Friday 25 May 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [13]


            Kepala yang tidak gatal itu Mirza garu berulang kali. Dia serba salah! Untuk menolak dia gerun menyambut penerimaan ibunya. Hendak menerima, dia juga tidak berdaya. Setinggi mana pun pangkatnya dalam bidang psikitari, dia langsung tidak boleh menggunakan kaedah psycology terhadap ibunya sendiri. Bimbang jika terlebih kata nanti, bakal menyandang gelaran anak derhaka.

            “Ibu... tolonglah jangan paksa Iyyad buat sesuatu yang Iyyad tak suka.” Luah Mirza perlahan. Nasi yang ditelan itu seperti pasir! Langsung tidak menyelerakan. Patah seleranya mendengar hujah ibu yang tak sudah-sudah.
            “Kamu tu bukan makin lama kain muda Iyyad.. Ibu pun dah tua.. Ayah pun dah tua.. Kami ni nak jugak bermain dengan cucu! Sampai bila kamu nak terus macam ni? Umur kamu dah masuk tiga puluh empat Mirza!” Bising Puan Maizura.
            Naik geram dia dengan perangai anak sulungnya itu. Makin dicakap, makin dibantah dan akan makin menyakitkan hati.
            “Ibu.. lelaki lain.. Makin berusia, makin laku. Tak gitu ayah?” Sengaja Mirza berjenaka. Encik Hamdan hanya tergelak. Mengakui kebenaran kata-kata anaknya itu. Manakal Puan Maizura mula merengus! Bengang kerana dipermainkan oleh suami dan anaknya itu.
            “Ibu tengah serius ni Iyyad..” Suaranya ditekan sedikit.
            “Iyyad pun serius ni bu... Iyyad tak mahu berkenalan dengan sesiapa pun. Iyyad... belum bersedia nak mendirikan rumah tangga.” Tutur Mirza berterus terang.
            “Sampai bila Iyyad? Kamu tak kesian kat ibu ke? Tak kesian kat ayah?” Berkerut-kerut dahi Mirza menyambut kata-kata ibunya itu. Soal jodoh memang mampu membuatkan dia tengelam dalam setiap bicara ibunya.
            “Bukan Iyyad tak fikir semua tu...tapi Iyyad belum bersedia ibu.... Iyyad mohon sangat pengertian ibu..” Dia ulang kembali jawapannya. Suasana di meja makan malam ini suram dan kelam. Yang kedengaran hanyalah suara pertelingkahan mereka. Hanya ayah yang laju menelan suapan, nasi di pinggan Mirza dan di pinggan ibu masih belum terluak sedikit pun.
            Kebetulan pula malam ini mereka hanya makan bertiga. Adiknya
            “Sudahlah.. depan rezeki tak baik bertikam lidah..” Tegur Encik Hamdan. Soal kahwin ini tidak boleh dipaksa. Ia melibatkan hati dan perasaan. Perkara seperti ini sukar diatur tempat duduknya.
            “Bila lagi nak bersedia? Tak kan umur empat puluh tahun baru nak kahwin? Lepas tu umur lima puluh, anak baru nak masuk tadika... Masa tu orang lain dah bercucu dah Iyyad... Ibu ni pun mungkin dah tak ada dah waktu tu...” Suara Puan Maizura yang tadinya berdentum hebat, mula bertukar lirih.
            Hatinya sedih melihat nasib yang menimpa anaknya. Sejak ditinggalkan Afrina, Iyyad seolah-olah telah menutup pintu hatinya dari diterokai oleh sesiapa pun. Sudah penat dinasihat, anaknya itu masih kekal tidak berganjak. Jadi, dialah yang harus memulakan semuanya. Mula merancang jodoh buat anaknya itu. Hati tuanya tidak betah lagi melihat Iyyad yang masih sendiri.
            “Ish... apa cakap macam tu bu... entah-entah Iyyad yang pergi dulu, kita tak tahu kan?” Terus Puan Maizura menjeling apabila mendengar ayat anaknya itu.
            “Ini semua Afrina punya pasal!” Sungguh, hatinya dipagut dendam yang bukan sedikit. Wajahnya penuh dengan amarah.
            “Ibu... Semua ni tak ada kena mengena dengan Afrina!” Bela Mirza. Sudah lama rasanya ibu tidak membangkitkan tentang isu ini. Sudah lama semua ini terkubur. Perlu ke diungkit kisah lama yang hanya akan menambahkan kelukaan milik sendiri?
            “Tak ada kena mengena kamu cakap? Sebab dialah kamu jadi macam ni.. Keraskan hati untuk semua perempuan... Ibu tahu kenapa kamu tak mahu berkahwin lagi, sebab kamu masih sayangkan dia kan? Dan ibu tahu yang kamu masih simpan gambar dia bawah bantal kamu? Tolonglah Mirza.... Tolonglah jaga perasaan ibu sikit... Kenapa kamu masih ingatkan betina macam tu...? Betina tu dah hancurkan perasaan kamu!” Marah Puan Maizura sudah mula meluap-luap.
            Mirza tergamam! Dari mana ibu tahu yang dia masih menyimpan gambar Afrina?
            “Ibu.. tak baik cakap dia macam tuh.” Tegur Mirza perlahan. Kenapa ibu tidak memahami perasaannya ini! Mirza mula beristigfar di dalam hati. Memikirkan cara terbaik untuk membuatkan ibunya ini faham akan keadaaanya.
            Sesuatu yang sangat menyakitkan ketika dikhianati oleh orang yang kita sayang, tapi sebenarnya lebih perit lagi apabila kita harus berusaha menyembunyikannya dari pandangan semua orang. Kasihnya pada Afrina, memang tidak akan menemui titik nokhtahnya.
            “Ya... apa yang ibu cakap semuanya tak baik.. Apa yang ibu cakap, semuanya salah! Betina tulah yang sentiasa terbaik di mata Iyyad kan? Pergilah sayang dia sampai mati... Jangan pedulikan tentang perasaan ibu ni! Tapi satu je yang ibu nak bagi tahu Iyyad, ibu akan sentiasa doakan kesengsaraan dia kat luar sana! Biar dia menderita sebagaimana ibu menderita melihat keadaaan kamu!”
            Iyyad Mirza terpana! Gamam dengan kata-kata ibu yang keras!
            Tanpa menunggu lagi, terus Puan Maizura bangun. Ditinggalkan nasi yang masih belum bersentuh itu. Hatinya panas dengan sikap Iyyad! Masih lagi ingin membela perempuan itu. Dialah perosak kebahagiaan anaknya itu! Dan perempuan itu harus bertanggungjawab dengan segala perlakuannya.
            Mirza mula menyandarkan tubuh ke kerusi. Satu keluhan mula dilepaskan. Kepalanya digeleng berulang kali. Kusut!
            “Sabarlah... ibu tengah marah tu.. Memang macam-macam yang keluar dari mulut dia. Dia cuma nak kamu teruskan hidup tanpa bayang Afrina... Itu je Iyyad..” Kali ini, Encik Hamdan kembali bersuara setelah menyaksikan perdebebatan kedua beranak itu tadi. Hendak mencelah, dia sendiri tidak tahu hendak meyokong siapa. Sebelah kanan isteri, sebelah kiri anak.
            “Iyyad masih belum bersedia yah...” Jelas Iyyad sedikit.
            “Kamu belum bersedia sebab kamu takut nak terima seseorang yang kamu tak sayang kan? Iyyad... Memang tak salah nak kenangkan kisah lama. Cinta lama tu walaupun menyakitkan, tapi tetap ada yang indah untuk dikenang. Cuma sekarang semuanya Iyyad kena fokuskan untuk bina kehidupan Iyyad...  Iyyad dah besar.. dah jadi doktor psikitari pun... Rasanya, Ayah tak perlu nak cakap lebih-lebih kan.. Iyyad dah cukup matang untuk berfikir sendiri.” Encik Hamdan mula bangun dan diangkat pinggannya sekali. Tidak jadi hendak menambah nasi apabila suara orang bertekak menjamah telingannya.
            “Fikir-fikirkanlah...” Sebelum berlalu, sempat lagi ditepuk bahu anak lelakinya itu. Dia tahu Iyyad serba salah!
            Mirza terpaku sendiri. Mengakui ada benarnya dalam bait kata ayahnya itu. ‘Ya Allah, singahkanlah rasa tenang dalam jiwaku.’ Pohon Mirza tulus.
Terkadang, Tuhan memberikan cobaan yg berat kepadamu, karena Dia percaya pada kemampuanmu melebihi kamu percaya dirimu sendiri. Terkadang, tak peduli berapa kali kamu meyakinkan dirimu bahwa kamu lebih baik tanpanya, sebagian dari hatimu masih dimilikinya. Ya... kerana hati ini masih milik Ainur Afrina sepenuhnya.
Tapi tegarkah dirinya menghancurkan sekeping hati milik ibunya? Apakah penerimaan ibunya jika mengetahui yang Afrina sudah bergelar janda? Dapatkan ibu menerima Afrina untuk kali yang kedua?
***
Matanya merenung Hadziq yang sedang ralit bermain dengan permainan barunya. Bibirnya mula merekah dengan senyuman apabila melihat anak kecil yang riang bermain itu. Tidak dapat dibayangkan jika nasib tidak menyebelahinya nanti. Mampukah dipertahankan haknya untuk terus menjaga Hadziq?
Ingatannya mula tergarit pada seorang lelaki yang tidak jemu-jemu menanamkan kekuatan baru buatnya. Lelaki itu masih hadir untuk menepis segala gelora tatkala  dirinya merasa kecewa.
‘Duniaku  berubah kelam tak bermakna namun semangatmu ada di jiwa... merantai semua tangisku hingga membeku sendiri... lantas membuatkan pipiku jemu untuk terus menyambut permata jernih ini..’
“Jauh menung?” Sapa Amalina sambil menepuk lembut peha adiknya itu. Sedari tadi dia memerhatikan Afrina. Tiada tanda-tanda yang adiknya itu bercakap seorang diri seperti dahulu kala. Sedikit sebanyak, hatinya mula lega. Lega dari mengharungi keadaan haru biru seperti dahulu.
“Teringatkan seseorang ataupun rindukan seseorang?” Pertanyaan dari Amalina itu mendatangkan kerutan di dahi Afina. Tidak faham dengan konsep soalan kakaknya itu. Bukankah teringat dan rindu itu membawa erti yang sama?
“Maksud kak long?”
Amalina tersenyum sambil terus menghalakan pandang ke arah Hadziq itu. Dia tahu yang Afrina sedikit kebingungan menyambut pertanyaannya tadi. “Rindu itu mungkin milik Haraz... Teringat itu mungkin milik Mirza....” Amalina mula beralih pandang ke sisinya. Ternanti-nanti untuk menyambut penerimaan Afrina.
“Rindu, teringat, cinta, kasih dan sayang hanyalah milik Haraz kak...” Sambil mula menunduk, Afrina melahirkan jawapan. Dia seakan-akan mampu untuk menebak fikiran kakaknya itu. Hubungannya dan Mirza tidak mungkin akan bermula sekali lagi. Setelah dia mengecewakan Mirza dahulu, dia tidak fikir yang mereka akan bersamauntuk kali yang kedua. Lagi pula, lelaki seperti Mirza layak memiliki seorang perempuan yang lebih sempurna berbanding dirinya.
Dia pernah berlaku kejam terhadap Mirza... Dia pernah melukakan Mirza...Dia pernah mengecewakan Mirza.. Dia pernah meninggalkan Mirza sendiri... Dan dia tidak fikir yang Mirza sanggup untuk mengutip dirinya semula.
 Amalina tergelak sedikit. Ketawa itu kedengaran cukup sinis di peluput telinga Afrina. Terus Afrina mengangkat wajah. Tidak mengerti kenapa kakaknya itu perlu ketawa.
“Satu ketika dahulu, rindu, cinta, kasih dan sayang juga pernah menjadi milik Mirza... kemudian takdir membawa semua itu menjadi milik Haraz dan tak mungkin semua itu akan ditakdirkan menjadi milik Mirza semula kan?” Tebak Amalina tanpa tapisan. Matanya tajam merenung anak mata Afrina.
Amalina terlalu berharap agar adiknya itu kembali membukakan ruang yang dapat mengisi kekosongan yang Haraz tinggalkan. Berkahwin lain, tidaklah bermaksud menduakan. Tapi rasanya Afrina memerlukan seseorang yang mampu berada di sisinya. Apatah lagi dengan situasi Afrina sekarang yang terpaksa mengadap karenah mertuanya yang telah menfailkan tuntuan penjagaan Hadziq. Pasti berat untuk Afrina hadapi sendiri.
“Akak... Saya dengan Mirza hanya kawan... Lagipun... kami tak mungkin dapat bersama kak... Saya ni janda.. Dia pun mungkin dah ada pilihan hati dia sendiri.” Afrina mula tidak senang apabila isu Mirza dibangkitkan. Dia tidak mungkin dapat menampal kecacatan semalam. Hati Mirza yang terluka dahulu tidak mampu dia ubati.
“Dia belum berpunya Afrin... Dia masih setia menyintai Afrin...” Ini bukan sekadar rumusan atau pemerhatian sahaja, tapi dia dengar dari mulut Mirza sendiri yang lelaki itu masih belum berpunya. Kerana itu Amalina begitu yakin untuk kembali menjodohkan mereka berdua.
“Akak....” Ayat dalam bentuk apa yang sesuai untuk menerangkan kepada kakaknya ini? Kalau dibuka kembali lembaran sejarah semalam, namanya yang buruk dan busuk! Dia yang mencalarkan segalanya. Rasanya dia sendiri tidak mampu untuk membersihkan namanya sendiri. Mirza seolah-olah menghukum dirinya dengan segala tindak-tanduknya yang terlalu baik itu. Menjadikan dirinya seorang yang tak mampu untuk memaafkan kesalahan milik sendiri.
“Afrin tak nak beri peluang pada dia ke? Akak percaya yang dia akan jadi suami yang sempurna untuk Afrin... dan dia akan akan jadi ayah yang terbaik untuk Hadziq...”
“Akak sendiri akui kan... akui yang dia terlalu baik.. Sebab tu Afrin tak mampu nak terima dia kak... sebab dalam apa jua perkara, dia akan kekal terbaik dan Afrin takut kalau-kalau Afrin akan kembali melukakan dia.” Ayat yang keluar dari mulutnya itu langsung tidak dirangka dahulu di benaknya. Apa yang dia tahu, dia tidak mahu kembali melukakan Mirza. Cukuplah apa yang pernah terjadi dahulu. Kalau Mirza tidak menghukumnya, biarlah dia menghukum dirinya sendiri.
Amalina kembali mengeluh dan menggelengkan kepalanya berulang kali. “Susahlah nak cakap dengan Afrin nih... Cubalah sesekali dengar pendapat akak sikit! Dan cuba fikir dalam-dalam... kalau tak fikirkan tentang diri sendiri pun, sekurang-kurangnya fikirlah untuk Hadziq!” Amalina mula rasa hendak marah. Tak guna cakap lebih-lebih dengan adiknya ini. Kepala otak adiknya akan kekal begitu dan yang sakit adalah hatinya sendiri!
“Akak... saya dah fikirkan sedalamnya pasal hal ini...” Afrina cuba meyakinkan akaknya itu.
“Aah.. memang pun dah fikir sedalamnya! Lepas ni kalau nak buat apa-apa, tak payah tanya akak... Dulu masa nak pilih Haraz, Afrin pun tak tanya akak dulu kan.. Afrin tak pedulikan nasihat arwah mak pun... Dah jadi macam ni pun, Afrin masih lagi keras kepala! Masih nak berdegil dan tak mahu dengar cakap orang... Akak pun dah penat nak masuk campur.. Ikut Afrinlah! Akak dah malas nak masuk campur!”
Afrina tersentak! Tak menyangka yang penerimaan Amalina akan menjadi seperti ini.
Untuk pertama kalinya Amalina mula berputus asa untuk melayan karenah Afrina. Memang betul kata arwah emaknya dahulu! Afrina memang degil! Suka buat sesuatu tanpa berfikir panjang! Buat keputusan berpandukan perasaan dan emosi semata-mata! Dulu ketika Haraz masih ada, lelaki itu banyak membimbing adiknya itu. Mendidik emosi dan kedegilan milik Afrina. Tapi sejak lelaki itu pergi, Afrina kembali kepada lumrah asalnya. Kerana itu dia ingin Mirza menggantikan tempat Haraz.
“Akak...” Afrina mula serba salah.
“Akak nak balik.. Nak pergi jaga rumahtangga sendiri. Dah penat nak jaga tepi kain orang...” Terus dicapai beg tangannya dan melangkah keluar dari rumah. Langsung tidak bersalam dengan adiknya seperti biasa. Malah langsung tidak ditinggalkan ciuman buat Hadziq. Afrina mula cuak mendengar ayat sinis kakaknya itu. Sungguh, dia tidak pernah melihat kakaknya sebegini rupa.
“Akak marahkan saya ke?” Tanpa ditahan, soalan itu terpancul keluar dari mulutnya. Terhenti langkah kaki Amalina yang hendak menuju ke arah kereta itu.
“Tak guna marahkan kamu Afrin... Sebab kamu adalah adik... adik yang akan sentiasa berdegil dengan keputusan kamu sendiri. Yang akak marah ialah diri akan sendiri... Kenapa masih nak menyibuk menjaga hati orang sampai terlupa nak menjaga hati milik sendiri.”
Afrina terasa seperti hendak menangis. Tidak menyangka yang kakaknya akan merajuk dengan dirinya. Tapi perlukah dia mengiakan kata-kata Amalina untuk memberikan ruang kepada diri sendiri untuk memiliki Mirza?
“Akak, saya tak bermaksud nak....” Belum habis bicaranya, Amalina sudah mula memangkah.
“Ya... kamu tak pernah bermaksud apa-apa. Dulu, kamu tak bermaksud nak menduakan Mirza.. tak bermaksud nak melukakan hati mak.. dan sekarang tak bermaksud nak membuat akak berkecil hati...Semua yang kamu lakukan memang tak bermaksud Afrin.. Mungkin betul kata mak..” Lambat-lambat sahaja ayat yang terakhir itu keluar dari mulut Amalina.
“Orang di sekeliling kamu pasti akan terluka sebab terlalu nak jaga hati kamu....”
Tangan kanan Afrina terus dibawa ke mulut. Tergamam dengan kata-kata kakaknya itu. Benarkah dirinya sebegitu rupa? Dirinya terasa seperti dicampak ke dalam gaung apabila mendengar bait kata Amalina itu.
Tanpa pamitan, terus sahaja Amalina masuk ke dalam kereta. Ditinggalkan adiknya itu sendirian. Mungkin masa dan keadaan akan merubah corak pemikiran adiknya itu. Atau mungkin tanpa sesiapa, adiknya itu akan lebih berdikari dan lebih memahami konsep sebuah kehidupan.
Afrina menahan sebak. Menghalang rasa sedih mula membuku dalam hati walaupun sebenarnya dia tersangat kecewa. Kecewa tentang apa? Kecewa dengan dirinya sendiri. Tidak pernah disangka yang dirinya seteruk ini.
‘Abang.... isteri abang ni memang teruk kan?’ Soalan itu lebih ditujukan kepada diri sendiri. Mungkin ada betul kata kakaknya  itu. Jadi sekarang, apa yang perlu dia lakukan untuk memperbetulkan apa yang mula tidak betul?
Dalam keluhan, Afrina mula melangkah ke dalam rumah namun langkahnya terhenti apabila mendengar deruman enjin kereta yang berhenti di kawasan rumahnya. ‘Entah-entah akak yang berpatah balik...’ Dengan penuh teruja, Afrina mula berpaling. Namun sangkaannya meleset apabila melihat kereta hitam metalik itu. Melihat gerangan yang keluar, hatinya mula diserang gundah.
‘Ya Allah... cobaan apa lagi yang perlu aku galas?’ Rintih hatinya. 
p/s:: maaf atas segala khilaf saya kalau cerita ni tersasar dari piawaian kalian... terima kasih kerana sudi menyokong n mengomen.. ngeee.. lebiuuu korang much more.. =)

14 comments:

  1. Love u sis....
    Siapa pula yang datang rumah Afrina???
    Emak Mirza datang serang Afrina ke or emak Haraz nak ambil anak Afrina???
    Hehehe...terbanyak soal pula...#^_^
    Tak sabar nak tunggu next entry...(^_^)Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks atiza... coz selalu bc n komen cite x seberapa nih.. tu kena tunggu next entry ya.. =)

      Delete
  2. siapa pulak yg dtg..jgn2 mak mertua dia x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng... nad.. thanks coz selalu follow n drop komen.. =)

      Delete
  3. cam x logik jer mak mertua nak rampas hak penjagaan anak menantu die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mak mertua ingat yang afrina tu gila.. jd sebab tu dia nk tuntut hak.. aishh.. kena bc entry sebelum2 nih..cite ni banyak flashback..

      Delete
  4. x sabar nk tggu afrin terima mirza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke afrin terima? entah2 mirza dengan azlin.. hah hah hah

      Delete
  5. mak mirza dah marah... huhu :(

    hurmm, nampaknya tak mudah kan mirza dgn afrina nak bersama. Macam byk dugaan ja... apa2 pun gudjob sara.. best entry kali. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta tu x leh guna jalan highway kak.. mmg bnyak dugaan n cabaran.. =)

      Delete
  6. makin banyak saspen lah.. siapalah yang datang tu? msti mak haraz kot.. x pun mak mirza.. cpt smbung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapkan cerpen dulu.. so DSKH pending kejap.. =)

      Delete
  7. semakin suspen nampaknya...

    ReplyDelete
  8. kenapa i tak blh baca half of the story......i nak highlight kat bhgn putih tu pun tak boleh.

    ReplyDelete