Wednesday, 26 November 2014
Sunday, 23 November 2014
Tuesday, 18 November 2014
Sunday, 16 November 2014
SURVEY CALON JODOH [11]
Darah seakan-akan turun dari wajahnya saat terpandangkan seorang lelaki
yang sedang berdiri di hadapan pintu pagarnya.
“Eh bang.. buat apa datang
rumah?” Sungguh Naufal tak mampu mengawal rasa gugup yang berselang dengan rasa
teruja. Pemain idaman malaya nih! Gila tak terkejut tiba-tiba datang rumah
walaupun ini bukanlah kali pertama mereka berjumpa.
“Oh... nak teman akak
pergi kenduri. Dia dah siap ke?”
Mendengarkan penjelasan
Naqi, bertambah nak pitam Naufal dibuatnya. Akak nak keluar dengan Naqi?
Sungguh? Dia memang sedia maklum yang akaknya sedang bersiap untuk ke kenduri
temannya. Bila ditanya pergi dengan siapa, hanya sesiapa jelah jawapan yang
keluar. Kalau dia tahu dengan Naqi, memang dia offer diri untuk ikut.
“On the way.. Erk.. sementara nak tunggu akak siap tuh, boleh tak
saya nak mintak sign?”
“Boleh.”
“Kalau gitu masuklah dulu.
Lagipun kat luar ni panas..” Berdesup dia berlari ke biliknya. Sebiji bola
dicapai. Marker pen pun ditarik sama. Nak dapatkan sign yang eklusif.
Naqi layankan sahaja
kehendak adik Nadrah itu. Lagipun dia pun pernah jadi peminat bola. Jadi di
tahu bila berhadapan dengan pemain yang kita suka, mestilah aura ‘over’ tu
automatik keluar. Lagipun bakal adik ipar nih, kena ambik hati kaw-kaw. Ciss..
kalau Nadrah dengar ni dia kerat badan aku lapan belas.
“Bang.. apa kes kalah
dengan terengganu baru ni.” Walaupun tahu yang pemain dah berusaha sebaik
mungkin, tapi mungkin ada silap yang pemain sendiri sedari.
“Oh... tu sebab gaduh
dengan akak awaklah ni.” Dalam diam dia tahu, Nadrah sedang mengintai mereka
berdua secara senyap-senyap.
“Oh... kes sindrom patah
hati ke apa ni?” Jawapan memang unexpected betullah.
Naqi ketawa. “Tak adalah..
Terengganu memang power. Pemain dah cuba tapi mungkin rezeki tak berpihak pada
kita.” Ah, wartawan dan penyokong boleh kata ini jawapan klise. Tapi dah kalau
bukan rezeki, nak kata apa lagi. Lagipun mana ada team yang menang semendang
tak kalah langsung?
“Tak apalah.. liga lama
lagi. Lepas ni banyak lagi game kan? Anyway good
luck lah bang..”
“Thanks.. nanti kalau ada tiket free abang pass ke akak. Kalau dia
boleh join sekali lagi syok. Confirm tak kalah.”
“Yalah tuuh...” Tak
sanggup dah nak menyorok bagai. Cepat je Nadrah keluar. Naqi belagak tenang.
Hanya Naufal yang beriak terkejut.
“Eh kak, tolong tangkapkan
gambar Fal dengan Abang Naqi. Kejap lagi nak belagak dekat mak.” Ini kalau mak
ada ni, mahu dia sengih tak sudah. Tapi hari ni mak keluar pulak dengan abah
menghadiri mesyuarat persatuan.
Ketawa Naqi mendengar
alasan Naufal. Nak tunjuk dekat mak?
“Mak minat bola ke?”
“Aah.. minat bola dan
pemain bola. Katanya kalau dapat bermenantukan abang kan baguuuuss...” meleret
hujung ayatnya. Sempat melibas pandang pada si kakak. Mana tahu kena kareta
mengejut?
“Naufal...” Nadrah dah
merengus. Ini yang malas nih!
“Apa? Fal ada seorang lagi
akak ya. Bukan akak sorang yang tak kahwin lagi.”
Dikerling sedikit wajah
Nadrah yang sudah disimbah blusher itu. Naqi pun turut simpan senyum. Nadrah ni
comel sangat bila buat muka garang macam tu.
Masuk sahaja ke dalam kereta, Naqi tak mampu menyudahkan senyumnya.
“Dah awak ni kenapa?” Sudahlah kena bahan dengan Naufal, ini Naqi pun nak
bahan dia jugak ke apa?
“You know something?”
“What?” Nadrah tayang muka
garang. Berdepan dengan budak baya Naqi, macam berdepan dengan adik-adiknya.
“Muka garang awak tuh....” Dengan jeda, Naqi halakan jari terlunjuk ke muka
Nadrah.
Terus tangan Nadrah merayap di wajah sendiri. Kenapa dengan wajah dia?
Comot? Serabai? Make up tak betul?
“...memang mintak kena sayang. Kena-sayang.” Tekan Naqi sungguh-sungguh.
“Tahu?”
Hati macam mengembang bila dengar ayat Naqi itu. Bukan cakap hati, pipi,
hidung, pun kembang sekali. Sigh! Nadrah terus tarik muka. Berani budak bawah
umur ni bergurau yang bukan-bukan.
Dengan muka selamba, Naqi
start enjin kereta. Nadarah ni bukan mintak kena sayang tapi rasanya memang
kena sayang betul-betul! Sayang yang tak kenal sebarang nokhtah.
Dia mungkin muda dari segi
umur, tapi dia akan ajar Nadrah bercinta cara orang dewasa. Lepas tu... jangan
harap Nadrah akan panggil dia budak lagi!
***
Hadiah yang sudah siap
berbalut itu diletakkan di bahagian belakang kereta. Kad kecil yang dibeli tadi
dibuka. Dia mula mencari pen di dalam kereta. Eh, mana pulak pergi pen dia ni?
Inilah masalahnya kalau buat kerja last minit! Tadi selepas keluar dari rumah
dia ada bertanya pada Nadrah, tentang hadiah.
Wajah Nadrah yang tercengang itu jelas menunjukkan yang dia tidak
menyediakan sebarang hadiah. Jadi mereka masuk ke bandar dahulu untuk membeli
hadiah. Tak sopan betul nak datang kenduri berlegang!
“Cari apa?”
“Pen. Awak ada pen?”
Setahu Naqi PA biasanya memang akan bawak pen kemana-mana.
Nadrah meraba beg
tangannya. Laju dihulurkan sebuah pen kepada Naqi sementalah mata masih ralit
membalas mesej daripada Naufal. Ada sahaja ayat budak ni nak menyakat dia
lebih-lebih lagi bila Naufal tahu dia ke kenduri bersama Naqi.
“Nad... pen ni tak ada
dakwat lah? Ada pen lain tak?” Puas sudah dia menconteng. Memang dakwat dah
tahap kering nih!
Terhenti bacaannya. Bila
terpandangkan pen yang berada di tangan Naqi, baru dia perasan. “Eh.. Pen tu
memang dah tak ada dakwat pun. Nah, guna pen ni..” Kali ini dikeluarkan pen
yang baru dari beg tangannya. Pen yang berada di tangan Naqi itu diambil semula
dah dimasukkan ke dalam beg tangannya.
Dahi Naqi berkerut.
“Hmm.. I’m so wonder.”
“Pardon?”
“Kenapa awak masih simpan
pen yang tak ada dakwat tu? Kenapa tak buang? Simpan pun buat semak beg jeh.”
“Oh.. sayang nak buang.
Walaupun dah habis dakwat pun, simpanlah buat kenangan.” Dia memang begitu
orangnya. Kalau dah sayang sesuatu, dia akan simpan walau dah tak bagi apa-apa
fungsi. Macam telefon bimbit pertama yang dia guna, walau dah rosak, dia masih
simpan. Dan banyak lagi barang-barang yang dah dilabel sebagai barang antik
dalam hidupnya. Bagi Nadrah, setiap barang-barangnya pasti akan ada sentimental
value yang tersendiri.
“Oh I see..” Kepala dianggukkan berulang kali. Kali ini pena itu menari
di dada kad kecil itu. Menulis ucapan.
“Kenapa? Jadi masalah
besar ke kalau saya simpan.” Dah kenapa Naqi nak pelik sangat.
“Pen tu tak ada masalah...
tapi awak mungkin ‘ada’ masalah.”
“Okay. Tak faham.”
Idealogi mana pulak yang Naqi nak reka cipta nih? Dia ni boleh jadi penulis
novel. Suka sangat bermadah. Penat cik hati menanggung padah.
Naqi betulkan duduknya. Sudah
hendak memulakan pemanduan. Naqi mengenakan sunglases.
“Hati awak tu bukan tong
sampah Nad. Bukan semua benda awak boleh campak ke situ.”
“Kejap..” Tangan Nadrah
kedepan sedikit. “Hei, apa kaitan hati dengan tong sampah? Apa pulak kena
mengena dengan saya simpan pen yang dah tak ada dakwat tadi?”
“Perlakuan awak
menunjukkan apa yang awak fikir Nad. Awak simpan pen yang dah tak ada dakwat
sebab sayang nak buang. Sama jugak awak simpan kenangan yang pahit tu hanya
kerana bertiketkan sebuah ingatan. Awak sayang nak buang apa yang pernah awak
ingat. Walaupun apa yang awak ingat tu menyakitkan hati awak sendiri. Jadi
sebab tu saya cakap, hati awak tu bukan tong sampah yang awak boleh campak
semua benda. Bila awak campak semua benda, macam nilah hasilnya... awak hidup
dengan rasa yang penuh celaru! Tong sampah pun kalau dah penuh dengan sampah
sarap, dia tak akan mampu tampung apa-apa lagi. Macam tu jugak dengan hati
awak... Sebab tu awak dah jadi orang yang tak ada perasaan.”
Terkesima Nadrah mendengar
satu persatu ayat Naqi itu.
“Saya....” Macam mana nak menidakkan apa yang
Naqi cakap tu. Sebab benda betul! Dia buat hati dia macam tong sampah. Dia
campak semuanya ke situ sampai hati dia dah tak mampu nak tampung satu apa pun.
“... Malaslah saya nak bertekak
dengan awak!”
“Siapa ajak awak bertekak?
Saya suruh awak lepaskan. Lepaskan apa yang terbeban dalam hati awak tu. Buang
sampah sarap yang tak berguna.”
Diam.
Dikerling gadis di
sebelahnya yang ralit melempar pandang ke luar tingkap. Oh, mungkin kali ini
dia dah berlebihan smash hati Nadrah.
Nafas paling panjang
ditarik. Elok-elok mood Nadrah happy nak pergi kenduri kahwin, dia pergi
jahanamkan pulak! Mungkin dia terlalu obses hendak mengetahui apa yang
membelenggu hidup gadis itu dahulu.
Sifat tak sabar itu hanya
akan buat kita rasa tercabar! Releks Naqi. Jangan gelojoh sangat.
Lupa ke Naqi? Kan Azmin
dah spesifikasikan Nadrah ni macam tempat parking yang sempit. Tak boleh main
tekan pedal je. Silap hari bulan boleh terlanggar kereta lain. Jadi kena
bertindak secara perlahan-lahan. Kalau kena dengan kecekapan pemandu, parking
yang sempit tu pun boleh parking kereta MPV.
“I’m sorry... Saya dah melampau tadi.”
Diam.
Oh Shit! Silent treatment ni yang boleh membunuh jiwa raga nih!
“Nad.. sorrylah..”
“It’s not your fault. Jangan rasa bersalah. But please... I’m not ready yet to share about it. Please.”
Sementalah Naqi sudi
untuk menemaninya ke kenduri, itu pun dah cukup baik. Nak harap orang lain, dia
bukannya ada kawan lain.
Laju Naqi mengangguk.
Mujurlah hati Nadrah tak makin rabak! Kalau tak dengan dia-dia koyak.
Untuk menghilangkan sepi,
tangan Naqi memetik punat radio. Nadrah disebelah pejamkan mata. Mengharapkan
destinasi mereka lebih jauh. Supaya dia dapat merehatkan emosi yang bergelimpangan
ini.
Oh hati, kasihan kau! Adakah sebegitu teruk aku memperlakukan kau?
I know
One day eventually
Yeah, I know
One day I'll have to let
it all go
But I keep it just in
case
Yeah, I keep it just in
case
Lagu yang bermain di
corong radio itu lebih berjaya membuatkan hati Nadrah haru biru. Ada ke situasi
‘Incase’ dalam hidupnya nanti?
***
Sampai di kenduri Sue,
Nadrah dah terserempak dengan beberapa orang kawan lamanya. Rasa tak selesa
mula menyusup dalam diri. Dia tahu ada beberapa orang mungkin hendak
menegurnya. Jadi dia cuma tayang senyum pendek. Boleh tak kalau lepas jumpa
Suhaila, dia terus nak balik?
“Bibir awak tu hanya
bergerak dua sentimeter je Nad... Kalau macam gitu, baik tak payah tayang
senyum ketat tuh.”
Macam biasa, orang sebelah
ni laju menebak ayat. Terus Nadrah hantar jelingan tajam. Mulut tu kasi diam
sikit boleh tak?
“Hei.. awak tak payah
perasan sangat orang kenal awak. Derang tu tengah pandang saya... saya ni kan
pemain bola yang terkenal seantero dunia?”
Ceit! Muntah telan balik
pun Nadrah tak hingin nak mengaku ayat tuh.
“Kita makan dulu eh.. saya
laparlah.” Naqi dah menggosok perut sendiri.
“Kita jumpa pengantin
dululah... Lepas tu makan dan balik.”
Berkedut dahi Naqi. “Awak
tahu.. selama ni kalau saya teman perempuan pergi kenduri, tak ada makna dia
orang nak balik terus. Mesti nak lepak dengan kawan-kawan dulu. Nak bergambar
atas pelamin ramai-ramai...”
“Itu orang lain. Bukan
saya. Saya tak sama dengan perempuan yang awak angkut tuh.” Sinis Nadrah
membalas.
“Buat pengetahuan awak....
perempuan yang saya angkut tu, mak, kakak dan adik perempuan saya.”
Terus terdiam Nadrah
menyambut ayat Naqi itu. Selepas itu, Naqi terus angkat kaki menuju ke tempat
bufet. Tak boleh nak tahan dah tahap kelaparan dia. Dan dia percaya... Nadrah
mesti sedang menurutinya. Hah, boleh pun dengar cakap?
Usai mengambil makanan,
dia mendapatkan tempat di bawah khemah. Ramai jugak orang yang datang. Ada
beberapa orang sedang memandangnya sambil tersenyum. Bibirnya pun ikut turut
ramah membalasnya.
Nadrah mengambil tempat di
sisi Naqi. Sikit sahaja makanan yang diambil. Serius dia sebenarnya langsung
tak ada selera. Macam mana nak berselera andai rasaksa sedang bermaharajalela
di jendela hati.
Sambil-sambil itu, sempat
Naqi mengupdate laman sesawangnya. Attend Kenduri Kahwin Lagi.
“Nad, awak ada FB?” Untuk
menghilangkan kekok, Naqi meneruskan sikap ramah tamahnya.
“Tak ada.”
“Hmm twiter?”
“Pun tak ada.”
“Instagram?”
“Apa tuh?”
Hampir-hampir Naqi
tersedak. Nadrah ni hidup zaman purba mana ni Instagram pun tak tahu? Serius ke
perempuan ni langsung tak berdunia?
“Laman sengsawanglah...
Habis kalau FB, twiter, instagram tu awak tak ada, apa yang awak ada?
Nadrah angkat bahu. “Saya
memang tak ada apa-apa.”
“Habis tu awak contact
dengan kawan-kawan awak macam mana? Oh.. awak we chat ya? Tak pun Whats app.
Ataupun line dan segala aneka nenek lagi yang saya pun tak tahu.”
Lama Nadrah terdiam.
“Hmm.. semua pun tak ada.”
“Apa maksud ‘semua pun tak ada’ tu? We chat dan whats app
ke atau kawan?”
“Semua. Saya tak ada
apa-apa yang awak sebut tuh.” Mesti Naqi ingat dia ni pelik dan aneh. Tapi
memang ya dia tak ada semua tuh.
Kawan? Tak. Ada.
Applikasi-aplikasi tu
semua? Pun. Tak. Ada.
Melopong Naqi dibuatnya.
Padanlah dia tak pernah tengok Nadrah beramah mesra dengan sesiapa. Kalau tak
ada BF tu memang relevanlah. Couple tu kan haram. Tapi tak kan lah kawan pun
tak ada? Tapi dia perasan.. Nadrah memang gemar bersendiri. Dia suka makan
sorang-sorang. Berjalan keseorangan. Dengan dia ni pun sebab kena paksa. Kalau
tak memang tak lah dapat keluar.
“It’s okay kalau awak tak
ada semua tuh.”
Ditoleh ke arah Naqi yang
tersenyum memandang telefon bimbitnya. Naqi tak fikir ke dia ni aneh dan pelik?
“Apa maksud awak?”
Naqi angkat wajah.
Tersenyum pendek. “Tak apalah awak tak ada semua tu. Yang penting..
Awak-ada-saya!” Ditekankan ayat yang terakhir. Okay jugak kalau dapat isteri
anti sosial ni. Sedikit sebanyak, dia tak cepat terpengaruh dengan segala tok
nenek negativity dari internet.
Awak. Ada. Saya.
Fuh! Tak boleh nak telan
rasanya ayat Naqi tuh. Nasi yang sedia ada pun tak mampu dikunyah. Semuanya
terasa kenyal.
“Patutlah awak ni kecik
Nad... Makan pun sikit.” Komen Naqi apabila gadis di sebelahnya bertindak untuk
berdiam diri.
“Tambah sikit lagi ya?”
Pujuk Naqi.
Terus Nadrah menggeleng.
Yang ni pun dia paksa masuk ke dalam mulutnya. Kalau paksa lagi, mahu terkeluar
segala macam benda tu.
“Jomlah...”
Sedang elok mereka
beriringan ke dalam rumah, tiba-tiba lengan Nadrah ditarik dari tepi.
“Nad...” Gadis itu terus
memeluknya erat. Bagai hendak lemas dia dibuatnya. “Aku rindu kau gila!”
Nadrah kaku. Tak tahu
hendak memberi respon yang bagaimana. Perlu ke dia membalas pelukan Tipah
sekarang? “Mana kau hilang hah?” Tipah mengesat air matanya sendiri.
Diam. Kekoknya Nadrah
rasa.
“Nad...”
Seketika Tipah dan dia
saling berpandangan.
Suara itu. Suara itu
membuatkan jantung Nadrah luruh dan semua semangatnya lebur sama. Kali ini dia
rasa, memang silap besar dia datang kenduri ini.
“Nad... kau tak nak peluk
aku ke? Tak nak jumpa aku?” Suara itu merayu lagi. Perlahan Nadrah membawa
langkah ke belakang. Dia tak nak hadapi semua ni. Sungguh dia tak nak.
Tanpa berfikir panjang, terus Nadrah berlari meninggalkan mereka tercengang
sendiri termasuklah Naqi.
to be continue... (acah2 macam episod seterusnya?)
P/S: masih lagi meninggalkan engkorang dalam keraguan? kekekeke... enjoys =)
Friday, 14 November 2014
SRVEY CALON JODOH [10]
Lama Naqi pandang makanan dihadapannya. Tapi sikit pun tidak disentuh. Air
muka Nadrah selepas jumpa rakannya itu, nampak keruh benar. Kenapa agaknya
Nadrah menjauhkan diri rakan-rakanya? Dia terluka ataupun dia yang melukakan?
Atau dulu dia ni penjenayah besar sampai takut nak jumpa kawan lama? Tapi.. tak
kanlah! Dulu waktu sekolah, Nadrah seorang yang sangat disegani!
“Makanan depan mata pun,
tapi kalau kau tak suap masuk dalam mulut.. tak kenyang jugak.”
Terus Naqi capai sudu bila
mendengar bebelan Azmin. Susah dapat member kuat membebel nih. Baru je masuk
suapan pertama, Azmin kembali bersuara.
“Macam tu jugak dengan
cinta.. ada depan mata kalau tak luah, tak dapat jugak. Kalau tak capai, tak
dapat gengam jugak.”
“Eh kau ni.. ke situ pulak.”
Kalau bercakap tu tak mencekik tak boleh gamaknya.
“Aku ada je dekat sini
tapi fikiran kau tu kat sana!” Smash Azmin lagi.
Bukan dia tak perasan betapa tak betulnya emosi Naqi saat ini. Nampak dah
tak rupa manusia bila mengkaji perangai perempuan. Tengah training pun tak
fokus. Sebelum kena ambush dengan coach, baiklah dia berbunyi dulu. Karang tak
pasal-pasal tak dapat diturunkan sebab simpton-simpton jiwa yang rabak tuh.
“Haih... aku ni dah penat
menjangka Min... Aku tanya pun dia tak jawab. Tak ke haru biru perasaan aku
nih.” Serius, dia tak pernah pening kaji perangai perempuan. Mak dengan kakak
dia normal je. Datang Nadrah, pecah kepala nak fikir.
“Apa susah, cari je
perempuan lain.”
“Kau nak suruh aku
menyerah kalahlah ni?” Kalaulah semudah tuh. Ingat suka kat orang ni ada
stereng ke? Boleh ke kanan, boleh ke kiri. Kalau tak nak, tinggal je kereta tu
tepi jalan.
“Tak jugak... Hmm....”
Jeda seketika. Merangka ayat.
“Hati Nadrah tu macam
tempat parking yang sempit tau. Kau pulak bawak kereta MPV besar macam Exora
tuh tapi tempat parking tu ngam-ngam dengan kancil je. Nampak tak tempat
parking tu tak muat dengan kau! Cari jelah tempat parking lain.. Banyak lagi.”
Naqi gigit bibir. Ni dah
bagi semangat ke nak patahkan semangat?
“Apa yang kau kisah sangat
pasal Nadrah tu? Lagipun dia tu tua dari kau kot.. Carilah yang muda. Yang
bergetah sikit. Artis pun banyak minat dekat kau kan? Rembat jelah mana yang
ngam dengan hati.”
Berdentum bunyi kaca
berlaga. Naqi dah campak sudu dalam pinggannya. Nasi di pinggan langsung tak
terluak. Apa yang keluar dari mulut
Azmin tadi, langsung dia tak berkenan. Kalau tak ingat member, dah lama buku
limanya lekat kat pipi Azmin.
Oh sejak bila dia jadi
pemarah nih?
Azmin pulak masih releks
meneruskan suapan. Dia pun perasan beberapa mata dah memandang ke arah mereka.
Janganlah ada yang mintak nak bergambar. Sungguh waktu genting macam gini tak
sesuai.
“Naqi.. tengok tuh.. aku
baru test sikit kau dah gelabah. Kalau ragam aku pun kau tak boleh handle, ini
kan pulak pancaragam perangai Nadrah tuh...”
“Dah kau kutuk dia.. kau
expect aku akan ucap terima kasih ke?” Perli Naqi balik.
“Aku bukan kutuk tapi dah
memang hakikat dia lagi tua dari kau kan? Lepas ni kau akan dengar benda ni
dari ramai orang lagi. Kalau kau dah set kat otak kau yang benda ni tak jadi
hal, mesti kau tak kan nak berapi dengan akunya.”
Kali ini Naqi dah mula
ambik nafas. Sejak kenal Nadrah, emosi dia pun cepat bergelimpangan sama.
Azmin dah betulkan
duduknya. “Soalan pertama aku, kenapa kau suka kat dia?”
“Aku tak boleh bagi tahu.”
“Kenapa pulak?”
“Kalau aku bagi tahu diri
dia dari mata aku, kemungkinan kau pun akan sukakan dia!”
Bulat mata Azmin menangkap
kata-kata Naqi. “Choiihhh... aku ni dah kahwin kot! Beragak ah sikit. Bini aku
nak campak mana?”
Naqi ketawa kecil.
“Entahlah.. setiap malam
aku terfikir. Kenapalah aku tiba-tiba boleh suka dekat dia. Dia tak mesra. Dia
garang. Dia tak memenuhi piawaian gadis idaman aku pun! Mungkin yang aku rasa
sekarang ialah curious! Yalah, dia dulu bukan macam tu. Mungkin aku ni
sebenarnya lebih pada nak terokai apa yang jadi dalam hidup dia sampai dia
berubah tiga ratus enam puluh darjah. Tapi.... bila dia garang-garang, aku
tetap tak boleh nak elak yang, aku memang suka kat dialah. Dia ada tarikan tersendiri.
Dia ada sesuatu yang tak ada pada perempuan lain. Macam magnet.”
“Yalah.. aku pun pelik
jugak. Selama ni kau mana pernah serius dengan mana-mana perempuan kan? Mungkin
betul jugaklah cakap kau tu.. Maybe apa yang kau rasa tu lebih kepada ingin
tahu. Bukan sayang ataupun cinta pun...”
Ya ke macam tu? Sekarang
hati dia sendiri dah macam tongkang pecah. Jadi macam mana dia nak pasti rasa
hati sendiri nih?
“Kejap.... macam mana kau
rasa dulu? Macam mana kau pasti yang isteri kau ialah orang yang akan teman kau
sampai bila-bila?” Susah jugak bila selak bab hati nih.
“Kau tak bolehlah ambik
contoh aku. Aku ni kenal orang rumah aku dari kecik kot. Kita orang jiran...
Jadi dah cukup kenal, aku rasa tak ada orang boleh faham aku macam mana dia.
Dia pun rasa macam tu, lepas tu kita orang kahwin.”
So perisiannya sekarang
ialah S.E.R.A.S.I?
Oh damn! Dia tak rasa
Nadrah tu rasa serasi dengan dia? Bukan ke Nadrah anggap dia ni kaki sibuk je?
Azmin menggeleng. Telefon
bimbit dicapai. Surfing internet. Dia kena betulkan otak Naqi sekarang.
“Hah... ini ada quote yang
sesuai untuk situasi macam kau ni.” Azmin betulkan suara beberapa kali. Eceh,
gaya nak jadi pemberita pulak berianya.
“When nothing makes sense and the world seems upside
down, listen to your heart, it will never lie about your true feelings.”
Jadi kata kuncinya
sekarang, ikut hati? Tapi ikut hati nanti mati? Ke ikut dan?
“Okay macam nilah Naqi.
Tips aku yang entah ke berapa.... Sandarkan semuanya pada Allah. Sungguh, cinta
itu akan jadi luar biasa penangannya. Sungguh hebat auranya.” Tiba-tiba dia
bertukar jadi Pak Ustaz. Lupa, inilah nasihat yang saban malam isterinya pesan.
Biar cinta mereka di bawah redha Allah. Yang lain-lain tu, biar Allah uruskan.
Dan kali ini.... barulah
Naqi mampu tersenyum. Lega.
***
Bersendirian di dalam
bilik waktu ini memang boleh buat jiwa Nadrah tak keruan. Apatah lagi matanya
tak lari dari memandang kad kahwin Suhaila. “Ya Allah... bertahun aku lari.
Bertahun. Tapi rupanya aku tetap belum kuat Ya Allah. Aku belum kuat nak
menunggu waktu ini tiba.”
Perlahan-lahan dia bangun.
Kotak di dalam almari itu dikeluarkan. Habuk yang hinggap dilap. Lepas berhenti
belajar secara mendadak lima tahun lepas, memang sudah lama kotak ini
berkampung dalam almari ini. Langsung tidak disentuh.
Terketar-ketar tangannya
sewaktu membuka kotak tersebut. Beberapa keping gambar dikeluarkan. Terpampang
gambar Amylia.
“Kenapa print gambar ni
Nad?” Tegur Amy sewaktu dia capai frame gambar yang terletak cantik di atas
meja Nadrah.
“Cantik. Sebab tu aku
print.”
“Yang cantik tu engkau.
Aku ni sememeh tau... Tapi kalau tengok banyak kali cute jugak kan? Tak
apalah.. simpan jelah gambar ni.”
“Poyonya! Perasan betul.”
“Okaylah tu.. kau cantik,
aku cute. Tak kan semua kau nak gondol Nad, kau janganlah tamak sangat.” Gurau
Amy kasar sambil mencubit kuat pipi Nadrah. Tak lama kemudian pintu bilik
mereka diketuk dari luar.
“Hah.. ni mesti mak cik
banyak songeh nih!” Ujar Amy yakin.
“Weh... korang lama lagi
ke? Aku lapar..” Tepat tekaan Amy. Suhaila muncul dengan muka bercop sirim
‘kebulur’.
“Kau kalau ketuk bilik
kita orang, tak ada benda lain ke kau nak sebut selain lapar?” Tanya Amy dengan
tangan dicekakkan di pinggang.
“Dah tu.. perut korang tu
tak reti lapar ke? Cepatlah.. aku ada study case nak study lepas ni. Otak aku
bukan power macam engkau orang. Jomlah makan...Tapi aku tak nak pergi kedai Mak
Cik Limah. Tak sedap. Kita makan jauh sikit ah hari ni.”
Betullah title mak cik
banyak songeh yang Amy sandarkan pada Suhaila tu memang tepat. Memang minah ni
banyak songeh pun.
“Yalah mak cik.. aku drive
hari ni.” Nadrah tawarkan diri untuk memandu kereta Suhaila.
“Hah.. sebab tu aku sayang
Nad lebih dari Amy.”
“Choihh.. pilih kasih
betullah kau ni Sue!”
“Tipah mana?” Tanya Amy
sewaktu mereka mengunci pintu bilik.
“Study... Minah tu
biasalah, nak bungkus je kerjanya. Sekali aku bungkus dia baru tahu!” Geram
pulak Suhaila rasa. Orang lain pun study jugak. Nak exam jugak. Tapi tak adalah
beria berkurung mengadap buku sampai tak sempat nak keluar makan.
“Tak apalah. anggap je
kita sedekah buat amal jariah. Dapat pahala. Mana tahu Allah tolong ringankan
beban kita ikut bahagian lain.” Walaupun mulut Amy ni kadang-kadang laser tapi
hati dia baik dan dia sentiasa berbaik sangka dengan orang di sekelilingnya.
“Yalah ustazah...
cepatlah... aku lapar ni. Kau kunci pintu ke buat pintu?”
“Kalau lapar sangat telan
je aku nih... Karang dah jumpa nasi, buat keluar aku balik.” Kan dah terkeluar
cadangan tak waras tu dari Amy. Dia memang begitu. Dia penceria suasana.
“Tak ingin aku! Rosak
usus-usus aku telan kau. Banyak kalori...” Bidas Suhaila balik.
Nadrah hanya tersenyum dan
menggeleng. Hailah kawan-kawan, merekalah yang menceriakan suasana belajar yang
sering dihurung stress.
Kotak sederhana tadi yang
baru dibuka itu segera ditutup. Baru sahaja selongkar barang, satu persatu
kenangan terus menjenggah memori. Dia tak mahu ingat kenangan-kenangan seperti
itu lagi. Dulu membahagiakan.. tapi kini memori seperti itu terlalu
menyakitkan.
Bunyi telefon menandakan
ada mesej yang masuk. Skrin telefon terus disentuh.
+ Nad... aku harap sangat kau boleh
datang wedding aku nanti. Kau tak nak jumpa kawan2 lama kita ke?
Satu keluhan dilepaskan.
Beratnya, cuma bahu dia yang menanggungnya. Telefon diletak kembali di atas
meja. Mesej tadi dia abaikan.
+ Nad.. aku tahu kau baca mesej aku ni.
Hmm... Amy dah lama cari kau. Kau tak nak jumpa dia ke? Ke kau dah benci kami?
Jadi Amy tahu yang mereka berdua dah berjumpa. Benci? Entah dia tak tahu.
Apa yang dia sekarang ini benci ke?
+ Nad... T_T.. tipah pun cari kau. Aku
bagi tahu derang yg aku jumpa kau. Semua orang nak nombor kau. Boleh ke aku
bagi?
Suhaila masih tak berhenti
memujuknya. Nadrah pejam mata. Apa yang dia kena buat ni? Boleh tak dia nak
block Suhaila ni?
+ Nad... kau jangan block aku pulak.
Kalau kau buat macam gitu, aku doa phone kau kena panah petir!Tak pun jatuh
pecah berderai.. (dengan kau kena doa jahat2) hehe.. Hmm.. Kau tak tahu betapa
excitednya aku bila jumpa kau balik lepas bertahun kita orang mencari. Bertahun
tahu tak? T_T
Mesej yang baru diterima
itu benar-benar membuatkan Nadrah tersentak. Nak ketawa pun ada tapi Suhaila
seakan-akan mengerti apa yang membelenggu fikirannya. Akhirnya setelah
berperang dengan perasaan sendiri, Nadrah berjaya juga menaip beberapa ayat
untuk membalas.
-
Jgn bagi nombor aku!
+ Okay boleh. Tapi dengan
syarat, kau datang wedding aku!
-
tak bolehlah Sue.. kan
sepupu aku kahwin.
+ Okay.
sebab tak dapat jumpa, aku kenalah bagi nombor pada kengkawan yang lain.
-
Ok fine! Aku datang
wedding kau. Tapi please jangan bg tahu yang lain aku datang. n please...
jangan bg nom tepon aku pd y lain.
Ya Allah, betul ke keputusan dia
ni? Kalau jumpa makhluk-mahkluk yang tidak berkenaan tu macam mana? Tapi
gasaklah! Biar dia munculkan diri. Biar dia tunjuk yang dia bahagia dengan
hidupnya. Sampai bila dia nak menyorok?
+ beres
Nad. Ya Allah, tak sabar nak jumpa kau lagi.... ngeee.. jgn lupa ajak encik abg
bola sekali ya. =p
Nadrah
pejam mata. Dia harap, dia boleh percayakan Suhaila. Buatnya Suhaila bagi jugak
nombor dia lepas kenduri nanti, naya lah. Tapi, dia ada satu masalah yang lain.
Kena ke ajak mamat tu sekali? Tapi tak kan nak ajak Naufal pulak. Nanti apa-apa
jadi mesti mulut lembik tu akan bagi tahu dengan mak dan abah.
Nak tak
nak, terpaksa jugaklah dia buat kerja gila nih!
Nombor
Naqi di dial.
Sekali.
Dua kali.
Tiga
kali.
Mana
pulak mamat ni? Kenapa tak angkat telefon? Tak kan training pulak malam-malam
ni. Pintu bilik dibuka. Terus matanya menangkap kelibat Puan Melati.
“Erk..
mak.. Naufal mana?”
“Pergi
stadium dengan Afiq tengok Pahang lawan Terengganu. Kenapa?”
Nadrah
menggeleng sebelum masuk ke dalam biliknya semula.
Lah...
budak tu ada game ke malam ni? Kenapa semalam Naqi tak beritahu apa-apa pun?
Setelah berbolak balik dengan perasaan sendiri, akhirnya Nadrah mengambil
keputusan untuk menghantar mesej sahaja.
-
Hujung minggu ni free x?
Kalau free nak ajak pergi kenduri Sue.
Apa yang Nadrah kena buat
sekarang ialah, tunggu balasan dari Naqi sahaja. Apa pun, harap-harap Pahang
menanglah malam ni. Tak lah mood Naqi terpelecuk pulak. Karang dia tak nak
teman, naya!
P/S: walaupun dah janji nk update selalu tp tetap xdapat.. sorry been busy lately ni plus PC kat rumah tu berhabuk dgan virus. nk menulis pun x berani sbb asyk hilang. tunggu hero kita bawakkan pergi kedai. hihihi... as always. do enjoy guys
Subscribe to:
Posts (Atom)