Tuesday 5 August 2014

BUKAN CINTA SECONDHAND & BENCI AMAT SAYANG SANGAT!

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH...

untuk readers yang belum tahu... my two babies dah keluar.. Yay.. jangan lupa dapatkan di pasaran okeh...


BUKAN CINTA SECONDHAND (untuk yang tak tahu tajuk asal dia BIAR AKU MENCINTAIMU) harga tak pasti lagi berapa... akan ada di pasaran maybe dalam tengah bulan nih.. BCS ni keluaran Gedebook.


Blurb

“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke?” Herdik Amril.

Even if you tease me by saying this is foolish, I can’t turn this heart around...  Yang pasti, aku akan tetap tunggu kau sukakan aku! Eh bukan...aku akan buat kau sukakan aku!” Tekad Naira.

Kemalangan hati paling dasyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu tu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itulah yang terjadi dalam hidup Naira.

NAIRA ILYANI – Dia mengejar Amril setelah terpikat pada keperibadiannya. Bukan harta, ataupun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

MUHAMMAD AMRIL- Cinta terhalang membuatkan JIWAnya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dihatinya hanya ada DEWI.

Demi Merebut CINTA, Naira sanggup lakukan kerja gila.

“Aku dah tak jumpa jalan nak patah balik... Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia.. aku nak ambil hati Amril dari dia.” NAIRA ILYANI.

Mengenali baik hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Amril dan Dewi. Namun pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Ilyani merubah segalanya.

Disaat Amril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih pada Naira. Dia lelaki biasa yang sempurna. Namun mampukah Qiuzi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak yang akan rasa lebih sakit sebab... awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa tuh! Sakit kan? Dan saya pasti  yang... awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.”
AHMAD QIUZI

Benarkah harga cinta secondhand itu tidak setanding dengan nilai cinta pertama? Siapakah pemilik hati Naira yang sebenarnya?



Mungkin ramai yang lupa pasal pakwe kita si Redza a.ka encik squirdward dan Amirul Ahfan tu kan? Lama tunggu baby ni keluar... nahhh.. untuk kalian...

BENCI AMAT, SAYANG SANGAT! Keluaran Penulisan2u. boleh beli online dari www.p2u.my . InsyaAllah ada dekat bookstore by next week. Harga dia SM: RM 24.00 n SS: RM27.00



Hidup Amna Safiya berubah tatkala seorang lelaki yang membantunya ketika keretanya rosak di tepi jalan tiba-tiba menghantar rombongan meminang dirinya di tempat kerja. Erk? Di pejabat, okey! Apa, dia ingat bos boleh jadi wali ke?
“Kenapa awak masuk meminang saya di ofis? Apa, awak dah terdesak sangat nak berbini ke atau saya ni terlalu cun hingga menarik perhatian awak?”- AMNA SAFIYA
“Saya masuk meminang awak sebab saya kesian... Dalam hati saya terfikir... Siapalah yang nakkan perempuan yang pemarah, selekeh dan tak cantik macam awak ni?” - REDZA KHUSYAIRI.
Dalam pada masa yang sama, seorang jejaka turut memuja Amna dalam diam. Dia yang trauma kerana pernah ditolak dulu berharap agar Amna akan memahami lenggok bahasa jiwanya.
“Pernah tak awak terfikir, apa yang saya lakukan itu cinta? Pernah tak awak sedari, setiap bicara saya itu bernada rindu?”- AMIRUL AHFAN.
Kisah hidup Amna semakin kronik apabila munculnya Dayang, bekas tunang Redza bersama satu konspirasi.
“Redza paling benci kalau perempuan tu tak sopan. Tak senonoh! Jadi kau kena berlakon menjadi perempuan tak senonoh di hadapan Redza untuk membuatkan Redza bencikan kau... Lepas tu Redza akan kembali ke pangkuan aku!” - DAYANG
Bermula dari itu, bermacam-macam strategi yang Amna jalankan untuk membuatkan Redza mengalah mendapatkan dirinya dan dalam masa yang sama, dia cuba mengumpan hati Amirul Ahfan. Tapi lain yang dirancang, lain yang jadi. Mengada-ada Si Redza makin menjadi-jadi!
Sampai satu tahap, perasaan Redza sendiri gawat, hati dah mula sarat. Jiwa pula berkarat menghadap kerenah Amna. Tapi dia tidak boleh mengaku kalah.
“Bila awak nak putus asa?” - AMNA SAFIYA.
“Nama awak dah jadi nada dalam denyut nadi saya... Lagipun cinta saya tak ada reverse gear!” - REDZA KHUSYAIRI.
Orang dulu-dulu cakap, jangan benci seseorang amat sangat! Nanti terjatuh sayang. Jangan pula sayang seseorang amat sangat! Nanti terjatuh benci. Tapi... relevan lagi ke slogan kata orang dulu-dulu pada zaman dawai besi ni?


Untuk kalian yang masih percaya tulisan saya.... hope sudi dapatkan di pasaran. Thanks muchooo atas segala usaha gigih kalian y x jemu menyokong. Harap pembelian yang berbaloi nnti n harap suka dengan cite belasahan saya tuh... =)

4 comments:

  1. Assalamu'alaikum. Congratsssss sis Ezza Mysara. Berjuta-juta tahniah banyak baby keluar tahun nih. Makin panjang wishlist novel a mcmni. <3 <3. Well done~~

    ReplyDelete
  2. Congratulations.... Teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Kak sara.. Beli online boleh tak? Uhuk2 nak sgt baca novel akak yg 2 ni...

    ReplyDelete