Lama Naqi pandang makanan dihadapannya. Tapi sikit pun tidak disentuh. Air
muka Nadrah selepas jumpa rakannya itu, nampak keruh benar. Kenapa agaknya
Nadrah menjauhkan diri rakan-rakanya? Dia terluka ataupun dia yang melukakan?
Atau dulu dia ni penjenayah besar sampai takut nak jumpa kawan lama? Tapi.. tak
kanlah! Dulu waktu sekolah, Nadrah seorang yang sangat disegani!
“Makanan depan mata pun,
tapi kalau kau tak suap masuk dalam mulut.. tak kenyang jugak.”
Terus Naqi capai sudu bila
mendengar bebelan Azmin. Susah dapat member kuat membebel nih. Baru je masuk
suapan pertama, Azmin kembali bersuara.
“Macam tu jugak dengan
cinta.. ada depan mata kalau tak luah, tak dapat jugak. Kalau tak capai, tak
dapat gengam jugak.”
“Eh kau ni.. ke situ pulak.”
Kalau bercakap tu tak mencekik tak boleh gamaknya.
“Aku ada je dekat sini
tapi fikiran kau tu kat sana!” Smash Azmin lagi.
Bukan dia tak perasan betapa tak betulnya emosi Naqi saat ini. Nampak dah
tak rupa manusia bila mengkaji perangai perempuan. Tengah training pun tak
fokus. Sebelum kena ambush dengan coach, baiklah dia berbunyi dulu. Karang tak
pasal-pasal tak dapat diturunkan sebab simpton-simpton jiwa yang rabak tuh.
“Haih... aku ni dah penat
menjangka Min... Aku tanya pun dia tak jawab. Tak ke haru biru perasaan aku
nih.” Serius, dia tak pernah pening kaji perangai perempuan. Mak dengan kakak
dia normal je. Datang Nadrah, pecah kepala nak fikir.
“Apa susah, cari je
perempuan lain.”
“Kau nak suruh aku
menyerah kalahlah ni?” Kalaulah semudah tuh. Ingat suka kat orang ni ada
stereng ke? Boleh ke kanan, boleh ke kiri. Kalau tak nak, tinggal je kereta tu
tepi jalan.
“Tak jugak... Hmm....”
Jeda seketika. Merangka ayat.
“Hati Nadrah tu macam
tempat parking yang sempit tau. Kau pulak bawak kereta MPV besar macam Exora
tuh tapi tempat parking tu ngam-ngam dengan kancil je. Nampak tak tempat
parking tu tak muat dengan kau! Cari jelah tempat parking lain.. Banyak lagi.”
Naqi gigit bibir. Ni dah
bagi semangat ke nak patahkan semangat?
“Apa yang kau kisah sangat
pasal Nadrah tu? Lagipun dia tu tua dari kau kot.. Carilah yang muda. Yang
bergetah sikit. Artis pun banyak minat dekat kau kan? Rembat jelah mana yang
ngam dengan hati.”
Berdentum bunyi kaca
berlaga. Naqi dah campak sudu dalam pinggannya. Nasi di pinggan langsung tak
terluak. Apa yang keluar dari mulut
Azmin tadi, langsung dia tak berkenan. Kalau tak ingat member, dah lama buku
limanya lekat kat pipi Azmin.
Oh sejak bila dia jadi
pemarah nih?
Azmin pulak masih releks
meneruskan suapan. Dia pun perasan beberapa mata dah memandang ke arah mereka.
Janganlah ada yang mintak nak bergambar. Sungguh waktu genting macam gini tak
sesuai.
“Naqi.. tengok tuh.. aku
baru test sikit kau dah gelabah. Kalau ragam aku pun kau tak boleh handle, ini
kan pulak pancaragam perangai Nadrah tuh...”
“Dah kau kutuk dia.. kau
expect aku akan ucap terima kasih ke?” Perli Naqi balik.
“Aku bukan kutuk tapi dah
memang hakikat dia lagi tua dari kau kan? Lepas ni kau akan dengar benda ni
dari ramai orang lagi. Kalau kau dah set kat otak kau yang benda ni tak jadi
hal, mesti kau tak kan nak berapi dengan akunya.”
Kali ini Naqi dah mula
ambik nafas. Sejak kenal Nadrah, emosi dia pun cepat bergelimpangan sama.
Azmin dah betulkan
duduknya. “Soalan pertama aku, kenapa kau suka kat dia?”
“Aku tak boleh bagi tahu.”
“Kenapa pulak?”
“Kalau aku bagi tahu diri
dia dari mata aku, kemungkinan kau pun akan sukakan dia!”
Bulat mata Azmin menangkap
kata-kata Naqi. “Choiihhh... aku ni dah kahwin kot! Beragak ah sikit. Bini aku
nak campak mana?”
Naqi ketawa kecil.
“Entahlah.. setiap malam
aku terfikir. Kenapalah aku tiba-tiba boleh suka dekat dia. Dia tak mesra. Dia
garang. Dia tak memenuhi piawaian gadis idaman aku pun! Mungkin yang aku rasa
sekarang ialah curious! Yalah, dia dulu bukan macam tu. Mungkin aku ni
sebenarnya lebih pada nak terokai apa yang jadi dalam hidup dia sampai dia
berubah tiga ratus enam puluh darjah. Tapi.... bila dia garang-garang, aku
tetap tak boleh nak elak yang, aku memang suka kat dialah. Dia ada tarikan tersendiri.
Dia ada sesuatu yang tak ada pada perempuan lain. Macam magnet.”
“Yalah.. aku pun pelik
jugak. Selama ni kau mana pernah serius dengan mana-mana perempuan kan? Mungkin
betul jugaklah cakap kau tu.. Maybe apa yang kau rasa tu lebih kepada ingin
tahu. Bukan sayang ataupun cinta pun...”
Ya ke macam tu? Sekarang
hati dia sendiri dah macam tongkang pecah. Jadi macam mana dia nak pasti rasa
hati sendiri nih?
“Kejap.... macam mana kau
rasa dulu? Macam mana kau pasti yang isteri kau ialah orang yang akan teman kau
sampai bila-bila?” Susah jugak bila selak bab hati nih.
“Kau tak bolehlah ambik
contoh aku. Aku ni kenal orang rumah aku dari kecik kot. Kita orang jiran...
Jadi dah cukup kenal, aku rasa tak ada orang boleh faham aku macam mana dia.
Dia pun rasa macam tu, lepas tu kita orang kahwin.”
So perisiannya sekarang
ialah S.E.R.A.S.I?
Oh damn! Dia tak rasa
Nadrah tu rasa serasi dengan dia? Bukan ke Nadrah anggap dia ni kaki sibuk je?
Azmin menggeleng. Telefon
bimbit dicapai. Surfing internet. Dia kena betulkan otak Naqi sekarang.
“Hah... ini ada quote yang
sesuai untuk situasi macam kau ni.” Azmin betulkan suara beberapa kali. Eceh,
gaya nak jadi pemberita pulak berianya.
“When nothing makes sense and the world seems upside
down, listen to your heart, it will never lie about your true feelings.”
Jadi kata kuncinya
sekarang, ikut hati? Tapi ikut hati nanti mati? Ke ikut dan?
“Okay macam nilah Naqi.
Tips aku yang entah ke berapa.... Sandarkan semuanya pada Allah. Sungguh, cinta
itu akan jadi luar biasa penangannya. Sungguh hebat auranya.” Tiba-tiba dia
bertukar jadi Pak Ustaz. Lupa, inilah nasihat yang saban malam isterinya pesan.
Biar cinta mereka di bawah redha Allah. Yang lain-lain tu, biar Allah uruskan.
Dan kali ini.... barulah
Naqi mampu tersenyum. Lega.
***
Bersendirian di dalam
bilik waktu ini memang boleh buat jiwa Nadrah tak keruan. Apatah lagi matanya
tak lari dari memandang kad kahwin Suhaila. “Ya Allah... bertahun aku lari.
Bertahun. Tapi rupanya aku tetap belum kuat Ya Allah. Aku belum kuat nak
menunggu waktu ini tiba.”
Perlahan-lahan dia bangun.
Kotak di dalam almari itu dikeluarkan. Habuk yang hinggap dilap. Lepas berhenti
belajar secara mendadak lima tahun lepas, memang sudah lama kotak ini
berkampung dalam almari ini. Langsung tidak disentuh.
Terketar-ketar tangannya
sewaktu membuka kotak tersebut. Beberapa keping gambar dikeluarkan. Terpampang
gambar Amylia.
“Kenapa print gambar ni
Nad?” Tegur Amy sewaktu dia capai frame gambar yang terletak cantik di atas
meja Nadrah.
“Cantik. Sebab tu aku
print.”
“Yang cantik tu engkau.
Aku ni sememeh tau... Tapi kalau tengok banyak kali cute jugak kan? Tak
apalah.. simpan jelah gambar ni.”
“Poyonya! Perasan betul.”
“Okaylah tu.. kau cantik,
aku cute. Tak kan semua kau nak gondol Nad, kau janganlah tamak sangat.” Gurau
Amy kasar sambil mencubit kuat pipi Nadrah. Tak lama kemudian pintu bilik
mereka diketuk dari luar.
“Hah.. ni mesti mak cik
banyak songeh nih!” Ujar Amy yakin.
“Weh... korang lama lagi
ke? Aku lapar..” Tepat tekaan Amy. Suhaila muncul dengan muka bercop sirim
‘kebulur’.
“Kau kalau ketuk bilik
kita orang, tak ada benda lain ke kau nak sebut selain lapar?” Tanya Amy dengan
tangan dicekakkan di pinggang.
“Dah tu.. perut korang tu
tak reti lapar ke? Cepatlah.. aku ada study case nak study lepas ni. Otak aku
bukan power macam engkau orang. Jomlah makan...Tapi aku tak nak pergi kedai Mak
Cik Limah. Tak sedap. Kita makan jauh sikit ah hari ni.”
Betullah title mak cik
banyak songeh yang Amy sandarkan pada Suhaila tu memang tepat. Memang minah ni
banyak songeh pun.
“Yalah mak cik.. aku drive
hari ni.” Nadrah tawarkan diri untuk memandu kereta Suhaila.
“Hah.. sebab tu aku sayang
Nad lebih dari Amy.”
“Choihh.. pilih kasih
betullah kau ni Sue!”
“Tipah mana?” Tanya Amy
sewaktu mereka mengunci pintu bilik.
“Study... Minah tu
biasalah, nak bungkus je kerjanya. Sekali aku bungkus dia baru tahu!” Geram
pulak Suhaila rasa. Orang lain pun study jugak. Nak exam jugak. Tapi tak adalah
beria berkurung mengadap buku sampai tak sempat nak keluar makan.
“Tak apalah. anggap je
kita sedekah buat amal jariah. Dapat pahala. Mana tahu Allah tolong ringankan
beban kita ikut bahagian lain.” Walaupun mulut Amy ni kadang-kadang laser tapi
hati dia baik dan dia sentiasa berbaik sangka dengan orang di sekelilingnya.
“Yalah ustazah...
cepatlah... aku lapar ni. Kau kunci pintu ke buat pintu?”
“Kalau lapar sangat telan
je aku nih... Karang dah jumpa nasi, buat keluar aku balik.” Kan dah terkeluar
cadangan tak waras tu dari Amy. Dia memang begitu. Dia penceria suasana.
“Tak ingin aku! Rosak
usus-usus aku telan kau. Banyak kalori...” Bidas Suhaila balik.
Nadrah hanya tersenyum dan
menggeleng. Hailah kawan-kawan, merekalah yang menceriakan suasana belajar yang
sering dihurung stress.
Kotak sederhana tadi yang
baru dibuka itu segera ditutup. Baru sahaja selongkar barang, satu persatu
kenangan terus menjenggah memori. Dia tak mahu ingat kenangan-kenangan seperti
itu lagi. Dulu membahagiakan.. tapi kini memori seperti itu terlalu
menyakitkan.
Bunyi telefon menandakan
ada mesej yang masuk. Skrin telefon terus disentuh.
+ Nad... aku harap sangat kau boleh
datang wedding aku nanti. Kau tak nak jumpa kawan2 lama kita ke?
Satu keluhan dilepaskan.
Beratnya, cuma bahu dia yang menanggungnya. Telefon diletak kembali di atas
meja. Mesej tadi dia abaikan.
+ Nad.. aku tahu kau baca mesej aku ni.
Hmm... Amy dah lama cari kau. Kau tak nak jumpa dia ke? Ke kau dah benci kami?
Jadi Amy tahu yang mereka berdua dah berjumpa. Benci? Entah dia tak tahu.
Apa yang dia sekarang ini benci ke?
+ Nad... T_T.. tipah pun cari kau. Aku
bagi tahu derang yg aku jumpa kau. Semua orang nak nombor kau. Boleh ke aku
bagi?
Suhaila masih tak berhenti
memujuknya. Nadrah pejam mata. Apa yang dia kena buat ni? Boleh tak dia nak
block Suhaila ni?
+ Nad... kau jangan block aku pulak.
Kalau kau buat macam gitu, aku doa phone kau kena panah petir!Tak pun jatuh
pecah berderai.. (dengan kau kena doa jahat2) hehe.. Hmm.. Kau tak tahu betapa
excitednya aku bila jumpa kau balik lepas bertahun kita orang mencari. Bertahun
tahu tak? T_T
Mesej yang baru diterima
itu benar-benar membuatkan Nadrah tersentak. Nak ketawa pun ada tapi Suhaila
seakan-akan mengerti apa yang membelenggu fikirannya. Akhirnya setelah
berperang dengan perasaan sendiri, Nadrah berjaya juga menaip beberapa ayat
untuk membalas.
-
Jgn bagi nombor aku!
+ Okay boleh. Tapi dengan
syarat, kau datang wedding aku!
-
tak bolehlah Sue.. kan
sepupu aku kahwin.
+ Okay.
sebab tak dapat jumpa, aku kenalah bagi nombor pada kengkawan yang lain.
-
Ok fine! Aku datang
wedding kau. Tapi please jangan bg tahu yang lain aku datang. n please...
jangan bg nom tepon aku pd y lain.
Ya Allah, betul ke keputusan dia
ni? Kalau jumpa makhluk-mahkluk yang tidak berkenaan tu macam mana? Tapi
gasaklah! Biar dia munculkan diri. Biar dia tunjuk yang dia bahagia dengan
hidupnya. Sampai bila dia nak menyorok?
+ beres
Nad. Ya Allah, tak sabar nak jumpa kau lagi.... ngeee.. jgn lupa ajak encik abg
bola sekali ya. =p
Nadrah
pejam mata. Dia harap, dia boleh percayakan Suhaila. Buatnya Suhaila bagi jugak
nombor dia lepas kenduri nanti, naya lah. Tapi, dia ada satu masalah yang lain.
Kena ke ajak mamat tu sekali? Tapi tak kan nak ajak Naufal pulak. Nanti apa-apa
jadi mesti mulut lembik tu akan bagi tahu dengan mak dan abah.
Nak tak
nak, terpaksa jugaklah dia buat kerja gila nih!
Nombor
Naqi di dial.
Sekali.
Dua kali.
Tiga
kali.
Mana
pulak mamat ni? Kenapa tak angkat telefon? Tak kan training pulak malam-malam
ni. Pintu bilik dibuka. Terus matanya menangkap kelibat Puan Melati.
“Erk..
mak.. Naufal mana?”
“Pergi
stadium dengan Afiq tengok Pahang lawan Terengganu. Kenapa?”
Nadrah
menggeleng sebelum masuk ke dalam biliknya semula.
Lah...
budak tu ada game ke malam ni? Kenapa semalam Naqi tak beritahu apa-apa pun?
Setelah berbolak balik dengan perasaan sendiri, akhirnya Nadrah mengambil
keputusan untuk menghantar mesej sahaja.
-
Hujung minggu ni free x?
Kalau free nak ajak pergi kenduri Sue.
Apa yang Nadrah kena buat
sekarang ialah, tunggu balasan dari Naqi sahaja. Apa pun, harap-harap Pahang
menanglah malam ni. Tak lah mood Naqi terpelecuk pulak. Karang dia tak nak
teman, naya!
P/S: walaupun dah janji nk update selalu tp tetap xdapat.. sorry been busy lately ni plus PC kat rumah tu berhabuk dgan virus. nk menulis pun x berani sbb asyk hilang. tunggu hero kita bawakkan pergi kedai. hihihi... as always. do enjoy guys
txs sebab update bab baru. Tak sabra nak tunggu bab seterusnya bila Nad & naqi jumpa kawan2 Nad.
ReplyDeleteXkisahla lama pn, janji da update sara...makin mncabar jiwa nk tau napa nadrah ni brhenti blaja..apa kisahnya..
ReplyDeleteCiter nie abis kt cne yer cik writer...xsbar nk tgu next n3..apa la yg trjadi kt nadrah ek...
ReplyDeleteReally enjoy it...thanks tuan tanah...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum warahmatullah. trima kasih kak Ezzah for this new entry. Curious nk tau apa jadi sebenarnya ni. <3
ReplyDeleteSalam, cepat-cepat smabung ye akk. Makin tak sabar nak tahu apa yg terjadi. Tmbh-2 Nad dah menyerah diri dkt hero bola kita tu. hoho!
ReplyDeleteNak lg huhu...semoga makin rajin =)
ReplyDeleteBesttt
ReplyDeleteRajin2 yea tulis...hehehehe..
ReplyDeleteKarna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT