Wednesday 17 April 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [19]

Sesudah membaca surah Yasin, Redza mula mengalih ke muka surat yang menghidangkan bacaan doa. Bacaan yasinnya mungkin agak lancar namun bacaan doanya masih tergagap dan agak pincang bunyinya. Sekarang Redza betul-betul menyesal kerana tidak membiasakan diri dengan membaca doa yassin. Dulu kalau dengan Radzi, dia yang akan membaca doa-doa ini.
            “Redza... sabar.. tunggulah baca doa dulu.” Tahan Radzi apabila si adik sudah berkira-kira untuk bangun.
            Redza mendengus. Sudahlah dipaksa membaca yasin. Selepas itu perlu menanti untuk doa pula. Kalau Radzi doa sendiri tak boleh ke?
            “Perlu ke bang... Aku nak cepat ni.” Bukan nak cepat sangat pun, lebih kepada nafsu tak sabar untuk mengadap hal duniawi yang memang melekakan.
            “Nak cepat ke mana? Baca doa dulu... Tak guna kau solat kalau kau tak berdoa. Macam tu jugak dengan baca Yasin. Sesuatu yang bermula dengan baik itu, baik disudahkan dengan baik jugak. Lagipun orang yang tak berdoa adalah orang yang sombong dengan Allah!” Tegas bunyinya. Tidak seperti memarahi namun cukup-cukup untuk memberi peringatan.
            Doa... bercakap pasal doa, Redza tahu yang doa adalah pengharapan manusia pada Allah.
            Bibir kita tak akan pernah lekang daripada menyebut kata-kata mengharap apabila kita memerlukan sesuatu. Sedar atau tidak, itu adalah doa yang kita panjatkan secara tidak langung. Tapi sungguh Redza tak faham!
“Kenapa perlu berdoa? Bukankah Allah sudah mengetahui apa yang terluah mahupun yang terdetik di dalam hati kita?”
             Jawab Radzi. “Yup... Kalau kita tak minta pun, Allah tahu apa yang kita nak. Tapi secara lumrahnya, manusia seharusnya bersikap meminta-minta dengan Allah. Berharap agar diperkenankan segala doa sebab doa itu hakikatnya adalah luahan hati yang timbul dari jiwa yang menyakini wujudnya dua hakikat.” Radzi sedikit berjeda.
            “Dua hakikat?” Tanya Redza tak faham.
            “Yup... Pertama, hakikat wujudnya Allah S.W.T yang merupakan sumber kesempurnaan, kegagahan, kekayaan dan kelimpahan yang tiada bandingnya. Hakikat kedua pulak ialah wujudnya kita... kita adalah makhluk yang merupakan wadah kefakiran, keberhajatan, keperluan dan kedaifan.”
            Redza tayang muka blur. Dia faham tapi tidak sepenuhnya.
            “Macam ni dik... Wujudnya Allah S.W.T adalah sebagai sumber bagi mahkluk-makhlukNya yang amat memerlukanNya untuk mencapai hasrat dan kehendak mereka. Atau dengan lebih tepat lagi, Allah menciptakan kita supaya sentiasa dalam keadaan yang sedemikan rupa supaya kita tidak berasa bongkak dan lupa daratan. Supaya mereka berpaut kepada Allah S.W.T dan juga bersujud menyembah hanya kepadaNya dalam usaha mencari kesempurnaan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.”
            Redza terdiam.
            “Redza, Allah tu Maha Pemalu dan Maha Pemurah. Dia malu jika HambaNya sudah mengangkat tangan berdoa kepadaNya lalu tidak diberi. Jadi... berdoalah.... Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik insyaALLAH hasilnya akan jadi baik jugak.”
            Air mata Redza melimpah ruah. Terlalu banyak dosanya dahulu. Tak terhitung rasanya. Suka untuk mempertikaikan itu ini... kenapa begini dan begitu.. Memang dia masih membezakan tahu antara yang halal dan haram. Memang dia belum tersasar jauh... tapi hati ini tetap rasa kerdil. Baca Al-quran pun tergagap. Baca doa pun berterabur. Dahulu solat pun perlu diketuk baru bergerak. Bagai tak ada rasa nilai tanggungjawab pada penciptaNya.
            ‘Ya ALLAH, adakah ada pahala disebalik bacaan yasinku ini? Adakah bacaanku yang salah ini akan menyiksa abangku dia alam sana?’ Sungguh Redza takut. Setahunya, bacaan yang salah atau tidak mengikut tajwid yang betul, semua itu hanya akan membuatkan ‘mereka’ terseksa di alam sana.
            “Jangan pergi bang... Aku tak sedia nak kehilangan kau.”
            Melihat si abang yang terbaring lesu tapi senyuman tak lekang di wajahnya membuatkan hati Radzi hiba.
            “Kehilangan tak akan pernah kenal erti sedia Redza. Lepas ini semua tanggungjawab sebagai anak lelaki akan tergalas di bahu ini...” Tutur Radzi sambil menepuk lembut bahu adiknya.
            “Aku tak mampu... Sungguh aku tak mampu. Aku tak baik macam kau bang! Amal aku tak sebanyak kau bang!” Air mata seperti terlalu murah dihadapan Radzi tika ini. Hilangkah nilai seorang lelaki andai tidak mampu membendung air mata milik sendiri?
            “Kau mampu dik... Kau kan adik aku! Bila aku tak ada nanti, kau akan jadi pandai... Ada rezeki nanti, kita jumpa dekat sana ya..” Luruh hati Redza mendengarnya.
            Rasa macam akan hilang separuh nyawanya. Hilang separuh jiwanya. Hilang separuh dari bayang-bayangnya.
            “Kalau aku tak masuk Syurga... mesti aku tak akan jumpa dengan kau. Aku tak baik...”
            Radzi tersenyum. Tak tahulah sama ada mengakui kata-kata si Redza ataupun sekadar senyuman memujuk.
            “Perjalanan kau masih panjang Redza. Masih sempat nak tambah amal. Tapi kau kena ingat, amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat Allah s.w.t berikan pada hambanya. Jangan harap amal kita akan memasukkan kita ke dalam Syurga sebaliknya bermohonlah dengan rahmatnya. Sebab hanya dengan rahmat Allah sahaja seseorang itu akan dapat memasuki SyurgaNya. Dosa itu berat timbangannya... tapi percayalah, keampunan dan rahmat Allah itu lebih luas!”
            Redza ambil masa untuk mendengar dan menghadam kata-kata Radzi itu.
            Pintu biliknya mula diketuk. Tak tunggu lama, terjenggul wajah si mama. “Redza, dah lewat... tak tidur lagi ke?” Ketika melewati bilik anaknya tadi, dia perasan yang lampu di bilik Redza yang terang.
            Sejuk hatinya melihat si anak yang dahulunya leka dan alpa, mula kenal erti sejadah. Ya, semua ini terjadi selepas pemergian Radzi. Besar benar nilai sebuah kesedaran. Hanya selepas kehilangan, baru manusia bangun dari kealpaan.
            “Baru nak tidur mama..” Redza bangun dan mendapatkan tempat di sebelah mamanya di birai katil.
            “Rindu kat abang?” Nada suara Hajah Zubaidah sudah berbau sebak.
            Redza hanya mampu mengangguk.
            “Mama pun rindukan abang...” Tak ada orang yang boleh menggantikan Radzi dalam kehidupan mereka sekeluarga. Sikapnya... hatinya.. toleransinya benar-benar masih hidup di dalam rumah ini.
            “Mama... Redza minta maaf. Kalau Redza tak mampu nak jadi macam abang!” Rasa bersalah bersulamkan dosa andai tidak mampu menggembirakan hati orang tuanya. Dia tahu, seisi rumah ini memang merindui Radzi.
            “Tak.. mama tak harap Redza jadi macam abang! Mama dah cukup bersyukur mempunyai anak macam Redza.”
            Hilang Radzi membuatkan Redza berubah. Dia akui, anaknya itu bukan jahat mana. Tapi sikap nakalnya itu adakalanya merisaukan mereka suami isteri. Radzilah orang yang paling mudah untuk menegur Redza.
            Dia sudah reda pada pemergian Radzi. Sebagai seorang ibu, dia percaya apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Lagipun, Allah tak akan simpan orang baik lama-lama di muka bumi ini.
            Mereka sekeluarga hanya mampu berdoa. Atas rahmat dan kasih sayang Allah, moga roh Radzi ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.
            Allah s.w.t pernah berfirman. “Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam Syurga juga adalah dengan rahmatku.” Malaikat Jibrail berkata. “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t.”
***
+ esok birthday mama... sebagai tunang saya, sila teman saya beli hadiah! Arahan mandatori..
            Berulang kali Amna membaca pesanan ringkas yang baru diterima. Redza dah buat hal semula! Baru je nak tidur bangun lambat-lambat hari ini. Tapi dah dapat arahan mandatori dari mamat disaster.
            Namun ringan sahaja tangannya membalas.
-         Itu mama awak.. x ada kena mengena dengan saya!
Hatinya tak cukup tisu untuk terima tawaran Redza kali ini. Kelopak mata yang berat mula kembali dikatup. Tak sampai seminit, telefonnya berbunyi lagi.
+ Saya dah sampai... saya tunggu!
Rahang Amna terjatuh. Memang mamat disaster a.ka encik squirdward ini suka mengeluarkan arahan mandatori. Macam mana nak cipta helah tak mahu keluar? Rambut yang kusuk mula disanggul tinggi.
Amna duduk bersila di birai katil. Menimbang baik buruk pabila keluar bersama Redza.
‘Weh, inilah masanya aku nak membentangkan perangai-perangai tak sopan kan? Buat sehabis daya untuk beri Redza membenci diri pada aku! Kenapalah aku tak terfikir dari dulu?’ Yeah.. keluar dengan Redza untuk buat mamat disaster tu sakit hati. Hip hip hoorey!
Kaki Amna dibawa ke almari. Dikeluarkan semua baju-bajunya. Diacu satu persatu ke badan. Bila rasa tak sesuai, dia tukar lagi. Mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai sewaktu keluar bersama Redza kali ini.
Hampir sejam dia mengambil masa bersiap. Sengaja dia hendak berlengah-lengah! Biar padan dengan muka Redza yang sedang menunggu di bawah. Siapa suruh buat surprise sangat!
“Adik, Ya Allah... tak siap lagi? Dah lama Redza tunggu!” Tangan sudah dibawa ke pinggang. Sekali lagi dia pening apabila melihat bilik Amna yang bagai dilanda garuda.
“Biar padan muka dia kak. Siapa suruh datang mengejut!”
“Adik.. tak baiklah cakap macam tu. Hmm, punyalah lama kamu ambil masa bersiap, sampai bersepah macam ni sekali.. akhir sekali t-shirt yang dah lusuh ni je yang kamu pakai? Kan banyak lagi baju yang cantik-cantik?”
Amna tersenyum senget. Wajahnya sengaja tidak dicalit sebarang make up! Sengaja nak tunjuk pada Redza yang dia bukanlah perempuan yang bergaya. Disamping nak buat Redza malu dan tak akan mengajaknya keluar lagi. Okay tak cadangan ni?
“Sengaja pakai buruk-buruk kak..”
“Kenapa pulak?”
Amna mula sedar yang dia sudah terlepas kata. ‘Oh, tak boleh jadi nih... aku tak boleh bagitahu rahsia ni pada kak long. Nanti tak pasal-pasal dia membebel dari pagi hingga malam sampai boleh bawak mengigau!’
“Nanti kalau pakai makin cantik, Redza makin sayang.. Tak mahulah!” Cukup setakat itu. Tak perlulah cerita pasal rancangan bodoh yang nak buat perangai tak sopan itu.
“Macam yang kak long cakap tempoh hari... Kalau Redza itu ikhlas sayangkan adik, dia akan terima adik seadanya. Adik tu, renunglah dengan mata hati... InsyaAllah pasti terbuka kunci jiwa tu.”
Sekali lagi Amna mendengar ayat yang sama dari mulut si kakak. Apa maksud kakaknya itu? “Apa maksud ayat kak long tu?”
“Pandang dan nilai sesuatu melalui mata hati. InsyaAllah adik akan jumpa jawapannya.. Yang kita rasa baik, tak semestinya akan memberi kebaikan. Yang kita rasa teruk, tak semestinya akan memudharatkan.”
Amna save kata-kata Aminah di dalam hard disk kotak fikirannya. Bukan untuk dihadam ataupun dikaji tujuannya. Tapi untuk diberi pada pakar analisis jiwa iaitu Najmah Afifah. Mungkin Najmah boleh tafsir apa yang Aminah maksudkan.
***
            Sudah hampir satu shooping complex ini mereka pusing! Tapi satu benda pun tak beli lagi. Kaki Amna dah mula melecet teman Redza membeli belah. Apatah lagi dia tersalah pakai kasut! Entah macam mana dia boleh terpakai kasut kakaknya. Memang nasib pakai kasut yang lebih kecil dari saiz kaki sendiri.
            Kasut Larrie ini dibeli dua pasang. Satu untuknya dan satu lagi untuk kak longnya. Konon-konon nak sweet bila ada barang sama patent. Sekarang tiba-tiba rasa suwei pulak!
            “Awak nak cari apa ni Redza?”
            No idea...”
            “Patutnya awak fikirlah awal-awal...” Bagi Amna, seorang lelaki itu haruslah ada perancangan. Bukan dah sampai baru nak fikir! Leceh betul layan Encik Squirdward nih.
            “Belikan dia handbag?” Cadangan pertama.
            “Dah pernah bagi tahun lepas.”
            “Belikan dia comforter?” Cadangan kedua.
            “Dah belambak dekat rumah!”
            “Hmm.. belikan dia barang kemas?” Cadangan ketiga.
            “Dia dah ada banyak barang kemas tak terpakai. Membazir!”
            “Belikan dia kain pasang?” Cadangan keempat.
            “Dah pernah bagi dua tahun lepas.”
            “Belikan dia minyak wangi?” Cadangan kelima.
            “Ish.. mama bukan jiwa muda yang sukakan barang-barang macam tuh!”
            Amna tarik nafas. Dah habis idea bila semua cadangannya dicantas oleh Redza. Dia kongsi idea pun dah cukup baik. Kalau dengan emaknya di kampung senang sahaja, bagi je duit! Pandailah emak pilih barang apa yang dia mahukan. Dia tak tahulah pulak gaya hidup orang eklusif ni macam mana?
            “Cepatlah fikir Amna....” Gesa Redza sengaja. Sebenarnya dia dah pun ada hadiah untuk mamanya itu. Hadiah teristimewa. Tapi sengaja je nak ajak Amna jalan-jalan. Kalau tak ada alasan, memang payah Amna nak keluar bersama.
            “Yang saya bagi cadangan tadi bukan fikir ke? Ishh... jadi je anak yang soleh! Tu lagilah hadiah yang paling bermakna untuk seorang ibu!” Bebel Amna sambil menahan sakit di kaki. Tanpa menunggu lagi, terus Amna mencabut kasutnya. Tapak kaki mula terasa dingin apabila berdiri di atas lantai ECM ini.
            Matanya mula ralit terpandangkan minyak wangi kegemaranya. Tommy girl. Wangi memanglah wangi sebab harga dia pun boleh tahan wangi. Tanpa sedar, dia telah berjalan menggunakan kaki ayam sahaja.
            “Amna.. where is your shoes?” Tegur Redza sambil mata menghunus ke arah tapak kaki Amna yang tidak berkasut.
            Redza betul-betul pening kepala dengan Amna. Sudahlah bajunya dah boleh digelar kain buruk. Warna dah lusuh dan kusam malah tudung pun main sarung je. Tak pulak belit-belit macam yang dia jumpa Amna ketika bersama Ahfan tempoh hari. Siap bermake up lagi?!
            Nak ditegur... bimbang Amna berkecil hati. Ayat nak sejukkan hati sendiri ialah, mungkin Amna tak sempat nak bersiap! Tapi memang menipu sangatlah.... Berjam-jam dia menunggu Amna siap. Tapi hasilnya, Amna pakai kain batik dengan baju kurung kedah masa dekat kampung dulu lebih cantik dan sweet!
            Kalau dahulu bila Dayang pakai pakaian yang aneh, waktu itu juga dia memberi amaran kepada Dayang agar menukar pakaian sekarang jugak. Tapi harus diingatkan yang Amna bukan seperti Dayang.
            Pernah juga Redza terfikir. Baiklah pilih Dayang yang mungkin jahil banyak perkara, tapi kadang-kadang Dayang boleh dengar cakap dia walaupun dia menggunakan kuasa veto. Jika hendak dibandingkan dengan Amna yang kelihatan sempurna serba serbi, tapi payah nak dengar nasihat!
            ‘Oh Redza.. kembalilah ke pangkal jalan. Satu ketika dahulu... kau juga tak suka dihalang dan diarah sesuka hati.’ Kadang-kadang, dia rasa Amna memang cerminan dirinya! Degil!
            “Alamak... kasut saya hilanglah!” Aduan Amna itu membuatkan lamunan Redza tersentak.
            “Macam mana boleh hilang?”
            “Mana saya tahu... saya letak kat tepi ni je tadi!” Amna buat reaksi tak bersalah. Tapi memang aneh? Mana pulak pergi kasutnya tadi? ‘Habislah kak long marah..’
            “Awak ingat ni tanah ke? Tempat untuk awak campak kasut awak sesuka hati awak? Ini shopping complexlah!” Perasaan dah mula gawat. Hati dah mula sarat. Jiwa dah rasa berkarat mengadap karenah Amna kali ini.
            “Awak marah saya ke?” Oh sukanya tengok muka Redza yang cemberut ini. Macam dia dah mengalah. Hip Hip Hoorey...
            I’m not!”
            “Habis tu sekarang macam mana?” Sengaja Amna bagi soalan maut pada Redza.
            “Beli kasut barulah! Awak tunggu sini... Biar saya belikan. Awak pakai kasut saiz apa?”
            “Nope! Mana boleh awak belikan. Awak tak tahu citarasa saya macam mana...” Bantah Amna tak bersetuju.
            “Tak kan awak nak jalan ke bahagian kasut tanpa pakai kasut?” Redza dah tayang muka pelik dan tak percaya? Tak kan Amna tak ada sedikit pun rasa malu? Oh tidak... jangan cakap yang Amna nak buat macam tuh!
            “Lah... saya just tak pakai kasut je. Bukan tak pakai baju pun!” Tanpa mempedulikan Redza, terus Amna berjalan. Dia memang suka reaksi Redza yang marah-marah seperti ini.
Redza picit kepalanya pabila berhadapan dengan kedegilan Amna. Dia perasan yang mata-mata mula memandang aneh pada Amna yang sedang berkaki ayam di dalam complex membeli belah ini.
            ‘Mesti orang fikir.. Orang asli mana yang sesat masuk mall ni?’ Fikir Redza jahat.
            Akhirnya Redza menurut! Cuba mengalah lagi walaupun hampir sedar yang dia makin kalah.
            Sewaktu melihat Amna mencuba beberapa jenis kasut, dia mula perasan pada raut wajah Amna yang seolah-olah cuba untuk menahan sakit. Lalu matanya singgah di kaki Amna. Dapat dilihat kesan merah dan luka di buku lali Amna.
            Cepat-cepat Redza beristigfar. Tak baiknya dia kerana berprasangka buruk pada Amna sedangkan gadis itu menanggalkan kasut tadi kerana kakinya melecet. Mungkin kasutnya ketat ataupun tak sesuai dengan kaki. Dia mula menyesal kerana berprasangka yang tidak-tidak.
            Credit cardnya mula dihulur kepada Amna yang sedang ralit memilih kasut. “Nah... Guna ni masa nak bayar nanti.”
            “Eh.. tak apa.. Saya boleh guna duit sayalah.” Gajinya walaupun tak sebenar mana tapi masih mampu nak tampung hidup sendiri. Lagipun, tak mahulah terhutang budi sampai tergadai body!
            “Guna jelah...”
            “Awak nak pergi mana?” Tanya Amna apabila melihat Redza seperti hendak meninggalkannya.
            “Nak beli barang sekejap! Ingat, beli kasut yang sesuai dengan kaki awak. Jangan fikir nak cantik je...”
            Usai Redza berpaling, terus Amna meloncat. Langsung tak dipeduli mata mata-mata yang memandang. Mungkin ada orang akan fikir yang dia adalah orang asli yang baru pertama kali masuk Mall. Dengan baju lusuhnya, dengan tak berkasut lagi! Amna mula rasa yang Redza dah fed up nak layan perangai yang tak sopan santun ini. Dia mula memilih kasut dengan rasa bahagia.
            Kalau ikutkan hatinya, rasa macam tak nak pakai kasut terus. Tapi macam melampau sangatlah kan... Setelah memilih sepasang kasut yang agak mahal dia terus ke kaunter pembayaran dan terus menghulurkan card credit milik Redza. Dah orang nak belanja, baik pilih yang mahal-mahal terus.
Usai membuat pembayaran, Amna terus mencari kerusi untuk menyarung kasut yang baru dibeli. Namun kesan luka itu tetap membuatkan kakinya pedih dan perit.
‘Kena beli plaster nih!’ Fikir Amna.
Baru sahaja Amna hendak bangun, seseorang telah menghulurkan dia plaster. Apabila dia mengangkat wajahnya, terjenggul wajah Redza Khusyairi yang tersenyum kacak.
“Untuk kaki awak yang melecet.”
“Mana awak tahu kaki saya melecet?” Ish.. confuse betul Amna dengan Redza. Semua pun dia tahu.
“Orang yang berjodoh, memang mereka ada telepati yang baik!” Amboih, statement nak mengancam je kan!
Amna mencebik.
“Mencari pasangan itu ibarat seperti mencari sepasang kasut. Nampak cantik tapi tidak semestinya padan dengan kaki kita. Kadang-kadang nampak mewah tapi tak mampu pulak untuk dimiliki. Jika kita memilih kasut yang salah, ini akan membuatkan perjalanan kita tidak selesa kerana kasut tersebut tidak serasi dengan kaki kita. Begitu jugak dengan mencari pasangan. Cantik itu subjektif tapi yang paling penting dalam sebuah hubungan itu ialah keserasian kerana keserasian yang akan membawa kepada hubungan yang lebih selesa dan harmoni.”
Terpempam Amna mendengar mada Redza itu. Jadi pemergian lelaki itu tadi sebab dia perasan yang kaki Amna melecet? Bukan kerana Redza malu untuk berpamitan dengan dia. Nampaknya dia telah berfikiran serong pada lelaki yang bernama Redza Khusyairi ini.
Plannya kali ini gagal! Bahunya bagai telah dihempap dengan gunung. Tekanan sungguh!
What next?
p/s: amna tu degil kannn.. ish ish ish... tp nasib baik redza lagi degil.. ahfan plak macam mana? agak2 dia akn degil jugak ke? jeng jeng jeng... satu bab je lagiii... buat pengetahuan semua... ini novel jadi x akan habis kat belog lerhhh... doakan moga semuanya dipermudahkan ke versi cetak yaaa... tq so much.. xoxo sara..

19 comments:

  1. Kenapalah degil ya amat si cantik ni? sanggup mendungukan diri sendiri supaya redza tinggalkan dia. haiyoo... ini olang pun ada ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik puan,degil utk puaskan ati tu berbaloi kot utk diri sendiri walaupun org lain sakit hati,huhu

      Delete
    2. tapi penghujung cerita hati sendiri yang sakit, apa kes cik puan...ngee

      Delete
  2. sarat dgn info bab ni!.. ingat adik2 nak cari pasangan ibarat cari sepasang kasut.. capal pun takpe asal sesuaiiii!...

    ReplyDelete
  3. pakai selipar terus tak sakit kaki,..cepat hantar kat penerbit novel ni,.letih tunggu dari satu bab ke satu bab ni,..hihi

    ReplyDelete
  4. eheh...saya pun degil jugak XD

    ReplyDelete
  5. sara... so suka pasal mencari pasangan mcm mencari sepasang kasut tuhh.. so true... nwayy sentiasa doakan y terbaik utnuk sara.. hope bass succes n best seller

    ReplyDelete
  6. redza u are the besttt.. amna, x usah lah duk belakon x sopan lagi.. redza dah berubah.. sure dia x heran dah.. dia dah terlalu syangkan awok gitu

    ReplyDelete
  7. suker sngt dek kalu crite nih di naskah kn ke versi cetak....best n tahniah dek,akk nih jadik tk sabar sih...teruja tuh hehe...

    ReplyDelete
  8. Amna... pilihlah org yg mencintai kita drpd org yg kita cintai!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. falsafah tu mcm kena je utk prpm.. tp kenapa tidak utk lelaki?.. tak aci kan!!..

      Delete
    2. Bukan kena pd perempuan aje pd pd diri sendiri juga kan? X kira siapa!!

      Delete
  9. amna... amna... ade je helah dia nk bg redza xsuka kat dia... nseb baek kali ni xmjd... akak suka madah redza tu...

    ReplyDelete
  10. doa yang baik2 agar semuaya dapat dipermudahkan.. amin... congrats sara n good luck

    ReplyDelete
  11. Amna mmg degil..sgup buat gitu,supaya Redza tgalkan dia kak,dan alhamdulillah,redza msh btahan melayan perangai entah apa2 Amna tu kan..herm, mg Amna brubah lah kan,jgn nanti menyesal dkemudian hr..Redza tu bagk sgt,ensem,kaya raya,rugilh kan klau xnak..Amna, Amna knapa lh degil sgt,brubah lah sebelum tlambat.. ^_^
    Kesian Redza lah weii.. :-(
    #Schariedah Schalus

    ReplyDelete
  12. Akak ada kenal dgn sorang pompuan ni tau. Kalau dia tak suka lelaki tuh, dia ckp direct je. Ayat dia mcm ayat Amna la, mmg bleh buat hati sakit. Confirm lps tuh lelaki tu tak kacau dh. Tp, lps something happen, dia muhasabah diri dia. Then, kalau ada org nk kt dia kan, dia dh pndi reject baik2. Siap puji2 dulu lelaki tuh, then br msk ayat reject. So Amna, berpada2 kalau tak suka pun, kwn je dgn Redza tuh. Tak rugi pun buat baik dgn org. Ckp baik2 je.
    P/s: mcm patut jd komen chap 18 je??

    ReplyDelete
  13. ala ahfan tu penakot..... mesti dia back off punya.... the winner is my lovely Redza hahah :)
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  14. ish sanggup berkaki ayam tuh..amna amna.. tp kan sehabis daya nk buat redza tu mengalah tak berjaya jgk yer amna..

    ReplyDelete