Monday 21 May 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [11]


           Perlahan-lahan Mirza menyandarkan badannya ke pintu kereta. Tangannya mula disilangkan ke tubuh badan. Nafasnya mula ditarik lembut. Terapi untuk mengawal rasa hati yang dihurung gelisah. Ditetapkan rasa emosi agak tidak berlebihan menyahut rasa marah.
Matanya mula dihala ke arah kiri. Memandang Haraz yang ikut turut bersandar ke pintu kereta. Afrina pula awal-awal lagi telah disumbatkan ke dalam perut kereta. Dapat dikesan riak cuak Afrina apabila melihat kelibatnya tadi. Memang sengaja dia mengekori Afrina. Dia ingin menjawab segala persoalan yang menghantui benaknya.
“Aku.....” Haraz mula bersuara. Namun tidak tahu untuk dicedok kata dari mana. Hanya Allah yang tahu perasaannya sekarang. Tidak pernah dijangka yang dia akan diletakkan di dalam situasi seperti ini. Takut juga hendak merangka ayat.. bimbang dengan penerimaan tunang Afrina ini. Lagipula, dia langsung tidak mengenali kriteria Mirza. Tapi sekali pandang, tidak nampak langsung yang Mirza hendak menumbuknya. Lelaki itu jauh lagi tenang dari dirinya sekarang.
“Aku tak tahu pun yang Ain dah bertunang....” Akhirnya, ayat yang paling mudah dan paling ringkas mula keluar dari mulutnya. Penerangan yang banyak hanya akan menimbulkan salah faham yang lebih tinggi.
“Ain?” Mula pelik dengan nama yang dituturkan oleh Haraz.
“Aku panggil Afrina, Ain...”
Terangguk-angguk sedikit kepada Mirza dibuatnya. ‘Jadi dah ada nama panggilan yang lain.. Mungkin lebih ayu dan istimewa..’ Fikir Mirza sedikit.
“Okay... kau lelaki, aku lelaki.. Jadi rasanya tak perlulah kita nak berkias macam orang perempuan... Tak perlu nak tapis-tapis.. tak perlu nak selindung... Just jawab je soalan-soalan aku dengan jujur.”
Miza sudah pun berdiri tegak. Matanya menjeling sedikit ke arah Afrina yang kelihatan gelisah melihat perbincangan mereka dari dalam kereta. Pastilah Afrina tidak dapat mendengar perbincangan mereka berdua.
Apa yang Mirza nak buat tu? Janganlah mereka bertumbuk kat luar ni.. Hendak sahaja Afrina keluar dari perut kereta ini.. tapi dia naik gerun apabila melihat wajah Mirza.. Wajahnya  yang selama ini jernih, langsung serius dan mula dibanjiri kekeruhan. ‘Dan akulah orang yang telah menjiruskan kekeruhan itu...’
‘Jangan pandang saya macam tu Afrin... Saya tak akan lakukan perkara yang teruk pada pemuda kesayangan awak ni... Jangan pandang saya terlalu teruk Afrin... Kerana seteruk-teruk sikap saya, saya juga pernah mendapat tempat di hati awak kan... Jadi, tolong jangan bersangka buruk tentang saya...’ Luah hati kecil Mirza. Sungguh, dia berkecil hati dengan pandangan itu. Seolah-olah Afrina tidak mempercayainya langsung.
“Apa soalannya?” Pertanyaan Haraz itu mengejutkan lamunan pendek milik Mirza.
“Kau sayangkan Afrin?”
            Dapat Haraz rasakan yang kakinya bagai tidak berpijak di bumi yang luas ini apabila menyambut huluran soalan daripada Mirza itu. Nampak mudah namun sebenarnya mampu membunuh. Jadi apa yang dia harus lakukan sekarang? Perlukah dia mengiakan atau sebenarnya dia wajib untuk menidakkannya?
            “Apa maksud kau?”
            “Just jawab soalan mudah aku tuh... Aku tak mintak kau soal aku balik!” Nada Mirza sedikit keras. Mungkin hatinya tidak sabar untuk menantikan jawapan daripada pemilik jiwa Afrina ini.
Adakah dia cemburu? Ya... Dia memang mencemburui Haraz.. Bagaimana harus dia tidak cemburu pada lelaki yang mampu menghilangkan jiwa Afrina dari terus menyintainya.
Rasanya, orang gila sahaja yang tidak cemburu. Namun rasa cemburu itu cepat-cepat dikawal. Bimbang cemburu itu menguasai stereng ketenangan dan gear keimanan miliknya. Mirza mula beristigfar di dalam hati.
“Maaf... aku...” Diraup mukanya berulang kali. Semua ini mampu membuatkan jiwanya kacau bilau! Siapa sangka, wanita yang selama ini disayangi telah mula berpatah arah. Afrina tersesat tika menuju hatinya. Namun siapa yang harus dipersalahkan?
‘Adakah aku yang kurang memberi perhatian ataupun jiwa Afrina yang terlalu goyah dari terus setia? Tapi untuk menunding jari kepada Afrina, aku langsung tak mampu... Aku langsung tak mampu untuk membencinya walau untuk sesaat.’
“Aku yang patut minta maaf... Aku muncul dalam hubungan korang berdua. Aku yang merosakkan hubungan korang.” Haraz tahu berat untuk Mirza menerima semua ini. Jika dia di tempat Mirza, pasti lelaki itu sudah ditumbuk. Paling kurang pun lelaki itu pasti akan diherdik olehnya. Tapi Mirza masih boleh menghadapinya dengan tenang. Dia sendiri  punya khilafnya sendiri. Baru saat ini dia mengetahui yang Afrina adalah tunangan orang. Kalau dia tahu hakikat ini dari awal, dia sendiri tidak akan mengusik hati Afrina. Membolak-baliknya jiwanya sendiri. Namun sekarang, semuanya sudah terjadi!
“Tak ada sesiapa yang bersalah.. Takdir yang bawa kita ke sini..” Ujar Mirza sambil berjeda sedikit. Nafas ditarik dalam-dalam. Biar tidak tersekat dan terhimpit dengan keadaan lagi.
“...Jadi, sila jawab soalan aku tadi? Kau sayangkan Afrin atau tak?” Kali ini, rasa tenang sudah mula menjalar. Membenarkan kebahagian orang lain adalah kebahagian yang lebih besar nilainya.
“Erk.. mungkin jawapan aku ni bakal melukakan kau..” Haraz sedikit teragak-agak untuk menyambung kata. Betahkan dia untuk berterus terang?
“Kau jangan risau.. tanpa jawapan kau pun, aku dah sedia terluka..” Mirza ketawa perlahan. Namun ketawa itu sebenarnya menyakitkan cuping telingannya. Merobek tangkai hatinya hingga terluka sendiri.
“Mirza...” Haraz mula diserang rasa bersalah.
“Aku hanya mampu dan pandai menyintai dia....” Luah Mirza perlahan.
Haraz memandang. Membiarkan Mirza terus berkata-kata.
“Tapi aku tak mampu nak lihat dia menangis di sisi aku kerana aku sedar yang bukan aku yang mampu untuk membahagiakan dia...” Luah Mirza lagi.
“.. Jadi apa yang harus aku lakukan sekarang ialah... melepaskan dia pada seseorang yang mampu membahagiakan dia...” Usai meluahkan, Mirza dapat merasakan yang jiwanya terasa ringan. Hilang terus cengkaman jiwanya. Melepaskan sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk kita adalah lebih bagus daripada terus menyimpannya sehingga membuatkan kita terluka sendiri.
Melopong mulut Haraz mendengarnya. Adakah ini bermaksud.... “Mirza....” Haraz buntu! Tidak tahu untuk memberi reaksi yang bagaimana lagi. Tidak dapat tidak, dia sendiri tidak mampu untuk mengecewakan hati lelaki yang lain. Apatah lagi lelaki itu sungguh baik bud pekertinya.
“Tolong jaga dia untuk aku...” Dengan bibirnya yang mengeletar, ayat itu keluar dari mulutnya.
“Jangan sakitkan hati dia....”
“Jangan buat dia menangis...”
“Jangan pernah sisihkan dia...”
“Jangan tinggalkan dia....”
Ayat-ayat itu mula keluar dari mulut Mirza. Mata lelaki itu sedikit berkaca. Menggambarkan rasa berat hati untuk melepaskan gadis kesayangannya ke tangan lelaki lain. Mirza sedar, jika tidak kuat iman, boleh sahaja dia tersungkur di lembah ini. Namun dia belum cukup lemah untuk menangis kerana perempuan. Apatah lagi perempuan itu bukan miliknya yang sah.
“Mirza...”
“Janji dengan aku Haraz!” Pohon Mirza sungguh-sungguh. Selagi dia belum dengar dari mulutnya sendiri, selagi itu dia tidak akan berpuas hati.
“Aku janji....” Ayat keramat itu mula keluar dari mulut Haraz. Bagi dirinya, Mirza terlalu baik. Mampukah dia mengantikan tempat Mirza? Mungkin lelaki ini pernah tersilap... Namun Afrina juga tidak kurang silapnya.. Lumrah manusia biasa. Tapi kehendak hati, tidak boleh dipaksa-paksa. Hati ini berada di dalam gengaman Allah. Tanpa diri kita menyedarinya, hati itu sudah mula mengubah rasa.
“Lega aku dengar... Aku akan doakan kebahagian kalian dari jauh.. Tapi untuk hari ini, aku minta izin untuk hantar Afrina balik.. Biar aku terangkan semuanya pada ahli keluarganya. Aku janji aku akan tolong sehabis mungkin.. untuk kebahagiaan kalian berdua.”
Tangan Mirza mula dihulurkan kepada Haraz. Dia tidak mahu mencari gaduh dengan sesiapa pun. Bukan cara hidupnya jika hendak mengajar diri untuk bermusuhan sesama muslim. Bergaduh kerana perempuan hanya akan menjatuhkan maruah seorang lelaki.
“Kenapa kau terlalu baik...?” Tanpa sedar ayat itu keluar dari mulut Haraz.
Mirza yang baru sahaja melangkah mula berpaling sedikit. “Sebab aku tahu kau pun baik...” Jawab Mirza mudah. Ya.. Sesungguhnya dia dapat merasa keikhlasan Haraz dalam  mengenali hati Afrina. Lantas terus dia masuk ke dalam perut kereta. Sengaja membiarkan Haraz terpinga sendiri.
“Kita nak pergi mana ni?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Afrina apabila Mirza mula menarik tali pinggang kaledar.
“Kahwin lari...”
“Hah! Awak jangan main-main Mirza?” Jantung Afrina sudah berdegup di luar kebiasaannya. Kalau lah Mirza benar-benar mengotakan bait katanya....
“Kalau dulu awak sanggup, kenapa tidak sekarang?” Tanya Mirza tenang. Sengaja menguji gadis di sebelahnya. Dia mula menukar gear. Pedal minyak mula ditekan. Memandu dalam kelajuan sederhana.
“Saya tak pernah cakap yang saya sanggup kahwin lari dengan awak!” Seingatnya, dia tidak berjanji sebegitu rupa. Mirza memang sengaja ingin mempermainkannya.
Mata Afrina mendarat pada wajah Haraz yang berada di luar kereta. Ingin sahaja dia keluar dari kereta Mirza ini. Tapi dia takut... Takutkan apa? Dia sendiri tidak mengetahuinya. Afrina juga berharap agar Haraz akan membuka pintu ini dan membawanya keluar. Tapi Haraz hanya memandang.. Adakah Haraz merelakan pemergiannya?
 “Iya... Tapi awak pernah berjanji untuk sehidup semati bersama saya kan?” Tebak Mirza lagi.
Kali ini Afrina mula terdiam. Berbalas kata dengan Mirza, dia tidak akan pernah menang. “Itu dulu....” Perlahan jawapan itu keluar dari bibir Afrina. Pandangan mata mula terarah ke luar tingkap semula. Mencari bayang Haraz yang telah hilang dari pandangan.
Mirza mengerling sedikit ke arah Afrina. Kini, seratus peratus dia sedar yang, mereka sudah terlalu jauh. Kasih itu memang tidak terjangkau dek gapaian tangannya lagi. Kasih itu memang pernah ada, tapi kini nyata ia sudah hilang dimamah masa.
“Tak kan tak tinggal sedikit pun sisa rasa sayang tu Afrin.. Tak kan tak ada langsung?” Lirih sahaja nada  suaranya. Berharap agar Afrina dapat memberikan jawapannya.
“Jangan tanya Mirza.. Saya tak ada jawapannya!” Afrina sedikit membentak. Dia tidak suka ditindih dengan soalan yang menghentak kalbu. Jiwanya perit!
Siapa yang salah? Siapa yang harus dipersalahkan? Bahu siapa yang bakal menggalas kelukaan ini? Persoalan seperti ini memang mampu menghukum manusia!
“Kita tetap akan teruskan perkahwinan ni seperti biasa...” Sengaja Mirza mengeraskan suaranya. Berpura-pura memandang ke jalan yang terbentang walaupun dia sangat teruja untuk menanti respon daripada Afrina.
“No... Awak tak boleh paksa saya sesuka hati awak!” Pekik Afrina lantang. Jeritan itu terus membuatkan Mirza terkejut lalu tertetan break secara mengejut. Hampir sahaja Afrina tersembam di dashboard kereta namun segera dihalang oleh tangan Mirza.
Afrina mula tercungap-cungap. Terkejut dengan tindakan spontan Mirza itu. Namun dia sedar yang tindakan Mirza adalah datang dari salahnya.
“Afrin... Awak tak apa-apa? Ada sakit kat mana-mana?” Tanya Mirza gusar.
Afrina yang mendengar soalan Mirza itu terus menitiskan air mata. Dalam waktu sebegini pun, Mirza masih menitik beratkan dirinya. Ya, kebaikan lelaki ini tidak tercela sedikit pun. Tapi kenapa? Kenapa hatinya langsung tidak betah menerima kehadiran Mirza? Kebaikan lelaki itu tidak mampu menyogok hatinya agar terus terpaut untuk sekelian kalinya.
“Afrin... Tolong jangan takutkan saya.. Sakit kat mana?” Tanya Mirza cuak. Apatah lagi setelah melihat tangisan Afrina itu. Dia memang paling tidak suka melihat Afrina menangis.
“Afrin... sakit dada ke? Ke sakit kepala? Kalau tak cakap, saya tak tahu Afrin...” Wajah Mirza sudah menitis dengan peluh walaupun aircond kereta sudah sedia terpasang. Debar melihat keadaan Afrina tika ini.
“Kita pergi klinik!” Putus Mirza muktamad sambil mula meletakkan tangannya di stereng kereta. Apabila tangan kiri sudah mencapai gear kereta, tangan Afrina mula melekat di lengannya. Sekilas dia berpaling.
“Kenapa awak masih ambil berat pasal saya? Saya ni tunang yang curang? Tunang yang tak guna... Atau awak berfikir kalau awak terus berbuat baik dengan saya, hati saya akan berubah kembali kepada awak? Macam tu ke?”
Mirza diam. Sengaja tidak mahu bersuara.
“Apa pun yang awak buat.. Ianya tak akan mengubah apa-apa Mirz.. Tak akan ada yang berubah!”
Mirza hanya menyandarkan tubuhnya ke kusyen kereta. Sebenarnya dia sudah dapat mengagak. Rambut yang kemas itu mula kusut apabil Mirza bertindak menguakkan rambutnya berulang kali. Nafas yang panjang mula ditarik.
“Ada yang berubah Afrin...” Ujar Mirza sedikit sambil mula membalas pandang.
“Perasaan awak pada saya yang berubah... Sedangkan perasaan saya pada awak masih kekal di tempat yang sepatutnya. Tak pernah berganjak... tak pernah berkurang....”
Afrina mula melarikan pandangan.
“Ya... saya yang bersalah sekarang! Puas hati awak?” Marah Afrina lagi. Suaranya sedikit meninggi. Mizra mengeluh. Bukan itu yang dimaksudkan dirinya tadi.
“Saya rindukan Afrin saya yang dahulu.. Yang suka mengusik.. Yang kadang-kadang mengada dengan saya...Yang manja... Yang petah berkata-kata...Yang manis senyumannya...” Kata-katanya terhenti seketika.
“Saya tak mahu kehilangan semua itu.. Jadi kalau dengan bersama saya, awak akan kehilangan semua tu, saya rela undur diri... Saya rela kehilangan awak tapi saya tak rela kalau awak tinggalkan senyuman semata-mata hendak bersama dengan saya.”
Suara Mirza perlahan menampan peluput telinga Afrina.
“Maksud awak?”
“Kita berpisah jelah Afrin.... Kalau kita stay bersama, tetap tak akan bagi apa-apa kesudahan dalam hubungan kita.” Afrina memandang Mirza lama.
“Tapi susah Mirz...”
“Tak ada benda yang mudah Afrin...”
“Awak cakap senanglah! Saya nak nak kena tanggung!” Marah Afrina tiba-tiba. Sejak akhir-akhir ini, memang sukar untuk dikawal perasaannya. Semuanya bagai bercelaru bertempiaran di sana sini.
“Patutnya awak fikir sebelum cakap dengan mak awak Afrin! Kenapa nak salahkan saya pulak! Bukan saya yang memulakan semua ni!” Tak pasal-pasal, Mirza pula yang diserang angin kemarahan. Terpana Afrina melihatnya.
“Maaf.....”
Memang sukar untuk memulihkan hubungan yang sudah sedia goyah!
“Saya minta maaf Mirz... Saya banyak buat salah dengan awak kan?” Afrina jadi terpanggil untuk bersuara. Dia dapat lihat betapa kusutnya wajah Mirza saat ini. Pasti lelaki itu penat tika melayan karenahnya. Memang dia yang bersalah! Mirza tidak patut menanggung beban ini.
“Afrin... apa pun kesalahan yang awak buat, saya telan dengan segala kebaikan awak pada saya! Awak tak ada hutang apa-apa dengan saya.... Semuanya dah diputuskan sebegini rupa... Mungkin dah tersurat..Tak ada jodoh antara kita...”
Mirza menghulurkan tisu yang berada di dashboard itu kepada Afrina. Biar gadis itu menepis segala airmatanya.
“Berhenti menangis Afrin.. Sebab Mirz akan tolong Afrin bersatu dengan Haraz! Mirz akan serahkan Afrin pada yang selayaknya....”
Afrina bertambah terharu dengan kebaikan Mirza. “Tapi keluarga kita....”
“Mirz akan fahamkan mereka!” Mirza sudah memulakan pemanduan.
“Saya doakan yang awak dapat perempuan yang baik Mirz...” Sekilas Mirza menoleh ke arah Afrina.
Mirza tersenyum sedikit. ‘Dan saya sentiasa berharap yang perempuan baik itu adalah awak....’ Sambut hati Mirza perlahan.
***
            ‘AKu merinduinya sepenuh hatiku, namun dirinya tidak mengetahui kerana rinduku hanya dalam minda dan perasaanku. Aku menyayanginya sepenuh jiwaku, namun dia tidak mengetahui kerana telahku simpan kasih sayangku di sanubariku. Aku  amat kasih pada dirinya, namun dia tidak mengetahui kerana kasihku itu telah ku pendam sepenuhnya di dada kalbu.. biarlah aku simpan hasrat hatiku, andai dirinya di takdirkan untukku, aku berharap agar Allah bukakan pintu kasihnya untukku..’
            Tulus doa itu dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Tangannya mula mencapai bingkai gambar yang berada di dalam laci meja. Terpampang gambar mereka berdua sewaktu bercuti di Genting Highlands dahulu. Wajah Afrina merekah dengan senyuman manis.
            “Iyyad... Mari turun makan.” Seru satu suara dari arah belakang.
            Cepat-cepat Mirza menyembunyikan gambar tersebut. Tidak mahu terkesan dek mata ibunya. “Ya.. Iyyad nak turun lah ni...” Ujar Mirza sambil mula bangun.
            “Iyyad turun dulu... Ibu nak pergi panggil Ida kejap.” Mirza hanya mengangguk apabila mendengar arahan daripada ibunya. Lantas dibawa kaki ke arah dapur.
            Setelah memastikan yang anaknya itu benar-benar sudah turun, cepat-cepat Puan Maizura menyelinap masuk ke dalam bilik anaknya itu. Hatinya terpanggil untuk mengetahui gambar yang dilihat oleh anaknya tadi. ‘Gambar bakal menantukah?’
            Namun perasaan yang tadinya berkobar-kobar mula diusung marah apabila melihat gambar Afrina. Rupa-rupanya, wanita itu msih melekat di dalam kotak ingatan milik anaknya. Tidak serik-serik lagikah Mirza setelah gadis itu memperkotak-katikkan cintanya?
            “Tak boleh jadi nih... Aku kena lakukan sesuatu!” Gerutu Puan Maizura bengang. Dia tidak mahu Mirza terus-menerus dihurung dengan cinta lama. Perlu ada cinta yang baru untuk mengalihkan dunia Mirza pada bayangan Afrina itu.

p/s:: maaf kalau tak memenuhi piawaian korang.. sebarang teguran n kritikan amat saya alu2 alukan.. =)

16 comments:

  1. bab mula2 dl rs kesian sgt ngn Afrina..tp skrg ni, rs kesian sgt3 ngn Mirza...alahai Puan Maizura ni..mesti nak pi calon isteri utk Mirza ni...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. nak cari calon untuk Mirza... ngeee

      Delete
  2. eei, xsuka la kat afrina tu! bole plak curang ngan tunang sebab tunang sibuk keja. xsuka2! hope sgt t mirza dapat kat girl laen. xpyh tunggu sgt la afrina tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..biar kn je afrina ....sian kn mirza.....hope dia dpt lupakn afrina n mulakn hidup baru...mne tau ada watak heroin baru....apa2 pun ggur job cik writer...sambung2..nk tahu apa ye mak mirza nk buat...

      Delete
    2. wah.. sila sabar ya 91 n along... takut pulak saya bc komen korang nih..hehe.. semua orang pernah buat salah kan...

      Delete
  3. Cik writer leh x bgi heroin laen kt mirza.....n hero laen tuk afrina....
    Xnak diorg b'same.....
    Kesian mirza....afrina xpatut curang gan dia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. permintaan yang menjerut penulis nih... sabar2.. ada bnyak lg yang perlu dihuraikan..

      Delete
  4. skrg bukan kesian dkt afrina..tp dkt mirza, pasni mak dia plk msk campur...mst mak dia nk cr jodoh utk mirza ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. mungkin jugak mak dia carikan.. tapi mampu ke Mirza nak terima?

      Delete
  5. Kesian dekat Mirza....T_T
    Lepas ni gerenti mak Mirza carikan jodoh untuk Mirza....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tgk sama ada Mirza terima atau x ya..

      Delete
  6. ternyata mirza msih cinta kn afrina..
    Hope jdoh mirza ngan afrina kuat sbb tak sggp lg nak tngok mirza kecewa bwt x k dua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju2......satukn mrk sbb hati mirza still pd afrina...setia kn mirza.....huhu...

      Delete
    2. mungkin dulu ada bnyak benda yang salah... bnyak benda y x btul... salah seorang dari mereka perlu memperbetulkan keadaan.. =)

      Delete
  7. menyampah pulak kat afrina ni.. padahal mirza tu punyalah baik.. lepas ni apa pulak yang mak mirza nak buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar yat.. sabar... jangan menyampah kat afrina.. heroin tuh..hehe

      Delete