Tuesday 3 January 2012

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI [34]


            Ezrakil berjalan ke hulu hilir. Hatinya resah semacam. Jam sudah mencapai angka 8.15 namun kelibat Farafeesa langsung tidak kelihatan. ‘Apa aku nak buat sekarang?’ Aish.. bukan badan sahaja yang tidak duduk diam, hatinya juga bagai tidak cukup tempat hendak bergolek. Terlalu menahan debar.

            “Bos... relekslah ....” Atiq cuba menenangkan bosnya itu walaupun dia juga sedang menahan getar yang sabar. ‘Apasal aku pulak yang berdebar ni? Patutnya aku releks-releks je? Hmm, mungkin sebab aku tak sabar nak tengok bos melamar Feesa.’
            “Macam mana saya nak releks.. dah pukul berapa ni? Kejap lagi majlis nak mula. Daddy saya pun dah nak sampai tau. Tapi kelibat dia langsung tak ada. Saya berani tunggu sampai pukul 8.30 je. Kalau dia tak ada lagi, saya memang pergi serang rumah dia. Apa nak jadi, jadilah..”
            Melopong Atiq mendengar kata-kata Ezrakil. Lelaki itu memang kelihatan sangat gelisah dan gundah. ‘Feesa, aku tabik gila kat kau sebab dapat buat bos kelam kabut sampai macam ni sekali. Minah ni pun satu, manalah dia ni? Tadi kata memang confirm nak datang.’
            “Cuba try call dia?” Gesa Ezrakil tidak sabar.
            “Dah try... tapi tak ada orang angkat.” Sudah hendak tercabut tangan Atiq mendail nombor Farafeesa. Kalu keypard telefonnya tercabut, memang dia akan claim dengan Farafeesa.
            “Mana dia pergi ni?” Tanya Ezrakil lagi. Tapi lebih kepada diri sendiri sebenarnya.
            “Mana saya tahu bos...” Atiq buat muka tak bersalah. Sememangnya kerana dia benar-benar tidak bersalah.
            ‘Asal Feesa tak datang lagi ni? Dah siap beli baju cantik-cantik lagi... membazir je... dah lah aku sponsor separuh kot...’ Kali ini Atiq pula yang kegeraman. Tetamu sudah ramai yang hadir. Para pekerja pula sudah mula mengambil tempat masing-masing. Sekarang hanya menunggu Datuk Efendi sahaja. Dan sudah tentulah Ezrakil sedang menunggu ketibaan VVIP di hatinya.
            “Feesa...feesa... dalam banyak-banyak perkara, kenapa awak pilih untuk menyusahkan hati saya.” Rungut Ezrakil geram. Dia sudah tidak boleh terus menunggu. Dia memang perlu serang rumah Farafeesa sekarang. Mujurlah dia memang sedia tahu rumah gadis itu.
            “Salah tu... Saya tak pernah menyusahkan bos... apatah lagi hati bos..” Tanpa menunggu lama, terus Ezrakil berpaling. Farafeesa!
            “Feesa, awat lambat sangat hah?” Bisik Atiq geram. Hendak sahaja disepak perempuan ini. Sebab Farafeesa, kelam kabut dia dibuatnya. Huru hara bos jadinya.
            “Kau ingat senang ke nak bersiap pakai benda alah ni? Susah tahu tak, kalau aku hilang kesabaran tadi, memang dah selamat aku tidur tau.” Giginya diketap sedikit. Menjawab persoalan teman sepejabatnya itu.
            Mahu tak lama untuk bersiap. Drees labuh ni dah lah membuatkan dia susah nak berjalan. Lepas tu cerewet pulak nak memakainya. Bukan boleh main sarung je. Ditambah pulak dengan selendang lilitan Faraneesha yang hampir membuatkan dia tercekik ini. Bertambah-tambahlah lambat... Bukan itu sahaja, mukanya yang selalu dibiarkan natural itu juga selamat dibelasah oleh kakak dan adik-adiknya.
“Weh, ni bukan nak pergi dinner ni.. ni nak pergi parti zombi nih...” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulutnya setelah melihat keadaan dirinya di hadapan cermin.
‘Betul ke aku ni? Tak macam aku pun?’ Nak kata buruk itu tidaklah.. tapi kalau nak kata cantik tu macam pelik pulak. Serius rasa macam zombi hidup balik! Ini betul-betul kerja GILA!
“Tak mahulah pakai baju ni.” Ingin sahaja dicabut segala bagai yang tersarung dibadannya. Namun dihalang keras oleh Faraneesha dan adik-adiknya.
“Weh, mata akak tu yang buta... Kak Ngah dah cantik macam bidadari dah.. pi cepat kak ngah...” Gesa si Fatin sambil menolak tubuhnya keluar dari bilik.
“Cepat, aku hantar kau.. kebetulan aku pun nak pergi hospital tengok Luqman.” Arah Faraneesha pula. Akhirnya dia teruskan langkah dengan hati yang sebal. Mujur sahaja Faraneesha tidak kisah jika dia hendak menghadiri majlis ini. Dia bukan apa, takut ibu berfikir yang bukan-bukan sahaja. Nasib baik ibu ke rumah mak lang.. Jadi tak adalah segan sangat jika hendak keluar dalam keadaan seperti ini.
Dan sekarang, Farafeesa sedang berhadapan dengan Ezrakil. ‘Sudah... aku dah cakap macam zombi... Kalau tak, tak kanlah si Ezrakil ni pandang aku macam nak tembus! Asal aku boleh terperangkap dengan mamat ni lagi?’ Keluh Farafeesa apabila dia melihat kelibat Atiq yang sudah mula menghilang dari pandangan. Mungkin mengejar ketibaan VIP yang akan tiba sebentar lagi.
“Eh, nak baliklah...” Farafeesa mula mengangkat kainnya sedikit. Tidak rela membenarkan Ezrakil terus merenung wajahnya yang terasa sungguh hodoh ini. Perasaan malu menebal dalam diri.
“Eh..eh..eh... tahu tak saya dah tunggu lama... Belum masuk dewan lagi dah nak balik! Banyak cekadak awak!” Ezrakil sudah mula menghamburkan rasa marahnya. Sebenarnya sedang mengawal rasa malu kerana memadang Farafeesa tak berkelip tadi.
Sungguh, Farafeesa kelihatan sungguh cantik. Tersangat cantik di matanya! Makin ramai yang tengok Farafeesa sebegini, makin ramailah yang akan tertawan. Sungguh Ezrakil tak sanggup untuk bersaing dengan sesiapa pun.
‘Tanpa saingan pun, kedudukan aku goyah... inikan pula jika ada persaing!’ Hati Ezrakil berdegup di luar kebiasaannya. Susah hendak mengawal rasa jika berdampingan dengan Farafeesa ini.
“Habis tu, kenapa bos pandang saya macam pandang Zombi?” Ezrakil gelak besar manakala Farafeesa terkulat sendiri.
 “Kalaulah betul awak ni macam Zombi, awaklah Zombi yang paling cantik sekali Feesa... Tapi dalam kalangan zombi jelah.. dalam kalangan manusia, awak dikira biasa-biasa aje..” Farafeesa buat muka tak puas hati.
“Sampai hati bos...” Dah agak sangat dah. Kalau Ezrakil memuji, pasti punya maksud yang tersirat sahaja. Tak pernah puji betul-betul. Semua pujian dalam kurungan sahaja.
“Zombi pun saya tak pernah jumpa Feesa... Awak je satu-satunya Zombi yang pernah saya jumpa.. Tapi awak jangan ambik otak saya pulak.. ” Aduh.. Macam-macam ragam.
“Ambik otak buat apa... bukan boleh pakai pun otak bos tu,... Baiklah ambil hati..” Tiba-tiba Farafeesa tercengang sendiri. 
“Oh.. nak ambil hati.. So sebagai sistem barter, saya pun kenalah ambil hati awak pulak.” Ezrakil sendiri tidak pasti sama ada Farafeesa memang terlepas cakap atau memang tersalah cakap.
“Lah, maksud saya setiap pekerja mestilah pandai ambil hati bos dia orang...” Farafeesa mula perbetulkan kembali mana-mana ayatnya yang tersilap.
“Kalau semua pekerja ambil hati, kesianlah kat bos.. sebab tak ada hati lagi.” Ezrakil mengawal balik situasi ini. Dia kena bersabar untuk menakluki pemilik hati gadis yang bernama Farafeesa ini. Dia mula mengatur gerak, melarikan langkah ke dewan utama.
“Alah, bos memang tak pernah ada perasaan pun kan...” Ayat itu spontan keluar dari mulutnya. Namun seketika dia baru tersedar yang dia sudah terlepas kata. Dibawa tangan kanannya melempang sedikit mulutnya yang laser itu. ‘Macam mana boleh terlepas cakap nih?’
Terus terhenti langkah kaki Ezrakil. Dia berpaling mengadap bidadari hatinya itu. Sekarang, nak telan air liur pun Farafeesa rasa tak berani. Pandangan Ezrakil tajam bagai mengalahkan pedang!
“Selama ni awak fikir saya macam tu ke?” Suara Ezrakil yang serius itu membuatkan Farafeesa terkebil-kebil sendiri.
“Err...” Tak tahu ayat dari drama mana yang perlu dicedok. ‘Tulah, cakap tak pernah fikir.. lepas cakap baru fikir.. ini namanya fikir masalah..’
“Saya tak kisah apa yang awak pernah fikir pasal saya sekarang mahupun yang sebelum ni... tapi yang pasti, pemikiran awak tentang saya selepas ini akan berubah seratus peratus...” Suara Ezrakil memang sangat-sangat serius.
“Tetamu VIP dan sampai... tetamu VVIP yang dua orang lagi ni bila nak masuk ke dewan.” Kemunculan Atiq itu mematikan perbualan mereka. Serentak mereka berdua berpaling. Farafeesa melafaskan rasa syukur. Mujur ada Atiq!
“Datuk cari bos tadi...” Ujar Atiq apabila Ezrakil lalu dihadapannya. Pelik sahaja bila Ezrakil menonong sahaja. Sedikit pun tidak memberi respon.
“Korang bergaduh lagi ke?” Walaupun dia memang sudah sedia sibuk, tapi dia masih ingin menyibukkan diri dalam perkara yang melibatkan Ezrakil dan Farafeesa.
“Mana ada...” Dalih Farafeesa sambil memulakan langkah.
“Habis tu, asal muka bos macam tu?”
“Apasal kau tanya aku? Muka bos kan.. pergilah tanya bos sendiri..” Ini yang mampu membuatkan Farafeesa angin satu badan nih. Bukan salah dia tapi dia pula yang dipersalahkan. Bila muka Ezrakil tegang, dia pula yang menjadi mangsa kaunter pertanyaan tak bergaji.
“Sebab... hanya kau sorang je yang mampu buat bos buat muka bos cemberut macam tuh.” Sela Atiq selamba. Farafeesa kembali tercengang!
“Korang ni kan... bergaduh mengalahkan laki bini tau.” Tambah Atiq lagi.
“Mana ada kita orang bergaduh....” Berjeda sedikit ayatnya.
“Habis tu apa?”
“Hampir bergaduh jeh...” Atiq menepuk dahi. Farafeesa buat muka tak bersalah.
“Kau ni, buat spoiled mood bos jelah...” Rasa hendak diluku kepala Farafeesa tika ini. Tak boleh ke kalau sekali dia menyenangkan sedikit hati Ezrakil.
“Asal bos nak spoiled mood pulak?” Tiba-tiba Atiq tersedar sendiri. Bimbang juga kalau tersalah cakap nanti. Buruk padahnya.
“Jomlah masuk dewan... dah lewat sangat dah ni...” Dia cuba lari dari topik dan cuba lari dari Farafeesa. Mereka cepat-cepat mengambil tempat apabila masuk ke dalam dewan. Farafeesa mula segan sendiri apabila banyak mata-mata yang sedang memandangnya.
“Asal aku rasa macam semua orang pandang aku.” Aish Farafeesa nih... mulalah nak perasan tuh.
“Sebab kau cantik sangat Feesa...” Puji Atiq ikhlas. Sememangnya Farafeesa memang cantik dalam kelas tersendiri. Ditambah pula dengan selendang berbunga yang menyerlahkan lagi warna kulit Farafeesa. Merahnya mak ngah!!! Tapi memang tip top.
“Kau tak payahlah puji aku sangat...”
“Aku mana ada puji kau... aku puji baju yang aku sponsor tuh.” Farafeesa mengetap bibir. ‘Ada jugak yang bersalin sekarang kang!!!’
“Eleh, kau bayar separuh je kot.. Kalau ikutkan hati aku, memang aku tak mahu beli baju nih... Mahal gila...” Orang lain sibuk duk mendengar ucapan daripada Datuk Effendi. Mereka asyik bercakaran sesama sendiri. Mujurlah volume suara mereka boleh diperlahankan.
“Bukan baju tu yang mahal tapi sebab kau tu kedekut sangat... sesuai sangatlah dengan bos tu... tapi yang malang pastilah anak korang.. segala benda kena catu.” Dicubit sedikit lengan Atiq. Cakap tak berfikir panjang langsung. Dengan Ezrakil? Oh tidak... walau fikir sejuta kali pun, jawapannya tetap TIDAK!!!
Satu, sebab dia memang tidak punya apa-apa perasaan terhadap Ezrakil. Dua, sebab dia memang tak pernah terfikir untuk berkahwin. Apatah lagi setelah mengetahui akan penyakit yang dihidapinya ini. Tiga, sebab dia dan Ezrakil beza macam planet marikh dengan planet pluto! Terlalu berbeza.. Tak kamceng... tak ngam...
Usai ucapan ringkas daripada Datuk Effendi, majlis diteruskan dengan acara persembahan beberapa artis yang tidaklah terlalu ternama. Farafeesa tak cakap banyak, dia hanya makan dan makan sahaja.
“Oit.. kau ni macam setahun tak makan.” Terhenti suapan Farafeesa mendengar kata-kata dari Atiq.
“Mengata aku.. kau pun sama...” Mungkin ingat tiada orang yang perasan dengan tindak tanduknya itu.
“Aku lainlah.. aku makan untuk dua orang...” Farafeesa hanya tersenyum sahaja. Melayan Atiq membuatkan dia tidak terlalu memikirkan akan penyakitnya. Hilang segala gundah bila Atiq akan sentiasa membuatkan dia ketawa. Lagipun, Farafeesa sudah bertekad untuk bangun dari segala rasa sedih.
“Weh, apa kata kalau aku balik dulu?” Usul Farafeesa mula kebosanan. Makan sudah, kenyang pun sudah. Hendak menunggu apa lagi?
“Eh.. mana boleh.. lepas ni ada game tau..” Farafeesa buat gaya menguap. Konon-konon seperti sudah terlalu mengantuk.
“Machaster United lawan Barcelona ke?” Game apalah yang best sangat agaknya. Kalau betul-betul bola sepak, dia memang malas hendak melayan. Bukan citarasanya. Daripada main bola sepak, lebih best kalau dapat sepak bos.. hehehe..
“Kau ni kan, mana boleh campur liga perdana english dengan liga sepanyol...” Farafeesa tayang gigi. Susah bercakap dengan peminat bola ni. Al-maklumlah, suaminya pemain bola sepak terkemukalah katakan.
Tiba-tiba dewan besar ini menjadi kecoh dengan tepukan gemuruh dari para tetamu. Farafeesa mula pelik sendiri. Ialah, sedari tadi dia memang tidak mendengar langsung apa pun bicara yang keluar dari mulut pengacara majlis.
“Weh, apasal kecoh-kecoh ni?” Tanya Farafeesa. Ingin menyemak sekali di dalam kekecohan yang melanda.
“Kau nampak tak balang kaca tu... Dalam tu ada nama semua staf dan semua para tetamu... pengacara tu akan undi dan baca nama siapa yang akan menjadi mangsa...” Ayat Atiq berjeda sedikit.
“Jadi mangsa untuk apa?” Eh mak buyung ni.. dia main sangkut-sangkut pulak..
“Mangsa untuk menyanyi di atas pentas..” Kali ini Farafeesa melopong besar. Tika tangan pengacara majlis sudah berada di dalam balang kaca, Farafeesa sudah berkira-kira untuk bangun. Dia tidak mahu kalau ikut turut terjebak dalam permainan tak bertauliah ini.
“Weh, kau nak pergi mana?” Mujur sahaja dia sempat menangkap Farafeesa yang sudah mula ingin bangun.
“Aku nak baliklah... ini semua kerja gila tau.. kalau nama aku yang kena panggil macam mana?” Mengelabah gadis itu dibuatnya.
“Alah, relekslah yang oit... aku kan orang yang handle majlis ini.. Nama kau dan aku, memanglah aku tak letak.. Lagipun aku memang tahu yang kau failed bab-bab ni. Aku pun tak mahu penonton dengar suara kau yang sumbang mahram tu..” Lega Farafeesa dibuatnya. Namun sempat ditumbuk lembut bahu kawannya itu. Sesedap rasa sahaja mengutuknya.
“Nama yang bertuah adalah......” Jeng Jeng Jeng!!! Entah kenapa Farafeesa yang tidak dapat menahan debar.
“Encik Ezrakil...!” Sejurus kemudian satu dewan bersorak sambil menepuk tangan. Riuh gempita dibuatnya. Terus Farafeesa melarikan pandangan ke arah Ezrakil. Lelaki itu nampak seperti agak terkejut namun masih berlagak selamba.
“Bos kena nyanyilah...” Atiq kelihatan teruja benar.
“Amboi.. ingat sikit laki kau yang ada kat sebelah tu..” Atiq ni macam staf-staf perempuan yang lain juga. Sentiasa teruja bila perkara itu melibatkan Ezrakil. Kalau bujang, bolehlah buat perangai macam tu tapi ni mak buyung kot... Aish.. Tak sesuaiiii....
“Gila sporting bos nih!”
Semua staf kelihatan tak sabar hendak mendengar nyanyian daripada Ezrakil. Farafeesa biasa-biasa aje. Kalau betul suara lelaki itu sedap, dia tidak akan lokek dengan pujian. Namun kalau tak sedap, memang tak lokek juga dengan kutukan. Tunggu jelah...
Ezrakil kelihatan seperti membincangkan sesuatu bersama-sama dengan pengacara majlis. Mungkin berbincang tentang lagu yang bakal dinyanyikan oleh Ezrakil sebentar sahaja lagi. Tak nampak macam malu-malu dan gabra langsung! Memang sejenis lelaki yang suka control macho tak ingat dunia.
‘Hehehe.. Bab mengutuk bos, aku memang teror...’
“Kau agak-agak bos akan nyanyi lagu apa?” Tanya Atiq sambil memperlihatkan sifat terujanya. Senyuman manis tak lepas dari wajahnya.
“Lagu negaraku kot...” Spontan dia menjawab sambil ketawa.
“Bongoklah kau ni Feesa... sekali-sekala cubalah serius sikit.” Makin menjadi-jadi tawa milik Farafeesa.
“Dah tu kau tanya aku, manalah aku tahu dia...” Belum sempat Farafeesa menghabiskan ayatnya, suara yang bergema mematikan perbualan mereka berdua. Terus mata mereka menghala ke arah pentas. Ezrakil sudah pun mengambil tempatnya.
“Lagu ini saya tujukan kepada seseorang yang amat saya sayang....” Kata-kata itu tidak pelik sebenarnya. Tapi yang pelik ialah pandangan mata Ezrakil yang terarah kepadanya. Sehinggakan satu dewan mula mencari arah pandangan mata Ezrakil itu. Farafeesa mula telan air liur. Tuih... Pahit sungguh!
Farafeesa mula buat-buat bodoh sedangkan hatinya sungguh tertanya-tanya. ‘Janganlah bos buat benda bodoh!’ Farafeesa mula mengigit bibir. Malu bila mendapat perhatian dari mata-mata yang memandang.
“Walau saya hanya punya sedetik lagi pun, saya hanya mampu dan pandai menyintai awak sorang sahaja....” Terpaku Farafeesa mendengar kata-kata Ezrakil itu. Adakah ini maksud kata-kata Ezrakil tadi.
‘Saya tak kisah apa yang awak pernah fikir pasal saya sekarang mahupun yang sebelum ni... tapi yang pasti, pemikiran awak tentang saya selepas ini akan berubah seratus peratus..’ Kata-kata Ezrakil tadi bermain dibenaknya. Apatah lagi mata-mata di dalam dewan mula memandang pelik ke arahnya.
“Terimalah lagu ni... ikhlas dari hati saya....” Alunan muzik mula memainkan iramanya. Sungguh, hati Farafeesa mula rasa hendak tercabut dari tempat duduknya.
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
            Sepanjang lelaki itu menyanyi, pandangannya hanya diarahkan ke wajah Farafeesa. Seisi dewan mula sudah berbisik sesama sendiri. Mentafsir gelodak rasa milik Ezrakil. Hendak sahaja Farafeesa bangun nak keluar dari dewan besar ini namun pegangan tangan Atiq di jemarinya membantutkan semuanya.
            ‘Apa masalah yang sebenar ni sekarang?’
Usai Ezrakil menghabiskan nyanyiannya, terus Farafeesa angkat kaki. Keseronokan seisi dewan bersorak hingga menyebabkan ramai yang berdiri membuatkan dia senang melarikan diri dari Ezrakil.
‘Ya Allah.. aku berharap sangat yang aku terperasan sahaja. Moga-moga luahan hati itu bukan untuk aku.. Tolonglah aku.. Macam mana aku hendak berhadapan dengannya jika semua ini memang benar-benar satu realiti?’
            Farafeesa terus angkat kaki. Cuba lari daripada masalah hati ini. ‘Memang aku boleh lari dari masalah tapi boleh ke aku menyorok dari masalah? Masalah ini pasti akan menghantui hidup dan mimpiku!’ Ah... kusut sungguh!
p/s::: kalau feesa lari, agak-agak ezrakil kejar tak... hehe..




7 comments:

  1. kompem ezrakil kjar pnya...hehe...hrp2 la ezrakil nmpk feesa kuar dr dewan 2....~nik~

    ReplyDelete
  2. waaa dah kuaq dah theme song dia haaa..kejaq jgn tak kejaq..tp i know sara well..kejaq tp..ttp ada tp...hehee..mmg hebat..hehe..zombi ek..mmg zombi paling menyentuh hati..walking dead..huhu

    ReplyDelete
  3. confirm kejar pny...gila xkejar...hilang karang zombie cun curi hati 2... :)
    suspen sungguh nie... haha

    ReplyDelete
  4. waduh bru nak kembang cite nya sdh kne cut bersambung lak............ mesti ezrakil kejar pnya... dh la pnt nyanyi feesa cabut lari lak.... hope feesa dpt trima ezrakil wlaupon sedetik..
    kak ezah teruskan bersambung novel nya.... terseksa sya menunggu.... hehehe

    ReplyDelete
  5. x leh blah bila ada part zombi tuh..hehe..
    best3... cepat sambung sara..

    ReplyDelete
  6. agaknya Ezrakil x kejar kot...hehe
    bgla feesa n ezrakil tu kawin :D

    ReplyDelete
  7. x best ar main kejar2 neh ezrakil.. bio je lah,.... dengan dress labuh tu laju benor mana nyelah dia nak lari...

    ReplyDelete