Sunday 7 October 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [21]


           Berulang kali Afrina menukar posisi tidurnya. Namun semuanya rasa tidak kena! Bagai ada sesuatu yang menanggu lenanya. Sebab apa lagi? Pastilah sebab memikirkan Mirza. Setelah dia menghalau Mirza keluar dari rumah, tidak sekalipun lelaki itu datang menemuinya. Malah panggilan telefon yang dibuat juga tidak berangkat.
Adakah lelaki merajuk? Ataupun lelaki itu sengaja hendak membalas dendam? Ataupun lelaki itu benar-benar bertekad hendak menjauhkan diri dari hidupnya! Argghh... fikiran buruk sudah mula membakar hatinya.
“Relekslah Afrin... Kau baru telefon dia sekali kan? Mungkin dia terlupa nak balas call kau.. Tak pun kau cuba call lah dia sekali lagi...” Afrina mula bercakap sendiri. Dikerling jam di dinding. Baru menunjukkan jam sepuluh malam. Kebiasaannya, Mirza pasti belum tidur.
Dicapai iPhone 4 miliknya lalu terus mendekati Hadziq yang seronok menonton kartun itu. Afrina ingin mengumpan Mirza untuk bercakap dengan Hadziq. Tidaklah canggung sangat bila berbual dengan Mirza nanti.
Debaran yang dirasa, hanya Allah yang mengetahuinya. Apabila talian menanti untuk disambungkan, dia dapat merasa yang nyawanya sedang berada di hujung tanduk. Takut benar jika tidak disambut malah lebih teruk jika direject!
“Hello...” Menitis air mata Mirza tatkala telinganya menampan suara gemersik Mirza. Sepatah kata yang biasa namun bagaikan berlagu menjentik peluput telingannya. Kenapa baru sekarang dia perasan atau sedar? Sudah terlalu lama dia abaikan Mirza...
“Hello Mirz...” Sambut Afrin cepat-cepat sambil mengesat permatanya. Ini bukan masa yang sesuai untuk menangis.
“Ada hal kecemasan ke?” Tanya Mirza risau. Termasuk kali ini, sudah dua kali dia menerima panggilan daripada Afrina. Sewaktu melihat nama Afrina di skrin telefon tadi, dia jadi berat hati untuk menjawab. Tapi kerana bimbang jika ada hal kecemasan, dia gagahkan tangan untuk menekan punat hijau.
“Tak lah...” Afrina sudah mula rasa tak sedap hati. Kenapa dia dapat kecam riak tidak senang milik Mirza. Adakah lelaki itu memang benar-benar marahkan dirinya?
“Habis tu kenapa call?” Tiada nada mesra seperti biasa. Tiada keterujaan seperti kebiasaan. Kan dah cakap... Afrina melepaskan keluhan. Keadaan yang runcing ini perlu diperbetulkan. Mirza perlu diberitahu tentang hakikat yang sebenar.
“Errkk... Hadziq nak cakap dengan Mirz...” Cepat sahaja Afrina meletakkan telefon di telinga Hadziq. Terkebil-kebil anak itu dibuatnya.
“Helo anak papa....” Sungguh, Mirza terlalu rindukan Hadziq. Terlanjur menjauhkan diri dari Afrina membuatkan jarak antaranya dan Hadziq turut jauh. Rindu untuk melayan karenah si kecil yang sudah petah berbicara itu.
“Papa....Ila nak a..tang...umpa Ad...” Pelat si kecil berbahasa. Menguntumkan senyum di bibir Afrina yang gundah. Gembira melihat senyuman di pipi Hadziq. Kasihan Hadziq yang terkena tempias pergaduhannya dengan Mirza.
“Papa rindu Ad...nanti papa datang, kita pergi makan aiskrim ya..” Tanpa sedar, Mirza sudah terlanjur berjanji dengan si kecil. Dalam diam, dia menyalahkan diri sendiri yang terlalu teruja kerana dapat berbual dengan Hadziq. Tidak dapat tidak, dia tidak mampu menolak rasa hati yang rindukan si kecil yang petah bercakap itu.
“Yeah...yeah... ibu, papa nak bawak Ad makan Ayen....” Terlepas terus telefon dari telinga Hadziq bila si kecil itu meloncat kegembiraan. Tersenyum Afrina dibuatnya. Ialah, jika Mirza datang ingin berjumpa dengan Hadziq, pasti Mirza akan berjumpa dengan dirinya pula. Lambat-lambat telefon mula dibawa ke telingannya pula.
“Mirz...”
“Afrin...”
Hampir serentak mereka berdua bersuara. Afrina ketawa. Baginya, situasi seperti ini membawa erti bahawa mereka mempunyai telepati yang sama. Manakala Mirza terus terdiam. Kenapa dia rasa ada yang tidak kena dengan Afrina. Seolah-olah Afrina menunjukkan sikap yang positif dalam hubungan mereka.
“Afrin nak cakap apa?” Tanya Mirza perlahan. Jari jemari sudah bermain di kepala. Dia langsung tak faham dengan perangai pelik Afrina ini? Suaranya... layanannya kedengaran mesra.
‘Ya Allah... dugaan apa yang ingin kau tunjukkan ini? Tetapkan hatiku...’ Keluh Mirza berulang kali. Bila keputusan telah diputuskan, kenapa keraguan seringkali bertandang?
“Mirz... Afrin nak mintak maaf..” Dikerah segala kekuatannya untuk disalurkan pada rasa hati yang menggelupur ketakutan. Dia bimbangkan penerimaan Mirza tentang dirinya. Dah tiba untuk dia jernihkan segala yang keruh.
“Dah lah Afrin... Tak ada apa yang perlu dikesalkan sekarang... Mirz dah redha... Mungkin ada hikmah disebalik semua kekalutan ni. Jangan risau, Mirz tak akan ganggu kehidupan Afrin lagi. Apa-apa pun... Mirz doakan Afrin bahagia.” Senafas, suara Mirza yang tenang itu mencucuk tangkai hati milik Afrina.
Rahang Afrina terjatuh! Sungguh tak menyangka yang Mirza seolah-olah benar berkecil hati dengan dirinya.
“Mirz.... ada sesuatu yang Afrin nak beritahu Mirz...” Biarlah jika Mirza fikir dia hendak merayu sekalipun. Yang penting Mirza perlu untuk tahu perkara yang terjadi pada dirinya. Dia tak bersalah! Bukan kehendaknya untuk membenci diri Mirza.
“Dah lah Afrin... Tak ada apa-apa yang perlu dibincangkan lagi....”
“Mirz.... Afrin sayangkan Mirz.... Afrin masih sayangkan Mirz....” Tanpa berfikir panjang, ayat keramat itu keluar dari bibir Afrina. Sebaris ayat yang harum nyata berbisa. Boleh membuatkan si pendengar tertawan dan sawan!
Mirza mengggenggam erat telefon bimbitnya. Tergamam, tercengang dan terumpan dengan pengakuan Afrina itu tadi. Luruh hatinya. Dipejamkan matanya rapat-rapat. Terserlah raut wajah ibunya yang kecewa. Terpandangkan wajah Azlin yang mencuka. Terselit juga wajah Hajah Khadijah yang marah. Mirza lena melayan perasaan yang bergelodak!
‘Ya Allah... apa sebenarnya yang ingin Kau tunjukkan?’ Dugaan mula mencelah lautan kehidupan ini.
“Afrin....”
“Afrin masih sayangkan Mirz... Memang Afrin banyak buat silap dengan Mirz. Boleh tak Mirz maafkan Afrin?” Soal Afrina dalam sedu. Tak mampu lagi ditahan gelodak rasa.
Mirza gigit bibir. Sedari dahulu dia memang lemah mendengar tangisan Afrina. Rasa ingin dipeluk dan dipujuk tangisan Afrina itu. Namun segera janjinya dengan ibu menderu di kelopak telinga.
“Mirz dah pilih Lin... Mirz harap kuantiti kebencian ibu pada Afrin akan menghilang...” Kalau dia memilih Afrina tika ini, pasti jiwa ibu kecewa lagi. Pasti ibu bertambah benci pada Afrina.
“Kalau Afrina datang sendiri pada kamu, kamu sanggup nak tolak dia? Buat-buat dia ubah keputusan dia dan nak bersama kamu, kamu sanggup teruskan hubungan kamu dengan Azlin atau kamu nak memilih Afrina?” Soalan Hajah Khadijah pula bergema di gegendang telinga Mirza.
“Saya tetap pilih Lin mak cik... Sebab dia adalah kebahagian yang Allah kirim untuk saya. Dia adalah pilihan ibu... dan sudah pasti ibu hanya memilih yang terbaik untuk seorang anak.” Jawapan yang diberikan penuh confident. Menguntumkan senyuman di bibir Hajah Khadijah.
“Abang...Mungkin hubungan ini diatur oleh keluarga kita. Tapi Lin dah sedia nak terima abang... Tapi Lin tak pasti sama ada abang terima Lin sebab terpaksa ataupun secara rela...” Inilah soalan keramat Azlin siang tadi.
Dan jawapannya...
“Mungkin jodoh ini pilihan keluarga. Mungkin Lin rasa abang terpaksa untuk terima semua ini. Mungkin antara kita tak ada cinta atau kasih. Tapi abang sedang mengajar diri abang untuk menyayangi seorang perempuan yang baik macam Lin. Abang bukan lelaki yang baik... Abang harap Lin dapat terima abang seadanya.” Ini pula jawapan yang telah diberikan kepada Azlin.
Habis tu, bentuk jawapan yang bagaimana yang perlu diberikan kepada Afrina tika ini?
“Maaf Afrin.... Mirz dah ada seseorang yang sudi menerima kekurangan Mirz seadanya...” Mirza tahu yang pengakuan ini akan melukakan Afrina. Tapi sebelum Afrina terluka, dia terlebih dahulu yang terluka.
“Mirz.... Mirz pernah janji untuk tunggu Afrin kan? Mirz janji untuk peruntukkan seluruh kehidupan Mirz untuk menunggu Afrin. Mana janji Mirz tuh?” Tanpa sedar, Afrina melepaskan kemarahannya. Bukan marah sebenarnya... Lebih kepada rasa kecewa yang tak mampu untuk dirungkaikan.
“Mirz boleh berjanji... Tapi takdir bukan ditangan Mirz... Mirz perlu pentingkan perasaan orang yang berada di sekeliling Mirz. Mirz dah selalu melukan hati ibu Mirz... Afrin pulak kenapa tiba-tiba macam baru bangun dari mimpi? Kenapa baru sekarang Afrin sedar yang Afrin perlukan Mirz? Kenapa ambil masa terlalu lama untuk sedar yang Afrin sayangkan Mirz?” Kali ini giliran Mirza pula yang menghamburkan kemarahan.
Afrina menangis! Dia tak mampu untuk menceritakan segalanya dengan suara yang teresak seperti ini.
Baru sahaja dia ingin bersuara, telefon telah pun diputuskan. Tercengang Afrina dibuatnya. ‘Sampai hati Mirz tak mahu dengar penjelasan Afrin... Ya Allah.. jika memang harus aku alami duka, kuatkan hati ini untuk menerimanya...’
Seketika, Afrina diamuk perasaan sedih. Namun tiba-tiba dia tersedar. ‘Aku tak boleh  mengalah.... Aku kena pujuk hati dia supaya sayangkan aku! Aku kena harung apa sahaja dugaan untuk bersama dengan dia. Aku tak boleh sewenangnya mengalah begitu sahaja...’ Tekad hati Afrina.
Dia yang mulakan semua ini. Hanya dia yang mampu untuk perbetulkan salah ini. ‘Mirz... Afrin tak akan sesekali mengalah!’
***
            Mirza merenung telefon bimbitnya yang gelap! ‘Arghhh... masa nilah kau nak habis bateri!’ Blackbery miliknya mula dicampak ke atas tilam. Kepala yang tidak gatal itu digaru berulang kali. Kusut masai rambut dibuatnya.
            “Afrin... kenapa perlu jadi macam ni?”
            “Iyyad...” Panggilan itu membuatkan Mirza berpaling. Muncul wajah ibunya dari balik pintu. Dia sendiri tak pasti sama ada ibunya mencuri dengar perbualannya bersama Afrina tadi. Yang pasti, dia dah terlalu serabut!
            “Kenapa ni? Macam ada masalah je?” Sebagai ibu, dia dapat rasa ada yang tak kena dengan Mirza. Sejak siang tadi anaknya itu kelihatan tidak keruan. Adakah cinta lama kembali mengganggu-gugat jiwa anaknya?
            “Ibu... Tolong pinangkan Azlin untuk Iyyad. Kalau boleh minggu ni jugak! Iyyad tak mahu tangguhkan lagi.” Tanpa berfikir panjang, ayat itu keluar dari mulutnya. Dia tidak boleh jamin apa-apa lagi selain dari mempertaruhkan kehidupannya untuk bersama Azlin. Lagipun Azlin pasti mampu untuk menyempurnakan hidupnya.
            “Iyyad... Kenapa tergesa-gesa nih?” Memang dia gembira untuk menyambut menantu baru. Menantu perempuan tunggal. Tapi kenapa segenap hatinya rasa tidak keruan. Apatah lagi bila melihat Mirza seolah-olah membuat keputusan dengan tergesa-gesa.
            “Iyyad takut Iyyad ubah fikiran...” Luah Mirza jujur.
            “Iyyad dah fikir masak-masak ke nih? Nikah kahwin ni bukan perkara main. Memang... Memang ibu yang kenalkan Lin dengan Iyyad. Tapi ibu tak mahu Iyyad tergesa-gesa. Ibu tak mahu kamu lukakan Azlin. Kalau benar kamu tak mampu nak sayang dia, jangan paksa diri!” Pertama kali Puan Maizura bersikap toleransi. Mungkin menyedari akan kekusutan yang melanda anaknya.
            “Keputusan Iyyad muktamad ibu... Iyyad dah putuskan untuk jadikan Azlin sebagai isteri Iyyad yang sah!” Ujar Mirza tekad. Puan Maizura memandang anak mata anaknya. Dapat dia tangkap riak kegelisahan di situ.
            ‘Afrin... Tolong jangan dekat... tolong jangan datang lagi.. Kerana aku makin tersiksa kerana tidak memilikimu... Izinkan aku mencuba untuk menjalani kehidupan ini tanpa dirimu.. Aku akui, memang aku sudah menemui pengganti dirimu tapi hati ini masih berpihak padamu. Tapi takdir tak semestinya akan memihak pada kita.’
            Maafkan diri ini kerana tidak pernah bisa untuk menjauhkan Afrin dari jiwa ini. Tidak mampu untuk menepis bayangan supaya kami dapat hidup bersama satu hari nanti. Tapi apalah daya ini... Terlalu banyak hati yang akan terluka... Cinta sepatutnya tidak dicipta untuk melukai orang di sekelilingnya. Kerana itu dia memutuskan untuk bersama dengan Azlin. Pilihan yang direstu oleh ibu.
***
            Amalina yang sedang membancuh minuman itu mengerling sedikit ke arah Afrina. Entah kenapa adiknya itu kelihatan kusut. Jelas riak celaru yang menjalar di sekeliling wajah. Bukankah sejak akhir-akhir ini adiknya itu sudah kembali tenang?
            “Afrin... Kenapa nih?” Amalina mula mengambil tempat di sebelah Afrina. Minuman yang sedia ada di tangan mula dituang di dalam cawan. Lantas dihulurkan kepada Afrina.
            “Mama Haraz telefon tadi.... Dia ajak datang rumah tengah hari ini.”
            “Ajak datang rumah? Kenapa tiba-tiba?” Tanya Amalina hairan. Faham benar dengan krisis yang melanda menantu dan mertua ini. Langsung tidak sebulu!
            “Dia kata ada rombongan nak merisik Lin.. Jadi dia ajaklah saya sekali sebagai wakil belah perempuan..”
            Amalina menganggukkan kepalanya berulang kali. Namun masih ada yang dia tidak mengerti. Apa perlunya Afrina berada di situ? Sejak bila pulak Hajah Khadijah ramah tamah dengan menantunya yang seorang ini?
            “Tiba-tiba kak long wonder. Kenapa dia baik sangat?” Amalina tahu yang dia tak patut berprasangka pada mertua adiknya. Namun langkah-langkah berjaga tetap perlu diambil. Mana tahu yang dia pasang perangkap untuk ambil Hadziq dari jagaan Afrina ke? Siapa tahu hati manusia kan?
            “Mungkin Lin yang paksa kan... yalah, Afrin kan baik dengan Lin.” Kopi yang masih panas itu diteguk perlahan.
            “Mungkinlah... Dah tu, apa yang Afrin nak kusut sangat? Takut nak mengadap Hajah Khadijah ke?” Tebak Amalina tak pasti. Sememangnya, dia memang tak pandai nak menebak perasaan adiknya yang seorang ini. Guna skill macam mana pun, tetap tak menjadi.
            “Pasal Mirz....” Bukan niat Afrina untuk mengadu domba pada kakaknya. Tapi dia memang sudah putus harap! Tak tahu lagi pada siapa dia hendak luahkan perasaaannya yang menggila.
            Sungguh dia terkilan bila Mirza bertindak untuk memutuskan talian. Hatinya rasa tak sedap. Apatah lagi bila Mirza membuat pengakuan yang dia sudah punya pengganti dirinya. Adakah ini tanda-tanda yang dia bakal kehilangan Mirza? Ataupun ini hanya taktik Mirza untuk membuatkan dia cemburu dan hendak membalas dendam dengan segala perbuatan kasarnya pada Mirza? Tapi setahunya... Mirza bukan seorang lelaki yang pandai berdendam. Apatah lelaki itu adalah seorang pakar psikitari! Pasti ada yang tak kena!
            “Kenapa dengan Mirz?” Dah sudah.. Lepas satu-satu benda nak jadi. Janganlah Mirza pulak yang buat pasal.
            “Dia dah ada orang lain...”
            “Mana Afrin tahu?”
            “Dia mengaku sendiri waktu Afrin telefon dia semalam. Dia cakap dia dah ada orang lain kak...” Tangan Afrina sudah mendarat di dahi. Pening memikirkan perkara yang satu ini. Masa inilah dia terasa amat sakit hati dengan malaun yang telah mempergunakan dirinya. Jika tidak, pasti dia dan Mirza tak akan terpisah sebegini rupa.
            “Ish... tak kanlah. Mesti dia sengaja nak uji Afrin tuh. Kalau fikir secara logik kan.. Tak kan lah dalam masa lima hari ni dia berjaya cari pengganti Afrin? Kalau dia nak cari perempuan lain, dia tak akan tunggu sampai lima tahunlah Afrin.. Lima tahun dah berlalu tapi dia masih setia! Patutnya Afrin percaya pada dia... Jangan fikir yang bukan-bukan lagi.”
            Kalau difikirkan, memang ada betulnya nasihat dari kakaknya itu. Tapi tidak dapat tidak, Afrina tidak dapat menolak getaran yang melanda jiwa. Suara Mirza, layanan Mirza, emosi Mirza, jiwa Mirza bagaikan sudah berubah arah.
            Cepat-cepat Afrina beristigfar di dalam hati. Dia tidak patut membiarkan akal fikirannya dicelarukan oleh perasaan yang masih berkecamuk. Sebab mengikut perasaannlah semuanya menjadi haru biru seperti ini.
            “Kak long....”
            “Hmm....”
            “Saya sayangkan Mirza... Sayang sangat.. Saya rasa macam ada hati yang baru! Yang langsung tak berdebu....” Luah Afrina tanpa malu. Untuk apa berasa malu bila meluahkan rasa sayang yang kita rasa? Kerana sememangnya kasih sayang itu adalah kurniaan Ilahi.
            “Oh... kiranya suci dalam debulah nih..” Usik Amalina sambil ketawa besar. Lega bila segala-galanya bakal pulih.
            “Kak Long... Thanks a lot.. sebab sentiasa bersabar dengan karenah saya! Sudi bawak saya pergi jumpa ustazah tuh... Kalau kak long tak ada.. Mungkin selama-lamanya saya tersesat mencari arah...” Luah Afrina sebak. Lengan kakaknya dicapai lantas digenggam erat!
            “Ish... Semua yang berlaku dalam dunia ni walau sebesar zarah pun, pasti ada kebaikan yang terselindung... Mungkin ada hikmah dengan apa yang terjadi. Akak doakan Afrin bahagia dengan Mirza... Doa kak long sentiasa ada dengan Afrin.”
            Sebagai seorang kakak, dia cuma mengharapkan kegembiran dari adiknya lantaran Afrina satu-satunya ahli keluarganya yang masih ada.
            “Eh... kita ni ralit berbual, pergi tengok Ad.. Entah-entah dia dah bangun. Pergilah awal sikit rumah mama... Tolong apa-apa yang patut. Beli balik jiwa mertua awak tuh. Mungkin Afrin pun ada salah.. Salah sebab tak perbetulkan apa yang salah. Memanglah Haraz dah tak ada, tapi sayanglah dan kasihlah pada seorang wanita yang amat Haraz sayangi... Kita yang muda ni memang kena banyak beralah. Lagipun, tak akan ada menangnnya kalau berbalah dengan orang tua ni.” Nasihat Amalina lagi.
            Afrina tersenyum sahaja. Besar harapannya agar dia dapat membaikpulihkan kekerohan yang melanda. Kali ini, dia tidak mahu jadi menantu yang baik! Dia ingin menjadi anak perempuan buat Hajah Khadijah.
***
            Sedaya upaya ditahan air matanya yang menyelaputi kelopak mata. Terharu apabila dia dipeluk erat oleh Hajah Khadijah. Sedih sebab Haraz tidak dapat melihat semua ini berlaku. Dahulu mereka sering menjarakkan diri... Mengelak dari berselisih. Mungkin benar cakap kakaknya, dia pun banyak buat salah dulu. Meletakkan ego pada tempat yang tidak sepatutnya.
            Hajah Khadijah jugak ikut turut berendam air mata. Rindunya pada Haraz seakan-akan hilang saat badan mereka bersatu dalam pelukan. Mungkin benar cakap orang, dendam tu hanya akan membunuh kasih sayang. Seharusnya dia dan Afrina saling melengkapi satu sama lain saat pemergian Haraz dahulu.
            “Maafkan mama...”
            Afina menggelengkan kepalanya berulang kali. “Bukan salah mama... Semua ni salah Afrin. Patutnya Afrin yang betullah keadaan kita dulu. Ini tak.... Terlalu lama kita bersengketa sedangkan kita menyayangi lelaki yang sama.” Afrina turut meluahkan kekesalannya.
            Mungkin benar cakap Mirza. Dia kena maafkan Afrina. Dia yang bersalah kerana tidak dapat menerima bila terpaksa berkongsi anak sendiri dengan perempuan lain. Cemburu yang langsung tidak bertempat!
            “Wahhh... peluk tak ajak orang...” Terus Azlin menyerbu keduanya dan memeluk erat tubuh mama dan kakak iparnya. Group hug!
            Azlin lega. Lega bila dua orang yang disayanginya sudah berbaik. Kalau tidak, bukan main jenuh lagi. Mama bukan main bising lagi bila dia berulang kali menjenguk dan berjumpa dengan Afrina. Sekarang, semua masalah dah selesai. Lagipun lepas ini mereka akan kerja sebumbung. Lagi mudahlah kerjanya.
            “Woit anak dara... Buat perangai senonoh sikit. Kejap lagi awak tu ada orang nak merisik.” Bebel Hajah Khadijah sambil mula bercekak pinggang. Afrina dan Azlin ketawa.
            “Alah... mama jelouslah kan.. Sebab tak ada orang merisik mama...” Seloroh Azlin. Afrina ketawa lagi. Bahagia menjentik rasa hati! Tidak pernah dia merasa sebahagia ini bila berada di banglo keluarga Haraz ini. Sebelum ini, baru je sampai seminit, terus rasa nak balik!
            “Eh budak nih... Kesitu pulak!” Hajah Khadijah sudah mula bercekak pinggang.
            “Tak apa... Nanti kita cari calon untuk mama ya...Apa Lin ingat mama tak laku lagi ke?” Afrina mula membeli jiwa mertuanya itu.
            “Hah... jangan nak memandai-mandai ya... Dah...dah... Azlin kau pergi tengok apa yang tak selesai lagi dekat dapur tuh!” Sebenarnya Hajah Khadijah baru teringat pasal Mirza. Adakah Afrina sudah mengetahui bahawa Mirzalah lelaki yang bakal merisik Azlin.
            “Jom Kak Afrin...” Ajak Azlin sambil mula menarik tangan kakak iparnya itu.
            “Eh... Kau pergi seorang. Mama ada benda nak cakap dengan Afrin..” Muka Hajah Khadijah sudah mula serius. Tapi rasanya ini bukan satu masalah. Bukankah Mirza ada menyatakan yang Afrina hanya menyintai Haraz dan bukan Mirza. Jadi pasti menantunya itu mampu menerima perkara sebenar.
            “Ada apa mama?”
            “Sebenarnya...” Baru sahaja Hajah Khadijah buka mulut. Terdengar salam dari luar rumah.
            “Tak apa... biar Afrin pergi tengok.” Terus kaki Afrina dibawa ke ruang depan. Mungkin rombongan pihak lelaki sudah sampai. Rahangnya mula terjatuh saat terpandangkan raut wajah-wajah tetamu yang hadir. Seketika mereka saling tergamam dan terpana!
            “Papa Iyyad!” Suara Hadziq yang memecah kebisuan. Entah sejak bila Hadziq yang sedang bermain tadi sudah mula berada di antara mereka.
            Ya Allah

p/s: sila redha dan pasrah dalam menyerah.. hehehe.. agak2 korang kan, apa jadi lepas nih.. =p

14 comments:

  1. hai la cik penulis ni suka sgt bg n3 yg tgantung suspen cmni. buat hati x sng dok nak tau apa yg jd pasni.habislah harus afrina mengalah sbb nk jaga hati mak mentua dia huhuhuhu. sapalah agaknya yang mandrem dia ek. takkan mak mentua dia kot, ntah2 arwah haraz x hihihi. x baik tuduh org yg pergi kan, tp ni citer rekaan kan. so xde masalah klu nk teka gitu kan kan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tp tetap nak jaga nama baik haraz kan.. kih kih.. tulah.. rasanya mesti Afrin mengalah..

      kau dipaksa aku terpaksa... ecehhh

      Delete
  2. Afrin mengalah kot kn,.kn dia bru nk stat bebaik ngan mak si Harraz,klu dia mngalah dia mungkin akan hilang kasih syg mak mentua dia,. Laen la klu Azlin tau cite y tersembunyi n xmustahil y lin sdiri mngalah keke,.bnyk bbeno imaginasi keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke.. bnyak betul spekulasi kan.. ish ish ish

      Delete
  3. kalau sy jadi afrin, rasa nak meraung je kat situ, sape ek yang guna2kan afrin, nak tau sanggaaatttt, hehe, but, thanks a lot to cik Sara yang comel sebab dah post n3 baru, esok nak lagi boleh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhh... saya pun nak tahu sangat.. siapa yang guna2 kan afrin tuh..

      Delete
  4. alahai mirza,cian lh kat afrin!jgn lh terlalu ikut kan ati nanti u nyesal dek.........renung n telek lh ati u mirza betul ke cinta u wat afrin dh tk ujud gggg...kalu masih ade,tk adil gak wat azlin!!!!akak nk ggggggggg dek n cepat2 lh tempek dek....dah tk sabar ngat ne dek!!pleaseeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mirza terpaksa kak.. ish ish ish.. janganlah marah Mirza..

      Delete
  5. aduhh cik penulis.....klu mcm ni la kejadiannya mcm susah jer mirza and afrin bersatu..ramai sgt yg vs dgn hubungan dorang...terutama mak c mirza..pastu MIL afrin...nanti lama2 azlin pun sama akn benci dkt afrin...aduhh mmg dlm dilemma...cik penulis pandai create conflict...

    arghhh....c mirza pun satu cepat sgt give up...4thn bole tggu tp seminggu tamo plak...haisss....tp rasanya afrin akan mengalah...dan bertindak berdiam diri time majlis tu demi menjaga hati semua...adehhhhh sob sob sob sedehhh.....

    cik penulis....aii yakin cik penulis pandai twistkan cerita..harap2 menerujakan nanti.....phewwww...x saba rasanya...panjang komen ni sbb nebesss... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah cik anon... x semua cinta bersatu kan.. Mirza dah fed up tuh.. hehe..

      Delete
  6. Masing-2 terpana? fuh! suspen betul. So, apa yang akan terjadi lepas ni pula. X sabar nk tahu, cepat-2 sambung ye ezza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahu tak terpana.. calon suami nak jadi adik ipar tuh.. hehe..

      Delete
  7. YA ALLAH saraaaa!! saya tak tahu kenapa jantung sy mcm nak terkeluar baca entry demi entry untuk cerita ni.. dapat rasa kelainannya.. jauh berbeza dari novel2 yang berlambak di pasaran.. tapi saya stay harap ada kesudahan yang baik buat Afrin dan Mirza.. Azlin baik.. cuma rasanya dia hanya watak persinggahan sahaja kan..

    plezzz... do something y boleh buat jantung sy kembali normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh.. dari awal lagi dah ckp nak bg kelainan dalam DSKH ni kan.. jd kenalah terima ending dia walau setragis mana pun.. kih kih

      Delete