Monday 16 January 2012

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI [38]


          Farafeesa hanya diam sahaja tika dia menerima perlawaan lelaki itu untuk berbual-bual di taman permainan yang berada di hadapan rumahnya sendiri. Malas hendak merosakkan mood ahli keluarganya yang lain.
            “Kenapa senyap je ni?” Tegur Farhan selamba. Kelakar pula melihat muka cemberut milik Faraneesha.
            “Tak ada benda nak cakap.” Farhan terus tergelak. Dia tahu Farafeesa merajuk. Merajuk kerana terlalu lama tidak berhubungan dengan gadis itu. Namun hendak buat macam mana lagi. Kengkangan masa memaksa dia untuk melupakan perihal lain.
            Farafeesa yang mendengar tawa Farhan itu, mula jadi sakit hati. ‘Dia boleh gelak? Kurang ajar betul Farhan nih!’ Hati yang sakit bertambah-tambah sakitnya.
            “Bunyi macam orang merajuk je....” Sakat Farhan lagi sambil tersengih-sengih. Alangkah indahnya jika Farafeesa memang benar-benar merajuk dengan dirinya. Namun dia sedar yang semuanya sudah pun terlambat. Hati Farafeesa memang tidak pernah tersedia untuk dirinya.
            “Memang tengah merajuk pun.. Hah, tunggu apa lagi, cepatlah pujuk!” Farhan tergelak lagi melayan karenah Farafeesa. Sungguh, dia terlalu merindui Farafeesa. Terlalu....
            “Buat apa nak pujuk kau, patutnya aku pujuk Neesha...” Hilang terus tawanya. Terkejut bukan kepalang mendengar khabar berita dari mamanya tadi. Dia baru mendarat di sini semalam, tup-tup hari ini sudah ada berita buruk yang menanti. Kasihan Faraneesha!
            “Semuanya terjadi sekelip mata je...” Pandangan Farafeesa jauh merentasi alam sekitar. Jauh hingga dapat menembuis alam lain.
            “Dia macam mana?” Tanya Farhan ambil berat. Dia tahu, pasti berat untuk Faraneesha menerima semua ini.
            “Mestilah dia sedih..” Mahu tak sedih. Separuh daripada jasadnya telah pun disentap pergi. Mungkin mereka belum digelar suami isteri namun dia tahu yang kasih sayang Faraneesha pada arwah tidak terhitung banyaknya. Kesedihan yang Faraneesha rasai turut dirasai dipelusuk hatinya. Mereka kan kembar.. Apa yang dirasai oleh Faraneesha, akan tempias kepada dirinya juga.
            “Aku rasa kekuatan kau cukup untuk kau pinjamkan kepada dia...” Sela Farhan sambil memandang Farafeesa. Dari dahulu, dia cukup kagum dengan Farafeesa. Dihimpit dugaan kuat pun, bibir itu masih mampu tersenyum manis. Kecekalan gadis itu meragut hatinya, namun dia sedar yang antara mereka, tidak akan pernah lebih dari yang sepatutnya. Mereka akan kekal sebagai sahabat sampai bila-bila. Ini semua lebih baik daripada melihat Farafeesa menjauh darinya.
            “Sekarang, aku dah tak sekuat dulu....” Tanpa sedar, keluhan itu hadir menyelit di dalam perbualan mereka. Berkerut dahi Farhan mendengarnya.
            “Ish.. ada pulak cakap macam tu... Bukan ke kau ni supplier kekuatan mental dan emosi ke?” Sejurus selepas itu, Farhan ketawa besar. Farafeesa rasa hendak sepak sahaja mulut puaka itu. Memang pakar bab menyakitkan hati orang!
            “Farhan... aku rasa, lebih baik kau tak adalah... Sebab bila kau ada je, kau ni mesti akan menyakitkan hati aku!” Farafeesa mendengus kasar!
            “Alalala.... kuat merajuk dah kau ni sekarang.. Biasanya, orang kuat merajuk ni sebab ada orang selalu pujuk!” Tebak Farhan selamba. Keningnya diangkat. Menanti jawapan daripada sahabat baiknya itu.   
            Mendengar sahaja kata-kata Farhan, terus wajah Ezrakil terlintas di kepalanya. ‘Erk, apasal aku teringat kat mamat tu pulak?’ Aduh.. sakit-sakit. Farhan tergelak melihat gelagat Farafeesa yang sedikit mengelabah itu. Dia hanya meneka. Tak disangka pula tekaannya mengena.
            ‘Siapalah lelaki yang bertuah itu?’ Farhan jadi terfikir sendiri. Kerana lelaki itu terlalu beruntung kerana memiliki sekeping hati milik Farafeesa yang terlalu mahal harganya.
            “Pandai-pandai saja kau nih! Aku stay single macam dululah...” Kenapa hatinya jadi tidak tenteram ya? ‘Ah... mainan perasaan je ni.’
            “Kan kau dah janji, akulah orang pertama yang akan tahu siapa pemilik hati kau tu?” Suara Farhan kedengaran sungguh serius. Sebenarnya, dia ingin melegakan hati milik sendiri.
            “Memang tak ada sesiapa pun...” Tegas Farafeesa lagi.
            “Kau nak tunggu apa lagi Feesa? Umur kau tu, bukannya makin muda...” Farafeesa buat-buat pekak apabila Farhan sudah memulakan operasi membebel.
            “Cakap aku.. habis tu kau tu? Kenapa sampai sekarang masih membujang?” Kali ini giliran Farhan pula yang mengaru kepalanya. Dari dahulu, tabiat tak pernah berubah. Bila lelaki itu sedang berfikir, pasti dia akan mengarukan kepalanya. Segala tingkah laku Farhan sudah terselit kemas di dalam kotak ingatannya.
            “Aku lainlah Feesa... Aku ni duduk kat laut. Susah nak cari orang yang sanggup setia tunggu aku. Duduk kat darat dua bulan, lepas tu berlayar sepuluh bulan... Aku nak kumpul duit banyak-banyak dulu... Bila aku dah stabil, aku nak buka business sendiri je nanti dan mulakan hidup baru bersama orang baru!” Tersengih Farafeesa mendengar azam milik kawan baiknya itu.
            Memang sukar untuk mencari seorang wanita yang sanggup setia pada seorang lelaki yang jauh di mata. Kalau ada pun, satu dalam berjuta!
            “Aku doakan agar cita-cita kau dimakbulkan..” Dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Farhan. Lelaki ini cukup sempurna untuk dijadikan seorang suami. Cuma Farhan tidak sebegitu sesuai untuk dirinya. Kerana telah dianggap Farhan seperti kembar ketiganya. Kembar mana boleh kahwin dengan kembar kan... ‘Alasan tak munasabah langsung!’
            “So, aku ada alasan sebab tak berkahwin! Bukan macam kau!” Rupa-rupanya topik ini masih lagi berada di dalam kotak ingatan Farhan.
            “Aku pun ada alasan yang tersendiri Paan....” Farafeesa berjeda seketika. Namun dia tidak bermaksud untuk menyambung kata. Rahsia ini, akan kekal sebagai rahsia. Dia mula merenung ke arah padang. Pandangan yang penuh dengan kerisauan tentang hari esok.
            “Alasan apa? Nak mengelak ajeh kau ni!” Namun Farafeesa sedikit pun tidak memberi sebarang reaksi. Jauh betul gadis itu termenung!
            “Dari dulu sampai sekarang, kau memang suka termenung. Weh, tak ada kayanya kalau kau termenung dan tak akan bahagianya kalau kau merenung masa depan tuh!” Farafeesa buat muka tak puas hati. Bengang betul dengan Farhan!
            “Aku membayangkan tentang....” Farhan mula fokus apabila mendengar nada suara Farafeesa yang sangat serius itu. Menanti bait-bait kata Farafeesa yang seakan-akan terlekat di kerongkong itu.
            “Tentang apa?” Gesa Farhan tidak sabar.
            “Tentang bakal isteri kau yang tersangat malang tu!” Sejurus itu, terus Farafeesa tergelak besar. Ya.. dia sudah terlupa bila kali terakhir dia ketawa. Bersama dengan Farhan akan sentiasa membuatkan dia tidak kering gusi.
            ‘Terima kasih Paan... Sebab ada di sisi aku.. di saat aku memerlukan tempat berteduh, kau ada untuk payungkan aku...’
            “Entah-entah kau kot orang yang malang tuh!” Jari terlunjuk dihalakan ke arah Farafeesa. Usik mengusik sudah terlalu sebati dalam hidup mereka.
            “Ceh, siapa entah nak jadi isteri kau tuh! Tak hingin tau!” Farafeesa buat muka seolah-olah kegelian. Tadi perasaanya diapit oleh rasa sedih yang menggunung, tapi sekarang rasa sedih itu seolah-olah telah diusir jauh dari dirinya.
            “Kau ni demand sangatlah Feesa... Habis tu kau nak calon yang macam mana?” Memang nada suaranya seperti seoalah-olah sedang main-main, tapi dia teramat serius untuk mengetahui jawapannya. Lelaki yang bagaimana yang akan mencuri hati Feesa? Aish.. Tertanya-tanya sungguh!
            “Hmm, lelaki  yang dapat menyembuhkan segala rasa sakit aku.” Jawapan itu spontan keluar dari mulutnya. Sekali lagi, wajah Ezrakil terlayar di ruang minda. Menjadikan dirinya penasaran sendiri.
            ‘Menyintai Ezrakil?? Oh.. tidak sama sekali... Jika menyintai lelaki itu, tidak ubah seperti aku membunuh Ezrakil tanpa pisau... Ezrakil akan terluka sendiri melihat kesakitanku nanti!’ Entah kenapa, nama Ezrakil seolah-olah sudah sebati dalam kotak ingatannya ini? Kenapa terlalu sukar untuk dibelek hati miliknya sendiri? Membuatkan dirinya tertanya-tanya tanpa jawapan yang pasti.
            Mungkin juga kerana Ezrakil sering bermain dengan jiwa dan perasaannya sejak dua tiga hari ini! Sekali lagi, Farafeesa terlontar jauh dari alam realiti. Meredah alam fantasi yang turut serabut di ruang minda.
            “Feesa, kau mengelamun lagi ke?” Sergah Farhan. Pelik dengan keadaan Farafeesa ini. Seperti tidak ceria lagi seperti dulu-dulu.
            “Kau ni asyik kacau aku jeh!” Farafeesa berlakon seolah-olah sedang memberontak. Dia sebenarnya ingin lari dari topik perasaan ini. Makin dibincang, makin lumat perasaanya seperti sedang dicincang!
            “Sementara aku ada kat darat ni, aku kacaulah kau.. Nanti bila aku dah berlayar balik, kau boleh teruskan keamanan hidup tanpa aku.. hehee...”
            “Cepatlah balik.. Ada pun buat semak jeh!” Farhan tergelak. Sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata Farafeesa.
            “Feesa... cepatlah cerita kat aku.” Lah, tak habis-habis lagi rupanya topik ini. Tidak sedikit pun Farhan ingin mengalah.
            “Cerita apa? Pergi tengok cerita-cerita kat tv tu... Ada banyak lagi cerita yang menarik!” Farhan mendengus. Masih tidak berpuas hati!
            “Aku nak tahu cerita kau dengan si dia... Kau jangan nak sembunyi dari akulah.. Aku tahu, kau dah ada sukakan seseorang kan...” Tembak Farhan selamba. Bibirnya merekah dengan senyuman lebar.
            “Aku pun baru sedar yang aku terlalu sukakan dia Paan....” Luah Farafeesa perlahan. Kali ini, kata-kata Farafeesa berjaya membuatkan Farhan melopong! Jadi, memang betullah tekaannya ini?
            “Siapa?”
            “Er.... Malulah nak cerita”
            “Alah, nak malu buat apa? Cepatlah cerita?”
            “Aku tak setanding dengan kedudukan dia....”
            “Setanding atau tidak seseorang tu dengan kita, bukan kita yang boleh menilainya. Semuanya kerja Allah... Dia lebih tahu.. Dia dah tetapkan yang terbaik buat setiap hambanya.  Jadi kalau kau dah sukakan seseorang, jangan malu-malu.... Patutnya kau berbangga sebab kau dah dapat rasai anugerah Allah yang satu tu... Anugerah yang adakalanya tidak dapat dinikmati oleh orang lain. Jadi, kau haru percaya dengan apa yang kau rasa!” Mak oit... panjang pula hujah Farhan kali ini. Tak tertelan rasanya air liur milik Farafeesa.
            “Jadi cepatlah cerita, siapa yang kau suka tu? Dia memang tersangat beruntung..”
            “Macam mana aku nak beritahu yang aku sukakan dia eh?” Farafeesa mula buat gaya buntu.
            “Lah.. just tell your felling to him. I love you... I need you... I want to be part of your life... heheehe..” Serius Farafeesa rasa macam hendak gelak berguling sekarang juga! Jiwang berkarat-karat!
            “Tapi aku dah tak jumpa dia dah...” Suaranya mula mendatar. Tanda kecewanya sekeping hati miliknya!
            “Kenapa pulak tak jumpa dah? Hmm, kalau macam tu, kau telefon je dia.” Tidak putus-putus Farhan melontarkan idea.
            “Alah, nombor telefon pun aku tak ada!” Mendengar pengakuan Farafeesa itu, Farhan mula terasa sesuatu. Terasa yang dirinya sedang dipermainkan. Apatah lagi melihat wajah Farafeesa yang tidak beriak itu.
            “Sebenarnya kau ni suka siapa?”
            “Err.. kalau aku cakap kau jangan marah tau!” Pinta Farafeesa sungguh-sungguh. Takut juga dengan penerimaan Farhan nanti. Takut juga jika Farhan mengambil keputusan untuk membelasahnya.
            “Cakaplah dulu, baru aku fikir nak marah ke tak.” Sengaja Farhan main tarik tali. Melihat Farafeesa yang tersengih-sengih itu pun, dia sudah dapat mengagak jawapan Farafeesa itu! Farafeesa ini memang tidak pernah serius bila berbicara soal hati!
            “Er... Remy Ishak...”
            Farhan terus tepuk dahi. Kalu ikutkan hatinya, ingin sahaja ditepuk dahi Farafeesa berkali-kali. Sakit sungguh hatinya. ‘Aku punyalah serius bermadah, dia boleh main-main.. Memang perempuan ni bermasalah!’
            “Aku dah tak tahu nak cakap apa dah...” Akhirnya Farhan menyerah.
            “Eh, kau cakap ayat ni jeh...”
            “Cakap apa?” Perempuan ni memang banyak idea.
            “Wakenababe!!!” Terus Farhan sekeh kepala Farafeesa. ‘Sakitnya hati.....’
            Farafeesa gelak besar. Senang hati dapat mengenakan Farhan. Berair matanya kerana berlebihan ketawa. Terasa hilang segala beban yang menggunung. Farhan ikut turut ketawa. Namun tawa Farafeesa tiba-tiba terhenti dan gadis itu kelihatan agak tercengang sambil melontarkan pandangan ke belakang badannya.
            Perlahan-lahan Farhan mula berpaling. Matanya tertacap pada seorang lelaki yang yang segak berbaju melayu. Muka lelaki itu tegang semacam! Farhan mula berpaling ke arah Farafeesa yang sudah mula berdiri itu. Muka Farafesa juga pucat tanpa darah. Beberapa persoalan mula bermain di benak milik Farhan. Apa yang sebenarnya berlaku antara mereka?


8 comments:

  1. alamak ...ezrakil da nmpk... adessss salah fhm lagi.. konfilk ek..

    ReplyDelete
  2. laki berbaju melayu 2 en boss kn??
    mst dia panas hati..hohoho
    n mst dia buat assumption sndri.. :D
    cik writer, smbung lg pless... ;)

    ReplyDelete
  3. wakenababe ? ha ha..amende tu ?

    eh, sian la ezrakil .. mesti jeles .. wuwuw

    ReplyDelete
    Replies
    1. aishhh rin... wa kena babe...!!!
      tu ayt pasar... mcm sy terkena.. hehe..

      Delete
    2. hihi .. ye ke ? kitorng sarawak guna kamek kena babe!.. gitu kot.. =.=" amende aku merepek nih~

      Delete
  4. hahaha....
    pndai feesa kenakan farhan...
    wah...mr b0s kew yg mncul tuh...

    ReplyDelete