Wednesday 5 November 2014

SURVEY CALON JODOH [9]


Sambil fokus memandu, sempat dijeling ke arah Nadrah yang duduk di bahagian penumpang. "Nad, wear your seatbelt." Arah Naqi serius. Minah ni kalau tak suruh memang tak buat.
            "Saya tak suka pakai seatbelt." Masih berkeras memeluk tubuh. Boleh tak jangan paksa-paksa. Ikut suka dialah. Dia teman Naqi pergi bank ni pun dah cukup baik kot!
            "Tu.. Ada polis trafic kat depan tuh. Tak takut ke?" Muncung mulut Naqi kedepan. Bersungguh-sungguh memaknakan ayatnya.
            "Hah.. Mana-mana?"
            Tangannya dah gigih menggagau tali pinggang. Kaget! Kena saman melayang duit. Bukan singgit dua!
            Laju Naqi menggeleng. "Inilah mentaliti orang kita. Pakai seat belt bukan untuk keselamatan tapi sebab takut pada polis trafic! Our mentality have to changes. Sampai bila? Nak suruh buat untuk keselamatan pun susah sangat ke?"
            Kali ini tangan Nadrah dah bergerak ke dua belah telinganya. Dahinya berlapis! Telinganya mengecut! Hatinya berkedut!
            "Oh God! It's could be worst!"
            "What?" Dah Nadrah ni kenapa tiba-tiba.
            "Your wife!"
            "Why?"
            "Sebab mental dapat suami kuat membebel macam awak!"
            Naqi ketawa. Langsung tak terasa. Dah biasa terkena dengan Nadrah. "No. It's could be love cause someone care and kind about you."
            "Yalah sangat.."
            "Yalah.. Ingat senang ke nak care for someone yang tak ada apa-apa pertalian dengan kita. Umpamanya nak bawak trelar tiga tan lalu Cameron Highlands. Susah! Boleh bayang tak macam mana? So, if someone care so much about you, it's mean he loved you. Like...." Bicaranya terhenti.
            "Like what?"
            "Like me."
            Tak tunggu lama, terus Nadrah membuang pandang ke luar tingkap.
            Oh oh oh oh oh jem. Trafic saluran darah terus tersumbat! Dear oksigen, I need you right now! Berhadapan dengan budak ni rasa tak boleh bernafaslah!
            Pemanduan Naqi sampai ke hala tuju. Sebab masih awal pagi, senang je nak dapat parking.
            ‘Ni last Nad... Last! Enjoy your last day today. Lepas ni tak kan mengadap lagi muka Naqi nih!’
            Lepas semua kerja-kerjanya selesai, dia boleh tarik nafas lega sebab tak ada lagi sebarang kaitan dengan Naqi. Semua urusan penubuhan syarikat Naqi dah selesai. Sekarang cuma nak pergi bank sahaja untuk uruskan pembukaan akaun syarikat. Ini pun sebab Dato paksa dia teman Naqi. Kalau tak memang kirim salam dia nak ikut.
            Masuk je ke dalam bank, rata-rata orang mula memandang ke arah Naqi. Ya Allah, sungguh Nadrah rasa tak selesa. Serupa berjalan dengan artis pun ada. Apa yang orang taksub sangat dengan pemain bola? Liga Malaysia je pun!
            Naqi menanggalkan sunglases jenama Ray Ban itu.
            “Awak dah set appointment dengan officer bank tu kan?”
            “Dah.” Mujurlah dah biasa berurusan dengan Encik Amran. Tak adalah kekok nak temankan Naqi ke Bank. Cuma rasa kekok bila orang memandang. Walau bukan memandangnya, tapi bila dah duduk sebelah Naqi sedikit sebanyak memang terasa tempiasnya.
            “Saya dah set appointment dengan Encik Amran.” Ujar Nadrah pada petugas di ruang hadapan.
            “Oh... sekejap ya Cik. Encik Amran solat dhuha. Jemput duduk dulu.” Sempat Nadrah membaca tag nama officer lelaki itu.
            “Relekslah Nad.. awak kena biasakan?” Seolah-olah dapat membaca apa yang menggelegak di fikiran Nadrah, Naqi hulur ayat yang dipenuhi tanda tanya.
            “Biasakan? Maksud awak apa?”
            “Yalah.. kalau awak kahwin dengan saya nanti, awak kena biasakan. Kadang-kadang orang jumpa saya nak mintak bergambar. Kadang-kadang nak mintak sign. Ini baru berjumpa dengan penyokong, belum berjumpa dengan press. Mungkin ada orang tangkap gambar kita secara curi-curi lepas tu email pada bloger-bloger ke.. dengan caption... Naqi sudah berpunya! Ramailah yang kecewa kat luar sana...”
            Nadrah tayang muka tak percaya. Sungguh ke dia dengar benda ni dari mulut Naqi.
            “Like seriously ‘awak dan saya’ adalah benda yang paling tak logik dalam dunia dan headline tadi akan buat orang muntah pelangi. Patutnya Naqiudin jual longgok pun Nadrah tak pandang.”
            Naqi ketawa. Sampai macam gitu sekali?
            “Pergh... htag sentap betul baca headline tuh!” Naqi mula perbetulkan duduk “Okay, cuba bagi sebab kenapa saya ni berada di luar logik akal awak? Kita kalau tak sukakan sesuatu mestilah bersebab kan?”
            Nadrah gigit bibir. Mencari sebab.
            “Tak ada sebab. Tapi memang itu idea paling mengarut.”
            “C’mon Nad... reka je apa yang logik. Asalkan nampak macam sebab.” Paksa Naqi.
            “Okay first, saya ni pangkat akak untuk awak. Saya tua tiga tahun dari awak Naqi. Awak tak rasa apa-apa ke kalau baca headline bloger or paper, pemain bola sepak Naqiudin memilih Izyan Nadrah yang tua tiga tahun untuk menjadi suri di hatinya.”
            Naqi ketawa. Tak mampu nak tampung rasa lucu. Apa punya kelakar headline macam tu. Sah bloger atau wartawan tu lupa qada’ dan qadar Tuhan pasal Jodoh itu tak pernah kenal erti usia.
            “Tadi awak suruh cari sebab kan... janganlah ketawa.” Segan bila beberapa mata mula fokus ke arah tempat mereka. Naqi ni pun ketawa tak beragak langsung. Ini Bank kot!
            “Okay. Second?”
            “Second.... sebab awak pemain bola. Boleh dikira sebagai public firgure. Saya sukakan hidup yang aman damai dan tenteram. Lagipun what’s mine is mine. Saya jenis yang tak suka berkongsi apa yang saya punya dengan orang lain. Kalau perempuan boleh mintak dan boleh sesuka hati bergambar dengan awak, apa nilainya saya di sisi awak?”
            “Whooaaa.. so impress!”
Aik, impress pulak? Dia patutnya rasa cemas dan tak selesa.
“Kenapa?”
“Mestilah kagum sebab belum apa-apa awak dah tunjukkan yang awak ni kuat cemburu!” Sempat lagi dia nak mengusik.
            Nadrah menjeling. Tadi dia jugak yang nak alasan sangat kan? Nadrah reka jelah mana-mana yang berlegar di benaknya.
            “Then third?”
            “Hmm... sebab awak banyak mulut. Banyak cakap. Saya nak kan suami yang tak banyak cakap.”
            Kali ini sungguh-sungguh Naqi tak mampu nak tahan ketawanya lagi. “Oh Nadrah.. how cute you are.”
            Cute? Benda macam tu pun cute ke? Waras ke tidak skru-skru otak Naqi ni?
            “Well.. kesimpulan yang saya boleh buat ialah...bukan semua impian kita yang tergapai tu akan buat kita damai. Bukan semua harapan yang kesampaian itu akan buat hati tenteram. Tapi banyak kenyataan yang menunjukkan bahawa perkara yang kita benci kadang-kadang boleh jadi perkara yang paling baik disisiNya. Sebab tu Allah pernah cakap, barangkali kita tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. Tak payahlah saya terangkan panjang lebar sebab saya tahu, awak pun mesti pernah dengar kan....”
            Bila Naqi dah tepek ayat macam tuh, ayat apa lagi yang boleh digunakan untuk membidas? Kalau dia tahu, dia diamkan je. Tak payah susah-susah jawab soalan Naqi.
            “Mana pulak Encik Amran nih?” Jam dibelek. Dah tak selesa berada di sebelah Naqi. Nak-nak bila ada beberapa orang meminta kebenaran bergambar dengan Naqi. Dah lah dia yang kena tangkapkan gambar! Koyak!
            “Nad...”
            “Apa? Diam boleh tak?”
            “Awak tahu definisi jodoh?” Tak mengambil kira angin monsun Nadrah, Naqi masih menghulurkan pertanyaan.
            Nadrah sekadar mengangkat bahu.
            “Jodoh ni kan... kalau kita cari, tak akan jumpa dan kalau kita lari dia akan kejar.”
            Kali ini berkedut dahi Nadrah. Dari tak ingin tahu, dia terus ambik tahu. Tapi apa ke pelik sangat idealogi Naqi tuh? “Habis tu nak kena buat apa?”
            “Berhadapanlah. Face it!”
            Hati dan akal fikiran Nadrah cuma menimbang kelogikan definisi jodoh Naqi tu. Berhadapan? Apa maksudnya?
            Naqi tahu Nadrah hendak tahu tapi biasalah... Nadrah dan ego tu memang berpisah tiada. “Nad.. tak semestinya yang kita lari tu tak bagus untuk kita dan tak semestinya yang kita cari tu sesuai untuk kita. Apa yang ada depan mata, cuba kita kaji dulu. Sesuaikan dengan diri kita. Padankan dengan hati. Siapa tahu itulah jodoh yang kita survey dari dulu.”
            Terdiam Nadrah dibuatnya lagi. Sejak dua tiga menjak ni, terlalu banyak ayat-ayat Naqi yang dah berkampung di hatinya, bersarang di fikirannya.
            Kemunculan Encik Amran membuatkan Naqi berdiri. “Maaf sebab lama menunggu.. Sila..”
Mereka mengekori langkah Encik Amran. Tapi hati Nadrah masih berada di dalam zone perbincangan mereka tadi.
***
            Setelah selesai semua urusan, mereka mula berjalan keluar namun langkahnya terhenti saat namanya dipanggil dari arah belakang. Naqi yang berada di sebelahnya juga turut menoleh.
            “Ya Allah... Nad kan?” Suhaila pegang kedua belah pipi Nad.
            “Sue...”
            Belum pun sempat Nadrah sudahkan ayatnya, terus Suhaila tarik dia ke dalam pelukannya. “Ya Allah, rindunya aku dekat kau. Mana kau hilang? Puas aku cuba cari nombor kau tau!”
            Beria Suhaila memberi penjelasan. Dalam pada itu sempat juga dia kerling ke arah Naqi yang berada di sebelah Nadrah itu. Wah, bukan main lagi ya Nadrah. Diam-diam bercinta dengan pemain bola!
            “Kau.. kerja kat sini ke?”
            Macam mana boleh berjumpa dengan Suhaila pulak? Sebelum ni dia pergi ke bank cawangan ni tak pernah pulak terjumpa dengan Suhaila. Kawan sekelas masa di UiTM segamat dahulu.
            “Aah.. Dulu aku branch lain, baru jugak dua bulan kat sini.” Telefon bimbitnya dikeluarkan. “Bak sini nombor kau... aku nak simpan.”
            “Erk...” Nadrah dah teragak-agak. Kalau boleh, dia tak nak berkait rapat lagi dengan mana-mana rakan yang dulu. Apatah lagi rakan seperjuangan di UiTM ini.
            “Tak kan dengan aku pun kau kedekut jugak Nad? Kau ni..”
            “Aku lupa lah... Bak sini kad kau, nanti aku misscall.” Nadrah cuba berdalih.
            Naqi menggeleng. Kronik! Serius perangai Nadrah ni memang kronik. Member mintak nombor pun kemain susah nak bagi. Nasib baik nombor Nadrah dahulu diberi oleh Dato Fahmi. Tanpa berfikir panjang, terus Naqi menyebut satu persatu nombor Naqi. Jelas kedua-dua wanita itu terkejut.
            “Wah... bagus pakwe kau merangkap PA kau nih!” Cepat-cepat disimpan nombor Nadrah itu. Lepas ni kalau senang, bolehlah mereka melepak bersama.
            Sempat dijeling mamat yang tayang muka tak bersalah itu. Ikut suka hati dia je sebut nombor telefonnya. “Jangan salah faham.. Dia ni client je.”
            “Oh.. client zaman sekarang memang hafal nombor orang ya?” Sakat Suhaila. Dia dah rasa sikap dingin Nadrah itu. Sebenarnya banyak benda yang dia nak tanya pada Nadrah. Lebih Lima tahun tak jumpa setelah Nadrah berhenti belajar secara mengejut dahulu. Mestilah banyak benda yang dia nak korek dari Nadrah.
            “Weh.. lega jumpa kau kat sini tau. Sebenarnya hari ni last day aku sebelum aku bercuti. Minggu ni aku nak kahwin.. Kejap ya, aku ambik kad kahwin... Kau tunggu tau. Cik abang bola, tunggu tau.. Kejap je..” Setelah itu berdesup Suhaila berlari ke meja kerjanya.
            “Suka hati awak kan bagi nombor telefon saya pada dia?”
            Dahi Naqi dah berlapis. “Kenapa? Dia tu lesbian ke sampai awak nak lari dari dia?”
            “Ish.. ke situ pulak.”
            “Dah tu yang awak cuak sangat kenapa? Kalau lelaki tu bolehlah saya anggap yang dia tu ex boyfriend awak. Tapi dia tu perempuan kot.. Baik dan ramah pulak tuh! Lagipun saya nampak dia gembira sangat dapat jumpa awak. Tapi awak....” Ada nada sadis di hujung ayatnya. Makin lama dia kenal Nadrah, makin dia tak faham.
            “Tapi saya apa?”
            “Awak nampak..” Belum sempat Naqi habiskan ayatnya, Suhaila muncul dengan nafas yang jelas berterabur. Penat berlari gamaknya.
            “Nah.. minggu ni tau. Buat dekat Maran.”
            “Oh.. sorrylah Sue.. minggu ni aku ada hal. Sepupu aku kahwin hari yang sama.” Dalih Nadrah berbohong.
            Naqi yang cukup faham itu menggeleng. Apa masalah Nadrah ni? Dulu dia buat jenayah apa sampai takut nak jumpa kengkawan lama?
            “Alah.... kecewanya aku. Kalau macam tu datang akad nikah pun boleh. Jumaat malam.” Bersungguh-sungguh Suhaila mengajak. Nadrah pun dah jadi serba salah.
            Lengan Nadrah digoncang. “Bolehlah... boleh jumpa kawan-kawan yang lain.”
            Sebenarnya benda itu yang Nadrah tak nak. Dia tak nak jumpa kawan-kawan UiTM yang lain itu. “Aku tak janji.. tapi aku cuba ya.”
            “Datanglah... kalau kau tak datang, aku postpone wedding aku..”
            “Ish.. ada pulak macam tuh.”
            “Datang tau. Bawak cik abang bola ni sekali. Itu pun kalau Pahang tak ada game minggu ni. Kalau ada pun, pontenglah.. bukan selalu kan?”
            “InsyaAllah.. ada game tapi Sabtu malam tu. Kiranya kalau nak datang Jumaat tu boleh, sabtu siang tu pun boleh.”
            Cepat sahaja Nadrah menjeling. Ikut suka hati dia je berjanji. “Wah.. untung kau Nad dapat abang bola sporting.. Korang pulak bila?”
            “Soon!”
            Jatuh  darah di muka Nadrah mendengar jawapan spontan dari Naqi yang tersengih tanpa rasa bersalah itu. Oh budak nih! Makin diam, makin mengada jawapan dia.
            “Jangan layan dia Sue. Kita orang bukan ada apa-apa pun. Okaylah, aku kena pergi..” Disalam dan dipeluk Suhaila. Demi Allah, dia pun rindukan Suhaila dan rakan-rakannya yang lain. Tapi ada sesuatu yang melarang dia dari terus merapatkan jurang yang sudah terpisah itu. Maaf Sue, aku tak ada kekuatan nak pergi ke kenduri kau. Sejarah lama itu jika diselak, luka dia masih belum sembuh sepenuhnya.
            “Aku harap kau datang. Ada benda yang kau kena tahu. Jadi.. Datanglah.” Bisik Suhaila perlahan.
Suhaila tahu apa yang membelenggu fikiran Nadrah. Walaupun dia tak tahu isi cerita yang sebenar, tapi sedikit sebanyak dia tak cukup bodoh untuk mengangak.

            Nadrah terkesima. Apa maksud Suhaila? Atau ini hanya satu taktik Suhaila untuk menarik minatnya ke kendurinya nanti?

p/s: agak2 nya rahsia pebendalah yang Nadrah dok simpan sangat tuh? ada sesiapa yang bijak nak predict the secret? kekekeke... like always. do enjoy.

14 comments:

  1. best. suka sikap Naqi yg selamba dan gila2 tu... tapi sebelum tu nak tanya bab 9 takde ker atau type error terus jadi bab 10?
    Txs anyway for a great story...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhhh... thanks tegur. ini mmg bab 9. dkat word tu salah tu smpai tertulis bab 10 jgak. enjoyz k

      Delete
  2. mungkin ex-bf nadrah dah kembali single dan mencari2 nadrah semula..... agak jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng.... hahaha.. mcm gitu klise lah

      Delete
  3. Nk naqi 1.. Ehehehe... :-D

    ReplyDelete
  4. Nadrah x nk tau...hahaha...blh jwb gtu...

    ReplyDelete
  5. adooossss....suspen la plak..

    ReplyDelete
  6. alaaa rahsia ape tu yg besar sgt nad simpan tu .. msti trluka sgt kn

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum. Hihi mcm selalu kena baca prlahan2 tknk habis cepat. Jengj jeng jeng~ pasal apa eh yang Suhaila nak bagitau tu? Takkan Nadrah salah faham smpai kcewa psl llaki yg dia ada hubungan/crush tu?

    ReplyDelete
  8. Ade.kisah disebalik...penolakan nad...Naqi...kalaulah betul ade rasa cinta jgn cepat ngalah yer....

    ReplyDelete
  9. Nak gak bf pemain bola..hehehe

    ReplyDelete
  10. Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
    Bonus Deposit Member Baru 100.000
    Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
    Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
    Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
    Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
    Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis

    ERTIGA POKER
    ERTIGA
    POKER ONLINE INDONESIA
    POKER ONLINE TERPERCAYA
    BANDAR POKER
    BANDAR POKER ONLINE
    BANDAR POKER TERBESAR
    SITUS POKER ONLINE
    POKER ONLINE


    ceritahiburandewasa

    MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
    KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
    CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT

    ReplyDelete
  11. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete