Sambil fokus memandu, sempat dijeling ke arah Nadrah yang duduk di bahagian
penumpang. "Nad, wear your
seatbelt." Arah Naqi serius. Minah ni kalau tak suruh memang tak buat.
"Saya tak suka pakai seatbelt." Masih berkeras memeluk
tubuh. Boleh tak jangan paksa-paksa. Ikut suka dialah. Dia teman Naqi pergi
bank ni pun dah cukup baik kot!
"Tu.. Ada polis
trafic kat depan tuh. Tak takut ke?" Muncung mulut Naqi kedepan. Bersungguh-sungguh
memaknakan ayatnya.
"Hah..
Mana-mana?"
Tangannya dah gigih
menggagau tali pinggang. Kaget! Kena saman melayang duit. Bukan singgit dua!
Laju Naqi menggeleng.
"Inilah mentaliti orang kita. Pakai seat belt bukan untuk keselamatan tapi
sebab takut pada polis trafic! Our mentality have to changes. Sampai bila? Nak
suruh buat untuk keselamatan pun susah sangat ke?"
Kali ini tangan Nadrah dah
bergerak ke dua belah telinganya. Dahinya berlapis! Telinganya mengecut!
Hatinya berkedut!
"Oh God! It's could
be worst!"
"What?" Dah
Nadrah ni kenapa tiba-tiba.
"Your wife!"
"Why?"
"Sebab mental dapat
suami kuat membebel macam awak!"
Naqi ketawa. Langsung tak
terasa. Dah biasa terkena dengan Nadrah. "No. It's could be love cause
someone care and kind about you."
"Yalah sangat.."
"Yalah.. Ingat senang
ke nak care for someone yang tak ada apa-apa pertalian dengan kita. Umpamanya
nak bawak trelar tiga tan lalu Cameron Highlands. Susah! Boleh bayang tak macam
mana? So, if someone care so much about you, it's mean he loved you.
Like...." Bicaranya terhenti.
"Like what?"
"Like me."
Tak tunggu lama, terus
Nadrah membuang pandang ke luar tingkap.
Oh oh oh oh oh jem. Trafic
saluran darah terus tersumbat! Dear oksigen, I need you right now! Berhadapan
dengan budak ni rasa tak boleh bernafaslah!
Pemanduan Naqi sampai ke
hala tuju. Sebab masih awal pagi, senang je nak dapat parking.
‘Ni last Nad... Last!
Enjoy your last day today. Lepas ni tak kan mengadap lagi muka Naqi nih!’
Lepas semua kerja-kerjanya
selesai, dia boleh tarik nafas lega sebab tak ada lagi sebarang kaitan dengan
Naqi. Semua urusan penubuhan syarikat Naqi dah selesai. Sekarang cuma nak pergi
bank sahaja untuk uruskan pembukaan akaun syarikat. Ini pun sebab Dato paksa
dia teman Naqi. Kalau tak memang kirim salam dia nak ikut.
Masuk je ke dalam bank,
rata-rata orang mula memandang ke arah Naqi. Ya Allah, sungguh Nadrah rasa tak
selesa. Serupa berjalan dengan artis pun ada. Apa yang orang taksub sangat
dengan pemain bola? Liga Malaysia je pun!
Naqi menanggalkan
sunglases jenama Ray Ban itu.
“Awak dah set appointment
dengan officer bank tu kan?”
“Dah.” Mujurlah dah biasa
berurusan dengan Encik Amran. Tak adalah kekok nak temankan Naqi ke Bank. Cuma
rasa kekok bila orang memandang. Walau bukan memandangnya, tapi bila dah duduk
sebelah Naqi sedikit sebanyak memang terasa tempiasnya.
“Saya dah set appointment
dengan Encik Amran.” Ujar Nadrah pada petugas di ruang hadapan.
“Oh... sekejap ya Cik.
Encik Amran solat dhuha. Jemput duduk dulu.” Sempat Nadrah membaca tag nama
officer lelaki itu.
“Relekslah Nad.. awak kena
biasakan?” Seolah-olah dapat membaca apa yang menggelegak di fikiran Nadrah,
Naqi hulur ayat yang dipenuhi tanda tanya.
“Biasakan? Maksud awak
apa?”
“Yalah.. kalau awak kahwin
dengan saya nanti, awak kena biasakan. Kadang-kadang orang jumpa saya nak
mintak bergambar. Kadang-kadang nak mintak sign. Ini baru berjumpa dengan
penyokong, belum berjumpa dengan press. Mungkin ada orang tangkap gambar kita
secara curi-curi lepas tu email pada bloger-bloger ke.. dengan caption... Naqi
sudah berpunya! Ramailah yang kecewa kat luar sana...”
Nadrah tayang muka tak
percaya. Sungguh ke dia dengar benda ni dari mulut Naqi.
“Like seriously ‘awak dan
saya’ adalah benda yang paling tak logik dalam dunia dan headline tadi akan
buat orang muntah pelangi. Patutnya Naqiudin jual longgok pun Nadrah tak
pandang.”
Naqi ketawa. Sampai macam
gitu sekali?
“Pergh... htag sentap
betul baca headline tuh!” Naqi mula perbetulkan duduk “Okay, cuba bagi sebab kenapa
saya ni berada di luar logik akal awak? Kita kalau tak sukakan sesuatu mestilah
bersebab kan?”
Nadrah gigit bibir.
Mencari sebab.
“Tak ada sebab. Tapi
memang itu idea paling mengarut.”
“C’mon Nad... reka je apa
yang logik. Asalkan nampak macam sebab.” Paksa Naqi.
“Okay first, saya ni
pangkat akak untuk awak. Saya tua tiga tahun dari awak Naqi. Awak tak rasa
apa-apa ke kalau baca headline bloger or paper, pemain bola sepak Naqiudin
memilih Izyan Nadrah yang tua tiga tahun untuk menjadi suri di hatinya.”
Naqi ketawa. Tak mampu nak
tampung rasa lucu. Apa punya kelakar headline macam tu. Sah bloger atau
wartawan tu lupa qada’ dan qadar Tuhan pasal Jodoh itu tak pernah kenal erti
usia.
“Tadi awak suruh cari
sebab kan... janganlah ketawa.” Segan bila beberapa mata mula fokus ke arah
tempat mereka. Naqi ni pun ketawa tak beragak langsung. Ini Bank kot!
“Okay. Second?”
“Second.... sebab awak
pemain bola. Boleh dikira sebagai public firgure. Saya sukakan hidup yang aman
damai dan tenteram. Lagipun what’s mine is mine. Saya jenis yang tak suka
berkongsi apa yang saya punya dengan orang lain. Kalau perempuan boleh mintak
dan boleh sesuka hati bergambar dengan awak, apa nilainya saya di sisi awak?”
“Whooaaa.. so impress!”
Aik, impress pulak? Dia patutnya rasa cemas dan tak selesa.
“Kenapa?”
“Mestilah kagum sebab belum apa-apa awak dah tunjukkan yang awak ni kuat
cemburu!” Sempat lagi dia nak mengusik.
Nadrah menjeling. Tadi dia
jugak yang nak alasan sangat kan? Nadrah reka jelah mana-mana yang berlegar di
benaknya.
“Then third?”
“Hmm... sebab awak banyak
mulut. Banyak cakap. Saya nak kan suami yang tak banyak cakap.”
Kali ini sungguh-sungguh
Naqi tak mampu nak tahan ketawanya lagi. “Oh Nadrah.. how cute you are.”
Cute? Benda macam tu pun cute ke? Waras ke tidak skru-skru otak
Naqi ni?
“Well.. kesimpulan yang
saya boleh buat ialah...bukan semua impian kita yang tergapai tu akan buat kita
damai. Bukan semua harapan yang kesampaian itu akan buat hati tenteram. Tapi
banyak kenyataan yang menunjukkan bahawa perkara yang kita benci kadang-kadang
boleh jadi perkara yang paling baik disisiNya. Sebab tu Allah pernah cakap,
barangkali kita tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya
kebaikan yang banyak. Tak payahlah saya terangkan panjang lebar sebab saya
tahu, awak pun mesti pernah dengar kan....”
Bila Naqi dah tepek ayat
macam tuh, ayat apa lagi yang boleh digunakan untuk membidas? Kalau dia tahu,
dia diamkan je. Tak payah susah-susah jawab soalan Naqi.
“Mana pulak Encik Amran
nih?” Jam dibelek. Dah tak selesa berada di sebelah Naqi. Nak-nak bila ada
beberapa orang meminta kebenaran bergambar dengan Naqi. Dah lah dia yang kena
tangkapkan gambar! Koyak!
“Nad...”
“Apa? Diam boleh tak?”
“Awak tahu definisi
jodoh?” Tak mengambil kira angin monsun Nadrah, Naqi masih menghulurkan
pertanyaan.
Nadrah sekadar mengangkat
bahu.
“Jodoh ni kan... kalau
kita cari, tak akan jumpa dan kalau kita lari dia akan kejar.”
Kali ini berkedut dahi
Nadrah. Dari tak ingin tahu, dia terus ambik tahu. Tapi apa ke pelik sangat
idealogi Naqi tuh? “Habis tu nak kena buat apa?”
“Berhadapanlah. Face it!”
Hati dan akal fikiran
Nadrah cuma menimbang kelogikan definisi jodoh Naqi tu. Berhadapan? Apa
maksudnya?
Naqi tahu Nadrah hendak
tahu tapi biasalah... Nadrah dan ego tu memang berpisah tiada. “Nad.. tak
semestinya yang kita lari tu tak bagus untuk kita dan tak semestinya yang kita
cari tu sesuai untuk kita. Apa yang ada depan mata, cuba kita kaji dulu.
Sesuaikan dengan diri kita. Padankan dengan hati. Siapa tahu itulah jodoh yang
kita survey dari dulu.”
Terdiam Nadrah dibuatnya
lagi. Sejak dua tiga menjak ni, terlalu banyak ayat-ayat Naqi yang dah
berkampung di hatinya, bersarang di fikirannya.
Kemunculan Encik Amran
membuatkan Naqi berdiri. “Maaf sebab lama menunggu.. Sila..”
Mereka mengekori langkah Encik Amran. Tapi hati Nadrah masih berada di
dalam zone perbincangan mereka tadi.
***
Setelah selesai semua
urusan, mereka mula berjalan keluar namun langkahnya terhenti saat namanya
dipanggil dari arah belakang. Naqi yang berada di sebelahnya juga turut
menoleh.
“Ya Allah... Nad kan?”
Suhaila pegang kedua belah pipi Nad.
“Sue...”
Belum pun sempat Nadrah
sudahkan ayatnya, terus Suhaila tarik dia ke dalam pelukannya. “Ya Allah,
rindunya aku dekat kau. Mana kau hilang? Puas aku cuba cari nombor kau tau!”
Beria Suhaila memberi
penjelasan. Dalam pada itu sempat juga dia kerling ke arah Naqi yang berada di
sebelah Nadrah itu. Wah, bukan main lagi ya Nadrah. Diam-diam bercinta dengan
pemain bola!
“Kau.. kerja kat sini ke?”
Macam mana boleh berjumpa
dengan Suhaila pulak? Sebelum ni dia pergi ke bank cawangan ni tak pernah pulak
terjumpa dengan Suhaila. Kawan sekelas masa di UiTM segamat dahulu.
“Aah.. Dulu aku branch
lain, baru jugak dua bulan kat sini.” Telefon bimbitnya dikeluarkan. “Bak sini
nombor kau... aku nak simpan.”
“Erk...” Nadrah dah
teragak-agak. Kalau boleh, dia tak nak berkait rapat lagi dengan mana-mana
rakan yang dulu. Apatah lagi rakan seperjuangan di UiTM ini.
“Tak kan dengan aku pun
kau kedekut jugak Nad? Kau ni..”
“Aku lupa lah... Bak sini
kad kau, nanti aku misscall.” Nadrah cuba berdalih.
Naqi menggeleng. Kronik!
Serius perangai Nadrah ni memang kronik. Member mintak nombor pun kemain susah
nak bagi. Nasib baik nombor Nadrah dahulu diberi oleh Dato Fahmi. Tanpa
berfikir panjang, terus Naqi menyebut satu persatu nombor Naqi. Jelas kedua-dua
wanita itu terkejut.
“Wah... bagus pakwe kau
merangkap PA kau nih!” Cepat-cepat disimpan nombor Nadrah itu. Lepas ni kalau
senang, bolehlah mereka melepak bersama.
Sempat dijeling mamat yang
tayang muka tak bersalah itu. Ikut suka hati dia je sebut nombor telefonnya.
“Jangan salah faham.. Dia ni client je.”
“Oh.. client zaman
sekarang memang hafal nombor orang ya?” Sakat Suhaila. Dia dah rasa sikap
dingin Nadrah itu. Sebenarnya banyak benda yang dia nak tanya pada Nadrah.
Lebih Lima tahun tak jumpa setelah Nadrah berhenti belajar secara mengejut
dahulu. Mestilah banyak benda yang dia nak korek dari Nadrah.
“Weh.. lega jumpa kau kat
sini tau. Sebenarnya hari ni last day aku sebelum aku bercuti. Minggu ni aku
nak kahwin.. Kejap ya, aku ambik kad kahwin... Kau tunggu tau. Cik abang bola,
tunggu tau.. Kejap je..” Setelah itu berdesup Suhaila berlari ke meja kerjanya.
“Suka hati awak kan bagi
nombor telefon saya pada dia?”
Dahi Naqi dah berlapis.
“Kenapa? Dia tu lesbian ke sampai awak nak lari dari dia?”
“Ish.. ke situ pulak.”
“Dah tu yang awak cuak
sangat kenapa? Kalau lelaki tu bolehlah saya anggap yang dia tu ex boyfriend
awak. Tapi dia tu perempuan kot.. Baik dan ramah pulak tuh! Lagipun saya nampak
dia gembira sangat dapat jumpa awak. Tapi awak....” Ada nada sadis di hujung
ayatnya. Makin lama dia kenal Nadrah, makin dia tak faham.
“Tapi saya apa?”
“Awak nampak..” Belum
sempat Naqi habiskan ayatnya, Suhaila muncul dengan nafas yang jelas
berterabur. Penat berlari gamaknya.
“Nah.. minggu ni tau. Buat
dekat Maran.”
“Oh.. sorrylah Sue..
minggu ni aku ada hal. Sepupu aku kahwin hari yang sama.” Dalih Nadrah
berbohong.
Naqi yang cukup faham itu
menggeleng. Apa masalah Nadrah ni? Dulu dia buat jenayah apa sampai takut nak
jumpa kengkawan lama?
“Alah.... kecewanya aku.
Kalau macam tu datang akad nikah pun boleh. Jumaat malam.” Bersungguh-sungguh
Suhaila mengajak. Nadrah pun dah jadi serba salah.
Lengan Nadrah digoncang.
“Bolehlah... boleh jumpa kawan-kawan yang lain.”
Sebenarnya benda itu yang
Nadrah tak nak. Dia tak nak jumpa kawan-kawan UiTM yang lain itu. “Aku tak
janji.. tapi aku cuba ya.”
“Datanglah... kalau kau
tak datang, aku postpone wedding aku..”
“Ish.. ada pulak macam
tuh.”
“Datang tau. Bawak cik
abang bola ni sekali. Itu pun kalau Pahang tak ada game minggu ni. Kalau ada
pun, pontenglah.. bukan selalu kan?”
“InsyaAllah.. ada game
tapi Sabtu malam tu. Kiranya kalau nak datang Jumaat tu boleh, sabtu siang tu
pun boleh.”
Cepat sahaja Nadrah
menjeling. Ikut suka hati dia je berjanji. “Wah.. untung kau Nad dapat abang
bola sporting.. Korang pulak bila?”
“Soon!”
Jatuh darah di muka Nadrah mendengar jawapan
spontan dari Naqi yang tersengih tanpa rasa bersalah itu. Oh budak nih! Makin
diam, makin mengada jawapan dia.
“Jangan layan dia Sue.
Kita orang bukan ada apa-apa pun. Okaylah, aku kena pergi..” Disalam dan
dipeluk Suhaila. Demi Allah, dia pun rindukan Suhaila dan rakan-rakannya yang
lain. Tapi ada sesuatu yang melarang dia dari terus merapatkan jurang yang
sudah terpisah itu. Maaf Sue, aku tak ada kekuatan nak pergi ke kenduri kau.
Sejarah lama itu jika diselak, luka dia masih belum sembuh sepenuhnya.
“Aku harap kau datang. Ada
benda yang kau kena tahu. Jadi.. Datanglah.” Bisik Suhaila perlahan.
Suhaila tahu apa yang membelenggu fikiran Nadrah. Walaupun dia tak tahu isi
cerita yang sebenar, tapi sedikit sebanyak dia tak cukup bodoh untuk mengangak.
Nadrah terkesima. Apa
maksud Suhaila? Atau ini hanya satu taktik Suhaila untuk menarik minatnya ke
kendurinya nanti?
p/s: agak2 nya rahsia pebendalah yang Nadrah dok simpan sangat tuh? ada sesiapa yang bijak nak predict the secret? kekekeke... like always. do enjoy.
best. suka sikap Naqi yg selamba dan gila2 tu... tapi sebelum tu nak tanya bab 9 takde ker atau type error terus jadi bab 10?
ReplyDeleteTxs anyway for a great story...
ehhhh... thanks tegur. ini mmg bab 9. dkat word tu salah tu smpai tertulis bab 10 jgak. enjoyz k
Deletemungkin ex-bf nadrah dah kembali single dan mencari2 nadrah semula..... agak jer....
ReplyDeletejeng jeng jeng.... hahaha.. mcm gitu klise lah
DeleteNk naqi 1.. Ehehehe... :-D
ReplyDeleteNadrah x nk tau...hahaha...blh jwb gtu...
ReplyDeleteadooossss....suspen la plak..
ReplyDeletePuzzle. .
ReplyDeletealaaa rahsia ape tu yg besar sgt nad simpan tu .. msti trluka sgt kn
ReplyDeleteAssalamu'alaikum. Hihi mcm selalu kena baca prlahan2 tknk habis cepat. Jengj jeng jeng~ pasal apa eh yang Suhaila nak bagitau tu? Takkan Nadrah salah faham smpai kcewa psl llaki yg dia ada hubungan/crush tu?
ReplyDeleteAde.kisah disebalik...penolakan nad...Naqi...kalaulah betul ade rasa cinta jgn cepat ngalah yer....
ReplyDeleteNak gak bf pemain bola..hehehe
ReplyDeleteKarna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny