Saturday 31 December 2011

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI [32]


            Bergetar hebat jantungnya tika terpandangkan seraut wajah Luqman yang sedang tenang berbaring di katil hospital. Air matanya mengalir lagi. Untuk kesian kalinya. Namun ini adalah air mata kebahagiaan. Betapa dia mensyukuri nikmat Allah ini. Syukur kerana Allah mendengar keluhan hatinya. Allah mendengar segala doanya.
            “Neesha.... anak umi dah sedar...” Umi mengalirkan air mata. Sudah pasti air mata kegembiraan. Kaki Faraneesha mula merapat. Umi mula memberi peluang kepada Faraneesha agar dapat memberi ruang kepada bakal menantunya untuk duduk bersama dengan Luqman.
“Ja...ngan... na..ngis...” Tersekat-sekat ayat itu keluar dari mulut Luqman. Air mata Faraneesha meleleh lagi. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Cuba melarang Luqman dari terus menyusun ayat. Lelaki itu masih lemah. Masih belum berdaya setelah beberapa hari tidak sedarkan diri.
Segera disapa pergi air mata itu. Dia tidak mahu Luqman melihat keadaan dirinya yang tidak sempurna dari segi rohani dan jasmani itu. Dia tidak mahu Luqman terus menerus susah hati tentang dirinya. Lantaran tunangnya itu sudah menyedarkan diri, itu semua sudah cukup memadai buat Faraneesha.
“Syhhh..... Luqman rehat ya...” Faraneesha menghadiahkan senyuman yang paling manis.
“Ja...ngan.. hi..langkan... senyu...man... ma..nis... a..wak...” Kepala Faraneesha diangguk beberapa kali. Kelihatannya, terlalu payah untuk Luqman mengatur ayat. Luqman perlu berehat. Dia tidak boleh terlalu menggunakan tenaganya.
“Luqman, awak rehat ya... Neesha akan jaga senyuman ni... Luqman jangan risau ya.” Dipujuk hati tunangnya itu. Dia tidak mahu jika Luqman tertekan. Kerana tekanan mampu membunuh semangat untuk terus sihat.
Usai menemani Luqman kembali lena, Faraneesha melangkah menuju ke surau hospital. Dia ingin melakukan sujud syukur. Dia ingin melampiaskan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Pencipta. Betapa dia terlalu menghargai anugerah Allah ini. Terasa ada tiupan semangat baru buat bekalan menghadapi hari esok.
“Alhamdulillah Robbil ‘alamin… aku terlalu melafazkan rasa syukur yang tulus dari seorang umat muhammad kerana mendapat perhatian penuh sepanjang hidupku ini. Kau  menciptakan manusia dengan perangkat lengkap yang memungkinkannya aku untuk melaksanakan perintah-perintah-Mu dan melaksanakan berbagai aktiviti sepanjang hari, menghirup udara tanpa beban, menggerakkan anggota tubuh dengan mudah dan lain sebagainya. Kau buka pintu-pintu rezeki untuk seluruh makhluk-Nya tanpa meminta aku untuk membayar atau memberikan sesuatu apapun kepada-Mu  dan Kau juga mengajak manusia untuk meniti jalan menuju kenikmatan tanpa batas di SyurgaMu nanti...
Aku bersyukur Ya Allah kerana Kau mengurniakan aku ketabahan yang tebal tika hatiku seakan-akan ingin tergelincir di dalam lautan ujianMu. Ya Allah, tidak ada kenikmatan yang Engkau berikan kepada kami atau kepada orang lain dari hamba-hamba-MU dan makhluk lainnya, kecuali semuanya berasal dari-MU semata, tidak ada sekutu bagi-Mu, maka segala puji hanya milik-MU dan Syukur hanya untuk-MU. Terima kasih Ya Allah… Aku bersyukur dengan limpah dan kurniaan dariMu. Kau rahmatilah perjalananku, Kau redhakanlah diriku dan hatiku dalam menerima segala takdir suratanMu.. Sesungguhnya aku langsung tidak berdaya tanpa bantuan dan perhatian dari DiriMu…”
Lama Faraneesha meraut wajahnya. Tangisan yang masih bersisa itu diseka pergi. Hatinya sedikit tenang setelah melihat Luqman telah sedar dari mimpi yang koma. Sesungguhnya segala rasa perit yang kita lalui, ubatnya ialah doa. Bukankah doa itu adalah sejata orang mukmin? Gunakanlah sebaiknya…
Faraneesha sudah mula boleh tersenyum senang. Namun tiba-tiba dia mula terperasankan seorang wanita yang berusia seperti Umi Luqman sedang menangis di pelusuk surau hospital. Dia menangis teresak-esak.
Hatinya memang mudah tersentuh melihat orang menangis. Apatah lagi jika wanita itu lebih kurang sebaya dengan uminya. Terhenjut-henjut bahu itu menahan tangis sambil tangannya ditadahkan menghadap Yang Maha Esa. Mengharapkan belas ehsan dari Pemilik Alam ini
Tanpa sempat dicabut telekung yang tersarung di badannya, terus Faraneesha bangun mendapatkan wanita itu. Dengan rela hati dia memaut bahu wanita itu. Diusap perlahan penuh kasih. Cuba meringankan derita yang ditanggung oleh wanita itu walaupun dia juga sebenarnya tidaklah terlalu kuat. Namun tidak salah jika hendak berkongsi erti sebuah rasa.
Mujur sahaja hanya mereka berdua yang berada di surau ini. Al-maklumlah, ini bukannya waktu solat lagi. Dia kesini kerana menunaikan sujud syukur kerana di atas rahmat dan perhatian dari Allah, akhirnya Luqman sedar dari koma. Jadi, tidak salah rasanya jika dia memujuk sedikit hati wanita itu. Biar tidak lelah dihimpit rasa sendirian.
‘Agaknya mak cik ni baru lepas buat solat hajat kot..’
“Mak cik tak apa-apa?” Setelah agak lega tangisan milik wanita itu, Faraneesha mula membuka mulut.
“Anak mak cik…..” Mulut Faraneesha ternganga sedikit. Jadi wanita ini menangis kerana anaknya. Inilah bukti kasih seorang ibu. Airmatanya terlalu murah untuk diberikan kepada seorang anak.
“Kenapa dengan anak mak cik?” Digosok lembut bahu wanita itu. Hatinya belas melihat seorang wanita yang merayu-rayu memohon bantuan dan pertunjuk dari Yang Maha Pencipta. Dia ingin mak cik itu berkongsi rasa sedih kepadanya. Mungkin dia tidak mampu membantu apa-apa tapi insyaAllah dia masih mampu untuk mendengar luahan rasa hati seorang ibu itu.
Puan Zainab agak terharu menerima pujukan lembut daripada seorang gadis yang langsung tidak dia kenali itu. Terserlah sungguh keperibadiannya sebagai seorang gadis yang penyayang.
“Anak mak cik ada penyakit hati… Doktor cakap, masa dia dah tak banyak dah…” Faraneesha jatuh kasihan melihat ibu tua itu menangis lagi. Hatinya tersentuh. Besar sungguh rasa sayang dari seorang ibu buat anaknya. Umi juga terlalu menyayangi Luqman. Jadi sedikit sebanyak, dia terlalu mengerti perasaan mak cik ini.
“Sabarlah mak cik…. Doktor hanya mampu meramal… Tapi kuasa Allah itu tiada tandingnya. Dia Maha mengetahui segala hikmah yang tersembunyi.” Dalam usaha cuba memujuk hati mak cik tersebut, dia ikut turut memujuk hatinya sendiri. Usah takut untuk berkongsi kekuatan walaupun kekuatan kita tidak setebal mana. Kerana makin kita kongsi kekuatan dengan orang lain, makin kuat simpulan kasih di antara manusia itu dengan Allah.
“Mak cik berdoa agar ada seseorang yang mampu mendermakan hatinya untuk anak mak cik. Setakat ini, anak mak cik belum jumpa penderma yang sesuai. Moga Allah ringankan penderitaan dia.. Mak cik tak sanggup nak tengok dia terlantar sakit macam tu.. Ibu mana yang tahan nak…”
Sedikit sebanyak dia mengerti perasaan mak cik itu. Mulut mudah mengungkap sabar tapi hatilah yang jenuh menangkis rasa sakit. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Adakalanya terasa seperti tidak terpikul sahaja.
 “Sabar ya mak cik…” Dia bimbang ingin bercakap yang bukan-bukan. Bimbang jika kata-katanya bakal menguriskan lagi hati milik si ibu.
“Terima kasih ya nak.. tak pasal-pasal kamu dengar masalah mak cik pulak.. Err… kamu pulak melawat siapa kat sini?” Tiba-tiba terasa ringan mulutnya untuk bertanya. Sesungguhnya dia tersangat terharu dengan keprihatinan gadis ini dalam memujuk hatinya. Walaupun luka ini tidak akan pernah terpujuk, tapi sikap gadis ini menyentuh hati tuanya. Bakal menantunya sendiri tidak mampu menenangkan dirinya sebagaimana yang dilakukan oleh gadis ini.
“Saya melawat tunang saya… dia kemalangan..” Mulut Puan Zainab agak melopong sedikit. ‘Tunang kemalangan tetapi air wajahnya kelihatan bersih tanpa dinodai oleh rungutan. Kuat benarkah jiwa anak muda ini?’
“Teruk ke?”
“Teruk jugak… tapi alhamdulilah… dia baru sedar dari koma..” Terang Faraneesha sedikit.
“Mak cik doakan agar tunang anak cepat sembuh… bertuah dia memiliki bakal isteri macam kamu.” Puan Zainab puji seikhlasnya. Bukan sengaja hendak mengambil hati atau sebagainya. Ini kerana dia boleh merasai keikhlasan hati gadis ini.
“Terima kasih… saya pun harap agar anak mak cik akan bertahan sehingga boleh berjumpa dengan penderma yang sesuai.. Moga dipermudahkan oleh Allah.” Dicapai tangan mak cik tersebut dan dicium kedua pipi wanita itu. Dia sudah terbiasa melakukannya dengan sesiapa sahaja yang seusia dengan ibunya itu.
Hati Puan Zainab tersangat-sangat tersentuh. Dia mula membandingkan diri gadis ini dengan tunang anaknya itu. Jauh panggang dari api. Setiap perlakuannya terpancar rasa kasih. Bukan dibuat-buat atau sedang berlakon.
“Pergi dulu mak cik….” Pohon Faraneesha lembut.
Sedang Puan Zainab melipat kain telekungnya, baru dia tersedar yang dia terlupa untuk bertanyakan nama anak gadis yang baik hati itu. Dia mengeluh sedikit. Ada rezeki, pasti boleh berjumpa lagi.


p/s: nantikan sambungannya.... =)

6 comments:

  1. alaa...hadiah tahun baru nie pendek je

    ReplyDelete
  2. nanti takut orang penat kalau baca panjang2... hehe...

    ReplyDelete
  3. saspen je... ok la ad jgk akak post novel nya...... best sambung lagi nanti..

    ReplyDelete
  4. thanks Dira... sudi jenguk n baca n komen.. hehe

    ReplyDelete
  5. terbaek ar sara
    mle2 aku tgk je tjuk k0 ni
    pas2 aku jdi t'mnt lak nk bce..hehe
    kimslm kat eza eh
    from kecik (dbm) kptm kuantan yg c0mel
    hehe
    truskn ngn karya k0 ye:)

    ReplyDelete
  6. hmmm... ada plot baru nampak?

    ReplyDelete