteNaqi,, ambikla hati saya .. Keskes
ReplyDeleteMe too
ReplyDeleteKirim salam dekat nurin..hihi tetibe
ReplyDeleteComey
ReplyDeleteSambunglah lagi....cepat2.....
ReplyDeletesgt bagus cadangan naqi tu .. harus direpair dn sumbat msuk gawang hati naqi .. haha , bila la nadrah nk lembut hati ni ,sian naqi
ReplyDeleteHaritu waktu aku tgk piala malaysia... Aku dok cari jgakla pemain pahang yg bernama naqi haha tp hampeh takde haha
ReplyDeleteTahniah pahang menang..
ReplyDeletemak abah pn dh stuju nadrah oiii..terima lah bola naqi masuk gawang hati
Yes..akhirnya ada bab baru, jgn peram lama2 yek ... Pahang menang...
ReplyDeleteHehe...goalllll.....
ReplyDeleteHehe...goalllll.....
ReplyDeleteBerkurun tnggu. Takdanya lupa aih. Anyway, bila nak buka pintu hti cik nadrah kita ni? Wink2.
ReplyDeleteKarna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny
Caesars Casino CT - DRMCD
ReplyDeleteCaesars 밀양 출장샵 Casino CT is one of the newest and 서귀포 출장안마 most famous casinos in the world. 사천 출장안마 Learn about 충청남도 출장마사지 it at the casino's gaming 서산 출장안마 floor and find the best bonus codes.