Thursday 29 December 2011

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI [26][27][28][29][30]


BAB 26
            Dari pintu bilik pejabatnya, Ezrakil hanya memandang pada Farafeesha yang sedang asyik mengelamun di mejanya itu. Entah kenapa gadis itu tidak lagi ceria seperti dahalu. Dia sudah mula pandai mendiamkan diri. Sudah tidak mahu mengusiknya lagi? Bermasalahkah gadis itu?
            “Awak tak balik lagi?” Teguran Ezrakil yang tidak diundang itu membuatkan Farafeesa terkejut sendiri. Hingga berdiri dari duduknya.
            “Ada kerja sikit lagi.” Memang menipu sangatlah. Kerja mengelamun aje adalah. Mujurlah mejanya agak berselerak. Jadi tidaklah terkantoi penipuannya ini.
            “Saya pun ada kerja sikit lagi. Er, kejap lagi kita balik sama jelah.”
Ezrakil cuba mengawal riak wajahnya. Tidak mahu kelihatan seperti terhengeh-hengeh sangat. Walaupun dia terlalu menyintai Farafeesa namun air mukanya tetap perlu dijaga. Nanti bimbang diketahuan pula oleh Farafeesa.
            “Eh tak apalah bos.. Saya boleh balik sendiri.”
Dia tidak mahu bersama-sama dengan Ezrakil. Dia hanya butuhkan masa untuk menyendiri. Memikirkan akan perkara yang perlu dia lakukan di saat-saat akhir hidupnya ini. Menyenaraikan beberapa tuntutan yang masih memerlukan tanggungjawabnya.
Dia sudah berjanji pada dirinya untuk tidak terus bersedih lagi. Dia ingin kuat menempuh semua ini. Biarpun keseorang, Allah ada untuk bersama dengannya.
            “Bila satu perkataan itu keluar dari mulut saya, itu bukan satu permohonan tapi adalah satu arahan.” Farafeesa merengus geram. Dia tidak suka jika Ezrakil menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang bos.
 ‘Aku ni perkerja kau, bukan hamba abdi kau! Sesedap rasa dan sesuka jiwa kau je mengarah.’
            Kenapa Ezrakil tak faham sangat yang dia perlukan masa untuk menyediri. Dia tidak punya mood untuk melayan karenah bos yang berbagai itu. ‘Aku sepak jugak bos ni karang. Aku dah lah tengah sakit kepala ni. Dia pulak suka nak menambahkan lagi perisa sakit kepala aku ni.’
            “Siapkan kerja awak. Kejap lagi kita balik sama.”
Ezrakil perasan riak wajah tidak berpuas hati milik Farafeesa itu. Namun memang dia tidak peduli langsung. Jika dia tidak berkeras, kebarangkalian dia untuk menambat hati Farafeesa, makin menjauh pergi. Apatah lagi gadis itu sudah makin liat untuk ketawa dan semakin sukar untuk tersenyum. Bagai ada sesuatu yang sedang membelit gadis itu.
Baru sahaja Ezrakil berlalu, terus dia mencebik. Menyampah dengan Ezrakil!!!
            Farafeesa tidak tunggu lama. Sejurus sahaja selepas Ezrakil masuk semula ke dalam bilik pejabatnya, terus Farafeesa mengemaskan mejanya yang sedikit berselerak. Dia perlu cepat. Dia ingin pulang sendiri.
            Oh bukan, dia tidak ingin pulang lagi. Dia ingin mencari tempat untuk menenangkan perasaan miliknya sendiri. Jika dia pulang terus ke rumah, hanya akan menambahkan beban kesedihan yang sudah mula mengunung. Lagipula, dia ingin mencari keja part time. Dia ingin mengumpul duit untuk bekalan ahli keluarganya nanti.
            Duduk di rumah lama-lama di rumah hanya akan membuatkan hatinya tercarik-carik. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
            Air matanya seakan ingin menitis apabila terpandangkan adik-adiknya. Mukanya akan berubah warna jika terpandangkan susuk tubuh abah yang sedang solat itu. Telingannya akan luluh apabila mendengar bebelan ibunya yang sedang memasak di ruangan dapur. Dan yang paling dia tidak mampu ialah apabila berhadapan dengan kembarnya. Seakan-akan semua kekuatan  diterbangkan oleh angin yang dingin membeku.
            Farafeesa tidak mahu ada seorang pun ahli keluarganya yang tahu. Rahsia ini akan disimpan sampai dia mati. Itu janji terhadap diri sendiri.
            “Awak cuba lari ya?”
Ezrakil menegur sambil tersenyum sinis. Farafeesa mula mengetap bibir. Memarahi diri sendiri kerana berjaya mengelamun lagi. ‘Kalaulah aku cepat sikit tadi. Aish!’
            “Mana ada... kan saya tengah mengemas ni.” Farafeesa sedaya upaya sedang mengawal kegugupannya.
            “Sejak akhir-akhir ni, awak macam dah berubah sangat Feesa.”
Entah kenapa, nada suara Ezrakil kali ini lain macam benar. Terus Farafeesa mencari seraut wajah milik Ezrakil. Mula mentafsirkan persoalan milik Ezrakil. ‘Besar sangatkah perubahan aku sehingga terkesan dek mata Ezrakil?’
            “Perubahan dari segi apa?” Ingin tahu juga rasanya. Perubahan seperti apa yang menjadi persoalan di benak Ezrakil.
            “Dah tak cantik macam dulu...” Tembak Farafeesa sengaja. Konon-konon seperti ingin bercanda. Mungkin juga Ezrakil perasan yang riak wajahnya sedikit kemerahan. Seperti ditumbuhi ruam. Namun ini sebenarnya kesan penyakit yang dihidapinya.
            “Kenapa, awak rasa kecantikkan awak dah berkurang ke?” Erkk... Farafeesa tidak tahu hendak memberi respon yang bagaimana. Tiba-tiba hilang idea hendak menjawab seperti kebiasaan.
            “Saya ni, mana pernah tak cantik bos...” Entah kenapa, gurauan ini membuatkan meraka berdua jadi canggung. ‘Macam mana aku boleh tersekat dengan mamat ni pulak? Adoyai...’
            ‘Awak memang sentiasa cantik Feesa... Di mata saya.. Di hati saya... Di jiwa saya...’ Namun bukan itu yang menjadi persoalannya.  Apabila melihat Farafeesa seperti buat bodoh, dia kembali menyempurnakan ayat yang agak tergendala.     
            “Awak macam nak larikan diri daripada semua orang....” Kata-kata Ezrakil itu bagai sedang menjerut tangkai leher milik Farafeesa. Terhenti perbuatannya. Mula mencari seraut wajah milik Ezrakil.
‘Larikan diri? Aku tak pernah ingin melarikan diri dari sesiapa pun. Tapi takdir yang telah melarikan aku ke sini. Ke dalam lembah penderitaan hati dan jiwa.’
            Tapi percayalah, dia tiada sebarang rungutan tetang kehidupan ini. Apa yang telah ditakdirkan untukknya, dia telah terima dengan hati seikhlas mungkin. Walaupun mungkin hatinya perit dengan ujian ini. Mungkin jiwannya lelah dengan dugaan ini. Namun akan tetap diharunginya dengan iringan doa yang telah dititipkan pada Yang Maha Esa.
            Kalau dia mula rasa lemah, segeralah doa diperutuskan pada Allah. Agar Allah terus dapat menyalurkan kekuatan baru untuknya. Moga Allah sentiasa berada di setiap langkah perjalanannya. Siapa yang tahu tentang hari esok? Semuanya adalah milik Allah. 
            “Saya bukan artis yang perlu lari dari hakikat pentas dunia. Saya hanya manusia biasa je bos..” Diambil masa yang agak lama untuk membalas kata.
            “Senang cerita, awak macam nak terus menyediri. Awak ada masalah ke Feesa? Kalau ada, ceritalah pada saya. Saya boleh jadi pendengar yang baik.”
Kali ini, Ezrakil mengunakan pendekatan yang agak berkhemah. Tidak memaksa seperti dahulu lagi. Walaupun mungkin dia tak pakar dalam bab memujuk, dia akan terus pujuk hati Farafeesa. Dia akan belajar jadi pemujuk yang hebat! Apa sahaja demi Farafeesa.
            “Kalau betul bos pendengar yang baik, lebih baik bos dengar radio daripada mendengar masalah saya.” Farafeesa ketawa sedikit. Namun nampak sangat dibuat-buat.
            “Jadi betullah awak ada masalah?”
Glup.. Macam mana boleh terkantoi ni. Sejak bila pulak Ezrakil pandai menembak ayat ni. ‘Aish, musykil-musykil.’
            “Mana ada masalah. Ada nampak masalah dekat saya ke? Saya tak nampak apa-apa masalah pun.” Farafeesa mengalihkan pandangan ke kiri dan kanannya. Konon-konon seperti mencari sesuatu.
 ‘Ish, ni memang betul-betul cari masalah ni.’
            “Feesa, kalau awak tak bersedia nak beritahu sekarang, awak boleh beritahu saya masa awak dah bersedia. Saya tungu waktu tu.”
Muka, suara,  dan tutur kata Ezrakil memang sungguh serius. Terpana Farafeesa melihatnya.
‘Kenapa mamat ni pelik sangat hari ni? Lain macam bebenor....’
            Untuk mengaburi kata-kata Ezrakil, Farafeesa tersenyum manis. Semanis gula di kedai. Manis sampai semut datang dan boleh menggigit wajahnya.
            “Tak ada apalah bos. Bos tu risau tak bertempat.” Dia mula berjalan dahulu. Sengaja meninggalkan Ezrakil di belakang.
            “Risau saya akan menggunung apabila orang tu sudah mendapat tempat di hati saya.”
 Segera Farafeesa berpaling apabila mendengar suara Ezrakil yang sedikit perlahan itu. Dia tidak sempat menangkap butiran kata-kata Encik Bosnya itu.
            “Bos cakap apa tadi?” Tanya Farafeesa sambil mengerutkan dahinya.
            Ezrakil menarik nafasnya dalam-dalam. Kakinya dimajukan beberapa langkah. Mula mendekat bersama Farafeesa. Seakan-akannya dia sudah bersedia untuk berterus terang dengan Farafeesa. Dia sudah tidak peduli pada keadaan di pejabat yang mungkin tidak mengizinkan dia meluahkan perasaan. Yang dia tahu sekarang ialah, rasa beraninya sudah mula berada di puncak. Mungkin ini adalah saat yang ditakdirkan Allah untuknya.
            ‘Apa nak jadi, jadilah.... Aku dah bertekad... Aku tidak mahu beralah dengan situasi lagi..’
            “Feesa sebenarnya...” Kata-kata Ezrakil terhenti apabila deringan telefon milik Farafeesa mula berdering kuat.
            ‘Ada sahaja yang mengacau...’
            Tanpa sedar, mereka bersama-sama mengeluh perlahan. Ezrakil mula berpaling ke arah lain. Dia menguakkan rambutnya. Mengawal rasa gundah yang mula bertapak. Farafeesa mula mengangkat panggilan telefon yang tertera nama Faraneesha di skrin telefon.
            “Eh, kan aku cakap aku balik sendiri hari ni.” Tanpa salam dan kata, terus Farafeesa menerjah laju.
            “Kak, kenapa ni?”
Ezrakil memandang Farafeesa yang sudah mengeluarkan nada suara yang serius.
            “Kak, kenapa kau nangis?”
Masih tiada sebarang suara yang keluar dari mulut Faraneesa selain daripada tangisan. Entah kenapa, Farafeesa mula rasa tidak senang hati.
            “Luqman....” Akhirnya, nama keramat itu keluar dari mulut Faraneesha.
            “Kenapa dengan Luqman?” Farafeesa cuba bersabar sehabis mungkin.
            “Dia kemalangan.” Sehabis ayat itu, Farafeesa melopong besar. Ezrakil pula berkerut seribu melihat rahang Farafeesa yang mula menjatuh itu.
            “Kenapa?” Tanya Ezrakil setelah Farafeesa menghabiskan perbualannya.
            “Kita kena pergi hospital sekarang!”
Ya Allah, Kau selamatkanlah Luqman dari sebarang bahaya yang menghimpit. Dan yang paling penting ialah kau titipkanlah semangat buat Faraneesha agar dia kuat menghadapi dugaanMu ini. Ujian adalah semata-mata ingin menguji ketaqwaan seorang insan. Bukan untuk mengoyahkan keimanan seseorang.

 BAB 27
            Keluar sahaja dari perut kereta, terus Farafeesa berlari ke ruang kecemasan. Matanya menilau mencari susuk tubuh milik kakaknya.
            ‘Ya Allah... Mana dia ni?’
 Sekejap memandang ke kiri. Sekejap mula memandang ke arah kanan. Hampir dijelajah semua ruang kecewasan di Hospital itu. Namun susuk tubuh kakaknya langsung tidak kelihatan.
            “Dah jumpa?”
 Tekejut Farafeesa menyambut suara Ezrakil itu. Mahu luruh jantung dibuatnya. Tapi bukankah Ezrakil terus pulang ke rumah? Kenapa dia masih ada di hospital.
            “Eh, bos tak balik lagi ke?”
            “Belum...” Nadanya sengaja dileret. ‘Macam mana nak balik jika saya tahu yang awak perlukan saya sekarang.’
            “Awak cari siapa ni?” Ezrail ikut turut menebarkan pandangan seperti Farafeesa. Mencari dan menterokai sesuatu yang dia sendiri tidak tahu bayangnya.
            “Neesha..”
Nama itu terluncur dari mulutnya tika matanya mendarat pada sekujur badan yang sedang duduk di hujung dinding hospital. Perlahan kakinya melangkah. Betapa sayunya perasaan seorang adik melihat kakaknya yang sedang duduk keseorangan sambil bersandar di dinding hospital.
            “Kak....”
Apabila Faraneesha mendengar suara adik kembarnya itu, terus dipeluk erat badan Farafeesa. Memohon agar Allah menitipkan kekuatan luar biasa bagi dirinya. Dia perlu kuat namun kekuatan langsung tidak mampir walau ditagih sejuta kali sekalipun.
Faraneesha menangis teresak-esak di bahu Farafeesa. Bagaikan anak kecil yang baru terjumpa ibunya yang hilang. Begitulah keadaan Faraneesha kini. Perlahan digosok lembut belakang badan Faraneesha. Cuba membantu apa yang terdaya.
            “Luqman macam mana?”
Berat untuk bibirnya bertanya. Namun tetap digagahkan juga demi mendapatkan sebuah jawapan.
            Ezrakil dan Farafeesa saling berpandangan apabila Faraneesha masih setia menangis tanpa mengeluarkan sebarang suara. Faraneesha sudah tidak peduli dengan kehadiran bos Farafeesa. Yang penting sekarang, dia hanya mampu menangis. Hatinya tidak dapat melawan arus yang ditetapkan Allah ini.
            “Luqman tak apa-apa kan?” Tanya Farafeesa hati-hati. Bimbang jika kata-katanya akan lebih melukakan perasaan milik Faraneesha.
            Hatinya dilimpahi rasa kasihan apabila melihat Faraneesha mengongoi menangis sebegini rupa. Dia akui yang Faraneesha agak sensitif orangnya. Dia cepat melahirkan tangis jika hatinya tersentuh.
            Melihat kucing yang mati dilanggar pun dia boleh tersentuh, inikan pula apabila melibatkan seseorang yang dia sayang. Pasti perasaannya tidak kuat sekarang. ‘Ya Allah, bekalkan kepada kakakku kekuatan yang kebal. Agar hatinya tidak rapuh dengan ujian dariMu..’
            “Dia kritikal...”
Faraneesha kembali teresak-esak. Tiba-tiba mata Farafeesa pula yang kabur dek air mata. ‘Aku tak boleh nangis. Aku tak boleh.. Ya Allah, kuatkan aku... kuatkan hati aku... tetapkan perasaan aku... Aku ingin teguh berdiri dengan senyuman. Bantu aku Ya Allah...’
            Perlahan-lahan tangan Farafeesa mengelap permata jernih milik  kembarnya itu. Faraneesha memang mudah mengalirkan air mata. Dari kecil lagi, kakaknya itu lebih sensitif hatinya. Pantang terguris. Pantang terasa. Pasti akan mengalirkan air mata.
            “Kalau Luqman tengok kau macam ni, mesti dia tak suka. Kau kena kuat Neesha.. Demi Luqman.. Demi keluarga dia.. Kau kena kuat.” Ditekankan perkataan kuat itu. Berharap benar yang Faraneesha akan mendengar kata-katanya walaupun tangisan Faraneesha masih belum berhenti.
            Faraneesha cuba sedaya upaya untuk tidak menangis. Tapi entah kenapa, bila terfikirkan Luqman, kekuatannya mula rebah.
            “Tapi aku tak mampu.....”
Menangis lagi sambil tersedu-sedu. Farafeesa memalingkan wajahnya. Entah kenapa, tubir matanya terasa panas. ‘Adakah begini keadaan Faraneesha tika kehilanganku nanti? Adakah dia akan lemah seperti ini? Ataupun dia akan senang dengan kehilangan aku nanti?’
Balik-balik, persoalan itu yang bermain di benaknya. Cepat-cepat ditepis pergi dari mengusutkan kepala otaknya. Sekarang bukanlah waktu untuk berfikiran yang bukan-bukan.
            “Baiklah... menangislah puas-puas.. Keluarkan semua air mata kau tu...” Farafeesa memujuk sambil tersenyum.
 ‘Menangislah sampai air mata kau kering kak... supaya nanti bila saat aku pergi nanti, kau tak akan menangis lagi...’ Farafeesa menyambung bicara di dalam hati.
            Ezrakil tercuit dengan gelagat si kembar ini. Farafeesa penuh dengan pujukan. Memujuk agar kembarnya mengumpul kekuatan agar tidak menangis lagi. Entah kenapa, dia terasa ingin mengatakan perasaaannya sekarang juga. Takut jika Farafeesa akan terlepas dari menjadi miliknya.
            Ingin menyatakan rasa hatinya. Betapa dia terlalu menyintai Farafeesa. Setulus hatinya. Sepenuh jiwanya. Seluruh raganya. Kerana Farafeesalah yang mengajar dia erti sebuah perasaan.
            Namun Ezrakil sedar yang keadaan tidak mengizinkan dia untuk melahirkan cintanya. Di saat genting seperti ini, Faraneesha amat membutuhkan Farafeesa. Masa dia ingin merampas kasih si kembar itu. Orang yang baik tak akan merampas kasih orang lain bahkan sanggup untuk berkongsi rasa kasih itu. ‘Ish, bermadah pulak aku ni.’
            “Macam mana kalau...”
Tiba-tiba Faraneesha melahirkan kata. Namun tersekat di hujung nafas. Seketika dia mula tersedar sendiri. Mulutnya bergetar. Mungkin masih berfikir sama ada ingin meneruskan kata atau menyimpan ayat tersebut di dasar hati.
            “Ish, ini bukan masa untuk berfikir yang bukan-bukan kak. Jangan sesakkan fikiran kau dengan sesuatu yang tak menuntut kudrat kau. Serahkan semuanya pada Allah. Sebab dialah pemilik  alam ini.” Sedikit keras kata-kata Farafeesa.
            Dia kenal benar dengan perangai Faraneesha. Suka berfikiran negatif. Suka menyesakkan kepala otak dengan soalan yang berbagai perisa. Namun dia faham keadaan Faraneesha sekarang. Keadaannya memang nampak tertekan benar.
            ‘Wahai hati, bersabarlah atas dugaan ini. Wahai jiwa, kuatlah untuk mengharungi hari ini. Dan Wahai pemilik alam semestar ini, bantulah aku yang senantiasa butuhkan perhatian dan kasih sayangMu ini. Jangan Kau uji aku melebih batas dan sanggupku.’
            Dalam diam, Faraneesha mula muhasabah diri sendiri. Mengalirkan air mata hanya akan membasuh kekuatannya. Dia tidak betah terus bersedih lagi.
            “Kau kuat... aku tahu kau kuat... kalau tak kuat sekalipun, kau boleh pinjamkan kekuatan aku. Walaupun mungkin tak banyak, tapi aku rasa sangat mencukupi untuk kau. Apa sahaja untuk kau kak...”
Akhirnya mereka sama-sama berpelukkan.
            Farafeesa mengosokkan belakang badan Faraneesha perlahan. Dia tersenyum sedikit ke arah Ezrakil yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Ezrakil juga ikut turut tersenyum sambil cuba mendalami rasa hati milik Farafeesa. Dari gerak gayanya, dia kelihatan lebih matang bila berada di saat tegang seperti ini.
            Ranjau ini tidak akan pernah sunyi. Selagi denyut nadi belum berhenti, syaitan pasti akan cuba menodai hati. Agar resah dengan ujian yang bertamu.
            Sedangkan ujian itu adalah untuk menguji kekuatan. Menanamkan kepercayaan yang Maha Hebat kepadaNya. Kerana hanya Dia tempat bergantung harap dan bergantung kasih. Hanya Dia yang mampu meleraikan jiwa yang kekusutan. Lamarlah redha Allah.. Terus meneruskan mengharapkan keampunan Allah.. Kerana dia akan memberikan sepenuh perhatian jika segala yang kita lakukan hanya mengharapkan belas ehsan dari Allah.
                       
BAB 28
            “Kami telah sedaya upaya berusaha untuk mengeluarkan serpihan kaca yang masih berada di kepala Luqman. Alhamdulilah, serpihan itu berjaya dikeluarkan.  Sekarang kita hanya menunggu Luqman untuk kembali sedar seperti biasa. Namun dia masih lagi berada dalam keadaan kritikal. Pihak kami dah berusaha. Sekarang hanya doa yang mampu kita titipkan.” Ujar Doktor Amran usai selesai pembedahan dilakukan.
            “Dia akan sembuh kan?”
Faraneesha tidak dapat mengawal dirinya lagi. Lantas soalan itu keluar dari mulutnya.
            “Semuanya bergantung pada Luqman sendiri. Dia sendiri perlu kuat untuk berhadapan dan berlawan dengan sakitnya. Dan dia perlukan sokongan dari ahli keluarganya. Bersabarlah dengan ujian Allah ini. Dia Maha mengetahui segala yang tersirat.” Kata Doktor lagi.
 Kelihatannya doktor itu lebih tenang menghadapi semua ini. Mungkin kerana sudah terbiasa menghadapi saat genting seperti ini berulang kali. Hingga menjadikan dirinya lali dan kebal untuk menghadapi kematian.
            “Umi, umi baliklah berehat dulu. Biar Neesha yang teman Luqman.”
Dari siang tadi lagi Umi tidak henti-henti menangis. ‘Ya, betul cakap Feesa. Akulah tulang belakang mereka sekarang. Akulah yang menjadi tiang untuk mereka berpegang dari jatuh menyembah tanah. Akulah orang yang harus memperkuatkan diri lantas dapat menitipkan kekuatan kepada ahli keluarga Luqman yang lain.’
            “Neesha tu yang perlu pergi berehat. Umi mampu lagi untuk bertahan demi Luqman.”
 Umi menyapu sedikit tubir matanya yang tempias dek air mata. Entah mengapa, murah benar air mata ini mengalir. Jatuh tanpa memberi sebarang tanda untuk mengalir.
            “Ish... Umi tu yang kena berehat. Nanti kalau Luqman tak ada apa-apa, umi pulak yang jatuh sakit. Mesti Luqman marah nanti. Baik umi pergi rehat. Esok pagi-pagi, Umi datanglah balik eh.” Farafeesa terpanggil untuk membantu kakaknya itu.
            Dia masih lagi setia berada di sisi Faraneesha walaupun ahli keluarganya sudah lama pulang. Dia ingin menitipkan segala kekuatannya buat Farafeesa. Walau mungkin dia terpaksa hidup tanpa sebarang kekuatan pun, dia sanggup. Sisa hidupnya ini biarlah dia perhabiskan demi keluarganya. Dia sudah tiada sebarang keluhan lagi.
            Faraneesha menghadiahkan ucapan terima kasih dari ekor matanya. Mungkin kerana dia sendiri tidak terus mampu untuk memujuk ibu Luqman ini.
            “Pagi-pagi nanti Umi datang balik ya. Kalau ada apa-apa jangan lupa telefon Umi.”
Umi memperingatkan si kembar itu beberapa kali. Air matanya menitis lagi. Untuk yang keberapa kali, Farafeesa sendiri tidak pasti.
            Sebelum Umi berangkat pulang, dipeluk erat tubuh Faraneesha. Mereka bagaikan sedang sama-sama mengumpul kekuatan untuk meredah hari esok yang belum pasti untung nasibnya. Perlahan-lahan Faraneesha mengesat  air mata ibu Luqman itu perlahan-lahan. Disapu habis semuanya. Bagai tidak membenarkan ianya singgah lagi.
            “Hanis, bawa umi balik dulu ya.. nanti pagi-pagi esok datang lagi ya.” Terang Faraneesha kepada adik perempuan Luqman itu. Itulah satu-satunya adik Luqman lantaran mereka hanyalah dua beradik sahaja.
            “Akak, tolong jaga abang untuk Anis ya.”
Kali ini giliran Hanis pula yang menangis di bahu milik Faraneesha. Faraneesha memeluk erat adik Luqman itu.
‘Ya Allah, bagaimana aku ingin menitipkan mereka kekuatan sedangkan kekuatan aku sendiri masih pincang dimamah air mata. Bagaimana aku hendak kuat menangkis air mata ini? Walaupun mungkin permata ini begitu ringan timbangannya, tapi kenapa bebanan yang terasa di bahu begitu tidak tertanggung rasanya. Dengan namaMu Ya Allah, aku ingin terus kuat berhadapan dengan semua cubaanMu ini. Bantulah hambaMu yang lemah dan tidak berdaya ini.’
Faraneesha menghantar pemergian Umi dan Anis dengan pandangan kosong. Pasti hati seorang ibu ampuh melihat kondisi anaknya yang sedang tidak berdaya itu. Pasti hati seorang adik yang sering menumpang bermanja itu tercarik tika melihat abangnya terlantar sedemikian rupa.
Hubungannya bersama Luqman baru menginjak tahun ketiga. Namun Umi dan Anis lagi lama bersama dengan Luqman. Sudah berkongsi hampir dua abad lamanya. Lantaran itu, layakkah dirinya untuk bersedih sebegini rupa?
‘Apalah gunannya kasih sayangku ini jika hendak dibandingkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Tidak terbanding kasih sayang dari adik buat abangnya. Adakah aku perlu membayar kasih sayangku pada Luqman dengan air mata? Tidak... aku tidak perlu mengalirkan air mata untuk menzahirkan rasa cintaku pada Luqman. Namun aku tetap tidak mampu untuk tersenyum andai melihat jasadnya masih terkaku bagai telah dipaku itu.’
Tangan Farafeesa jatuh pada bahu kakaknya itu. Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja lantaran semua rakan taulan dan ahli keluarga telah disuruh pulang. Walaupun sudah dipaksa oleh Faraneesha untuk pulang, dia masih setia berada di sisi kembarnya itu. Walau dipaksa sekuat mana sekalipun, pendirian hidupnya tidak akan ditebas oleh sesiapa pun. Akan tetap terpacak teguh walau seribu menentang keputusannya. Alih-alih, Faraneesha mula beralah sendiri.
            “Kau nak aku temankan kau pergi tengok Luqman.”
Farafeesa mula mencari topik untuk berbual. Kesunyian hanya akan lebih mencengkam jiwa milik Faraneesha. Apatah lagi tika jiwanya sedang diamuk badai ini. Mungkin hatinya akan goyah dengan dugaan dunia ini. Masa inilah Syaitan akan lebih mudah mengoda keimanan setiap manusia.
            “Aku tengah mengumpul kekuatan.” Suara Faranessha perlahan sahaja.
            “Kekuatan tak akan mampir sendiri kak....” Bisik Farafeesha perlahan.
 Hanya kebisuan yang menemani mereka sekarang. ‘Kalau duduk di luar ni, baik tak payah teman. Aishhh.. aku kena buat sesuatu ni.’
            “Kalau kau tak nak tengok, biar aku je tengok Luqman. Alah, bukan Luqman perasan pun yang ni Farafeesa atau Faraneesha. Yang penting, dia boleh rasa semangat dan kehadiran aku. Betul tak?” Farafeesa sudah berura-ura hendak berdiri. Namun segera ditegah oleh Faraneesha.
            “Kau nak gantikan tempat aku?”
Cuak sedikit nada suaranya. Farafeesa sudah mula tersenyum. Namun hanya sekadar di dalam hati.
            “Kalau kau izinkan....”
Ceh, sengaja pula bermain tarik tali di waktu hening ini. Dia acah-aca sahaja. Dia faham dan terlalu mengerti segala sifat dan tindak tanduk milik kembarnya itu. Hanya dengan cara ini yang mampu memaksa Faraneesha agar bangun dari rasa sedihnya.
            “Aku tak izinkan kau ganti tempat aku walau sedetik pun. Kalau ditakdirkan kau ganti tempat aku pun, itu pun hanya pada masa aku telah hilang nyawa Feesa.”
Serius, nada suara Faraneesha memang serius tahap gaban. Hati Farafeesa bagaikan digeletek seketika. Namun apabila ayat hilang nyawa itu sampai ke gegendang telingannya, automatik senyumannya terus mati.
            ‘Kau jangan risau Neesha. Aku tak akan ganti tempat kau. Tapi mungkin juga kau akan mengantikan tempat aku nanti. Tapi mana mungkin sebegitu rupa, aku tidak punya insan tersayang untuk aku hadiahkan kepada kau di sisa hujung nyawaku ini.’
            “Dah tu, tunggu apa lagi. Pergilah tengok. Suka buat Luqman menunggu. Aish... aku sekeh jugak kau ni karang..” Sengaja dia cuba menceriakan lagi suasana suram muram ini.
 Jangan dilayan sangat perasaan duka itu. Nanti jadi tak terlayan.. Mulalah ada adengan melayan air mata... Ish, tak pasal-pasal seksa jiwa dan raga.
            “Hah, sebelum masuk tu, lap dulu air mata tu... Muka kau ni paling buruk kalau menangis.” Sempat lagi dia mengutuk sambil tangannya kasar menyapu air mata Faraneesha.
 Faraneesha sudah mula tersenyum sedikit. ‘Sedikit pun jadilah... lama-lama jadilah bukit.’Hmm apa kena mengenanya kan?
            “Kau akan teman aku kan Feesa?” Tanpa berpaling dia melahirkan pertanyaan. Tangannya sudah memulas tombol pintu.
            “Kau jangan risau. Aku tunggu kau sampai pagilah.” Suara Farafeesa masih dalam mood bergurau.
            “Maksud aku, kau tak akan tinggalkan aku sampai bila-bila kan?”
Gulp... Farafeesa menelan air liurnya sendiri. Tuih... rasa kelat semacam. Macam mana boleh rasa sekelat ni pulak? Aduh.
            ‘Kenapa dengan Neesha? Adakah dia boleh rasakan sesuatu? Yalah, kita orang kan kembar. Cubit peha kiri, peha kanan yang lebam. Tapi aku mohon pada Allah agar Allah tidak menyakitkan dirinya seperti rasa sakit yang aku alami.’
            Tanpa mengadap wajah Faraneesha pun, Farafeesa tahu yang kakak kembarnya itu sedang menangis. Untuk apa dan kenapa? Dia sendiri tidak punya jawapannya.
            “Pergilah masuk... Kesian Luqman tunggu nanti.”
Farafeesa tiba-tiba terasa kesayuannya. Dia tidak betah memberikan sebarang jawapan kerana dia tidak suka hendak meletakkan sebarang harapan atau janji kepada kakaknya itu. Dengan perlahan-lahan Faraneesha mula menapak masuk ke dalam bilik unit rawatan rapi.
            ‘Langkah aku memang senantiasa ingin menemani kau Neesha. Tapi ajal telah menunggu aku terlebih dahulu..’
 Farafeesa mula terduduk di penjuru dinding. Dia terasa ingin menangis. Namun air matanya telah lama kering. Kerana kedukaan yang dia alami telah sebati dalam jiwa. Sehinggakan dihiris dengan belati tajam sekali pun, mungkin dia masih mampu untuk tersenyum. 



BAB 29
            Air mata yang mengalir terus diseka apabila terpandangkan seraut wajah yang paling dia cintai. Hatinya bagai terasa ngilu. Kesakitan yang dirasai, bagai terbias kepadanya.
            “Luqman.... saya ...da...tang...” Suaranya tersekat-sekat. Emosinya terlalu bertindih dengan rasa sedih. Segera dia mengesat kembali air matanya.
            Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja diusap pipi milik Luqman. Ingin sahaja dia digengam tangan milik Luqman ini. Namun agama melarangnya. Ada batas dan garisan antara mereka. Hanya air mata menjadi saksi pertemuan mereka kali ini. Tiada lagi senyuman mesra sebagai sapaan.
 ‘Berhentilah mengalir wahai air mata. Izinkan aku kuat menghadapi semua ini... Ya Allah, aku janji aku tidak akan merungut dengan ujian ini. Tapi aku mohon kau bekalkan aku kekuatan Izinkan aku terus melangkah tanpa sebarang rungutan walaupun kakiku bagai telah dirantai dengan besi panas!’
“Luqman, awak ingat tak masa kita mula-mula kenal...” Faraneesha mula tersenyum. Dia ingin mengimbau kembali kenangan yang pernah mereka miliki satu ketika dahulu.
“Hari tu hujan... masa tu saya baru turun dari perut bas, awak bawa kereta dengan sangat laju.. tanpa sedar awak, awak terlanggar kelopak air.... Habis basah baju saya...” Faraneesha tergelak kecil mengenangkan insiden tersebut.
“Sia-sia sahaja pakai payung untuk lindung diri dari kebasahan. Alih-alih air yang ada atas jalan pula yang membasahkan saya....” Suara Faraneesha terhenti seketika.
“Serius saya rasa macam nak mengamuk! Saya janji dengan diri sendiri untuk sepak je awak nanti. Tapi bila awak keluar je dari kereta, saya terus tergamam... Tercengang tengok muka awak.. Kenapa hensem sangat ni? Hahaha...” Dia ketawa lagi sambil mengesat air mata yang tidak henti-henti.
Faraneesha sudah tidak mampu untuk meneruskan bicara apabila kenangan itu bagai mencengkam seluruh jiwa dan jasadnya. Ingatannya mula mengarit kenangan. Inilah saat yang dia tidak akan pernah lupa untuk seumur hidupnya.
“Kenapa jalan kat bahagian kelopak air ni? Kan dah terkena?” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Luqman. Faraneesha sendiri tidak dapat mentafsirkan riak wajah lelaki itu. Marahkah? Perlikah? Sebab intonasinya tenang sahaja sampai ke cuping telingannya.
“Habis tu, tak akan nak jalan tengah-tengah jalan tu.” Faraneesha memuncungkan mulut ke arah jalan raya.
 ‘Cakap tak pernah fikir? Padahal kau yang memandu macam tak ingat dunia!’
            Nama pun tengah hujan. Pastilah jalan yang tidak rata ini akan dihuni oleh kelopak air. Luqman mengarukan kepalanya. Hujan pula semakin melebatkan diri.
            Tanpa berfikir panjang, terus Faraneesha menumpangkan lelaki yang tidak dikenali itu di bawah payungnya. Hatinya jatuh kasihan melihat lelaki itu mula kebasahan. Luqman menjadi terharu dengan kebaikan gadis itu.
            “Saya minta maaf.. saya tak sengaja..” Putus Luqman. Memang jelas yang dia salah. Jadi wajarlah jika dia yang memohon kemaafan.
            “Tak apalah.. dah jadi dah pun.. nak marah pun dah tak guna.” Faraneesha memang dikenali dengan sikap yang malas untuk berbalah!
            “Eerr... biar saya hantar awak balik jelah.” Serius mata Faraneesha seakan-akan terbuntang mendengar perlawaan Luqman itu.
            “Eh..eh... tak apalah.. Rumah saya dekat je.” Gila nak menumpang balik. ‘Entah-entah hendak dijual aku ni? Aku ni harga lelong pun mahal lagi tau!’ Fikiran Faraneesha masa itu, memang dah kelaut! Melalut!
            “Saya yang  menyebabkan awak kebasahan macam ni.. Lagipun baju kurung awak ni dah lejun sangat. Awak tak takut ke kalau ada lelaki-lelaki yang usik awak nanti?” Luqman sengaja mengacau bilaukan perasaan Faraneesha.
            “Apa bezanya lelaki-lelaki tu dengan lelaki depan saya ni? Namapun lelaki kan? Tetap membawa maksud yang sama.”
            Luqman tersenyum. Senang dengan sikap berprasangka buruk gadis itu. Boleh nampak raut wajah gadis ini yang sangat cantik untuk dilihat.
            Tiba-tiba Luqman mengeluarkan telefon bimbitnya dan dihulurkan kepada Faraneesha. Mata Faraneesha membulat. Tidak mengerti perlakuan lelaki aneh dihadapannya.
            “Nah!”
            “Buat apa?” Sebab dia tak tahu, jadi dia bertanya terus. ‘Ke nak bagi aku terus? Boleh boleh boleh’
            “Nama saya Luqman bin Razak. Nombor kad pengenalan saya 850510065123, alamat rumah saya no 14, lorong Jaya Permai,....” Belum habis Luqman bercakap, Faraneesha sudah menyampuk.
            “Eh... kejap.. kejap... apa motif awak beritahu semua ni?” Tak faham sungguh dengan perangai lelaki ini.
            “Awak boleh telefon mak ayah awak, cakap yang awak balik dengan saya.. Andai kata awak tak pulang dengan selamat, mak ayah awak boleh buat report polis terus.”
            Faraneesha rasa macam hendak pengsan! ‘Lelaki macam ni pun ada ke?’
            “Telefonlah cepat... payung ni dah tak mampu nak menampung kita berdua.” Faraneesha mencebik. Mengada-ngada betul!
            Akhirnya dia menurut sahaja. Namun tidaklah sampai dia menceritakan segalanya tentang Luqman.
            “Abah, kalau Akak tak balik, abah telefon nombor ni sahaja.” Abah kelihatan agak pelik. ‘Aku malas hendak meneruskan perbualan. Lagipun, memang hampir satu badan sudah dibasahi air hujan dan kelopak air tadi. Jadi tidak selesa pula!’
            “Yalah.. yalah... saya ikut awak balik.. Tapi kalau awak buat apa-apa pada saya, jaga awak!” Keras amaran itu. Jari terlunjuknya juga diangkat sedikit.
            “Amboi, berani nak sound-sound pulak.. Awak tu yang kena berjaga-jaga.” Usik Luqman.
            “Hah!”
            “Cepatlah masuk! Kang habis drama swasta, start drama hindustan pulak.” Luqman mengambil payung dari pegangan Faraneesha lantas membuka pintu buat gadis itu. Faraneesha tersentak dengan tindakan spontan Luqman itu. Entah kenapa, hatinya terusik.
            “Awak dah ada teman lelaki?” Itulah soalan lelaki pertama Luqman tika badannya masuk ke dalam perut kereta.
            “Hah!” Hari ini, sudah berapa kali dia terkejut dengan karenah lelaki ini. Luqman tergelak senang.
            “Bukan apa... kalau saya nak mengorat awak boleh?” Automatik Faraneesha mengiring ke belah kanan. Terus mengadap lelaki itu.
            “Jangan macam-macam boleh tak?” Faraneesha tidak senang dengan usikan lelaki itu. Dia tidak suka orang menyentuh hatinya. Nanti jika terbuai, buat naya badan sendiri sahaja.
            “Lah, saya macam ni je, nak macam mana lagi? Saya serius ni.. Nanti saya nak jumpa mak ayah awak teruslah. Nak chop awal-awal.. boleh macam tu?” Faraneesha sudah boleh mengagak. Lelaki yang menumpangkannya ini memang gila!
            “Boleh tak jangan main-main?”
            “Lah, bila masa pulak saya main-mainnya....” Lelaki itu tersenyum sambil mula memandu dengan tenang. Namun Faraneesha pula yang sakit hati melihatnya. 
            “Kenapa perempuan payah benar bila lelaki tu nak mengorat dia eh?” Tanya Luqman tiba-tiba.
            “Kenapa? Ramai sangat ke perempuan yang awak mengorat tu?” Entah kenapa, Faraneesha terasa seperti diserang cemburu. Sakit hati menjengah. Padahal dia dengan lelaki ini baru sahaja berjumpa tidak sampai setengah jam!
            “Saya pernah mengorat perempuan ni je..” Dilirik sendikit anak matanya. Faraneesha mula naik menyampah dengan lelaki tidak bertauliah seperti Luqman ini.
            “Ayat lelaki,, bisa mengalahkan racun!” Kenapa hatinya rasa tidak enak eh? Lelaki di sebelahnya ini pakai ubat guna-guna ke?
            “Perempuan pulak, selalu fikir serong!!!” Tembak dia selamba. Faraneesha menjeling. Faraneesha sudah malas hendak melayan. Terlebih layan, hatinya juga yang sakit!
            “Okay Neesha, kita dah sampai...” Terus Luqman mencapai payung di belakang kereta dan mula keluar.
            “Eh, macam mana mamat ni tahu nama aku? bila masa pulak aku beritahu alamat rumah kat mana?” Monolog Faraneesha sendiri. ‘Dia ni memang ada pakai mantera ni?’ Aduh!!!
            Pintu terbuka kereta terbuka dari luar. Luqman sudah bersedia dengan payung untuk menangkis air hujan dari membasahi mereka.
            “Macam mana awak tahu rumah saya? Saya tak beritahu pun?” Tanya Faraneesha tanpa agak. Riak wajahnya jelas tertanya-tanya. Luqman tersenyum sahaja.
            “Eh, Man... macam mana boleh tumpangkan Neesha?” Suara Abah yang muncul itu membuatkan kedua-duanya berpaling.
            “Errr.. terserempak dengan Neesha di bas stop depan tu.” Mereka masuk ke dalam garaj kereta secara beriringan. Faraneesha bertambah tercengang.
            “Abah kenal dengan Luqman ni?” Tanya Faraneesha terus. Kalau tanya pada Luqman, sampai sudah tidak ketemu jawapannya.
            “Lah, dia ni anak pak cik Razak.. kawan baik abah masa sekolah dulu. Eh, jemput minum petang dulu Man...” Pelawa abah riang saambil mula masuk ke dalam rumah. Mungkin memberi perkhabaran kepada ibu.
            Faraneesha memandang ke arah Luqman yang kebetulan sedang memandangnya. Lelaki itu tersenyum kacak. ‘Kalau kau beritahu awal-awal yang kau ni anak kawan abah, tak payahlah aku susah-susah berfikir.’
            “Terima kasih ya Luqman.. sebab tolong hantarkan saya selamat ke rumah.” Perkataan selamat itu ditekan sedikit. Sengaja!
            “Keselamatan awak adalah keutamaan saya...”Tika ini, panahan mereka mula bersatu. Namun segera Faraneesha mengalihkan pandangan. Tidak mahu terperangkap lagi walaupun hatinya sudah sedia tertangkap.
            “Neesha....” Panggilan Farafeesa itu memecahkan semua kenangan yang terperangkap di dalam lautan fikirannya. Sungguh, jiwa Farafeesa sakit melihat air mata yang memenuhi wajah kembarnya.
            ‘Bertahanlah kak... bersabarlah....Allah sedang memberikan perhatian kepadamu.. Allah sedang menguji Imanmu.. Allah ingin mengandakan rasa syukurmu padanya... Allah ingin mengandakan pahala buatmu...’
            “Nah....” Faraneesha menyambut huluran Yasin itu dengan air mata yang masih bergelinangan. Walau puas diseka, air mata tersebut bagai tidak mahu hilang. Bagai tidak pernah habis.
            “Yasin ni bukan sahaja menjadi kekuatan jiwa.. tapi jika dibacakan kepada orang yang sakit, akan terhindar segala penyakitnya.” Farafeesa datang dengan senyuman yang mengandungi kekuatan.
            “Thanks Feesa....”
 
“Jangan penat berdoa kak.... Jangan bersedih jika waktu tidak berpihak pada kita.. Sebab Allah lebih mengetahui segala sesuatu buat hambanya...” Diperkemaskan gengaman tangannya di bahu milik Faraneesha.
            Cuba dipindahkan segala kesulitan gadis itu kepadanya. Dia rela menanggung segalanya. Dia rela jika Allah menggelapkan kebahagiaannya jika dia perlu berkorban segala-galanya untuk Faraneesha. Kerana dihujung kehidupannya ini, dia hanya ingin membahagiakan keluarganya. Hanya itu pintanya. Hanya itu doanya. Kebahagiaan dirinya, awal-awal lagi sudah ditolak ke tepi.
            “Aku bersyukur Feesa... sekurang-kurannya aku masih ada kau.. Kalau kau tak ada... aku pun tak tahulah....” Faraneesha mengeluh sedikit.
            Entah kenapa, air mata Farafeesa menitis di pipi. Hatinya sebak mendengar kata-kata kembarnya. Besar sungguh makna kata-kata kakanya itu. Mujurlah dirinya sedang membelakangi Faraneesha. Jika tidak, pasti sahaja kakaknya itu akan kepelikkan.
            ‘Maafkan aku Neesha... Sebenarnya aku lagi lemah dari kau... Aku ini sebenarnya tidak kuat mana. Perasaan aku masih rapuh dimamah derita yang berkunjung.’ Cepat-cepat diseka air matanya.
‘Wahai air mata, jangan kau basuh kekuatanku.. Pergilah air mata... Pergi jauh-jauh.. Baik di wajahku atau dihatiku....’


BAB 30
            “Keadaan dia dah terlalu kritikal... Kami tidak dapat hentikan pendarahan di kepalanya. Lagipun, buah pinggangnya juga sudah tidak berfungsi lagi. Saya harap, ahli keluarganya bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.” Kata-kata tuan doktor itu bagai meragut tangkai hati milik Faraneesha.
 Ahli keluarga yang mendengar semuanya mengalirkan air mata. Apatah lagi apabila menangkap air mata di tubir mata Umi.
            Farafeesa melihat saudara kembarnya itu berpaling untuk mengesat air mata. Dia sedar yang kakaknya itu sedaya upaya mengumpul sisa-sisa kekuatan yang masih ada. Faraneesha perlu kuat untuk menampung kesedihan milik ahli keluarga yang lain.
            “Ya Allah... selamatkan anakku....” Umi merintih sambil  menangis teresak-esak. Hanis yang berada di sebelah cuba menenangkan Uminya.Yang lebih menyedihkan ialah, Umi sedang memeluk baju milik Luqman.
            “Sabar Umi... InsyaAllah abang tak apa-apa..” Pujuk Hanis. Walaupun dia sedar yang kata-kata itu hanya bermain di hujung lidahnya. Dia juga ikut turut menangis. Beberapa kali disesat air mata milik Umi walaupun air mata sendiri tidak mampu untuk disapu.
            “Umi...”
Faraneesha mula melangkah merapati. Hanis mula meninggalkan bakal kakak iparnya untuk terus memujuk umi. Kakinya diarahkan menuju ke dalam bilik yang menempatkan Luqman. Air matanya juga sudah tidak dapat ditahan lagi. Hanis juga sudah tidak punya kekuatan untuk terus membekalkan kekuatan pada Umi.
            Bagi Hanis, Luqman itu adalah tunjang kekuatan dirinya, lantaran apabila matanya melihat sekujur tubuh itu kaku di pembaringan, jiwanya seakan-akan goyah dalam menerima takdir yang mendatang.
            “Abang, sedarlah... kami semua perlukan abang!” Tangannya jatuh pada tangan Luqman yang sejuk. Air matanya menitis lagi.
            Sementara di luar bilik, Faraneesha sedaya upaya memujuk bakal mertuanya itu.
            “Anak Umi perlukan kekuatan Umi... Umi kena kuat.. Umi kena kuat..” Dipeluk bakal ibu mertuanya itu. Air mata yang tergenang Faraneesha tahan mengunakan seluruh kekuatannya. Beberapa kali dikerdipkan matanya. Menahan air mata dari terus mengalir.
            “Dia satu-satunya anak lelaki Umi... Dialah kekuatan Umi Neesha.. Dialah semangat Umi.. Umi tak kuat nak hadapi semua ini.. Aku tak kuat Ya Allah..” Mengongoi Umi menangis. Farafeesa yang melihat juga ikut bergenang air matanya.
            ‘Adakah ibu akan menangis sebegini rupa tika menghadapi pemergianku nanti? Atau ibu hanya akan lebih gembira setelah aku lesap dari dunia pinjaman Allah ini?’ Semua persoalan ini bermain di benaknya.
            Farafeesa mula membangunkan hatinya yang terasa ingin rebah menyembah tanah. Dia seharusnya tidak boleh berfikir yang tidak-tidak tentang ibunya. Sudah lama ibu tidak rapat dengan dirinya. Mungkin sahaja ibu kekok untuk bermanja dengannya. Tidak selesa untuk memanjakan dirinya.
            ‘Fikir positif Feesa....’ Dia terus menerus cuba memujuk diri. Dia melangkah meninggalkan Faraneesha yang sedang memujuk Umi itu. Dia ingin keluar sebentar dari episod kesedihan ini.
            “Feesa...” Panggilan itu membuatkan dia berpaling.
            “Bos... Bos buat apa kat sini?” Agak terkejut sedikit menyambut kedatangan majikannya itu. Apa motif lelaki ini berada di sini.
            Dia mula merapatkan diri ke tempat Ezrakil berdiri. Dia tidak mahu membuatkan keluarga Luqman tidak selesa dengan kedatangan Ezrakil. Bimbang juga kalau ada yang berfikiran yang tidak-tidak.
            “Saya datang nak jumpa awaklah...” Dalam diam, Ezrakil mula mengutuk diri sendiri. ‘Kenapalah boleh terlepas cakap ni?’
            “Hah!!!” Farafeesa mula tercengan sendiri. ‘Jumpa aku? Nak buat apa?’
            “Err... kebetulan saya lalu jalan ni. Teringat pula yang tunang kakak awak masuk hospital. Jadi saya datanglah nak melawat. Tak sangka pula jumpa awak.” Cepat-cepat dia perbetulkan kembali kenyataannya tadi. Haru sungguh!
            “Oh....”
            “So, dia macam mana? Ada apa-apa perubahan?”
            “Hmm, macam tulah... Tak ada apa-apa perubahan pun. Doktor cakap keadaan dia agak kritikal...” Terang Farafeesa sedikit. Ezrakil hanya teranguk-angguk sahaja. Tiba-tiba kedua-keduanya senyap tanpa suara. Agak canggung pula rasanya.
            “Err...” Entah kenapa, mereka ingin berbicara dengan serentak.
            Akhirnya mereka ketawa kecil. Mujur sahaja jauh dari sanak saudara Luqman. Jika tidak, nampak seperti tidak menghormati orang sakit pula.
            “Bos nak cakap apa?” Macam mana boleh ada chemistry, dia sendiri tidak tahu. Mungkin secara kebetulan sahaja.
            “Awak dah makan?” Ezrakil tersenyum-senyum.
            “Saya tak ada seleralah bos...”
            “Ish.. kenalah makan sikit.. Kalau awak tak makan, macam mana awak nak pujuk Neesha makan.” Sedikit sebanyak dia kenal juga dengan Faraneesha. Walaupun mungkin tidak terlalu rapat, tapi dia boleh beza yang mana satu Faraneesha dan yang mana satu Farafeesa. Bukankah cinta itu dapat mengesan segalanya. Cehwah!!!
            “Jom saya teman awak pergi makan... Lepas tu awak boleh bungkus makanan untuk Neesha sekali.” Ajak Ezrakil semangat. Dekat pejabat memang terasa sangat jenuh nak mengajak Farafeesa makan tengah hari sama-sama. Takut juga kalau-kalau staff di pejabat buat gimik. Padahal dirinya yang tidak pernah menghulurkan sapaan. Entahlah.. mungkin malu kot..
            ‘Susah nak ajak Feesa ni... sebab ni dia degil.. keras kepala.... banyak songeh pun ada jugak.. tapi dialah... dialah yang pernah berjaya mencuri hatiku... Dia unik dalam kategori dirinya sendiri. Dia memaknakan kata-katanya. Dia ada pendirian yang orang lain tak ada.. Dan dia 24 jam jadi diri sendiri. Tak perlu mengorat sesiapa kerana secara lumrahnya, lelaki-lelaki di luar sana automatik akan terjatuh hati pada sikapnya. Termasuklah lelaki ini...’
            “Bos dah makan belum?” Segan pula rasanya jika ingin bersama-sama dengan Ezrakil.
            Dalam diam, dia mengagumi pemakaian Ezrakil yang lebih kelihatan sempoi jika hendak dibandingkan dengan pakaian yang dikenakan untuk ke pejabat. Kebiasaanya, lelaki ini 24 jam memakai kot. Apabila mata ini dijamukan dengan pakaian T Shirt biasa ini, Farafeesa jadi senang hati.
            ‘Memanglah... tak kanlah nak pergi kerja pakai jeans segala bagai... Aishh..’
            “Saya tak seleralah nak pergi makan sebab awak...” Erk... cepat-cepat Ezrakil mengetap bibir. Hampir-hampir sahaja terlepas kata lagi. Nasib baik tak sempat nak teruskan ayat. Tak kan nak cakap tak berselera disebabkan ketiadaan dirinya.
            ‘Janganlah Feesa syak yang aku suka kat dia?’ Keluh suara hatinya.
            ‘Tapi bukan itu ke yang kau nak?’ Bisik satu suara lagi.
            ‘Aku takut dia makin jauh.. dah lah sekarang pun tak pernah lekat... Aishh..’
            ‘Ada jodoh tak ke mana.. Tak ada jodoh nak buat macam mana??’ Tergeleng-geleng kepala Ezrakil dibuatnya. Jika sedang bersama dengan Farafeesa, hatinya tidak pernah duduk diam. Senantiasa bertindak di luar batasnya.
            “Bos....” Farafeesa memandang Ezrakil pelik. ‘Kuat berangan jugak eh mamat ni?’
            “Err.... awak ada tanya apa-apa ke tadi?” Macam mana nak dengar kalau kata hatinya sendiri bercakaran sesama sendiri. ‘Tak pernah setia dengan tuan punya badan...’
            “Bos nak makan dekat kantin ke or bos nak makan kat luar?” Dia tidak begitu mengharapkan untuk makan di luar. Dia bertanya kerana dia sedar yang Ezrakil sentiasa menjaga pemakanannya. Bukan semua tempat dia pergi.
‘Bukan main bedal macam aku ni!’
            “Dekat kantin jelah.. Lagipun saya tak nak pinjam masa awak lama-lama sangat. Karang kalau Neesha cari, susah pulak jadinya.” Dia sedar yang dia tidak boleh terlalu mengikut rasa cerewetnya. Dia perlu beralah mengikut situasi. Atau dengan ayat yang lebih mudah, dia lebih senang jika hendak beralah apa sahaja dengan Farafeesa. Cinta memang mampu memungkinkan segalanya kan...
            “Bos tak kisah ke makan kat kantin hospital je?” Tanya Farafeesa konon-konon ramah. Sebenarnya dia tidak mahu terlalu kekok tika sedang bersama dengan Ezrakil. Kebiasaanya, mereka hanya membincangkan tentang  isu kerja. Topik luar jarang bawak masuk.
            “Apa yang dikisahkannya? Makanan kat hospital ni lebih terjamin kebersihannya jika hendak dibandingkan dengan makanan luar.” Farafeesa tersenyum. Tidak menyangka sebenarnya. Namun apa yang hendak dihairankan. Ezrakil memang spesis manusia yang pelik. Entah macam mana boleh tercipta manusia seperti ini?
            “Bos duduklah.. saya pergi ambilkan.. Hmm, bos nak makan apa?” Berkerut dahi Ezrakil mendengar perlawaan pemilik hatinya itu. ‘Ini siapa lelaki, siapa perempuan nih?’ Confuse pulak.
            “Awak ni dah terbalik Feesa..” Wajah Ezrakil merekah dengan senyuman kacak.
“Apa yang terbalik?” Ish... tak faham betul!
“Sepatutnya lelaki yang tanya soalan tu Feesa... Awak ni, tak pernah bercinta ya?” Ezrakil tersengih-sengih. Pantang berpeluang, dia pasti ingin mengusik. Tapi sebenarnya dia ingin Farafeesa mengenang kenangan mereka yang tidak seberapa banyak ni.
“Kenapa? Bos dah selalu bercinta ke?” Balas Farafeesa tidak mahu kalah. ‘Ceh, dia guna taktik nak mengoratlah tuh!’
“Feesa... dalam dunia percintaan, masing-masing ada tugas masing-masing... Jadi, tak payah pikul tugas orang lain. Just pikul apa yang perlu sahaja. Kalau semua benda awak nak kendong, memang tak laratlah...”
Berpinar kepala otak Farafeesa. Ingin memaknakan kata-kata milik Ezrakil. ‘Mamat ni kalau berfalsafah, profesor cinta pun kalah!’
“Errk.... apa kena mengena dengan kita sekarang?” Ezrakil tersedar sendiri. ‘Aah kan... apa kena mengena dengan kita orang sekarang? Alamak... terlepas lagi... Uish..’
“Hmm,, saya pergi ambilkan makanan dulu. Nasi ayam okay kan?” Laju sahaja Farafeesa menganguk. Sudah malas hendak berfikir tentang menu makanan. Pelik dengan sikap aneh Ezrakil ini. Ajaib kerana lelaki ini memang benar-benar wujud di hadapannya sendiri.
Ezrakil menahan rasa gabra. Sungguh menggelabah!
Mereka makan tanpa banyak bicara. Masing-masing mahu menahan rasa. Lebih-lebih lagi Ezrakil. Sudah acap kali terkantoi dengan Farafeesa. Dia sendiri tidak pasti sama ada Farafeesa perasan ataupun gadis ini memang tidak punya perasaan. Daripada tadi asyik buat derk ajeh.
Usai habis makan, terus sahaja Farafeesa memohon diri untuk kembali ke wad Luqman. Ezrakil menawarkan diri untuk menemani.
“Terima kasih sebab temankan saya makan.” Ujar Ezrakil dengan senyuman manis.
“Terima kasih jugak sebab belanja saya makan..” Balas Farafeesa pula.
“Feesa... Awak sepatutnya jawab sama-sama.” Kata Ezrakil lambat-lambat. Farafeesa tersenyum malu. ‘Kenapa kami boleh jadi seperti ini ya?’
“Sama-sama kasih Encik Ezrakil....” Sengaja Farafeesa mengusik. Merah padam muka Ezrakil. Farafeesa tergelak kecil. Namun hanya sekadar di dalam hati.
‘Perkataan kasih itu sesungguhnya sudah berjaya mengusik hatiku Feesa... Ya Allah, permudahkanlah dirinya untuk menyintai aku sebagaimana dalamnya cintaku padanya.’ Itulah doanya siang dan malam. Moga satu hari nanti, Farafeesa akan benar-benar menjadi miliknya.
“Saya mintak diri dulu ya...” Ezrakil menganguk sedikit dan tersenyum. Pasti malam ini dia dapat tidur lena.
Farafeesa mula berpaling. Ingin melangkah menghampiri ibunya yang sudah tiba. Namun entah kenapa, raut wajah Puan Azah tajam memandang Farafeesa. Mungkin matanya dapat menangkap perlakuan anaknya bersama dengan majikannya itu.
“Pergi mana?” Serius sahaja suaranya. Moga sahaja Puan Azah duduk agak jauh dengan pelawat yang lain.
“Pergi makan..” Belum sempat Farafeesa menghabiskan ayat, si ibu sudah bertindak memintas kata-katanya.
“Pergi makan tak ajak Neesha? Kamu fikir perut kamu je kan....” Perit. Itulah satu perkataan  yang sesuai untuk mengambarkan rasa hatinya. Perlakuannya tidak pernah betul di pandangan ibu.
“Tadi Neesha dengan Umi.. Jadi Feesa belikanlah makanan untuk dia.” Jawab Farafeesa perlahan. Nada suaranya berhalus sahaja. Menjaga hati ibu adalah perkara yang paling dia utamakan dalam hidup ini.
“Neesha dengan Umi ke atau kamu sibuk duk berdating dengan bos kamu tu? Sebab tu tak mahu Neesha kacau daun kan.. Hei Feesa, kau ni tak fikir ke hah? Neesha kan tengah sedih tu... Kau selamba je tinggalkan dia sorang-sorang... kembar apa kau ni? Atau sebenarnya kau suka bila dia menangis... Kau senang eh tengok dia menderita? Macam tu?”
Laju sahaja ayat itu keluar dari mulut Puan Azah. Tidak dia pedulikan riak wajah Farafeesa yang berubah seratus peratus itu. Puan Azah memang tidak berkenan jika Farafeesa melebihkan benda lain lebih daripada keluarga.
“Ikut ibulah nak cakap apa pun... Feesa nak pergi solat.” Bungkusan makanan itu Farafeesa berikan kepada adiknya yang kebetulan datang ke arah mereka.
Biarlah dia beralah lagi. Lagipun tidak akan pernah beroleh kemenangan jika bertikam lidah dengan orang tua ini. Dia tidak betah lagi terus mengambil hati dengan kata-kata ibunya.
“Makanan ni untuk siapa?” Tanya Fatin.
“Bagi dekat kak long..” Ujar Farafeesa sambil berlalu pergi.
“Orang cakap sikit je, mulalah nak merajuk... Sensitif!!!” Telinganya sempat menangkap kata-kata ibunya sendiri. Namun dia tetap melangkah menuju ke surau.
Sedih....?? Hmm, perasaan ini telah lama dia rasakan... Sakit...?? Jiwanya sudah terlalu lali dengan kesakitan ini... Tersisih...?? Memang dia sedar yang dari dulu dia memang tidak pernah mendapat tempat di hati ibu... Menangis...?? Air matanya telah kering... mungkin juga perasaannya telah mati.
            Satu ketika dahulu, dia sering tertanya-tanya. Kenapa ibu terlalu pilih kasih? Apa perbezaan yang ada di antara mereka berdua? Kenapa dia sering dipersalahkan dalam apa juga perkara? Sehingga ke hari ini, persoalan ini sering menganggu gugat perasaan dan jiwanya.
            Namun hari ini dia sedar... Walau apa sahaja kelebihan yang dia miliki, dia tetap akan kekurangan satu benda. Perhatian dan kasih sayang daripada seorang ibu. Betapa beruntungnya Faraneesha.
            ‘Tapi aku tetap beruntung kerana aku masih dilahirkan di dalam rahim miliknya. Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia tidak membuang aku terus dari hidupnya.’ Farafeesa tersenyum.. Dia akan tetap tersenyum untuk menyambut takdir yang telah ditetapkan kepadanya. Bukankah senyuman itu adalah tanda kerelaan hati menempuh ujian Ilahi.

7 comments:

  1. wah cite akak best n terharu la dgn feesa brkorban utk kluarga yg dia syg.......
    teruskan kak........ gaya penulisan akak bagus la.. :)

    ReplyDelete
  2. best akak...bab ni sedih ase....
    mantap kak

    ReplyDelete
  3. thanks dira n zetyiman..
    cerita ni mmg menceritakan tntang pengorbanan
    dan kasih syang.. sahabat, percintaan dan kekeluargaan...

    ReplyDelete
  4. sdih..agak2 apa yg berlaku pada feesa ek??

    ReplyDelete
  5. kak bestlah citer ni..feesa bekorban untuk keluarganye..sweet n teharu..godd luck

    ReplyDelete
  6. pengorbanan bukti kasih dan cinta...
    hmmmmmm
    gud job sara..
    puan azah jgn lebih2 eh.. nak kena dengan teledera ke neh? hehhehe

    ReplyDelete