Tuesday 24 January 2012

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI [41]



          Atiq mundar-mandir di luar tandas. Risau sungguh melihat Farafeesa yang menangis tika keluar dari bilik Ezrakil. ‘Kena marah lagi ke? Ish... bos ni pun satu, kalau sayang kat Feesa, kenapa duk nak marah-marah? Kalau macam ni, sampai bila-bila pun Feesa tak akan sukakan bos!’ Marah Atiq di dalam hati.
            Kalau kandungannya sudah berusia sembilan bulan, pasti anak di dalam kandungannya terkeluar dari perutnya. Celaru sungguh dengan dua orang watak di dalam pejabat ini! Mujurlah waktu pejabat sudah habis, jika tidak, pasti kusut untuk berhadapan dengan staf pejabat yang lain!
            “Feesa.... keluarlah...” Ketuk Atiq lagi. Kalau tidak mengenangkan yang dia mengandung, ingin sahaja disepak pintu bilik air ini.
            Senyap lagi. Tiada sebarang respon!
            “Feesa, kalau kau tak keluar, aku tendang pintu bilik air nih!” Ugut Atiq dengan menggunakan suara yang serius. Berharap agar Farafeesa lembut hati dan tidak terus mengurungkan diri.
            Masih senyap!
            Atiq mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Berharap agar kepala otaknya dapat menjana dengan baik. Berfikir cara untuk terus memujuk Farafeesa. Apa sebenarnya yang terjadi? ‘Aduh, pening sungguh jadi penasihat cinta tak bertauliah ini!’ Di usap perutnya beberapa kali.
            Ting!!! Tiba-tiba dia terfikirkan satu idea.
            “Feesa....Feesa.... tolong aku,,,, perut aku sakit...” Suaranya halus meminta tolong. Berharap agar lakonannya menjadi. Apabila dia mula mendengar tombol pintu seakan-akan berbunyi dari dalam bilik air, terus dia bersandar ke dinding. Tangannya dihalakan ke perut.
            ‘Ya Allah, maafkan aku kerana menipu. Sesungguhnya, hanya ini yang mampu aku lakukan untuk memujuk Feesa keluar dari tandas!’ Pohonnya di dalam hati. Bimbang jika Allah benar-benar mengujinya nanti. Pastilah dia tidak sanggup untuk kehilangan permata ini.
            “Ya Allah Tiq? Kenapa ni?” Suara Farafeesa serak menegur Atiq. Atiq pula terpana melihat wajah Farafeesa yang sembab! Sepanjang perkenalan mereka, inilah kali pertama dia melihat Farafeesa menangis.
            Terus Atiq berdiri tegak apabila melihat wajah Farafeesa itu. Pelik teramat sangat. Menunggu Farafeesa menangis adalah seperti menunggu salji turun di Malaysia! Pelik kerana semua ini berlaku dan ajaib kerana ianya berlaku di hadapan mata Atiq sendiri.
            “Kenapa dengan kau Feesa?” Tanya Atiq sambil memegang wajah Farafeesa. Farafeesa berpaling, tidak pasti arah mana untuk menyembunyikan wajah lagi.
            “Bos buat apa kat kau ni?” Keras pertanyaan Atiq. ‘Tak kanlah, bos buat perkara tak senonoh kot? Memang nak kena Ezrakil nih!’ Tapi sebelum ini, tak pernah dengar pulak Ezrakil buat kelakuan seksual pada pekerja perempuan? Ke penyakit gatal mereyam dia ni baru muncul?
            “Bos ni nak kena nih!” Atiq mengacah-ngacah seperti hendak menyerang Ezrakil. Bukan apa, dia mahu Farafeesa buka mulut. Berdiam diri tidak akan mampu untuk menjawab segala persoalan di benaknya ini!
            “Eh... Dia tak buat apa-apa pun!” Halang Farafeesa. ‘Mati aku kalau Ezrakil nampak aku menangis!’
            “Habis tu, yang melalak sampai macam ni sekali kenapa? Dia marah kau eh?” Atiq terus menembak dengan soalan yang berbisa! Farafeesa bersandar di dinding. Diam tanpa jawapan.
            “Feesa, kalau aku tak dengar jawapan dari mulut kau, aku akan tanya bos sendiri!” Tegas Atiq lagi. Dia tidak betah melihat Farafeesa sebegini rupa. Sedangkan dia bukanlah berani sangat untuk pergi menyerang Ezrakil! Sudahlah hari ini Ezrakil diserang angin kus-kus Farafeesa!
            Farafeesa memegang tangan Atiq. Menahan bakal ibu itu dari terus berganjak. Airmatanya merebes laju. Tidak dapat ditahan lagi. Atiq terkedu! Terkejut dengan tangisan Farafeesa ini. Kaget dia dibuatnya. Bagaimana hendak menghentikan tangisan milik Farafeesa ini? Hendak membantu mengesat permata jernih itu ke atau hendak memeluk bahu Farafeesa untuk menenangkan gadis itu atau pun kena join menangis sekaki? Aduh...
            “Feesa... Kenapa ni? Boleh tak jangan buat aku tertanya sendiri?” Atiq sudah penat. Penat dengan persoalan yang masih belum ketemu jawapannya!
            “Bos....” Suaranya tersekat. Hatinya terasa ngilu untuk meluahkannya!
            “Kenapa dengan bos?” Aduh... ‘Duhai hati, bersabarlah sedikit!’
            Farafeesa tidak tahu bagaimana hendak menceritakan kepada Atiq. Sungguh, dia sudah tidak betah menanggungnya seorang diri lagi. Otaknya sesak! Nafas terasa tersekat! Jiwa bagaikan dihiris dengan belati tajam!
            “Kau sukakan bos kan?” Tebak Atiq perlahan. Dia dapat rasa yang selama ini Ezrakil tidak bertepuk sebelah tangan. Dia boleh percaya kepada firasat hatinya ini!
            Farafeesa tidak mengeleng atau mengangguk. Dia hanya menangis!
            “Feesa... aku tak tahu kenapa sampai jadi macam ni? Kalau dah suka, kenapa kau tolak lamaran bos? Kau ni kenapa? Sengaja nak seksa diri kau sendiri! Nak seksa Ezrakil! Macam tu?” Atiq mula rasa tidak puas hati. Kenapa Farafeesa perlu ego seperti ini? Menolak lamaran lelaki itu kemudiannya mendera perasaan milik sendiri. Memang tindakan yang sangat bijak!
            “Aku ada sebab sendiri kenapa aku tak terima dia Atiq!” Tegas Farafeesa sambil mengelap permata jernih itu. Bila menangis, jiwanya ini terasa lebih penat!
            “Sebab apa? Sebab kau pentingkan diri sendiri? Kau rasa bagus sebab ada orang suka lepas tu kau boleh berbangga dengan staf lain yang bos sukakan kau? Macam tu ke?” Terkejut Farafeesa mendengar soalan keras daripada Atiq itu. Kenapa semua orang perlu marah-marah!
            “Sampai hati kau fikir aku macam tu Tiq?” Sekarang, mereka pula yang berbalas serangan soalan. Entah apalah yang tidak kena hari ini. Tadi bertekak dengan Ezrakil, sekarang terpaksa berhadapan dengan Atiq pula. Agak-agaknya tika pulang nanti, telinga ini terpaksa menanggung beban amarah daripada Puan Azah pula!
            ‘Ya Allah, jika ini motif kehidupannya, cepat-cepatlah diambil nyawaku ini! Biar aku tidak terus menyusahkan orang di sekelilingku!’ Namun cepat-cepat dibetulkan letak duduk hatinya. Tidak patut dia merungut dengan kehidupan ini. Ujian yang ditanggung bukan untuk membebankan hambaNya. Semua ini untuk mengukuhkan lagi kekuatan Iman setiap manusia.
            “Kau yang buat aku fikir macam tu Feesa! Apa guna kau menangis sekarang? Bukannya Ezrakil tolak cinta kau pun! Cubalah belajar bersyukur dengan apa yang Allah bagi! Jangan ego sangat Feesa, tak kemananya kau tuh!” Atiq menghamburkan kemarahannya. Entah kenapa, dia terlalu sakit hati. Sakit hati dengan perangai Farafeesa yang seakan-akan mempermainkan perasaan Ezrakil. Sedangkan dia tahu betapa dalamnya rasa sayang Ezrakil terhadap Farafeesa!
            “Kalau kau tak tahu apa-apa, kau tak berhak untuk komen apa-apa Tiq!” Suaranya bergetar menahan rasa. Sedih kerana dituduh yang bukan-bukan. Semua yang berlaku bukan di dalam kawalannya.
            “Apa yang aku tak tahu? Apa?” Jerit Atiq!
            “Kau tak perlu tahu apa-apa Tiq! Tak perlu!” Balas Farafeesa pula. Suasa tegang mula menghantui mereka. Farafeesa sudah penat hendak berbalah, lantas dia mengalihkan kaki. Ingin pergi dari terus dihentam oleh Atiq.
            “Feesa....” Suara Atiq yang mengerang kesakitan itu menarik perhatiannya. Persoalannya, entah betul atau tidak, Farafeesa sendiri tidak dapat mengenal pasti. Atiq ini bukan boleh kira sangat.. Kalau berlakon, Lisa Surihani pun kalah!
            “Atiq, kau ni betul-betul ke berlakon?” Tanya Farafeesa was-was.
            “Betul-betullah....” Geram hatinya kerana Farafeesa menuduhnya main-main. Tangannya memegang perutnya yang ditendang oleh si kecil.
            “Mana tahu kalau kau berlakon... Tadi kan kau main-main... Nak pergi hospital ke ni?” Tanya Farafeesa ambil berat. Terlupa yang sebentar tadi mereka bergaduh sakan. Kalau pun Atiq meninggikan suara kepadanya, dia tahu yang Atiq hanya mengikut emosi semata-mata. Dia tetap akan risau jika ada apa-apa yang berlaku kepada Atiq dan anaknya.
            “Anak aku pun geram dengan kau! Sebab tu asyik duk menendang jeh!” Farafeesa tergelak kecil. Akhirnya Farafeesa memimpin Atiq ke pantri. Mungkin kerana terlalu berdiri jadi pinggang Atiq sudah naik lenguh. Apatah lagi berdetum hebat berbalas serangan. Lagilah penat mak buyung ini.
            “Feesa... Aku minta maaf... Aku tercakap benda yang bukan-bukan tadi.” Dicapai tangan Farafeesa. Sungguh, dia hanya ingin membantu. Bukan hendak mengeruhkan lagi keadaan.
            “Tak ada apalah... Aku pun tertinggikan suara pada kau tadi! Sampai terkejut anak angkat aku!” Mereka berdua ketawa serentak. Hati Farafeesa tenang sedikit. Lega kerana pergaduhan ini tidak berlaku dalam jangka masa yang lama.
            “Feesa, kau anggap aku kawan kan... Ceritalah pada aku.. Beritahulah, apa yang aku tak tahu tuh!” Pujuk Atiq lembut. Dia tetap akan memujuk Farafeesa sampai gadis itu menceritakan hal yang sebenarnya.
            Farafeesa diam tidak berkutik.
            “Apa yang membuatkan kau tolak Ezrakil?” Tanya Atiq lagi.
            “Aku sakit....” Akhirnya.... ayat keramat itu keluar dari mulutnya.
            “Sakit? Sakit apa?”
            “Feesa... Boleh tak jangan main-main hal seserius ni?” Atiq menggongcangkan tubuh milik Farafeesa apabila Farafeesa mula termenung sendiri. Berharap agar Farafeesa hanya bergurau sahaja. Masa Farafeesa benar-benar sakit?
            “Aku betul-betul sakit Atiq... Aku mengidap penyakit Sistemik lupus eritematosus.” Mulut Atiq terngaga luas.
            “Aku tak pernah dengar pun penyakit tu? Kau nak temberang aku ya?” Kepala Farafeesa tergeleng-geleng. Tanda tidak mengiakan kata-kata temannya itu. Sungguh, dia bukan seorang yang suka mengada-ngadakan cerita yang tidak pernah ada!
            “SLE pernah dengar?” Tanya Farafeesa pula. Memang penyakitnya ini tidak seporpular penyakit kanser. Tetapi tetap ada bahaya dan mampu mengancam nyawa. Penyakit ini banyak kategori. Boleh jadi SLE yang kecil ataupun SLE tahap kronik yang mampu memberi kesan buruk kepada pengidap.
            “Oh... penyakit yang antibody dia terlalu kuat lalu menyerang diri sendiri tu?” Kali ini, Farafeesa menganggukkan kepala. Mujur Atiq dapat mendefinasikan penyakitnya ini mengikut tahap kemampuannya.
            “Macam mana kau tahu? Comfirm ke?” Tanya Atiq lagi.
            “Aku dah pergi check up... Dan jawapannya positif...” Ujar Farafeesa lambat-lambat.
            “Tapi penyakit ni tak bawa maut kan?” Tanya Atiq lagi. Hatinya jatuh kasihan mendengar cerita daripada Farafeesa. Patutlah gadis itu banyak memencilkan diri sejak akhir-akhir ini. Rupanya ada sebuah duka yang disimpan kemas di dalam lubuk hati.
            ‘Fessa... Feesa... ada masalah, suka simpan sendiri-sendiri!’ Atiq hanya mampu melampiaskan rasa marah di dalam hatinya. Bimbang Farafeesa akan terlebih sakit jika mendengar bebelan dari mulutnya.
            “Kalau tak sakit pun, maut tetap akan menjemput jugak kan... Aku cerita ni, bukan untuk membebankan kau Tiq. Bukan juga untuk memohon simpati daripada kau. Dan bukan juga untuk kau hebahkan kepada semua orang. Aku nak kau simpan rahsia ni daripada sesiapa pun. Sebab hanya kau seorang je yang tahu selain daripada doktor yang merawat aku! Lebih-lebih lagi pada Ezrakil dan Neesha! Aku tak nak dia orang tahu!” Tegas Farafeesa serius.
            “Kenapa? Kenapa kau nak simpan sorang-sorang... Kalau betul kau nak nak beritahu Ezrakil, sekurang-kuranya kau beritahulah pada Neesha. Dia tu kembar kau! Dia berhak untuk tahu perkara ni.”
            Farafeesa memejamkan matanya sebentar. Nasihat Atiq itu tidak mampu diterima pakai oleh kepala otaknya. Faraneesha sudah cukup bersedih sekarang. Dia tidak mahu menambahkan beban kakaknya itu.
            “Neesha tak kuat untuk tahu perkara ni Tiq... Kalau dia tahu, dia pasti akan menangis tak henti-henti. Lepas tu ahli keluarga aku pasti akan syak perkara ni.”
            “Apa yang salahnya kalau ahli keluarga kau tahu? Dia orang berhak untuk tahu kan? Kau berhak untuk kongsi kesakitan kau dengan keluarga kau! Biar dia orang ada menemani saat kau menanggung kesakitan ni.” Atiq mengeluarkan hujahnya sendiri. Kenapa bila seseorang ada penyakit, mereka senang untuk merahsiakan hal tersebut? Apa kebaikkannya?
            “Kau tahu kan ibu aku macam mana? Aku tak mahu dia mula buat baik dengan aku hanya semata-mata kerana aku sakit. Aku tak mahu ahli keluarga aku memandang aku dengan penuh rasa simpati! Aku tak mahu dia orang rasa sedih atau terpaksa tanggung sesuatu yang bukan bebanan dia orang! Biar aku tanggung semua ni sorang-sorang Tiq.” Tutur kata Farafeesa sebak. Sungguh, hari ini dia menangis dengan sangat teruk!
            Atiq terus memeluk sahabatnya itu. Air matanya ikut turut tumpah sama. Kasihan sungguh Farafeesa. Kenapa berat sangat ujian yang perlu ditanggung oleh gadis itu? Tak ada langsungkah sinar bahagia buatnya?
            “Lepas ni kau tak akan keseorangan dah.. Walau apa pun yang terjadi, kau ada aku tau! Aku akan sentiasa ada untuk menolong kau!” Atiq membantu Farafeesa mengelap permata jernih itu. Farafeesa jadi tersentuh!  Kebiasaannya, dia yang akan mengelap permata milik Faraneesha, tapi kini, Atiq pula yang mengambil alih tempatnya.
            ‘Ya Allah, di saat aku memerlukan seseorang untuk menemaniku menangis, kau sentiasa menghulurkan bantuanMu... Alhamdulilah... aku bersyukur kerana Allah mengurniakan kepadaku teman sebaikmu Tiq,...’ Keluh hati kecil Farafeesa.
            “Janji dengan aku Tiq... Yang kau tak akan beritahu sesiapa pun tentang hal ini!” Pinta Farafeesa sunguh-sungguh. Atiq pada mulanya agak sedikit teragak-agak namun akhirnya dia tersenyum dan mengangguk perlahan.
            “Kalau kau perlukan apa-apa, kau kena ingat yang kau boleh berharap pada aku Feesa.” Ayat itu ikhlas keluar dari mulutnya. Farafeesa sudah terlalu banyak membantunya dulu. Ketika dia keliru untuk berjalan dalam hidup, ada Farafeesa untuk membetulkan langkahnya. Memimpinnya. Kebahagiaan yang dia kecapi pada hari ini adalah berkat pertolongan daripada Farafeesa!
            “Aku nak tanya satu soalan boleh?” Pinta Atiq perlahan. Matanya asyik memandang wajah Farafeesa.
            “Tanyalah..”
            “Kau betul-betul sayangkan bos?” Farafeesa melontarkan pandangan ke lantai. Nafasnya dihembus perlahan.
            “Entah bila... entah kenapa... aku sendiri tak mengetahui jawapannya... bila diri sendiri sudah tidak memahami kehendak hati, aku sudah mengerti yang Ezrakil sudah lama bertahta dalam hati ini. Cuma memerlukan masa untuk menerokainya. Tapi bila jawapannya sudah muncul, takdir dah tak menyebelahi aku Tiq.”
            Atiq mengosok sedikit bahu milik rakannya. Pasti perit untuk menghadapi semua ini! Apa yang dia mampu lakukan sebagai seorang sahabat?
            “Di sisa penghujung hidup kau, tak kan kau tak mahu membenarkan diri kau bahagia Feesa?” Kebahagian tidak akan terhenti jika manusia itu berpenyakit sekalipun. Untung rugi kehidupan, bukan di tangan manusia.
            “Kalau aku benarkan diri aku untuk bahagia sekarang, aku akan meninggalkan pada Ezrakil penderitaan yang lebih mendalam untuk kehidupan akan datang. Kau mahu lihat bos kita tu lelah memikul perasaan? Lagipun, aku sakit... aku tak mampu nak bahagiakan dia.. Aku hanya akan menjadi bebanan bagi dia. Lagipun, kita sendiri tak tahu menerimaan Ezrakil dalam hal ni. Entah-entah nanti dia dah tak pandang aku ni...”
            Kata-kata Farafeesa itu memang ada benarnya. Atiq jadi diam sendiri. Tidak mahu mengusulkan cadangan lagi. Akhirnya mereka sama-sama terdiam. Berfikir untuk meredah hari esok yang belum pasti gelombangnya.
            Atiq mencuri pandang ke arah Farafeesa sedikit, entah kenapa... otaknya seakan-akan sedang menjana... Mencari idea agar Ezrakil dapat mengetahui rahsia besar ini. Dia teramat pasti yang cinta Ezrakil bukan disandarkan pada paras rupa semata-mata. Pasti Ezrakil sanggup menerima gadis kesayangannya walau apa pun juga keadaan Farafeesa nanti. Tapi, bagaimana pula dengan janji yang telah dimeterai dengan Farafeesa? Ah, kusut kepala otaknya!

p/s: adakah Atiq akan membocorkan rahsia Farafeesa??? 

11 comments:

  1. atiq!!! cepat bocorkan rahsia feesa.. biarlah feesa bahagia, walaupun skjp..

    ReplyDelete
  2. bocor..hrp atiq bcorkan.. hehe

    ReplyDelete
  3. cepatlah sambung

    ReplyDelete
  4. alah sian feesha dia sakit lak..sob..sob..sob..
    tp nk fesha bahagia jgk..
    hehhe...thanks..=)

    ReplyDelete
  5. atiq..tlg la bocorkan rahsia tu!!
    atiq kn syg feesha, mst dia nk feesha bahagia..kn3..:D
    cian feesha, tanggung semua sorg2..

    ReplyDelete
  6. atiq tunjuk hero .. bhahaha.. kena pula dia nak tendang pintu mengandung cemtuh =.="

    sle pernah dengar . dulu rasanya la masa dolu-2 ada baca kat satu blog penulis mengadu anak dia kena SLE , bdn dia lemah sngt. kena jga betul2 .. sian la..

    ReplyDelete
  7. klu sy atiq, sy akn bgtau kat ezrakhil.biarla mereka bahagia untk seketika.yg penting dorang bahagia.hehe

    ReplyDelete
  8. kena bg tau jg dgn ezrakil....

    ReplyDelete
  9. really compicated now.huhu
    bg tau atiq jgn x bg tau
    hehe....
    akak cpt sambung....
    hehe

    ReplyDelete
  10. ruby muksan reds25 January 2012 at 03:27

    huhuhuhu cpt sambung pleaseee

    ReplyDelete
  11. adoiii cpt sambung erk...hope ezrakil tau cpt..huhu

    ReplyDelete