Friday 14 November 2014

SRVEY CALON JODOH [10]


Lama Naqi pandang makanan dihadapannya. Tapi sikit pun tidak disentuh. Air muka Nadrah selepas jumpa rakannya itu, nampak keruh benar. Kenapa agaknya Nadrah menjauhkan diri rakan-rakanya? Dia terluka ataupun dia yang melukakan? Atau dulu dia ni penjenayah besar sampai takut nak jumpa kawan lama? Tapi.. tak kanlah! Dulu waktu sekolah, Nadrah seorang yang sangat disegani!
            “Makanan depan mata pun, tapi kalau kau tak suap masuk dalam mulut.. tak kenyang jugak.”
            Terus Naqi capai sudu bila mendengar bebelan Azmin. Susah dapat member kuat membebel nih. Baru je masuk suapan pertama, Azmin kembali bersuara.
            “Macam tu jugak dengan cinta.. ada depan mata kalau tak luah, tak dapat jugak. Kalau tak capai, tak dapat gengam jugak.”
            “Eh kau ni.. ke situ pulak.” Kalau bercakap tu tak mencekik tak boleh gamaknya.
            “Aku ada je dekat sini tapi fikiran kau tu kat sana!” Smash Azmin lagi.
Bukan dia tak perasan betapa tak betulnya emosi Naqi saat ini. Nampak dah tak rupa manusia bila mengkaji perangai perempuan. Tengah training pun tak fokus. Sebelum kena ambush dengan coach, baiklah dia berbunyi dulu. Karang tak pasal-pasal tak dapat diturunkan sebab simpton-simpton jiwa yang rabak tuh.
            “Haih... aku ni dah penat menjangka Min... Aku tanya pun dia tak jawab. Tak ke haru biru perasaan aku nih.” Serius, dia tak pernah pening kaji perangai perempuan. Mak dengan kakak dia normal je. Datang Nadrah, pecah kepala nak fikir.
            “Apa susah, cari je perempuan lain.”
            “Kau nak suruh aku menyerah kalahlah ni?” Kalaulah semudah tuh. Ingat suka kat orang ni ada stereng ke? Boleh ke kanan, boleh ke kiri. Kalau tak nak, tinggal je kereta tu tepi jalan.
            “Tak jugak... Hmm....” Jeda seketika. Merangka ayat.
            “Hati Nadrah tu macam tempat parking yang sempit tau. Kau pulak bawak kereta MPV besar macam Exora tuh tapi tempat parking tu ngam-ngam dengan kancil je. Nampak tak tempat parking tu tak muat dengan kau! Cari jelah tempat parking lain.. Banyak lagi.”
            Naqi gigit bibir. Ni dah bagi semangat ke nak patahkan semangat?
            “Apa yang kau kisah sangat pasal Nadrah tu? Lagipun dia tu tua dari kau kot.. Carilah yang muda. Yang bergetah sikit. Artis pun banyak minat dekat kau kan? Rembat jelah mana yang ngam dengan hati.”
            Berdentum bunyi kaca berlaga. Naqi dah campak sudu dalam pinggannya. Nasi di pinggan langsung tak terluak.  Apa yang keluar dari mulut Azmin tadi, langsung dia tak berkenan. Kalau tak ingat member, dah lama buku limanya lekat kat pipi Azmin.
            Oh sejak bila dia jadi pemarah nih?
            Azmin pulak masih releks meneruskan suapan. Dia pun perasan beberapa mata dah memandang ke arah mereka. Janganlah ada yang mintak nak bergambar. Sungguh waktu genting macam gini tak sesuai.
            “Naqi.. tengok tuh.. aku baru test sikit kau dah gelabah. Kalau ragam aku pun kau tak boleh handle, ini kan pulak pancaragam perangai Nadrah tuh...”
            “Dah kau kutuk dia.. kau expect aku akan ucap terima kasih ke?” Perli Naqi balik.
            “Aku bukan kutuk tapi dah memang hakikat dia lagi tua dari kau kan? Lepas ni kau akan dengar benda ni dari ramai orang lagi. Kalau kau dah set kat otak kau yang benda ni tak jadi hal, mesti kau tak kan nak berapi dengan akunya.”
            Kali ini Naqi dah mula ambik nafas. Sejak kenal Nadrah, emosi dia pun cepat bergelimpangan sama.
            Azmin dah betulkan duduknya. “Soalan pertama aku, kenapa kau suka kat dia?”
            “Aku tak boleh bagi tahu.”
            “Kenapa pulak?”
            “Kalau aku bagi tahu diri dia dari mata aku, kemungkinan kau pun akan sukakan dia!”
            Bulat mata Azmin menangkap kata-kata Naqi. “Choiihhh... aku ni dah kahwin kot! Beragak ah sikit. Bini aku nak campak mana?”
            Naqi ketawa kecil. 
            “Entahlah.. setiap malam aku terfikir. Kenapalah aku tiba-tiba boleh suka dekat dia. Dia tak mesra. Dia garang. Dia tak memenuhi piawaian gadis idaman aku pun! Mungkin yang aku rasa sekarang ialah curious! Yalah, dia dulu bukan macam tu. Mungkin aku ni sebenarnya lebih pada nak terokai apa yang jadi dalam hidup dia sampai dia berubah tiga ratus enam puluh darjah. Tapi.... bila dia garang-garang, aku tetap tak boleh nak elak yang, aku memang suka kat dialah. Dia ada tarikan tersendiri. Dia ada sesuatu yang tak ada pada perempuan lain. Macam magnet.”
            “Yalah.. aku pun pelik jugak. Selama ni kau mana pernah serius dengan mana-mana perempuan kan? Mungkin betul jugaklah cakap kau tu.. Maybe apa yang kau rasa tu lebih kepada ingin tahu. Bukan sayang ataupun cinta pun...”
            Ya ke macam tu? Sekarang hati dia sendiri dah macam tongkang pecah. Jadi macam mana dia nak pasti rasa hati sendiri nih?
            “Kejap.... macam mana kau rasa dulu? Macam mana kau pasti yang isteri kau ialah orang yang akan teman kau sampai bila-bila?” Susah jugak bila selak bab hati nih.
            “Kau tak bolehlah ambik contoh aku. Aku ni kenal orang rumah aku dari kecik kot. Kita orang jiran... Jadi dah cukup kenal, aku rasa tak ada orang boleh faham aku macam mana dia. Dia pun rasa macam tu, lepas tu kita orang kahwin.”
            So perisiannya sekarang ialah S.E.R.A.S.I?
            Oh damn! Dia tak rasa Nadrah tu rasa serasi dengan dia? Bukan ke Nadrah anggap dia ni kaki sibuk je?
            Azmin menggeleng. Telefon bimbit dicapai. Surfing internet. Dia kena betulkan otak Naqi sekarang.
            “Hah... ini ada quote yang sesuai untuk situasi macam kau ni.” Azmin betulkan suara beberapa kali. Eceh, gaya nak jadi pemberita pulak berianya.
            “When nothing makes sense and the world seems upside down, listen to your heart, it will never lie about your true feelings.”
            Jadi kata kuncinya sekarang, ikut hati? Tapi ikut hati nanti mati? Ke ikut dan?
            “Okay macam nilah Naqi. Tips aku yang entah ke berapa.... Sandarkan semuanya pada Allah. Sungguh, cinta itu akan jadi luar biasa penangannya. Sungguh hebat auranya.” Tiba-tiba dia bertukar jadi Pak Ustaz. Lupa, inilah nasihat yang saban malam isterinya pesan. Biar cinta mereka di bawah redha Allah. Yang lain-lain tu, biar Allah uruskan.
            Dan kali ini.... barulah Naqi mampu tersenyum. Lega.
***
            Bersendirian di dalam bilik waktu ini memang boleh buat jiwa Nadrah tak keruan. Apatah lagi matanya tak lari dari memandang kad kahwin Suhaila. “Ya Allah... bertahun aku lari. Bertahun. Tapi rupanya aku tetap belum kuat Ya Allah. Aku belum kuat nak menunggu waktu ini tiba.”
            Perlahan-lahan dia bangun. Kotak di dalam almari itu dikeluarkan. Habuk yang hinggap dilap. Lepas berhenti belajar secara mendadak lima tahun lepas, memang sudah lama kotak ini berkampung dalam almari ini. Langsung tidak disentuh.
            Terketar-ketar tangannya sewaktu membuka kotak tersebut. Beberapa keping gambar dikeluarkan. Terpampang gambar Amylia.
            “Kenapa print gambar ni Nad?” Tegur Amy sewaktu dia capai frame gambar yang terletak cantik di atas meja Nadrah.
            “Cantik. Sebab tu aku print.”
            “Yang cantik tu engkau. Aku ni sememeh tau... Tapi kalau tengok banyak kali cute jugak kan? Tak apalah.. simpan jelah gambar ni.”
            “Poyonya! Perasan betul.”
            “Okaylah tu.. kau cantik, aku cute. Tak kan semua kau nak gondol Nad, kau janganlah tamak sangat.” Gurau Amy kasar sambil mencubit kuat pipi Nadrah. Tak lama kemudian pintu bilik mereka diketuk dari luar.
            “Hah.. ni mesti mak cik banyak songeh nih!” Ujar Amy yakin.
            “Weh... korang lama lagi ke? Aku lapar..” Tepat tekaan Amy. Suhaila muncul dengan muka bercop sirim ‘kebulur’.
            “Kau kalau ketuk bilik kita orang, tak ada benda lain ke kau nak sebut selain lapar?” Tanya Amy dengan tangan dicekakkan di pinggang.
            “Dah tu.. perut korang tu tak reti lapar ke? Cepatlah.. aku ada study case nak study lepas ni. Otak aku bukan power macam engkau orang. Jomlah makan...Tapi aku tak nak pergi kedai Mak Cik Limah. Tak sedap. Kita makan jauh sikit ah hari ni.”
            Betullah title mak cik banyak songeh yang Amy sandarkan pada Suhaila tu memang tepat. Memang minah ni banyak songeh pun.
            “Yalah mak cik.. aku drive hari ni.” Nadrah tawarkan diri untuk memandu kereta Suhaila.
            “Hah.. sebab tu aku sayang Nad lebih dari Amy.”
            “Choihh.. pilih kasih betullah kau ni Sue!”
            “Tipah mana?” Tanya Amy sewaktu mereka mengunci pintu bilik.
            “Study... Minah tu biasalah, nak bungkus je kerjanya. Sekali aku bungkus dia baru tahu!” Geram pulak Suhaila rasa. Orang lain pun study jugak. Nak exam jugak. Tapi tak adalah beria berkurung mengadap buku sampai tak sempat nak keluar makan.
            “Tak apalah. anggap je kita sedekah buat amal jariah. Dapat pahala. Mana tahu Allah tolong ringankan beban kita ikut bahagian lain.” Walaupun mulut Amy ni kadang-kadang laser tapi hati dia baik dan dia sentiasa berbaik sangka dengan orang di sekelilingnya.
            “Yalah ustazah... cepatlah... aku lapar ni. Kau kunci pintu ke buat pintu?”
            “Kalau lapar sangat telan je aku nih... Karang dah jumpa nasi, buat keluar aku balik.” Kan dah terkeluar cadangan tak waras tu dari Amy. Dia memang begitu. Dia penceria suasana.
            “Tak ingin aku! Rosak usus-usus aku telan kau. Banyak kalori...” Bidas Suhaila balik.
            Nadrah hanya tersenyum dan menggeleng. Hailah kawan-kawan, merekalah yang menceriakan suasana belajar yang sering dihurung stress.
            Kotak sederhana tadi yang baru dibuka itu segera ditutup. Baru sahaja selongkar barang, satu persatu kenangan terus menjenggah memori. Dia tak mahu ingat kenangan-kenangan seperti itu lagi. Dulu membahagiakan.. tapi kini memori seperti itu terlalu menyakitkan.
            Bunyi telefon menandakan ada mesej yang masuk. Skrin telefon terus disentuh.
           
+         Nad... aku harap sangat kau boleh datang wedding aku nanti. Kau tak nak jumpa kawan2 lama kita ke?

            Satu keluhan dilepaskan. Beratnya, cuma bahu dia yang menanggungnya. Telefon diletak kembali di atas meja. Mesej tadi dia abaikan.
           
+         Nad.. aku tahu kau baca mesej aku ni. Hmm... Amy dah lama cari kau. Kau tak nak jumpa dia ke? Ke kau dah benci kami?

Jadi Amy tahu yang mereka berdua dah berjumpa. Benci? Entah dia tak tahu. Apa yang dia sekarang ini benci ke?

+         Nad... T_T.. tipah pun cari kau. Aku bagi tahu derang yg aku jumpa kau. Semua orang nak nombor kau. Boleh ke aku bagi?

            Suhaila masih tak berhenti memujuknya. Nadrah pejam mata. Apa yang dia kena buat ni? Boleh tak dia nak block Suhaila ni?
           
+         Nad... kau jangan block aku pulak. Kalau kau buat macam gitu, aku doa phone kau kena panah petir!Tak pun jatuh pecah berderai.. (dengan kau kena doa jahat2) hehe.. Hmm.. Kau tak tahu betapa excitednya aku bila jumpa kau balik lepas bertahun kita orang mencari. Bertahun tahu tak? T_T

            Mesej yang baru diterima itu benar-benar membuatkan Nadrah tersentak. Nak ketawa pun ada tapi Suhaila seakan-akan mengerti apa yang membelenggu fikirannya. Akhirnya setelah berperang dengan perasaan sendiri, Nadrah berjaya juga menaip beberapa ayat untuk membalas.

-                  Jgn bagi nombor aku!
+          Okay boleh. Tapi dengan syarat, kau datang wedding aku!
-                     tak bolehlah Sue.. kan sepupu aku kahwin.
+          Okay. sebab tak dapat jumpa, aku kenalah bagi nombor pada kengkawan yang lain.
-                  Ok fine! Aku datang wedding kau. Tapi please jangan bg tahu yang lain aku datang. n please... jangan bg nom tepon aku pd y lain.

Ya Allah, betul ke keputusan dia ni? Kalau jumpa makhluk-mahkluk yang tidak berkenaan tu macam mana? Tapi gasaklah! Biar dia munculkan diri. Biar dia tunjuk yang dia bahagia dengan hidupnya. Sampai bila dia nak menyorok?

+        beres Nad. Ya Allah, tak sabar nak jumpa kau lagi.... ngeee.. jgn lupa ajak encik abg bola sekali ya. =p

           Nadrah pejam mata. Dia harap, dia boleh percayakan Suhaila. Buatnya Suhaila bagi jugak nombor dia lepas kenduri nanti, naya lah. Tapi, dia ada satu masalah yang lain. Kena ke ajak mamat tu sekali? Tapi tak kan nak ajak Naufal pulak. Nanti apa-apa jadi mesti mulut lembik tu akan bagi tahu dengan mak dan abah.
           Nak tak nak, terpaksa jugaklah dia buat kerja gila nih!
           Nombor Naqi di dial.
           Sekali.
           Dua kali.
           Tiga kali.
           Mana pulak mamat ni? Kenapa tak angkat telefon? Tak kan training pulak malam-malam ni. Pintu bilik dibuka. Terus matanya menangkap kelibat Puan Melati.
           “Erk.. mak.. Naufal mana?”
           “Pergi stadium dengan Afiq tengok Pahang lawan Terengganu. Kenapa?”
           Nadrah menggeleng sebelum masuk ke dalam biliknya semula.
           Lah... budak tu ada game ke malam ni? Kenapa semalam Naqi tak beritahu apa-apa pun? Setelah berbolak balik dengan perasaan sendiri, akhirnya Nadrah mengambil keputusan untuk menghantar mesej sahaja.

-                  Hujung minggu ni free x? Kalau free nak ajak pergi kenduri Sue.


Apa yang Nadrah kena buat sekarang ialah, tunggu balasan dari Naqi sahaja. Apa pun, harap-harap Pahang menanglah malam ni. Tak lah mood Naqi terpelecuk pulak. Karang dia tak nak teman, naya!

P/S: walaupun dah janji nk update selalu tp tetap xdapat.. sorry been busy lately ni plus PC kat rumah tu berhabuk dgan virus. nk menulis pun x berani sbb asyk hilang. tunggu hero kita bawakkan pergi kedai. hihihi... as always. do enjoy guys

10 comments:

  1. txs sebab update bab baru. Tak sabra nak tunggu bab seterusnya bila Nad & naqi jumpa kawan2 Nad.

    ReplyDelete
  2. Xkisahla lama pn, janji da update sara...makin mncabar jiwa nk tau napa nadrah ni brhenti blaja..apa kisahnya..

    ReplyDelete
  3. Citer nie abis kt cne yer cik writer...xsbar nk tgu next n3..apa la yg trjadi kt nadrah ek...

    ReplyDelete
  4. Really enjoy it...thanks tuan tanah...

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum warahmatullah. trima kasih kak Ezzah for this new entry. Curious nk tau apa jadi sebenarnya ni. <3

    ReplyDelete
  6. Salam, cepat-cepat smabung ye akk. Makin tak sabar nak tahu apa yg terjadi. Tmbh-2 Nad dah menyerah diri dkt hero bola kita tu. hoho!

    ReplyDelete
  7. Nak lg huhu...semoga makin rajin =)

    ReplyDelete
  8. Rajin2 yea tulis...hehehehe..

    ReplyDelete
  9. Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
    Bonus Deposit Member Baru 100.000
    Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
    Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
    Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
    Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
    Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis

    ERTIGA POKER
    ERTIGA
    POKER ONLINE INDONESIA
    POKER ONLINE TERPERCAYA
    BANDAR POKER
    BANDAR POKER ONLINE
    BANDAR POKER TERBESAR
    SITUS POKER ONLINE
    POKER ONLINE


    ceritahiburandewasa

    MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
    KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
    CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT

    ReplyDelete