Sunday 2 November 2014

SURVEY CALON JODOH [8]


Dari tadi diperhatikan anaknya yang seorang ini. Dari tadi tak henti tersenyum sorang diri. Tengok bola je pun. Nampaknya Naqi dah kemaruk sangat gayanya.
            “Kamu tak penat ke Naqi senyum sorang-sorang? Tak gol pun senyum ke?” Tanya Puan Asmidar sambil meletakkan segelas minuman di atas meja kopi.
            “Eh ma...” Kepala yang tidak gatal digaru. Segan pulak ditegur begitu. Bukan mama dia dah tidur ke tadi?
            “Hmm... sekarang semua orang dah kecoh yang kamu nak kahwin dengan PA pak ngah.” Risau jugak Puan Asmidar dibuatnya. Si adik pun bukan main beria lagi bercerita. Macam dia pulak yang terima menantu padahal Naqi tak berbunyi sedikit pun.
            “Ma doa-doalah yang gosip tu betul-betul jadi. Manalah tahu ada jodoh betul-betul.”
            Puan Asmidar ketap bibir. “Bercakap tu memang mudah Naqi... Kamu tu lelaki lain. Perempuan yang nak tanggung tu lain pulak. Jangan main-main hati orang. Kalau tak nak, cakap je lah tak nak.”
            “Kalau nak?” Tebak Naqi serius. Membetulkan duduknya.
            “Kamu ni sungguh-sungguh ke? Kamu kenal dia berapa lama sangat?” Anak bongsu yang sorang ni bukan boleh percaya sangat. Pemain bola dah biasa disogokkan dengan label playboy tu. Lagipun dulu ada jugaklah dengar dia berkawan dengan perempuan. Kena gosip dengan artis pun pernah. Mujurlah tak lama. Kalau tak jenuh nak menjawab dengan sanak saudara.
            “Ma.. buat pengetahuan ma... dia tu senior Naqi masa kat sekolah dulu.”
            “Hah? Sungguh ke?”
            “Sungguhlah. Dia senior Naqi masa sekolah lama kita dekat KL tuh. Tapi...” Jeda seketika. Payah dia nak bukak cerita ni tapi dah alang ke palang mama dia tanya dia dah tanya, apa salahnya bukak buku cerita lama tu kan?
            “Tapi apa?”
            “Dia tak ingat Naqi.”
            “Tapi kamu ingat ke dia?”
            Naqi mengangguk.
            Puan Asmidar mengeluh. Naik pelik pun ada. “Jadi kamu memang sungguh-sungguh nak ke dialah ni? Dah pasti? Dah tanya pemilik hati tu? Jangan main serbu je... karang tak jadi mulalah frust menonggeng.”
            Naqi sengih. Itu belum buat.
            “Buatlah istiharah dulu. Tanya Dia. Dia yang gengam hati-hati kita. Hmm.. jangan ikut dan langgar lepas tu accident.. hati tu koma siapa nak tanggung? Ma bukan nak menakut-nakutkan kamu, tapi nak bagi jelas dulu.” Nasihat Puan Asmidar sungguh-sungguh. Nak bercakap dengan kaum adam ni tak boleh nak kias-kias sangat. Tak makan dek otak dia orang. Karang orang belok kiri, dia kona ikut kanan! Haru.
            Naqi pegang kedua belah tangan mamanya. “Thanks ma.. Naqi cuba.”
            “Ma dulu.. setahun buat istiharah dengan solat hajat masa nak pilih arwah ayah kamu.”
            “Setahun ma? Lama betul?” Oh tidak.. kalau Nadrah ambik masa selama itu, pengsanlah dia. Dia kalau boleh, tak nak lah kenal lama-lama. Kenal lepas kahwin kan lebih indah ceritanya. Lagipun, dia tak mahulah digosok dengan gosip-gosip lagi. Dah penat.
            Nanti bola tak setara mana. Gosip je lebih. Banyak dah contoh sekeliling.
            “Perempuan lain.. Bukan macam lelaki. Kaum hawa ni banyak benda nak fikir. Lagipun bukan senang nak pasti dengan sesuatu.. selalu je hati tu goyah waima keputusan rasmi dah dibuat. Biasalah perempuan ni takut.. takut tak disayang. Takut kena tinggal. Takut segala bendalah..”
            Berkali-kali Naqi mengangguk. Mengiakan. Nak handle perempuan macam Nadrah lagi parah sebab dia ada sindrom patah hati terlampau walaupun fakta ni tak dapat cop sirim lagi.
            “Ma... kita buat sama-samalah. Bukan apa, kalau Naqi buat sendiri takut hati ni tak adil pada tuan badan sendiri. Kalau ma buat sekali... bolehlah kita rangkum jawapan sekali.”
            Puan Asmidar senyum. “Kalau kamu tak suruh pun, memang ma nak buat.Tapi yang penting tuan punya badan pun kena usaha sekali.”
            “InsyaAllah ma.. kita sama-sama ikhtiar..”
            “Okaylah.. ma nak masuk tidur. Kamu tu jangan tidur lambat. Esok ada game kan?”
            “Yup.. selamat malam ma..Doakan Naqi menang untuk game esok tau!”
            Anak mata kembali difokuskan pada game bola sepak yang sedang ditayangkan. Tapi tumpuannya bukan disitu. Telefon bimbit dicapai. Nombor Nadrah didial.
            “Hello... Assalamualaikum.”
            “Waalaikumusalam.. awak nak apa Naqi? Dah pukul sebelas malam ni. Hal kerja cerita esoklah..”
            “Oh.. saya bukan nak cerita hal kerja. Saya nak cerita hal hati. Jadi bolehlah cakap malam ni kan?”
            “Awak salah nombor ni..” Tak cukup waktu siang, waktu malam pun nak diganggunya.
            “Taklah. Betullah. Saya tengah bercakap dengan orang yang betul. Izyan Nadrah.”
            Nadrah yang berada di hujung talian dah mendengus. “ Naqi.. awak ni patutnya kena jumpa doktor. Biar dia bagi ubat untuk hati awak yang mabuk tuh!”
            Ketawa besar Naqi mendengarnya. “Oh ya ke? Hmm... awak pulak kena jumpa mekanik. Biar dia repair hati awak yang rosak tuh.” Balas Naqi tak mahu kalah.
            “Selain dari bawak pergi jumpa doktor, hati awak tu kena bawak pergi jumpa polis. Biar polis masukkan hati awak tu dalam lokap. Nanti tak lah dia rajin lagi nak mengada dan mengacau orang malam-malam nih!”
            “Hmm... hati awak tu lepas mekanik repair bagi pulih, bolehlah bagi dekat saya supaya saya boleh sumbat masuk gawang gol! Ngam kan?”
            Kalau bertekak dengan budak ni, tak ada maknanya Nadrah boleh menang. Sebab idealogi Naqi yang terakhir mesti nak smash dia balik. Tahulah dia tu pemain bola.
            “Naqi.. kalau awak sekadar telefon untuk cari gaduh, memang babai. Saya nak tidur!”
            “Eh kejap...”
            “Apa lagi?”
            “Esok first game saya dengan team Pahang. Saya bagi tiket awak datang tau!”
            “Satu.. saya tak suka tempat sesak. Dua.. saya tak suka tengok bola. Tiga.. awak menang ke kalah ke, tak ada kena mengena dalam hidup saya! Clear tak? Okay nite Naqi. Selamat malam.”
            Lama Naqi terdiam sendiri. Hampa dengan penolakan Nadrah. Adoilah hati. Jangan merajuk dan putus asa dulu. Macam lah tak biasa bila Nadrah layan dia endah tak endah macam nih! Relaks ah Naqi. Bagus kan jumpa perempuan garang-garang ni. Ini tanda dia tak mudah melayan orang lain. In case dia jatuh cinta, cinta dia jenis bercop sirim setia.
            Sabarlah.. tak kan lari gunung dikejar! Tapi Nadrah bukan gunung. Dan lebih haru, Nadrah ada kaki nak lari.
***
            Usai memasak makan malam, terus Nadrah menyambung mengemas dapur. Bunyi sorakan di ruang tamu itu langsung tidak membuatkan Nadrah menghentikan kerja-kerjanya.
            Naufal muncul di muka pintu dapur. “Kak, kau tak payahlah tunjuk solehah kau tu sangat. Makanlah dulu. Kemas dapur tu kejap-kejap lagi pun boleh buat.” Ditarik tangan kakaknya itu.
            “Ish... kau ni kenapa Fal? Akak nak kemas dapurlah. Kalau kau offer diri nak tolong kemas kejap lagi baguslah jugak.”
            “Okay fine! Kejap lagi Fal dengan Afiq settlekan dapur tuh. Jom tengok tv.”
            Nadrah tarik tangannya. Ingat dia tak kenal ke dengan taktik adiknya itu?
“Malaslah. Korang tengok bola. Bukan akak minat pun.” Dia rasa orang gila pun tak main bola. Apa ke aneh sangat dua puluh dua pemain berebutkan sebiji bola tuh? Lepas sibuk kejar, ditendang-tendang pulak. Siapalah yang cipta permainan bola sepak ni?
            Naufal tidak terus mengalah. Ditolak bahu akaknya supaya menurut langkahnya.
            “Fal tak suruh tengok bola. Fal suruh tengok pemain bola. Boleh survey calon jodoh. Lagipun ada pakwe hensem beraksi hari ni.” Sebenarnya Naufal memang bercadang nak tengok bola di Stadium. Tapi rasanya, lebih baik tengok di rumah. Boleh menyakat kakaknya.
            “Kau jangan mengarut boleh tak?” Pergaduhan mereka berdua teralih bila mendengar soalan yang keluar dari mulut Puan Melati.
            “Eh... pemain bola nombor sembilan tu pemain baru ke? Mak tak pernah nampak pun.”
            Hati Naufal dah berjoget riang. Cun jugak soalan mak dia tuh. Untung jugak dapat mak kaki bola nih. “Oh.. nama dia Naqi mak. Dulu main untuk Selangor. Baru je join team Pahang tuh!”
            “Oh.. macam okay je main.”
            Anak mata Nadrah menjeling ke syiling rumah. Game baru je start sepuluh minit, si emak dah boleh bagi komen macam tuh? Itu berdasarkan statistik permainan ke atau statistik paras rupa? Tapi... Naqi tu bukannya kacak mana pun.
            Nadrah angkat punggung. Tapi cepat je tangannya ditarik balik oleh Naufal. Eh budak ni, kacau kesabaran sungguhlah.
            “Fal... akak nak buat kerjalah.”
            “Baik akak duduk sebelum Fal bocorkan rahsia akak.” Bisik Naufal berani.
            Mencerun mata Nadrah. Rahsia apa pulak ni? Ni tak lain tak bukan, dah start lah tuh nak buat mulut lembik dia tuh.
            “Tak ada apa yang akak nak takut. Sebab akak bukan buat apa-apa pun.”
            Oh.. Naufal anggukkan kepala. Si kakak ni memang kuat mencabar! “Mak.. buat pengetahuan mak, Naqi tu anak saudara bos kak Nadrah. Baru ni Fal nampak dia dua orang berdating.”
            “Hah!” Si emak dan ayah yang sedang menonton perlawanan itu terus menghalakan pandangan ke arah anak sulung mereka. Serius, berita gempak nih!
            “Haha... percayalah sangat cakap Fal ni mak.” Dicubit kuat bahu Naufal. Kepochi betullah mamat nih!
            Sambil mengaduh kesakitan. Naufal meneruskan ceritanya.
            “Iya mak.. Fal nampak akak keluar dari kereta Honda Civic warna biru. Lepas ni mak dan abah jangan risaulah. Akak dalam proses survey...” Belum sempat disudahkan ayatnya, penyepit ketam dan mendarat pula di lengannya.
            “Auuuww... sakitlah!”
            Puan Melati bangun dari duduknya dan mengambil tempat di sebelah Nadrah.
            “Nad nak kahwin ke? Dengan dia tu?”
            “Ish... merepeklah mak. Jangan percaya dekat Fal ni. Dia tu anak saudara Dato. Hari tu memanglah kita orang keluar sama tapi nak settle hal kerja je. Tak kan lah asal keluar dengan lelaki terus assume nak kahwin. Habis tu kalau keluar dengan Dato Fahmi tu, kiranya nak kahwin jugak ke?”
            Rasa nak ambik je senduk kat dapur dan ketuk-ketuk mulut adiknya yang seorang ni. Suka sangat cari pasal.
            “Oh...”
            “Tak apalah mak. Tak dapat jadi menantu pun, mak boleh buat dia jadi anak angkat kan?” Si Naufal memberi cadangan.
            “Aah kan.. Nanti pelawalah dia datang rumah. Boleh kenal-kenal.”
            Darah macam turun dari muka. Naufal ni nak kena nih! Berani dia bagi cadangan macam gitu dekat mak? “Dia busy mak.. Manalah sempat nak datang rumah kita ni.”
            “Alah... bukan mak suruh datang tiap-tiap hari pun. Lagipun mak tengok dia tu cute lah. Berapa umur dia eh?”
            “Dua puluh lima.” Afiq tolong bantu menjawab. Orang selangorlah katakan.
            “Oh... muda dari Nad lah ya.”
            “Ya mak. Jadi janganlah harap nak buat jadi menantu ya mak...” Dia dengan Naqi tu kalau duduk satu pelamin, mahu senget benget. Silap hari bulan roboh terus.
            “Alah. zaman sekarang tak ada masalah pun kalau suami lagi muda. Asalkan bertanggungjawab. Kamu ni rugilah Nad. Kalau mak jadi kamu, mak mengorat dah. Dia comellah..”
            Jari jemari Nadrah dan picit kepala sendiri. Pening-pening. Comel ke benda taraf muka macam gitu.
            “Awak ni Mela... dari muda sampai ke tua. Orang tengok bola, awak tengok pemain bola.” Si abah yang sedari tadi diam mula menyampuk. Nak tengok bola pun tak senang. Inilah masalah kalau tengok kaum hawa ni. Mulut tuh tak reti berhenti nak pot-pet.
            Puan Melati mencemik. “Ish.. abang ni. Saya tengok bolalah. Pandai-pandai je cakap saya tengok pemain bola.”
            “Hah.. kalau dari muda tengok bola, cuba bagitahu abang macam mana boleh jadi off side?”
            “Aaaa... Aaa...macam mana eh? Hari tu dah ingat tapi lupa pulak.”
            Serentak dengan itu mereka sekeluarga ketawa. Apatah lagi bila melihat si emak yang menggarukan kepala yang tersarung dengan anak tudung itu. Nadrah pun ikut turut ketawa sama.
Dalam diam, dia dengki dia dengan emaknya sebab mak dapat lelaki macam abah. Walau kadang-kadang serius tapi abah cool dan pandai berjenaka bila kena gayanya. Yang penting abah setia dan tak pernah buat perangai.
            Mana lelaki zaman sekarang yang ada style macam abah ni? Mana dia menyorok hah? Kalau ada, calon macam tulah yang dia nak survey.
            Dia mula terfikirkan nasib dia nanti macam mana? Ke dia memang ditakdirkan hidup sendiri sampai ke tua? Sakit pening dia nanti sendiri-sendiri? Ke dia akan duduk rumah orang tua?
            Oh.. sadis!
            Sedang dia tertanya-tanya dengan kehidupan dia... tiba-tiba terdengar jeritan Gooall!
            “Eh.. menantu mak skor lah!” Skor je terus bagi taraf menantu. Beretika sangatlah perangai mak dia nih.
            “Mak..”
            “Bila mak sebut menantu, bukan semestinya untuk kamu. Mungkin untuk Nurin ke. Anak perempuan mak ada dua orang lagi tak kahwin kan?” Balas si emak pandai. Merujuk kepada anaknya  keempatnya yang masih menuntut di UPM. Baru berumur dua puluh tiga tahun.
            Naufal ketawa. Siap buat high five dengan si emak.
            Abah menggeleng. “Afiq, pak cik harap kamu tak sewel duduk dengan kami.” Segan jugak dia dengan kawan anaknya ini. Janganlah serik dengan gurauan kasar mereka anak beranak.
            “Eh.. macam ni baru rasa meriah pak cik. Saya ni dua beradik je. Dapat tumpang meriah keluarga pak cik boleh buat hilang rindu dekat keluarga sendiri.”
            “Tengok replay tu.. serius cun gila gol dia. Rembatan kaki kiri 240km perjam gamaknya. Betullah dia ni power sumbat gol.” Komen Naufal serius. Gila tak puji gol macam gitu. Taraf EPL kot!
            Mendengarkan ulasan adiknya itu, teringat pulak ayat Naqi semalam.                
            “Hmm... hati awak tu lepas mekanik repair bagi pulih, bolehlah bagi dekat saya supaya saya boleh sumbat masuk gawang gol! Ngam kan?”
            Persoalannya sekarang, hati dia ni masih relevan ke untuk direpair?

            Dan... soalan tambahannya ialah, mampu ke si Naqi tu sumbatkan cintanya dalam gawang hati dia?

P/S: yeahhh i know. dah lama x update story ni. berkurun dah kan... korang pun gamaknya dah kelupaan. keke.. maaf sebab kebisian gilaaa... insyaAllah lepas ni entry macam biasa k. ingatkan saya incase kalau2 sy ni terlupa.. =p do enjoy guys...

19 comments:

  1. Oh dia lah yang golkan penalti waktu lawan haritu ye ikikiki

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum kak Ezzah. <3 <3 <3

    Berkurang rindu baca kisah diorang. Curious nak tau apalah yang akan jadi lepasni. X dpt agak flow cerita.(^_^)

    ReplyDelete
  3. pahang menng ters dpt idea..hehe...
    lme tgu entry bru, igat2 lupe cite..kne flskback bce...

    ReplyDelete
  4. Tahniah pahang

    ReplyDelete
  5. Naqi,, ambikla hati saya .. Keskes

    ReplyDelete
  6. Kirim salam dekat nurin..hihi tetibe

    ReplyDelete
  7. Sambunglah lagi....cepat2.....

    ReplyDelete
  8. sgt bagus cadangan naqi tu .. harus direpair dn sumbat msuk gawang hati naqi .. haha , bila la nadrah nk lembut hati ni ,sian naqi

    ReplyDelete
  9. Haritu waktu aku tgk piala malaysia... Aku dok cari jgakla pemain pahang yg bernama naqi haha tp hampeh takde haha

    ReplyDelete
  10. Tahniah pahang menang..
    mak abah pn dh stuju nadrah oiii..terima lah bola naqi masuk gawang hati

    ReplyDelete
  11. Yes..akhirnya ada bab baru, jgn peram lama2 yek ... Pahang menang...

    ReplyDelete
  12. Berkurun tnggu. Takdanya lupa aih. Anyway, bila nak buka pintu hti cik nadrah kita ni? Wink2.

    ReplyDelete
  13. Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
    Bonus Deposit Member Baru 100.000
    Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
    Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
    Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
    Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
    Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis

    ERTIGA POKER
    ERTIGA
    POKER ONLINE INDONESIA
    POKER ONLINE TERPERCAYA
    BANDAR POKER
    BANDAR POKER ONLINE
    BANDAR POKER TERBESAR
    SITUS POKER ONLINE
    POKER ONLINE


    ceritahiburandewasa

    MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
    KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
    CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT

    ReplyDelete
  14. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete
  15. Caesars Casino CT - DRMCD
    Caesars 밀양 출장샵 Casino CT is one of the newest and 서귀포 출장안마 most famous casinos in the world. 사천 출장안마 Learn about 충청남도 출장마사지 it at the casino's gaming 서산 출장안마 floor and find the best bonus codes.

    ReplyDelete