Thursday 25 September 2014

SURVEY CALON JODOH [7]




Dato Fahmi yang mendengar penjelasan dari Naqi itu sudah ketawa besar. Dia sendiri pelik bila pagi tadi isterinya meminta izin untuk meminjam PAnya itu. Biasanya Datin Azlina cukup pantang mendengar nama Nadrah.
            “Awak nak pinjam bawak pergi mana?” Haih, janganlah isterinya ini macam-macam. Berapa kali dia nak terang yang dia dan Nadrah itu hanyak sekadar hubungan majikan dan pekerja.
            “Adalah...”
            “Lina... Nadrah tu saya dah anggap macam anak. Awak cuba kurangkan sikit sikap cemburu awak tuh.”
            “Ish abang ni.. Ke situ pulak. Saya tahulah dia tu pekerja abang je. Abang jangan takut, tak adanya saya nak gulaikan PA kesayangan abang tuh..” Briefcase Dato Fahmi dicapai dan dihulur pada suaminya.
            “Hmm... kalau macam tu tak apalah. Nanti saya update pada Nad.”
            “Eh jangan... biar saya datang ofis dan buat surprise sendiri.”
            “Hmm...ikut suka awaklah.”
            “Pak ngah patut tengok muka Nad tadi... Kalau hantu tengok muka Nad tadi tuh, hantu pun lari. Gerun!” Dia tak dapat menahan diri dari bercerita dengan pak ngahnya tentang hal siang tadi.
            Tak pasal-pasal dengan dia-dia sekali terheret ke butik pengantin. Tiba-tiba kisah dongeng mereka dah jadi drama sinetron dah.
            “Jadi sebab inilah Datin jadi baik dengan Nadrah ya? Sebab dia ingat Nadrah bakal isteri Naqi? Macam manalah dia boleh fikir macam tu.”
            “Sebab.. hari tu masa mak ngah datang serang Nad, Naqi ada kat situ. Dia pinjam Naqi dan jadikan Naqi ni pak sanggup untuk belakon jadi bakal suami dialah. Masa tu dia tak tahu lagi yang Naqi ni anak saudara pak ngah.”
            Kepala Dato Fahmi sudah menggeleng. Masih tak percaya. Kronik!
            “Kesian Nadrah. tak cukup kena buli dengan datin, kena buli pulak dengan kamu. Jangan esok dia letak surat resign sudahlah...” Risau jugak minah tu fed up walaupun dia tahu Nadrah bukan jenis orang yang begitu. Tapi kolam hati manusia, siapalah yang dapat menerokanya.
            “Naqi tak rasa yang dia akan resign... pak ngah jangan risau ya.” Sebenarnya perkara ni dah lama berkampung di benaknya. Janganlah Nadrah resign. Nanti susah nak cipta scene baru.
            “Tapi.. ada satu benda yang pak ngah nak tanya.” Dato Fahmi betulkan duduknya. “Hmm.. Naqi memang betul-betul suka ke kat Nadrah tu? Bukan apa.. tak elok kita nak permainkan hati orang.”
            Naqi senyum. kopi dihadapnnya diteguk. Hmm.. enak walau pahit. Macam Nadrah. Pahit tapi... muka penuh berang itu tetap enak dinikmati.
***
            Hidup dia sebelum ni landai je. Walaupun suram, kelam dan muram. Dia dah biasa menelannya.
Tapi sejak mamat tu muncul, dah macam naik roller coaster. Teringat scene semasa dipaksa mengikuti Datin Azlina ke butik kenalannya itu. Dah lah mamat tu pun diangkut sama. Siap jadi driver! Tapi apakan daya, arahan datin mana boleh ditolak.
            “Hah.. ambiklah katelog tu. Semua tu trend terbaru tau!”
            Memanglah bagus bila dapat layanan baik macam ni dari Datin Azlina. Tapi yang tak best sebab dia ingat yang anak saudaranya akan berkahwin dengan dirinya. Sedangkan benda tu sebesar zarah pun tak ada dalam kamus hidupnya.
            “Nanti Naqi dengan Nad nak pilih warna apa?”
            “Gold!” Laju orang sebelahnya menjawab. Lepas tu berani pulak tayang senyuman tak bersalah.
            “Hmm.. cantik. High taste.”
            “Kalau saya.. krim lagi cantik.” Sengaja Nadrah cantas idea Naqi. Hei.. penatlah belakon. Macam mana nak hentikan drama ni? Buat-buat kena kahwin sungguh-sungguh macam mana? Oh.. sungguh tak hingin!
            “Yeah... warna-warna pastle macam tu memang nampak elegant dan mewah. Alah, nanti kan ada tiga majlis. Majlis nikah, majlis belah Nad dan belah Naqi. So tak  payah pening-pening nak berebut.” Datin Azlina bertindak sebagai penyelesai masalah.
            Tiga majlis? Oh... mengigau duit-duit dalam bank tu hah. Bakpe nak membazir? Buat yang wajib sudahlah...
            “Oh.. korang bincang dulu ya. Mak ngah nak cari restroom.”
            Baru je tiga langkah Datin Azlina angkat kaki, terus Nadrah mendapatkan Naqi yang khuysuk sangat membelek album itu.
            “Awak kena hentikan semua ni?”
            “What? Kenapa saya? Bukan saya yang mulakan.” Tangannya masih laju membelek. Matanya tah henti mencari mana-mana patent yang dia suka.
            Argh.. bencinya dengar jawapan Naqi tu. Jadi nak kutip dan campak semua masalah ni kat bahu dia seoranglah ya? Banyak sedap mamat ni?
            “Okay lepas ni saya akan mengaku je yang saya memang tak ada apa-apa dengan awak. Hari tu saya sengaja bohong datin.”
            Mendengarkan suara Nadrah yang serius itu, baru Naqi letakkan album kahwin itu. “Hmm.. it may be a good idea but.. it could be a worst idea too.. sebab lepas tu mak ngah tak akan percayakan awak lagi. Lepas tu, makin kuatlah andaian dia yang awak ni bini nombor dua bos.”
            What? Dia main ugut pulak sekarang.
            “Awak ugut saya?”
            “Mana ada. Saya bentangkan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin akan terjadi.” Jawab Naqi mudah.
            “Habis tu apa yang kita kena buat sekarang?”
            “Lah.. kita kahwin jelah. Bukan tak boleh bahagia pun kalau awak kahwin dengan saya kan? Lagipun semua pihak akan bahagia apa. Family awak pun mesti happy sebab akhirnya awak nak jugak habiskan zaman single awak tuh. Kahwin dengan pemain bola sepak pulak tuh! Pergh.. masuk paper dan majalah kot. Siapa tak nak dapat menantu macam saya ni.”
            “Awak ni kan.. kalau saya sepak, rasanya boleh masuk gawang gol!”
            Naqi ketawa besar.
            “Silap hari bulan, awak yang masuk dalam gawang cinta saya.”
            “Awak ingat awak hensem sangat ke?”
            “Sangat tu tak lah... tapi hensemlah jugak. Alah, kalau duduk sebelah awak kira stabil lah... Seimbang. Jangan risaulah.. pelamin kita tak kan senget sebelah punya.”
            Nadrah julingkan mata ke atas. Bercakap dengan budak tak cukup umur ni memang banyak menyakitkan hati je.
            “Tapi.. kalau awak terus buat muka kedut tuh, silap hari bulan imbangan tu dah jadi tak sama.” Naqi mula membeli respon dari Nadrah.
            “Asal pulak?”
            “Ialah.. elok-elok orang ingat kita sebaya, terus tak jadi bila dia tengok kedut awak yang makin banyak tu. Eh Naqi, kau kahwin dengan tok nenek mana ni... Euww... C’mon lah Nad, kerutan tu akan membuatkan awak tua sebelum umur tau!”
            “Habis tu, dengan apa yang tengah jadi sekarang, awak nak saya berjoget ke?”
            “Hmmm tak pernah pulak terfikir sampai ke tahap tu. But it just a good idea. Hah, tunggu apa lagi.. jogetlah cepat!”
            Kali ini hilang nak maki, terus Nadrah rasa nak bagi kaki!
            Okay. Fikir lagi Nadrah!
            “Kejap... awak tak takut ke girlfriend awak marah bila tahu hal ni?”
            Naqi ketawa lepas. “I’m still single.”
            “Tak percayalah...” Nadrah pandang Naqi atas bawah. Poyo sangat kalau mamat mulut macam dia ni single.
            “Lah.. betullah. Tak percaya, tanya Datin jap lagi.”
            "Hmm saya pelik.. Apasal mamat sweet talker macam awak masih single? Bukan ke orang selalu cakap pemain bola ni biasanya playboy? Perempuan keliling pinggang? Ke dah ada yang special one tapi sengaja cari lauk tambah?" Ah, bila melibatkan Naqi, dia tak mampu nak husnuzon.
"Amboih... Sesedap perencah je cakap saya nak cari lauk tambah ya? Awak ingat saya anggap perempuan macam desert ke?" Penatnya nak fahamkan masyarakat nih... Bukan semua pemain bola macam tu lah!
"Yalah.. Pelik jugak kan? Asal single? Masih survey calon jodoh?" 
"Ishhh... X mainlah survey-survey nih..."
Berkedut dahi Nadrah. Naqi ni nak perlekehkan dia ke apa? "Habis tu kalau tak buat survey, nak buat apa?"
"Saya tak survey tapi saya Order siang malam dari Tuhan." Nadrah mencebik. "Awak ingat jodoh ni boleh drive thru macam mcd?"
"Ishh... Tak payah susah-susah drive thru, dia dah hantar jodoh tu secara delivery. Ni depan mata saya buktinya.. Tak sia-sia saya order siang malam."
Tercengang Nadrah dua minit. Depan mata Naqi sekarang kan... dia? 
Okay. Kelakarlah sangat Naqi oit! 
            “Oit...!” Sergahan itu membuatkan lamunan Nadrah tersentak. Beristighfar panjang Nadrah dibuatnya. Naufal ni pun dah satu hal. Buat terkejut orang sahajalah.
            “Kau memang tak reti nak bersopan dan beretika sikit ke? Suka hati terjah orang kan?”
            Naufal sengih tak bersalah. “Bukan salah Fal.. Fal dah panggil akak banyak kali tapi tak ada reaksi. Jauh sangat melancong kak.. fikirkan apa gak?” Sejak dua tiga menjak ni dia tengok si akak dah makin banyak mulut. Dah macam hidup. Sebelum ni tak ubah macam mayat hidup. Tak ada perasaaan sungguh.
            “Tak ada apa. Yang kau pegang teko air tu kenapa? Dah habis ke?” Cepat-cepat dia sudahkan pinggan-pinggan yang memang sudah siap dicuci itu.
            “Habis ke bendanya. Tak luak pun lagi. Kak, cukuplah senyuman akak je yang tak bergula. Tak kan kami dalam rumah ni pun tak boleh minum air bergula kak oit...”
            Aik, air teh yang disedikaan tadi tak ada gula ke? Naya.. naya! Ni nasib kantoi melencong perasaan dengan Naufal. Kalau kantoi dengan abah guana? Sorokkan muka dalam baldilah jawabnya.
            “Hmm.. fikirkan apalah kau ni kak oit. Sampai gula pun lupa nak taruk. Orang dalam rumah ni tak ada lagi kena kencing manis. Tapi kalau hati yang dah tempias dengan rasa manis tu adalah kot..” Provok Naufal lagi.
            Nadrah malas hendak melayan. Cepat-cepat ditambah gula dengan sukatan yang sepatutnya.
            “Kak.. abang Naqi tu macam mana? Okay tak?”
            “Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia pulak?”
            “Lah.. sajalah nak ambik tahu perkembangan akak sendiri.”
            Nadrah diam. Tak berminat nak melayan Naufal sekarang.
            “Kak... releks ah. Take it easy. Mula-mula memang rasa pelik bila kita baru kenal dengan orang.”
            Terhenti semua kerja-kerja Nadrah. Penatnya otak layan budak bawah umur macam Naqi dan Naufal ni?
            “Jangan mengarut boleh tak?”
            Naufal langsung tak makan saman. “Kak, air mineral yang baru kita masukkan dalam peti ais, akak ingat air tu boleh terus sejuk ke? Mestilah ambik masa kan? So sama jelah perumpamaan antara akak dengan Naqi tuh.” Dia dah berkobar sungguh nak tahu perkembangan Naqi dan Nadrah. Hei, siapa tak nak berabang-iparkan pemain bola sepak.
            “Buat pengetahuan kau.. akak dengan dia tak ada apa-apa. Lagipun terlebih layan dia, hati boleh jadi melecet.”
            Naufal anggukkan kepala. Setuju. “Eh.. standardlah tu kak.. Kadang-kadang kasut baru memang akan buat kaki melecet pada mulanya. Tapi tunggulah dah selesa nanti, akak tak nak dah cari kasut lain. Silap hari bulan, kasut tu rosak, akak yang menangis tak berlagu. So, pakailah sementara boleh pakai ni kak oit...”
“Susahlah bercakap dengan kamu di Fal..”
Naufal ketawa. Teko air itu dicapai untuk dibawa ke depan tapi.... langkahnya terhenti lagi.
            “Sister... love is unexplainable. You have to be in love to know what it feels like.”
            Kena lagi Nadrah. Naufal ni pun dah macam Naqi. Banyak sangat perumpamaan sarkastik.  Kejap air dalam botol, kejap kasut. Kenapa semua orang sekeliling dia dah jadi tak waras ni?
***
            Sambil menurunkan tandatangan, Dato Fahmi tarik senyum. Apatah lagi bila melihat wajah Nadrah yang kelat semacam tuh. Jarang PA dia ni nak buat muka. Ini mesti pasal kes semalam nih. Diluah mati mak, ditelan mati bapak.
            “Apa status incorporation company anak saudara saya tu? Dah dapat Form 9 dari SSM?” Dato Fahmi cuba mengalih perhatian Nadrah.
            “Dah dapat. Baru petang semalam. Nanti akan ada dokumen post-incorporation yang perlu dato dan Naqi sign. Lepas tu saya dah suruh company secretary sediakan resolusi untuk buka akaun bank terus. Jointly sign kan Dato?”
            “Either one pun boleh. Lagipun syarikat tu akan diuruskan oleh Naqi nanti. Saya cuma pantau apa yang patut jeh.”
            “Baik Dato.”
            “Nad...”
            “Ya dato..”
            “Awak ada apa-apa nak bagi tahu saya ke?”
            Jari terlunjuk Nadrah menggaru kening milik sendiri. Bingung. “Erk... saya...” Adoi, macam nak mula entah?
            “Ni pasal kerja ke atau pasal personal?”
            “Hmm.. bukan pasal kerja.”
            “Jadi pasal Naqi ke?” Serkap Dato Fahmi. Tengok air muka Nadrah pun, dia dah jumpa jawapannya.
            “Naqi ada bagi tahu dato ke?”
            “Dia kena bagi tahu saya apa-apa ke?”
            Dah sudah. Dato Fahmi ni pun dah jadi macam Naqi. Suka balas soalan dengan solaan. Sekarang otak dia pun dah kejung nak membina ayat. “Nanti Dato tanyalah Naqi sendiri. Saya pun tak reti nak cerita macam mana.”
            Dato Fahmi tutup fail di hadapannya. Kali ini dia fokus dengan Nadrah. “Pasal apa yang awak runsingkan? Pasal datin yang ingat awak ada hubungan dengan Naqi tu ke?”
            “Jadi dato dah tahu?”
            “Satu family saya dah tahu Nad. Family Naqi pun dah tahu.” Dia bukan nak tambahkan beban pekerjanya itu, tapi dah benda betul. Memang si isteri dah jaja kisah ini pada ahli keluarga yang lain. Fikir logiklah, kalau dia berani bawak Nadrah sampai ke butik pengantin, mestilah dia berani nak sebarkan berita ini ke ahli keluarga yang lain.
            “Sebenarnya... benda tu bukan macam yang datin sangka.”
            “Saya tahu Nad. Tapi at least saya lega. Datin tak syak awak bini nombor dua saya lagi. Nama awak bukan lagi nama blacklist dihadapan dia. Malah, dia yang rajin sebut-sebut nama awak. Dia siap suruh saya hati-hati lagi sebab lepas ni, awak akan jadi mata-mata dia.”
            Tak tertelan liur Nadrah bila dengar cerita dari bosnya itu. Sampai begitu ke kronik penyakit isteri Dato ni?
            “Can you do me a favor Nad?” Pinta Dato Fahmi serius.
            “Sure!”
            “Sementara ni.. awak berlakon jelah jadi girlfriend Naqi. Bukan apa, kalau saya terang benda betul pada dia, prejudis dia pada awak akan menyerang balik. Lepas ni kita ada banyak projek yang kena handle. Banyak nak pergi Penang dan Kl. Kalau prejudis dia meningkat, susah kita nak buat kerja. Silap hari bulan boleh lingkup semua ni. Jadi... awak boleh tak tolong saya? Tolong-belakon-jadi-girlfriend-Naqi?”
            Kali ini Nadrah dah melopong!
            Nak jawab tak boleh, macam tak sanggup. Tapi kalau jawab boleh, itu macam mencekik diri namanya.
            Kelmarin, Naqi yang sewel.
Semalam berjangkit pada Datin Azlina.
Hari ni Dato Fahmi pulak?
Esok apa?

p/s: Nadrah rasa pipi dia macam kena lempang... hahahaha... please do enjoys!

21 comments:

  1. Hahaha.... esok - semua sewel gitu.... peace

    ReplyDelete
  2. semakin menarik<3<3
    chaiyokk!!
    tp..nk tau sgt bila si nadrah k ingat balik si naqi tu

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum warahmatullah. =)

    Kak Ezzah~saya baca perlahan2 tau supaya x cepat habis. (^_^). Byk analogi kisah ni. thumbs up. Dah nama kluarga tu sama perangai jugak Dato, Datin & Naqi hehe.

    ReplyDelete
  4. Best... Sorang nak, sorang lg tarik2 tali plak... Tp best

    ReplyDelete
  5. Amboi dato igt ni kje part time ke... ahahaa kesian nad...saye dpt rase dorang bakal berkahwin hahahah

    ReplyDelete
  6. Makin lama makin best cerita dalam blog ni..

    p.s:bestnye kalau awak balas komen-komen kami..rase mcm nak lompat bintang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeeee... sorry2 dear.. bkn x mahu balas tp xda kesempatan.. hihi... busy nk kejar dateline siapkan SCJ ni

      Delete
  7. Bikin Nad tambah fenin.......

    ReplyDelete
  8. cian Nad, x terlayan ngn kerenah Naqi + Dato' n Datin...

    ReplyDelete
  9. Ohsem2.. Adoii makin sewel lah nad nak layan kerenah tiga manusia nih.. Hahaha

    ReplyDelete
  10. adoiii pening kpala ngan kerenah diorang ni...

    ReplyDelete
  11. X sabaq tggu naqi n nadrah kahwin! Haha *confident ja yg depa kena kawin* kehkeh

    -Athirah

    ReplyDelete
  12. Bestnya. So funny and sempoi. Ke versi cetak lagi cepat lagi bagus. Tak sabar tunggu bab seterusnya

    ReplyDelete
  13. Syokye!!!! Versi cetak jangka kluar bile

    ReplyDelete
  14. hahahahaha...semua orang dah sewel mcm Naqi.... Cik writer citer ni mmg best...

    ReplyDelete

  15. Hanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :

    Bonus New Member 20%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 300.000,-
    * TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Di Berikan Di Depan
    * Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw

    Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 100.000,-
    * TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Diberikan Di Depan

    Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!

    hubungi kami di :
    BBM : e3a9c049
    LINE: icg88poker
    Whattsapp : 081360618788

    ReplyDelete